chapter 20; God created me with love.

31 December 2010

Moment

Assalammualaikum.

Aku dengan family baru habis makan dekat area Jitra. As usually, kedai ala Thai lah hang pun. Order macam-macam. Tengah dok syok makan, mama jadi hangin habis satu badan. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata tempat tu berpuaka, bohong lah, sebab betul-betul tengah pekan Jitra. Aku tanya mama,

Aku : Awat mama ni?
Mama : Ni nyamuk dok kacau. Nak makan pun tak boleh.

Mama memang tak tahan dengan gigitan cinta dari nyamuk. Sapa tahan kan? Awak tahan ke? Mak pun tak sanggup nyah walaupun dibayar berjuta ringgit. Lepas tu mama mintak ubat nyamuk dari tokeh kedai kat situ. Aku buat taktau je. Makanan depan aku harus dimakan!

Lepas dah dapat apa yang dihajati, mama continue makan. Tapi makan dengan muka agak sedih la, sebab nyamuk masih dahagakan darah mama. Kesian pulak aku tengok, tapi takkan aku nak bersila bawah meja, nak menampar sekor-sekor nyamuk berkenaan? Kalau dibayar RM 30,000 takpa jugak. Kehkehkeh.

Selesai makan, kami balik. Ye lah, takkan nak buat pesta riang ria pulak kan. Bila balik, ada sesi bagi burung makan ubat. Untuk kesihatan kata abah. Hm, aku ikutkan saja. Burung ni memang mengada betul. Bila dah disuap, diluahkan semula. Nak saja aku buat gulai burung. *Ada ka? Euuu!

Hari ni hujan. Dari pagi sampai malam. Aku rasa macam duduk dekat London pun ada. *Penah pi sana ka? 
Hahaha. Boring taktau nak buatpa. Aku update ja blog, janji jari aku ni bergerak. Nak tidur tak mengantuk. Hm. Takda sapa nak sembang dengan aku sekarang. Boring nyah!

Sudahla, penat dah menaip. Jumaat cuti. Hip hip hooray! 

Okay bye!

30 December 2010

Malu betul : Kenangan 2010

Assalammualaikum.

Aku dapat tag dari Ryn. Terima kasih sebab bagi. Aku yang mulanya malas gila nak buat, aku buat juga sebab nak jaga hati kawan. Iye dok? Hehehe.



So, tuan blog yang anjurkan tag ni, Pendekar Berkuda, so kalau korang yang nak join, klik je okay? Aku dengar ada hadiah. Tapi aku buat entry ni bukan sebab hadiah. Aku buat sebab aku nak je. Takda paksaan okay?

Malu betul : Kenangan 2010

Aku tak berapa nak ada kenangan memalukan ni. Kalau ada pun aku dah published kat blog dah. So, aku takda cerita nak buat pasal MALUNYA SAYA ni. So, aku kebas entry lama. Harap pencipta entry ni tak marah, aku takda idea weh! Maaf ye.

So, this is it. Baca lah ok. Klik sini!

Dua orang aku kena tag ialah : Fira  & Mya. Heee!

Okay bye!

28 December 2010

Bola!

Assalammualaikum.

Sekarang banyak pertengkaran antara Malaysia dengan Indonesia. Aku yang malas ambil port ni, last-last ambil jugak. Yela, mana aku tahan tengok Malaysia asyik kena maki ja. Aku like pages Harimau Muda Malaysia. Lepas tu aku hentam orang Indon ni. Sampai aku tak terhentam dah dalam tu, aku undur diri. Bukan takut ke apa, cuma aku rasa macam buang masa gila. Baik aku pergi bercucuk tanam dekat CityVille kan. Dapat juga merasa buah strawberry sambil main game kat kedai sendiri kan? Cukup masa aku keluar kutip duit sewa rumah. Hurm.

Aku pun taktau kenapa aku pergi Like dan aku join memaki dalam tu sekali. Macam kena rasuk. Sekarang ni dah okay dah, aku dah dapat kewarasan aku balik. Hurm. Aku ambil keputusan diam diri, malas dah nak join pages macam tu. Laser tak laser. Pasal bra pun nak kecoh. Blablabla!

Esok perlawanan antara Indon & Malay. Agak takut jugak kalau negara kita sendiri hampakan rakyatnya. Tapi aku minta-minta malam esok Malaysia menang. Insyaallah.

Kalah dan menang adat permainan kan? Tapi aku rasa Indon yang sedang menolak fakta yang mereka kalah sebenarnya. Wedefaq gila Indonesia pergi Like pages yang memang khas untuk Malaysia? Buat lah pages sendiri. Nak kutuk ka, nak jadi wild ka, nak jadi macam Ariel Peterporn ka, ada aku kisah?

So, stop la menyalahkan antara satu sama lagi. Indognesial lah, Malingsial lah. Dah nama sedap-sedap, guna kan lah betul-betul. Nak jadi kreatif pun biar kena pada tempatnya. So, berdamai lah. Buang masa dan sakit hati ja kalau kita asyik gaduh. Nak 'gaduh' betul, kita tunggu malam esok.

Peace! Okay bye!

27 December 2010

MONday!

Assalammualaikum.

Okay, Chibbi dah dikasi kan. So sekarang ni dia tengah pening-pening sebab ubat tu masih bertindak lagi kot. Kesian tengok dia, jalan dah tak betul. Sekali tak sekali, lawak pun ada.

Pagi tadi pukul 8.40am gerak pi Alor Setar dengan along & Chibbi. Bila sampai je tak boleh masuk lagi bilik bedah tu, sebab ada kucing tengah operate. So tunggu punya tunggu sampai dia panggil. Agak lama lah jugak, but it's okay sebab ada kucing yg comel lain boleh main! Hehehehe.

Along tak masok pun dalam bilik tu. Aku je masuk tengok macam mana dorang kasi kan kucing. So far, aku tak lerr terpengsan lagi. Hahaha! Sebelah Chibbi, ada kucing lain tengah operate perut, sebab lemak banyak sangat, aku tengok je, kuatkan semangat aku? Hee!

Lepas 10 minit, Chibbi siap! Yeay! Semua orang tengok Chibbi, tapi Chibbi pengsan la, tak dapat Chibbi nak salam-salam dengan kawan-kawan dia kat situ! Hmm :(

Okay, sekarang Chibbi dah sedar, cuma masih khayal. Btw, Chibbi sangat kuat. Lepas dia sedar, dia terus nak berjalan ke sana,ke mari. Hm, sayang kamu budak busuk! :)

Okay bye!

Facebook!

Assalammualaikum.

Please, i'm begging you! Kalau jumpa Facebook Badge kat blog atyn, just click and then add as friends! Boleh tak?

Sekarang selalu sangat add blogger. Kenal-kenal dekat Facebook, lama-lama jadi rapat! Sangat suka dan sangat addict buat hal macam ni. Heee!

Entah kenapa aku jadi friendly semacam akhir-akhir ni. Aku jadi happy. Hm. Bagus lah kan dari bad mood ja.

So, please please add saya! Atyn Roslan.  Hee. :)

Perihal Si Chibbi!

Assalammualaikum.

Semenjak dua menjak ni aku selalu sangat update cerita pasal kucing. Hm, yang ni ja 'benda' aku dok teliti pon. Sebab dah sayang, jadi macam anak sendiri pulak.

Tadi pi Klinik Haiwan area Alor Setar tu lagi lah. Bawak lah Chimok & Chibbi. Kesian kat depa dua, kena berhimpit dalam sangkar tu! Hahaha. Aku letak depa betul-betul dekat aircon, lepas 5minit tidur dah depa dua. Comel sangat!

Lepas dah sampai, pakcik tu suruh bawak masok bilik bedah. Wahh, ayat macam ngeri sangat lah kan? Aku pun takot jugak sebenarnya. Tapi tetap control macho masok jugak. Lepas tu pakcik tu tanya samada dia puasa tak, kalau tak puasa tak boleh buat. WHATTTTTT DE HEL?!

Jauh-jauh kami datang, last-last kena balik sebab Chibbi tak puasa. Hm, nak kena kasi kena puasa. Lain kali cakap lah awal-awal pakcik oi! Hehehe.

Sekarang Chibi tengah puasa. Start pukul 12.00am sampai pagi esok 9.00am. Nak bawak dia pi lagi sekali. Hm, be strong ye sayang! Muahh!!

Okay bye!

26 December 2010

Kembali ke Sekolah!

Assalammualaikum.

Alhamdulilah Chimok dah sihat! Yihaa~ Abah cakap kalau dia sihat, abah nak buat kenduri sikit. Keterlaluan kan? Haa tapi macam tu lah perangai En.Roslan kita. Hahahaha!

Okay, satgi turn Chibbi pulak nak pergi buat rawatan kat Klinik Haiwan. Chibbi sihat ja, cuma nak tambah lagi bagi lagi 'sihat'.

Okay, stop cerita pasal kucing. Hm, sekarang mood 'Balik Ke Sekolah!'. Memang tak sabar gila lah kan, nak bergelar senior. Hahaha. Tapi macam tak caya pulak dah nak habis sekolah. Aku rasa macam kelmarin baru abah hantar aku kat sekolah rendah. Hm, rindu beg Hello Kitty colour kuning tu!

Hm, barang sekolah tak beli lagi. Mama cakap nanti. Wait jela kan? Btw, selamat kembali ke sekolah!

Ok bye!

24 December 2010

Kura-kura

Assalammualaikum.

Boring gila harini. Tak da apa nak buat. Chimok pun semakin cergas balik. Alhamdulilah. Tapi dia tak boleh gerak banyak sangat. Masih lemah. Huhuhu.

Memandangkan takda apa nak buat, aku tengok balik picture-picture lama, rindunya saat hangout dengan Nad & Nisak. Saat pi KL, pi mandi kolam, blabla, rindu weh! Eleh, macam tak boleh 'buat' balik semua tu kan. Hee.

Nak share picture-picture tu tak boleh, sebab internet ni yang 'dikatakan' cukup laju, sebenarnya macam babis. Lambat dari kura-kura. Siol betul.

Hm, takda apa nak cerita dah. Saja update. Terlalu boring ngeng.

P/s ; Entry ni takda kaitan dengan post title diatas! hehehehe =P

Okay bye!

23 December 2010

Chimok!

Assalammualaikum.

Harini nak update pasal kucing aku. Kami baru balik dari Klinik Haiwan area Alor Setar, memang terbaik lah tempat tu. Aku ingatkan tak ramai orang datang, padahal semua kerusi penuh. Semua bawak kucing comel-comel. Geram sangat tahu?

Bila nama "Roslan" dipanggil, aku terus bawak Chimok dalam bilik tu. Kesian dekat dia, tak bermaya ja. Dalam mulut penuh kahak, aku ni dah start menangis dah, before this tak pernah jadi macam ni pun. Pakcik tu inject air dalam badan dia, sebab Chimok dia nak minum air agak susah, inject jela jalan pintas pun.

Lepas tu pakcik tu cakap, jangan bagi dia makan makanan keras, kena bagi yang baby punya tu. So, take note guys, jangan kasi benda yg susah nak kunyah kalau kucing korang sakit. Ohehehe, sedikit tips ok!

Okay, sekarang Chimok dah makan ubat, ubat biji ok. Memang kuatlah semangat baby aku ni. Sekarang dia rest je, aku harap dia cepat sembuh. Aku taknak menangis macam kucing hutan aku mati dulu. Seksa weh!

Chimok, makan ubat rajin-rajin. Minum air kena selalu, rehat bagi banyak. Nanti lepas baik, kita boleh main bola kertas lagi kan? I love you. :)

Okay bye.

For guest!

Assalammualaikum.

Saudara/Saudari, Keh3, buat surat pulak kan? Hahahaha! Takda apa lah nak rasa apa-apa, atyn okay ja kena tegur macam tu, cuma malu dengan diri sendiri ja sebab masih teruk berbahasa English.

Lagipun atyn rasa macam atyn masih kena belajar percakapan tu dengan lebih baik. Apa pun terima kasih sebab sudi tegur. Sumpah, atyn tak rasa apa-apa pun. Tak rasa marah pun. So, kamu tak payah la nak rasa apa-apa.

Terima kasih sebab tegur tu. Kalau tak, atyn terus buat lagi kan. Atyn tau hati kamu suci lagi murni bak Minyak Masak Murni tu. Hehehehe.

Apa-apa pun, teruskan men'view' blog atyn ni walaupun sudah kembali BERTUKARRRRRR ke Bahasa Malaysia. Peace!

Okay bye! :)

GILA!

Assalammualaikum.

Sekali kena tegor dah terasa. Pundek betui perasaan hang atyn oi! Haha! Tukar-tukar balik bahasa Malaysia! Hahahahahahaha.

p/s; aku memang cepat 'terasa' sikit dengan benda ni semua.

Okay bye! HAHA

20 December 2010

I'm trying to improve my english

HELL-O

I'm trying to improve my english.

I always watching some cool videos from Maria Elena and Sue Anna. For me, they have advantages speak in Bahasa English. And I learned to speak a good foreign language from both of them. And their helping me a lot.

Besides, Google Translate also helping me a lot. I think you guys should try it too.

I also use a dictionary to find words that I do not understand, and again, its very helpful.

And do not be afraid to ask those who are good in this language. Embarrassed to ask, go astray. Hahahaha!

By the way, I hope this entry will help anyone who is less proficient in English.

Teehee!

Hantu Kak Limah Balik Rumah

HELL-O

Ok, sekarang banyak blog yg terbitkan entry pasal SAYA GAY..SAYA OKEY.. Ramai blogger prihatin sebab post entry macam tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal Gay tu, bagi aku, Gay bodoh tu saja nak buka pekung dibontot sendiri.

Semalam aku pergi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sumpah terbaik gila cerita tu. Tahniah Mamat Khalid sebab berjaya buat aku gelak dari mula cerita sampai habis. Semua pelakon cerita ni gempak gila. Tahniah lagi sekali buat pengarah sebab pandai pilih pelakon. Aku suka kat Johan & yg lembut tu. Hahahaha.

Terbaik

Aku nasihatkan korang yg tak tergelak lagi setakat sekarang, pergilah tengok cerita ni, kot satgi sampai tak boleh stop gelak. Hikhikhik.

*Semakin rasa takmau blogging dah la. 

Jawab tag dari Luqman Zulkifli..

HELL-O


Apakah benda penting dalam hidup korang ??
-Family aku.


Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri ??
-Popcorn sebab tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah!!


Dimana tempat korang nak langsungkan dan tema perkahwinan nanti ??
-Inshaallah kalau takda halangan, nak buat kat rumah. Cewahh~ Haha

Adakah korang sedang bercinta ??
-Tidak sama sekali.

Berapa lamakah anda akan mencintai kekasih korang ??
-Apa punya soalan bodoh ni?

Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ??
-Dalam mimpi. Kah3.

Novel/buku/majalah terakhir korang beli ??
-Buku rujukan Sejarah kot.

Apakah nama penuh ??
-Noorul Affaten Bt. Roslan

Antara Mak/Ayah korang , mana yang paling mesra ??
-Dua dua aku mesra.

Adakah korang basuh sendiri ??
-Basuh apa? Yes, aku basuh punggung sendiri. :)

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi ??
-Makkah.

Beritahu orang yang kamu tag ??
- Tak pun. For what?!

5 benda yang korang sayang dalam hidup.
-Family
-Duit
-Kawan
-Pc/internet
-Keyboard/gitar

5 lagu yang korang selalu dengar ??
-Disaat aku mencintaimu
-Cintailah aku sepenuh hati
-Just so you know
-Rapuh
-Hanya ingin kau tahu

7 blogger korang nak tag ??
-Kamu
-You
-Dia
-Mereka
-Awak
-He
-She

17 December 2010

Mengarut tahap pelahap

HELL-O

Otak aku kosong betul. Kosong sangat-sangat. Kalau boleh otak ni dicucuk masuk dalam pc aku, boleh aku tau dah tinggal berapa MB lagi, mungkin 0%.

Dah taktau nak update apa. Seronok ja tengok blogger-blogger lain buat entry baru. Semua yang ada 'isi'. Aku? Tinggal tulang ja kot. Demam dah okey, cuma sakit tekak masih membunuh aku secara halus. Dem.

Ohh lupa nak bagitau, aku dah menyingle kembali. Fuhh, beban yg amat berat aku pikul selama 4 hari kot, dah aku lepaskan. Bukan aku tak mau ber'kawan', tapi sekarang ni cinta dah tak memainkan peranan buat aku.

Lagi beberapa jam nak masuk sekolah balik. Tahun terakhir. Sedih sangat nak tinggal sekolah tu. Tapi hati keras ni nak jugak suruh masa dicepatkan supaya tak perlu lagi meng'iron' baju sekolah. Yang tu saja alasan aku betul-betul fed-up nak pergi sekolah, iron baju.

Adala member Facebook update status "Boleh tak skipkan tahun 2011, terus ke 2012?"  Aku pun nak macam tu. Aku rasa tanggal 31.12.2010, aku nak makan ubat tidur yg paling kuat. Tanggal 31.12.2011, aku nak bangun semula. Boleh tak?

Okay bye.

15 December 2010

Jalan kat rumah yg agak 'keras'..

HELL-O

Tadi dengan nada agak menggoda, mama suruh aku pergi beli roti. Around 9.40pm macam tu lah. Lapar katanya. Lepas aku tengok Seekers tadi, terus aku start motor pi beli roti. Apa macam ? Baik tak aku ? Kah3.

Barisan rumah aku ni agak keras. Tambah rumah hujung tu, lagi lah keras sikit.

Tengah aku dok seronok bawak motor, datang satu feeling agak seram lah pulak bila lalu tempat tu. Tiba-tiba teringat part Seekers yg kena rasuk tu.

Haih, masa-masa cemas macam ni lah nak teringat benda-benda tu bagai. Aku masih steady, teruskan bawak motor, sampai je kat simpang tu, ada benda melintas,







bukan yang ni..









Cis, kucing rupanya.    Jangan marah ehhhhhhh. Keh3.

14 December 2010

Cousin's engagement

HELL-O

Kelmarin aku dah update status dekat Twitter pasal aku kena jadi photographer terkejut untuk majlis pertunangan sepupu aku. Sumpah weh, aku penat gila kot walaupun guna kamera murah. Aku ulang, kamera murah.

Walaupun aku cuma gunakan camera digital, depa tetap berkeras jugak nak aku jadi photographer depa. Tanpa rasa masin atau manis, aku terima jela job tu (cewah, buat macam dah kerja kan). Hahahaha.

Dari pukul 12.30pm sampai 4.30pm non-stop aku ambik gambar. Dari majlis tak mula lagi, sampai habis aku dok kat rumah tu. Balik je aku terus transfer masok pc dan terus edit.



Cousin saya


Ni sikit je. Kat Facebook banyak lagi. Tu je kot untuk harini. Aku penat sangat weh. Sakit tulang belakang aku. Kah3. Tadi abah beli Cd, so aku buat lah video untuk picture-picture ni dengan seikhlas hati. Terima kasih.

Okay bye. 

11 December 2010

Lain kali fikir dulu sebelum cakap..

HELL-O


Dah lama aku Like pages SAYA TAK SUKA MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN ADD MATH!! ni. Dari bulan July lepas kot. 


Setelah lama aku buka pages ni, malam ni dapat cahaya kot teringin nak buka. Lepas buka aku tengok lah wall-posted aku yang lama-lama tu. Lahhh, ada orang komen rupanya. Siap ada yg Like lagi tu. Bukti mereka sokong aku tak suka subject ni.


Aku tulis dekat wall pages ni macam ni : 


Bnci gila dgn math. xpenah dapat A. buu mathhh~ :P

Lepas beberapa bulan sampai malam ni, aku buka balik wall-posted aku ada orang komen. Sorang komen macam cilanat, sorang lagi sokong aku, sorang lagi Like apa yang aku cakap. 

click untuk tumbesaran sihat

Haa poyo kan mamat ni. Dah aku tak suka, aku cakap jela. At least aku jujur yang aku betul-betul fed-up dgn math. 


Bukan semua orang terror dalam semua subjek. Nak buat macam mana aku lemah dalam subject ni. At least tak payah la bangga cakap orang bodoh. Bukan semua orang pandai pun. Kepintaran seseorang manusia ada hadnya. 


Orang yang bodoh ja cakap orang lain bodoh. Ada paham?

10 December 2010

Kisah peminta sedekah..

HELL-O

Malam kelmarin memandangkan mama tak masak, kami bertiga keluar makan kat luar. Memang macam tu dah tiap-tiap malam. Makan kat luar. Kadang-kadang je beli nasi bungkus.

Kami makan lah kat restoran ala-Thai ni dekat area Jitra. Wajib bagi aku nasi Paprik lah. Memang favourite lah Paprik tu.
ambil bau dulu~

Orang dekat situ takda lah ramai sangat. Ada 3,4 meja ja yang ada orang pun. Kebanyakkan family lah. 

Lepas tu datang seorang mamat ni, peminta sedekah. Kalau siapa yang bagi duit dekat dia, dia akan kasi Ayat Seribu Dinar. Bila dia sampai dekat meja kami, mama bagi lah duit dekat dia. Berapa ringgit? Tak payah bagitau la. Tak banyak, tak kurang.

Lepas dia bagi Ayat Seribu Dinar tu kat kami, dia terus blah pergi meja lain. Belakang meja aku ada lah pak lebai dengan anak-anak dia. Dari segi luaran nampak macam alim ulamak gila lah. Bila peminta sedekah ni pergi kat meja dia, tahu apa reaksi pak lebai tu? 

Dia buat tak tahu je ok? Dia buat macam takda orang langsung kat situ!

Kesian sangat aku tengok peminta sedekah tu. Pak lebai tu buat mamat ni macam HollowMan. Macam takda apa-apa langsung terjadi. Siap anak bini pak lebai tu pandang tempat lain. Memang shit gila kan. 

Aku bukan nak menunjuk yang kami satu family ni murah hati sangat kan? Tapi RM 1 bukan boleh buat kita bankrup pun. 

Moral of the story :
- Jangan berlagak sangat. 
- Don't judge a book by its cover, walaupun pak lebai jgn fikir baik sangat.
- Jadi lah seorang yang pemurah. Rezeki Allah Taala bagi untuk kita share.

Okay bye. 

Alhamdulilah..

HELL-O

Aku malam ni tiba-tiba rasa nak sangat dengar lagu Maher Zain, InshaAllah. Masa aku dengar tu, aku try tengok response komen kat situ. Alhamdulilah~ Semua komen berunsur positive.

Dua komen yang buat aku betul-betul kagum

click untuk tumbesaran

MasyaAllah. Betapa besar kurniaan-Mu Ya Allah. 

Aku harap industri muzik kita memperbanyakkan lagu-lagu bersifat ketuhanan pulak lepas ni. Jangan lagu asyik putus cinta saja. 

09 December 2010

Permission nak keluar rumah.

HELL-O

Lepas baca status kawan aku dekat Facebook, tiba-tiba idea nak update blog datang mencurah-curah. So boleh kongsi sikit dengan korang semua kan.

Barang sesiapa yang terasa dengan benda yang aku nak cakap ni, baguslah. Aku sarankan kau cepat terasa sikit dengan benda ni. Bak kata pepatah, siapa yang makan capati, terasa kenyangnya.

" U, i nak keluar teman kawan i pergi kedai makan depan tu beli bola snooker."

" Ngan sape? "

" Kawan i lah . Boleh x ? "

" Ergh dok rumah je ok! Jgn kluar, i xbagi! "

" Okaylah~ ".

Sedangkan parents bagi, ni bf/gf dia tak bagi. Memang macam siot la. Apa-apa sikit mintak kebenaran. Dia tu sapa? Memang dah konfem sangat-sangat jadi pasangan hidup ke?

Macam takda privacy kan? Nak buat apa sikit kena mintak 'green light' dulu dari si dia. Oh please lah, aku rasa macam bodoh je.

Okay bye.

08 December 2010

Ada benda nak cakap...

HELL-O

Facebook. New version. Tak mau try kah? Hahaha. Sumpah huduh gilas kan? Waa~ Nasib jari aku tak menggedik tekan benda tu.

Okay, kembali kepada cerita asal ye.

Rumitnya benda yang aku nak cakap ni. Nak terkeluar dah, tapi tak lepas-lepas jugak. Heh. Bukan susah pun, nak cakap sikit ja. 1 ayat ja buat aku macam ni.

Ish, nak cakap ke tak? Eee, malulah saya! Ehm, saya.. saya.. saya.....









tidak single lagi! OKAY BYE.

06 December 2010

Malunya saya!

HELL-O

Semalam pukul 3.30am baru sampai rumah. Dari KL. Wahh, memang penat tahap tenuk. Lepas hantar along kat apartment dia, terus balik. Seronok gila aku dah hantar dia, melompat aku dalam kereta bila dia takda. Kuatkan semangat aku? Okay aku tipu.

Sedih jugak yoyot tu takda. Nak buat macam mana kan, kena berkhidmat untuk negara. Waa~

Dalam perjalanan balik tu memang membosankan gilas. Lepas tu abah stop kat hentian mana taktau, aku lupa. Abah suruh aku reload Touch & Go kat Petronas. Aku pun pi lah kat kaunter. Masa nak cakap reload T&G tu, aku tercakap :

AKU : Bang, reload R&R boleh?
ABANG PETRONAS: Ah? R&R ?
AKU : Ehhh bukan!! Errr nak reload T&G ni. Sorry.

Sumpah aku malu. Nasib masa tu takda orang. Lepas dah bayar, aku & mama pi lah cari benda untuk mengunyah. Dah bayar apa semua, aku dengan mama melangkah keluar. Dalam nak keluar tu, kedengaran suara makhluk jahat tersebut memerli aku.

ABANG PETRONAS  : R&R ah? *sambil angkat kening.

Heeeee, siot kau abang hijau oii. Memalukan betol.

04 December 2010

Ai hate this part.

HELL-O

Banyak pulak masalah timbul sekarang. Pening aku dibuatnya. Sampai nak online pun takda mood. Nak update blog pun lagilah aku takda mood.

Sekarang 'mood' facebookers kan, ialah tag birthday calendar. Haish, banyak pulak calendar. Sampai naik juling aku dok tengok tarikh-tarikh kat situ. Tujuan depa memang baik, tapi kadang-kadang aku rasa rimas. Please lah weh, stop it.

Tak birthday calendar, tag kat aku gambar duit yang banyak hasil daripada bisnes online depa kat Facebook. WTH ? Bisneslah korang, jangan kacau aku.

Hm, banyak entry aku merungut. Lantak lah. Takda 'modal' sudah. HAHAHA.

Okay bye, start hari Isnin, bermulalah perjalanan hidup tanpa along. Dia dapat kerja kat KL.

So esok aku EXIT dari Kedah, jumpa kamu orang dekat Kuala Lumpur yah?  OK BYE.

30 November 2010

Kejap di atas, kejap di bawah..

Assalammualaikum.

Dulu masa kami dok kat bawah, takda sapa pandang.

Aku bersyukur sangat bila ada hamba Allah yg langsung takda kena mengena pertalian darah, bantu kami saat kami benar-benar susah. Terima kasih Ya Allah Kau permudahkan jalan bagi kami.

Aku tahu suatu hari nanti pasti ada cahaya akan menyinar lagi. Aku tau.

Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah.

Mai aku isap sama..

HELL-O

Semalam aku pergi makan kat satu kedai ni, boleh dikatakan tempat melepak jugaklah bagi remaja yang boring, saja nak buat style, meng'shisha', rempit pengotor, couple yg boleh pegang-pegang, dan yg betul-betul nak makan macam kami ni.

Manusia dekat situ bukan main ramai. Tapi kebanyakkanya isap shisha la.

Meja sebelah aku ni ada sekumpulan remaja. Ramai lah jugak. Ada yang tomboy lah, perempuan-perempuan gediks, laki-laki yg buat indie gila. Yang si perempuan asyik tengok meja kami ja. Aku pun taktau pasaipa.

Lepas tu aku TERTENGOK perempuan tu nyalakan rokok. Sambil pandang aku dengan renungan tajam. WTH? Nak isap rokok pun nak bagi aku tengok? Weh please lah nyah, macam aku baru disogok dengan benda yg dah nak lapuk ni?

Perempuan isap rokok? What do i care?! Go on lah selagi tak kacau hidup aku. Nak mati ka, nak jadi wild ka depan tu aku langsung tak kisah.

Kesian pulak aku tengok perempuan tu, punya nak tunjuk dia boleh isap rokok, sampai tengok aku teruk-teruk bagai. Awat tak datang duduk tepi aku ja? Kat sebelah aku pun ada kerusi kosong. Haih.

29 November 2010

Kenapa saya suka film ni...

HELL-O

Bukan 2 Alam. Bukan 4 Alam. Dan ia ialah...
The Ruins.

Memang terbaik lah. Kalau korang ter'info' dekat Astro, then ada cerita ni, cepat-cepatlah tekan 'OK'. Please tengok cerita ni. Memang best / seram / ngeri. 

Aku pagi tu tak boleh tidor. Tengok channel lain macam tak best. Try lah tengok kat Cinemax, ada The Ruins ni. Sebelum ni pun ada, tapi kali ni baru nak tengok. Wahh, gilabab1 punya seram. 

Okey malas nak story banyak. Tengok trailer jom!




Sebab kenapa Atyn Roslan suka movie ni tangat-tangat (ahaa, buat ayat HOT sikit).
1. Cerita yg tak putar belit alam.
2. Jalan cerita yg memang sempoi, bukan semput.
3. Pelakon yg agak cool/hensem.
4. Location yg sangat menarik.
5. Pengakhiran yg sungguh mempersonakan.

Okey bye. :)

28 November 2010

Kenapa saya suka Twitter...

HELL-O

Walaupun takda banyak followers, ADA AKU KISAH? wee. Hahaha. Pinjam word Azwan Ali kejap ye. Hehehe.

Okay now nak cerita pasal perihal Twitter. Mula-mula Twitter bagi aku cukup membosankan. Update status and signout. Tapi sekarang jadi addict. Sampai taktau berapa banyak aku tweet tiap hari. ADA AKU KISAH? Weee~

Aku pun taktau kenapa jadi addict dengan Twitter. Any idea? Okay, sebab aku jadi suka Twitter:

1. Boleh update macam-macam tanpa mempedulikan orang lain.
2. Facebook takda privacy.
3. Sebab aku suka Twitter aku.

Ahahahaha. Nonsense gila! Okay bye.

27 November 2010

Finally!

SALAM SATU DUNIA,

Aku dengan ini nak berterima kasih kat Mya Abdullah sebab bagi music sheet Bila Cinta kat aku. Thank you so much weh. Aku appreciate tauuu. Muahmuah.

Boringnya sekarang ni. Taktau nak buat apa. Dan aku taktau nak cerita apa.

Yang tu jelah kot nak cerita. Ahahaha. Takda life betul.

26 November 2010

Permintaan tertangguh

SALAM SATU DUNIA,

Lepas jalan-jalan dengan perut yg kenyang yang disumbat dengan McD, aku pi ronda-ronda kat atas Pacific. Pi cari beg, YES, dah jumpa. Duit pulak takda. Tunggu mama nanti lah dapat gaji. Heuw.

Lepas tu jalan kat Reject Shop, damn it, baju yang aku nak ada kot. Bila tengah kering baru nak ada hat elok-elok. Tunggu mama nanti lah dapat gaji. Heuw.

Permintaan aku tertangguh lagi. :'(

23 November 2010

Myspace.

SALAM SATU DUNIA,

Aku nak terang pasal ke'update'ban Myspace. Tempat yang semua nak signup dulu. Sekarang famous Facebook / Twitter. So tak layan dah la Myspace apa ni semua. Dalam masa orang tak layan, ramai yang ambik kesempatan lepaskan nafsu kuda-kuda mereka kat situ.

Lepas dah puas nafsu serakah dalam tu, ada pulak yang tak habis dan tak pernah berfikir untuk berhenti daripada hantar mesej-mesej suruh aku add Facebook / Twitter dia. Sumpah macam bodoh gila. Dia ingat aku ni barua dia nak add-add bagai? Tolong lah weh. Aku pun ada hobi lain nak buat daripada dok add hang punya semua tu.

Haish, YOURSPACE, not mine.

Vintage

SALAM SATU DUNIA,

Macam awesome sangat-sangat kan? :) I loike. 

Gelombang kedua?

SALAM SATU DUNIA,

Mengikut khabar-khabar angin, gelombang kedua banjir akan datang. Dulu depa dok jangka 15 @ 17 November banjir lagi sekali. Tapi takda pun. Yes i admit, semua kuasa Allah. Alhamdulilah.

Sekarang dikatakan pulak gelombang banjir yang kedua nak jadi 20 November. Tapi dah lepas dah. Alhamdulilah.

But now, hujan. Hujan around 3.20pm tadi. Cukup lebat. Sampai membuatkan aku terlena sebentar. Bila bangun mama cakap Taman Rasa Sayang dah naik air. Tapi tak teruk pun, biasa-biasa ja. Hujan berterusan sampai malam. Amat lebat.

So sekarang kena ambik langkah berhati-hati. Mana tau betul ke gelombang tu nak datang. Yes saya mengaku lagi sekali tu kuasa Allah. Biar Dia yang tentukan ok.

21 November 2010

Okay bilik dah bertukarrrrr!

SALAM SATU DUNIA,

Penat gilababi weh aku kemas and decorate bilik. Ohh maaf, KAMI ye, bukan aku saja! At first, along nak jemur tilam ja, ya nak buang habuk-habuk dan sewaktu dengannya. Lepas tu abah suruh tukar posisi katil. Blablablah. Penat gila. Dahla masa aku tengah kemas, terpijak stapler, sial gila!

Okay, aku tengah update ni pukul 3.18pm, dan aku masih belum mandi ye anak-anak. Depa semua tengah membuta saat ni. Aku ja dok bersengkang mata layan blog dulu.

Daripada aku pilih mandi, baik aku pilih KLCC. Hahaha!

19 November 2010

FINALLY!

SALAM SATU DUNIA,

Finally. Cari lama application ni. :) 

Hensem tak aku? woot woot.

Mak pangkah anak sendiri

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Semalam aku bagi lah kat mama cerita-cerita rakyat kan. Aku cerita pasal hantu tokwan si Nina ni balik cari Nina sebab ambik daging tokwan dia. Kalau sapa pernah dengar cerita ni, dia tau lah. Sapa taktau nanti aku cerita okey?

Lepas habis cerita kat mama, aku tau majoriti mama nak angkat jari tengah dekat aku mencecah 99.99%. Pasal dia tak angkat mungkin sebab dia ingat yang aku ni anak dia.

Lepas tu mama bagi teka-teki pulak dekat aku dengan along. Dia mulakan cerita dia macam ni.

MAMA : Taparam ada seekor kucing. Kucing dia ni suka sangat melompat sampai bumbung. Satu hari                                        kucing Taparam hilang. Lepas tu kucing yang hilang tu kucing sapa?

KAMI : KUCING TAPARAM LAH!

MAMA : Lahh, tak sangka adik dengan along cinta Param.

KAMI : Huh?!

MAMA : Yelah, KUCINGTAPARAM. ( cuba sebut ). Macam maksud KUCINTA PARAM, kan?

KAMI : *Nak saja angkat jari tengah. Tapi mak kan, terima sajalah. :)

18 November 2010

Fed-up dah dengan keadaan sekarang

SALAM SATU DUNIA dan salam sahabat,

Yes, post title memang tak boleh diterima kan? Rasa macam masalah berat ja. Padahal masalah peribadi ja pon. Chill lah wey!

Okay, now nak cerita pasal aku. Aku ye. Bukan kamu, anda, dia atau mereka. Ini pasal aku. Ok, lets start.

Aku Atyn Roslan dengan ini mengumumkan yg aku memang gemok sangat-sangat sekarang. Rasa tak fresh, rasa tak sihat, rasa khayal ja. Entah kenapa. Start hari Ahad aku nak jogging. Dua round kat padang taman aku cukup lah kot ye?

WEYH! NAK KURUSSSSSSSS!!

17 November 2010

Aku tak suka! Aku tak suka la!

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Facebook, Twitter, Myspace, Yourspace, Ourspace. Semua orang ada. Aku pun ada. Bila dah ada tu takkan nak tengok saja kan? Mesti nak berkomen-komen, bermesej-mesej, dan banyak 'ber-ber' lagi lah.

Aku paling sakit hati dengan manusia yang baru belajar mengeja. Yang selalu tulis jenis short-form. Aku rasa macam cacat pun ada. Short-form sampai kadang-kadang aku tak paham atau salah faham.

Contoh pertama :  Ank dowk watperh?


Ayat betul : Hang dok buat apa?

Ini membuatkan aku salah faham dengan perkataan 'Ank' tu. Dulu aku ingat perkataan tu 'Anak', rupanya 'Hang'. Manalah tau kan, budak-budak sekarang buat gelaran selamber ja kat kawan-kawan dorang.

Contoh kedua : huHH!!! bENgaNg gLeRr!!!paNAs hatII jeW...NsiB bAeK jew bdx TwOo..!!!panaS , panAs , Panas!!!!!!!

Ayat betul : Huh!!! Bengang gila!!! Panas hati saja... Nasib baik ja budak tu..!!! Panas , panas , panas !!!!!

See, paham-paham sendiri lah ye. Aku muak gila dengan percakapan macam ni. Sampai aku tak paham dan boleh buat aku salah faham. FUCKED UP.



Salam Aidiladha

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Esok raya. Rumah aku satu apa pun tak buat apa-apa. Malas la nak beraya. Tak tau pasaipa. Mungkin semakin besar, semakin liat nak beraya ni kan.

Tak kisah pun, plus, takda lah aku penat kan. Esok pi beraya rumah orang ja. Tu pun aku taktau orang lain raya ke tidak. Iye dak?

Hm, sempena raya aidiladha ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kalau aku ada silap dengan semua readers aku kat blog ni. Mintak ampun ye. Aku bukan manusia sempurna, kadang-kadang ada jugak yang tersasul.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

16 November 2010

Goodbye 4A, HELLO 5A!

SALAM SATU DUNIA,

YES!! Berjaya jugak aku tepis hasutan syaiton laknatullah, apabila aku bangun pagi gosok gigi pergi sekolah minum kopi. HAHA. WTH?

Okey seriously, aku dah habis sesi persekolahan untuk form 4 okey! Hay awak, jangan pandang rendah sangat dengan saya, saya tahun depan senior awak dan awak tau? Heee.

Okay start dengan since pagi, masok kelas, GIGOLO kesayangan aku ajak ambik gambar pulak dengan dia. Aww sweet gila wey. Hahaha. Lepas tu snap picture nuh, picture ni, memang happening gila kot. Cuma ada budak laki ja yang tak berapa nak sporting, so jangan salahkan aku kalau picture hampa takda kat Facebook aku nanti ye. Peace.

Lepas tu snap picture kat kolam. Wahh, priceless moment gila wey! Kami sempat buat video sempena raya dan cuti sekolah. Also kat my lovely penyegan girl, Nad. :)

video
This is first video. Memang freak gila kan? Hahaha. Weirdo!

Lepas tu pi ambik buku teks untuk form 5. Lepas tu aku call abah suruh ambik. 

P/s buat Nad : Kami keluar sekolah pi makan weyh! Rugi gila hang. BOOOOO! :p

15 November 2010

SALAM SATU DUNIA,

Internet lambat gila babi sial okey harini? Saja post banyak-banyak, tanda aku benci internet lembab.

MAK :Internet lembab macam apa anak-anak?
ANAK-ANAK : Macam siput makk!

OK DENGAQ SINI!

SALAM SATU DUNIA,

Saya sudahh merdeekaaa! Saya sudahhh bebasss dari penjajahannn peperiksaan yang amat kejam. Exam membunuh saya secara perlahan. Pada padangan saya lah kan. Pada kamu, ia untuk berjaya. LANTAK PI HANG LAH.

Ok seriously, aku benggang gila kat cikgu BUKU TEKS okey? Aku ingat harini 15.11.2010 last sekolah. Aku pun dengan bangga pi cium-cium habih pokok bunga kat sekolah. Semua benda cakap ja apa yang aku tak cium, semua aku cium ye. Hahaha.

Lepas tu tadi boleh pulak cikgu BUKU TEKS tu datang bagitau esok kami semua kena ambik buku teks untuk form 5. Tak benggang ke? Cakap nak bagi tahun depan. Damn shit gila babi weyh!

Semangat aku nak buat langsir, semangat aku nak buat ketupat, semangat aku nak korbankan seekor lembu, semangat aku nak makan daging, SEMUA DAH HILANG okey?!

Selamat hari raya Aidiladha. :)

13 November 2010

BUNGA BUNGA *entry perasan, so jgn baca.

SALAM SATU DUNIA,

Macam tak percaya ada orang cakap bibir aku cantik. What? HAHAHA. Tak pernah-pernah ada orang puji macam tu. Bagi aku bibir aku semakin hitam lah. I don't why, plus i'm not a smoker. :)

Ok change a topic please! Hahaha. Esok masih exam. Sains sukan II. Hari Isnin Geografi & Sains sukan I.
Lepas tu i merdeka ok?

11 November 2010

Pelastik

SALAM SATU DUNIA,

Nad bagi link blog sorang ni. Kalau aku baca balik memang lawak lah kan. Sebijik macam budak-budak baru nak up. Takda personaliti. Kesian awak ye?

Sedangkan aku tau kat luar dia macam mana,i means LIFESTYLE dia. Hahahahahahaha!!! Opss, tak baik gelakkan orang. :)

10 November 2010

math is killing me softly

SALAM SATU DUNIA dan salam exam,

Keluar mulut singa, masuk mulut buaya pulak. Lepas habis paper 1 math, esok paper 2 pulak. Natang babi apa susah sangat math ni haa? Sapa yang exam dapat A+, aku taktau otak jenis apa. Memang boleh dibanggakan. Otak RM40juta.

Time exam tadi semua pakat-pakat nganga. Ada yang dok buat confident kira guna calculator, last-last jawapan haram apa pun tak dapat. Bila aku cakap kat sorang budak ni yang dia pandai buat math sendiri, dia gelak. Aku heran jugak, last-last tanya dia boleh buat ka tak, dia kata tak boleh. Aku tanya dia lagi sekali, 'hentam ja ka?', selamber ja dia jawab 'ha'ah kami hentam.'.

Pastu tadi hang kira menatang haram jadah apa bukan main lama? Confident ja aku kata dia boleh buat. Haih. Esok aktiviti kedua pulak, menganga lagi time math.

Math? Takdak word lain nak describe.

09 November 2010

Kill me!

SALAM SATU DUNIA dan salam exam,

Cemuih gila kot exam, opss maaf yer, cemuih means BOSAN. Yayaya. Malam ni mama & along gerak pi KL dan Kuantan. Hari Jumaat dijangka tiba dirumah. Insyaallah. Aku? Dok dengan abah la. Jenuh lepas ni kena dera dengan abah. Dia suruh buat yang tu lah, yang ni lah. OMAIII.

Takda apa dah kot nak kata. Cemuih lama-lama. :)

06 November 2010

S P B!

SALAM SATU DUNIA,

SPB = Selamat Pengantin Baru!!

Mula-mula memang sedih sangat bila tak boleh pi kenduri sepupu sendiri. Semua perasaan bercampur. Geram, sedih, terkilan, kecewa and ect.

Lepas tu dalam pukul 1.30pm mama balik dari kerja suruh kami siap. Mama cakap jalan boleh lalu, tapi ikut jalan jauh. Dah takda pilihan sangat, kena pi jugaklah. Bila sampai tu orang memang tak hengat ramainya.

Lepas dah selesai makan ada photoshoot pulak dengan pengantin. Dahla aku nak kena interview dengan wartawan astro Awani. Hehe. Malu lah pulak. Last-last decide takmau lah. Antara photoshoot yang agak unik.

Copy dari Facebook kawan si pengantin.

Actually ada 2 pengantin. Tapi lagi sorang pi shoot photo kat outdoor. Apa-apa pun memang best. 

HANCOQ!

SALAM SATU DUNIA,

Malas nak cerita pasal akad nikah cousin aku. Aku tak boleh pi tengok depa nikah tau dak? Pasai apa?
PASAI JALAN NAK PI ALOQ STAQ SEMUA TUTUP!!

D A M N  S H I T !!

Btw, selamat berkahwin. :)

04 November 2010

P.RAMLEE Dimana kan ku cari ganti?

SALAM SATU DUNIA,



Aku sebak sangat dengar lagu ni. Bagi aku P.Ramlee tiada ganti. Aku menangis bila tengok Bio P.Ramlee dekat History Channel hari Ahad haritu. Tak sangka seniman yang aku ingat dia bahagia selama hayat dia, sebenarnya menderita.

Paling sedih bila Aziz Satar cakap kali terakhir dia jumpa P.Ramlee, dia sedang makan. Makan apa? Nasi dengan telur goreng ja. Betapa hebatnya dugaan buat seniman agung yang tiada pengganti ni. Takdir kan.

Tapi paling tersentuh bila dengar artis Malaysia record balik lagu ni. Memang best. Tahniah. Tapi part Bunkface tu ja aku tak berapa nak gemar. Yang lain memang mantap habis!!

P.Ramlee, tiada insan dapat menggantikan beliau. Al-fatihah :)

Selamatkanlah perkahwinan mereka!!

SALAM SATU DUNIA dan salam banjir,

Esok akad nikah sepupu-sepupu aku. Semua baik dengan aku. 2 orang pulak yg nak kahwin tu. Tapi berita sedih menyatakan rumah yang nak dibuat kenduri, masuk air daa akibat banjir.

Sedih sangat. Kalau aku diletakkan ditempat mereka aku pun buntu taktau nak buat apa. Harap-harap kuasa Allah dapat keringkan air banjir tu harini atau bila-bila tarikh yg terdekat sebelum hari Sabtu, hari persandingan.

"Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, selamatkanlah segalanya. Semoga Kau mendengar doa kami, makbulkanlah doa ini, hanya kepada-Mu kami berserah".

Amin.

02 November 2010

BANJIR 2NOV 2010

SALAM SATU DUNIA dan salam banjir,

Pengalaman semakin dewasa ni semakin 'sharp' untuk aku ingat. 5 tahun lalu, pernah sekali jadi banjir macam ni. Tapi masa tu aku masih mentah, tak reti apa tu banjir.

But now, aku tau macam mana susahnya hadapi banjir. 2 hari hujan berturut-turut. Tak berhenti. Dan yang ni lah hasilnya. Taman aku digenangi air.


Pagi semalam around 1am aku dengan along memang tak boleh tidur. Masa tu hujan lagi. Sebab ramai yang dok lalu lalang depan rumah. Sat lori, sat motor, sat kereta. Nasib baik basikal takda bunyi, kalau tak jenuh. Ambulans pun ada. 

Lepas boleh tidur, mama gerak pulak. Mama cakap semua jalan dah tutup. What?! Exam macam mana? OMAIIII. (tapi syok gak exam postpone!) 

Sampai 4am tak boleh tidur dengan jiran aku. Sebab ambil langkah berjaga2. Lepas tu tidur sat sampai 7.30am. Bila aku bangun ja, macam ni dah depan rumah aku,


Tapi harini cerah. Matahari yang sebelum ni malu-malu nak keluar, keluar jugak. Alhamdulillah rumah aku tak kena apa-apa. 


28 October 2010

Tahniah buat aku.

SALAM SATU DUNIA,

Hello. Lama jugak aku tak update kan. Bukan baca buku, sibuk dengan kedai baju aku. Ramai sangat customer. Sampai tak menang tangan mahupun kaki. Kena hire pekerja. Nasib baik dorang rajin buat kerja. Kalau malas-malas, dah lama aku sepak teranjang.

Lepas satu rak baju, rak yang lain pulak habis. Penat tahu? Sekarang ni pi sekolah, asyik teringatkan kedai aku tu. Bangun tidur pun rasa macam nak pi kedai ja. Conclusion dia, aku dah jadi addict dengan kedai aku sendiri.

Cerita bab modal pulak, mula-mula memang aku kena belanja besar, tapi semakin lama aku boleh menikmati keuntungan dia. Syok weh meniaga macam ni. Mesin menjahit lebih dari 5 dah ni. Semakin lama semakin sibuk aku dibuatnya.

Semua terkejut dengan perusahaan aku, yela, baru 16 tahun dah ada perniagaan sendiri. Sapa nak datang kedai aku boleh ja. Pi dekat Facebook, buat Fashion World sendiri, add aku as korang punya jiran, then boleh la tengok-tengok kedai aku.

* Jangan lupa send gift tahu! Fashion World ja pun, jangan berkira sangat! Hehehe.

25 October 2010

JOM KRITIK!

Aku tengah syok tadi baca akhbar Metro. Selalunya Metro Ahad aku paling suka. Banyak lemparan kata-kata kesat dan pujian yang dilemparkan kat artis ataupun lebih dikenali sebagai seniman la.

Aku sokong 100% sindiran Gayah Gebu! Haaa, boleh pulak "nasi lemak 50 sen" tu kan? Tak kena cut la pulak? Apa nak jadi ni?

Aku ambik contoh senang lah, kawan aku ada adik yang masih bersekolah rendah. Bila babak iklan tu, adik dia siap tanya "apa tu nasik lemak 50sen?". Takkan kawan aku nak cakap tu buahdada si perempuan tu kan! Tak cerdik betul lah. Aku rasa benda tu memang menyentuh sensitiviti kepada semua lapisan masyarakat.

So lepas kena tegur tu pandai-pandai lah ye ubah sikit pemikiran tu. Bukan apa, dah sah-sah filem tu untuk semua golongan umur, jadi buatlah lawak yang 'cerdik' sikit. Takkan tak reti-reti lagi kot bang?

23 October 2010

TETIBA SEMANGAT NAK JADI KREATIF

Sekarang ni selalu sangat aku tengok channel 552, TVIQ tu. Baru aku tau setiap rancangan memang best gila kat channel tu.

Semalam aku tengok la Clever, yg Paknil jadi pengacara tu, memang best la. Sekarang aku sudah tau macam mana telur boleh melantun. Telur? YA telur. Tu lah orang suruh tengok Clever, korang pi tengok gosip-gosip liar kat channel 712 tu kan?

Bila iklan ja, banyak depa buat barang hat jenis recycle balik benda tak pakai jadi benda yg cukup berguna dan gempak gila babi. Aku try nak buat frame gambar guna kotak kaset, tapi tengah cari kotak tu la. Ala, yang cover kaset tu, boleh buat frame yg cukup unik tau dak?

Nanti bila aku dah buat, aku letak tutorial kat sini ya. Boleh korang letak picture JUSTIN BIEBER ka, DR. ROZMEY ka, or gambar-gambar hat dok buat muka ikan lohan tu, dengan mulut sedikit muncung tu. Style habis.

Hat tu saja aku nak bagitau, cuba check channel tu sekarang, kot-kot ada benda yg lebih kreatif kan? :)

21 October 2010

KETAGIH

Aku tak pasti kenapa aku jadi addict dengan benda tu. Aku dah tak kenal siapa aku sejak-sejak aku terbabit dalam gejala ni. Ya ramai akan pandang serong bila aku ungkit pasal benda ni, tapi dorang tak paham betapa aku ketagih sungguh dengan benda ni.

Ramai tak paham. Ramai yang pikir lain. Kadang-kadang aku terlalu ketagih, sampai berhingus aku pendam benda tu. Mula lah nak mengamuk dengan semua orang. Bantal, bantal peluk, selimut, semuanya aku nak koyak, semuanya aku nak tumbuk.

Pipi kucing aku pun sampai berlebam, angkara aku. Sekali ketagih, aku cubit pipi dia. Tapi apakan daya, dah teruk tahap ketagihan aku ni. Sudahlah, aku malas nak cerita panjang, takda sapa tau perasaan aku ketagih dengan benda tu. Sebelum ni aku cukup tak suka dengan benda ni. Bagi aku, orang yang 'ambik' benda ni tak rock. Tapi takat-takat aku ‘kena’ benda ni, baru aku tau nikmatnya hidup.

Aku nak pi ‘pekena’ benda tu. LAKSAAAAA TUNGGU AKUUUUUU. KETAGIHAN TAHAP MELAMPAU. hehehehe

17 October 2010

171010

Thanks sebab wish kat aku. Kalau orang wish depan-depan, aku rasa malu-malu pulak nak pandang wajahnya. (Whoah, ayat RTM).

First strangers yg wishes kat aku, Abg Din. Diikuti oleh Golo, budak kelas. Lepas tu dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia. Banyak jugak heh.

Terima kasih rakan Facebook sekalian alam. Sebab wish kat aku.

Hadiah? Dapat cadbury dari Nad!! Thanks alot dear.

*Bersyukur sangat sebab Allah bagi orang-orang yg indah hatinya. :)

16 October 2010

BUAT BUAT LUPA

Birthday? Whats a big deal? Lupakan please. Aku ni macam gundah gelana ja. Esok birthday aku. Cukup 16 tahun hidup dalam muka bumi. Tapi apa yang aku nak? Rasa lain macam ah.

Rasa takut bila orang tak wish @ wish. Gila kot? Yes i am.

Aku takmau rasa macam ni. Tapi nak buat macam mana kan. Aku tau ramai yang baca entry kali ni mesti majoriti nak angkat jari tengah kat aku mencecah 99.9% kan?

Angkat jela. Aku tak kisah.

15 October 2010

LAGU LAGU NI MAIN PERANAN

My heart by Icha Septriasa with Irwan Syah :
Ingatkan aku balik sejarah hidup aku dulu-dulu, masa darjah 6, lagu ni cukup femes. Masa kat sekolah rendah dulu, cikgu selalu pasang lagu ni dengan lagu Pencinta Wanita. Aduh, kenangan betul lah.

Dari hati by Club eighties :
Lagu ni tak berapa femes. Tapi tetap mengingatkan aku masa aku dapat cuti sebulan. Masa aku sakit tu la. Asyik dok depan tv ja, sampaikan channel indon pun aku layan. Astro Aruna. Ingat lagi tak? Haa lagu ni penah jadi OST drama apa entah. So kalau aku dengar balik lagu ni, aku teringat masa aku sakit dulu.

Cinta tanpa mata by B I P :
Lagu ni OST cerita I love You, OM. Masa tu tingkatan 2 jugak. Tengah tunggu van mai ambik, aku layan dulu cerita tu. At last ada lagu ni. Kalau aku dengar balik lagu ni, mesti teringat zaman naik van dulu. Rindunya hon uncle tu!

Jujur by Radja :
Lagu ni masa aku darjah 6 jugak. Masa tu karoeke kat tasik, lagu ni paling hot orang nak nyanyi. Rindunya zaman tu. Sumpah rindu gila!

Nothing gonna change my love for you by George Benson :
Lagu ni masa mula-mula aku dengan internet. Masa tu mana ada lagi semua ni. Masa tu layan Youtube ja. Then mama suruh cari lagu ni. Aww, sweet.

Err. Banyak lagi sebenarnya. Tapi yang betui2 syok lagu2 hat ni lah. Ya Allah, rindunya aku dengan semua kenangan ni!

13 October 2010

budak baru nak up

Lepas tengok cara awak tulis, lepas tengok cara awak pakai, lepas tengok perangai awak, lepas tengok segalanya yang zahir tentang awak, saya nak buat satu kepastiaan yang awak

budak budak baru nak up. sedih part :/

Aku suka hat ni

TEACHER: Atyn, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
ATYN: A teacher.

THANK YOU.

17 Oct cukup 16 tahun hidup

Diminta aku dijauhkan dari tepung 17 Oct ni. Amin.

# Entry perasan orang nak baling tepung. Konon. BAHAHAHAHA.

11 October 2010

Saya teramat sibuk. Pagi pergi sekolah, petang balik rest, malam gym, tengah malam layan Family Guy. Pagi-pagi baru boleh tidur. So maybe tak online kot.

*Family guy is so hillarious!

09 October 2010

THIS IS YOUR SPACE

Situasi Myspace sekarang :

Si lelaki : Hello ! U tenga buat ape tuw ? ! (:
Si perempuan : Hello back ! I tenga denga lagu lahhhh ! :P
Si lelaki : Owh, u sihat kew ?
Si perempuan : Yay! I sihat ! U, u, komen picture kitew yew !
Si lelaki : Owh macam tuwh ye ? Okay ! ! !
Si perempuan : Comment2 lah pic baru i, nanti i hit u back !
Si lelaki : Okey !
Si perempuan : Jgn lupa spam !

Situasi selepas komen picture si perempuan :

Si lelaki : Yay! Sudah ! 
Si perempuan : Oh tenkiu alot dear!
Si lelaki : Ur welcome, bile nak komen balik pic i?
Si perempuan : Ahh kejap lerw.

Selang beberapa hari kemudian, si lelaki masih belum menerima 'awaiting pictures comments' dari si perempuan. Dengan rasa hiba dan kecewa, si lelaki kemudiannya mendupdate status berunsur kejam, khas buat si perempuan.

"Cis betine ko ni kan, janji ta buleyh ko tepati, aku tggu komen dr ko, ko bt aku cenggini yerw? Smp hati ko. aku cdeyh sgt, knpew akuw kenew macam nieee? aduyhhh."

Moral of this story : Still ada eh "komen picture, i'll hit you back.". "Spam banyak2 taw lalink".

wtf!

08 October 2010

BARU 2 TAHUN PANDAI HISAP ROKOK.



2-year-old Ardi Rizal has been making headlines all over the world after a story broke that he was smoking 2 packs of cigarettes a day. It all started when his father gave him his first cigarette at only 18 months. His mother said "He's totally addicted. If he doesn't get cigarettes, he gets angry and screams and batters his head against the wall. He tells me he feels dizzy and sick." While the Indonesian government has publicly discouraged the family from letting it continue his father said "He looks pretty healthy to me. I don't see the problem."


















This is the most gangsta shit ever.

07 October 2010

BUDAK BUDAK SEKARANG

Umor baru 10 tahun dah ada Facebook, dah ada blog. Maju betui budak-budak zaman sekarang. Bagus lah jugak kalau pikiaq-pikiaq balik. Takda lah buta IT sangat.

Aku dulu main game ja. Habis canggih aku main Max Phane. Lagi tak berkhatam game tu, lagi tu la dok melekat depan PC ni. Lepas tu game "ringan-ringan", aku main Mickey Mouse punya game. Hat yang lukis-lukis, kaler-kaler.

Budak sekarang main Farmville, Happyfarm, Poker dan sebagainya. Agak canggih la sebab kena connect dengan internet. Aku dulu kena sarung CD dulu, baru boleh main. Itu pun jenuh nak berebut dengan along.

Fuh, dunia semakin maju.

06 October 2010

TERIMA KASIH SEBAB WAKTU TADI!

Aku happy sangat harini. Shopping dengan family. Setelah bertahun tak shopping besar-besaran. And then, first time jugak shopping barang dapur dengan abah. Before this tak pernah, abah akan ikut haluan dia sendiri. Rasa ganjil pun ada jugak, but its okey, its still awesome!

"Mama nak hat ni boleh?". "Mama, adik teringin nak yg tu?". "Mama, beli boleh?". Semua jenis ayat tergagai keluar dari mulut aku. Sampai roti panjang hat keras-keras tu pun aku nak. Last-last kan dah kena maki. Hahaha.

Penat gila kot kaki aku jalan malam ni. Petang tadi kemas rumah besar-besaran. Kira semua event besar-besaran punya.

notakakisiatynroslan : aku beli flipflop baru!!! :)

Thanks for everything Allah.

04 October 2010

Alasanmu!!!!

Pagi tadi aku nak mandi, baru nak angkat gayung, along ketuk dengan ketukan cemas. Ingatkan ada apa, rupanya dia sakit perut. Jam dah pukul 7.00am, bila aku nak mandi ni? Dia keluar bilik air pukul 7.10am, muka pucat. 

Bila aku nak masuk toilet nak mandi, dia cakap kat aku "jangan pi sekolah, tunggu along, along sakit perut ni". Apa aku nak buat, ikut saja la.

Hat tu alasan aku tak pi sekolah. :) 

03 October 2010

HAHAH , bodoh cakap takmau on.

Cakap tamau on, tapi hati ni gedik sangat nak on. Kesian pulak kat cikgu BM aku, dia ada blog, ada student bodoh mana taktau pi kutuk dia kat blog. For your information, blog tu blog untuk kegunaan kami jugak, dia post entry semua pasal pelajaran.

Anak murid tak kenang budi.

Ohh lupa nak cakap, aku dah start diet. Mungkin takmau makan dah kot nasik. Harini dah berjaya dah sebutir nasik pun tak telan. Opss, pagi tadi aku makan dua sudu nasik. HALAMAKK.

Ok ok, start esok. HE-HE

02 October 2010

Semua pakat2 sombong aih harini. Lantak lu lah.

Away for a weeks. Malas nak online dah. Cabut pi la streamyx ni pun, tak heran dah. :)
"I don't want to get to the end of my life and find that I lived just the length of it. I want to have lived the width of it as well."

01 October 2010

NO title

Aku tak kisah orang buat jahat kat aku. Orang tak mau tegur aku, orang takmau kawan dengan aku, orang takmau buat apa-apa dengan aku, aku bukan nak kisah sangat. 

Lantak lu orang nak kawan dengan gua ke tak. 

Yang penting bila kawan aku dalam kesusahan, aku berusaha jugak semampu aku nak tolong. Walaupun penah banyak kali dia buat taik dengan aku, apa salahnya aku tolong kan. 


Bagi taik sebanyak dan sebusuk mungkin kat aku, Insyaallah aku akan bagi yg terbaik untuk hang.

30 September 2010

Peoples sometimes being like a biatch.

" Don't kill me!
I've a wife and sons at home!
KILL THEM! "

zxddhaymahabFUCKnahahsydka

Sedar tak sedar, pengsan tak pengsan, dah lama aku tak update blog. Boleh dikatakan ada jugak yang tanya aku kenapa tak update. Macam biasa, komen aku menyatakan aku tiada langsung mood nak update blog bodoh ni.

Bodoh-bodoh pun aku login jugak.

Semakin dewasa ni, aku rasa cukup malas nak babitkan diri dalam dunia maya ni. Aku tau sekarang ni zaman cukup moden. Dulu kalau jumpa kawan lama, masing-masing bertukar nombor telifon, sekarang tidak lagi, sekarang bertukar email, add saja di Facebook.

Aku pun tengok ramai blogger-blogger nak close account masing-masing. Kenapa haa? Blogger dah jadi Myspace? Dah layu? Dah mati? Mungkin..

Kadang-kadang rasa down sangat bila followers kat bawah tu masih ber'angka' sama macam dulu. Sumpah, gua rasa cukup down. Mungkin salah gua sama kot sebab letak kat bawah. Oh ya, lu orang kan malas nak scroll pages ni sampai bawah, mana mungkin lu orang nak follow gua.

Takda hal lah beb. Aku terima ja Qada & Qadar ni kan.

Macam lah aku tak pernah kena kejadian macam gini. Tu pun nak makan dalam ka?! -.-"

25 September 2010

"semakin hari semakin hilang mood dan idea nak update blog, walaupun aku masih update, tapi berat rasanya." 

24 September 2010

Kenapa kena mimpiiii

Aku mimpi gitar jatuh. Terus hancur tak boleh main. Dua kali dah aku mimpi benda yang sama. Kata Fad, kalau mimpi sampai tiga kali memang betul2 terjadi. Tapi aku rasa ayat ni memang terjadi kat aku jugak. Macam last year, aku mimpi aku ada PSP sampai tiga kali, last2 beli jugak.

Tolonglah, aku sayang gitar tu. Aku takmau gitar tu hancuq ka, jatuh ka. Please lah, bagi mimpi lain pun takpa. Bagilah mimpi hat romantik2 sikit, ni bagi mimpi tak bertauliah.

*Aku harap semalam last aku mimpi gitar jatuh. Lepas ni sebelum masuk tidoq nak basuh kaki. :)

benci jadi sayang

Hello guys. Aku gembira sangat2 bila sekarang aku dah okey dengan semua jiran2 aku. Aku tarik balik entry Jiran Durjana aku yg dulu. Masa tu aku taip ikutkan hati setan aku ni. Maaf sangat2.

Aku rasa Ramadan & Hari Raya tahun ni memang cukup bermakna. Setiap kejadian penuh hikmah. Aku mengaku, ayat Hari Raya Hari Mulia. Memang betui2 ada spirit. Semua tu memang terjadi.

Setiap hari aku cerita kat Nad, yg aku happy sangat sebab jiran2 aku semua dah cool dengan family aku. Even before this pun ada masalah, selama bertahun2 aku tunggu saat tu, 1Aidilfitri & 18 Sep semua benda tu terjadi. Aku tak kisah kalau Nad dah muak dengar semua tu, yg aku tau aku happy.

Bila aku dengar lagu ni, mesti aku sebak. Aku teringat Ramadan la. Memang banyak meaning. Terima kasih Allah.

21 September 2010

jht

Err. Sumpah taktau nak post apa. Tapi teringin sangat nak post satu. Satu pon jadilah sebelom aku pi masok tidoq.

Sekarang ni problem macam-macam timbul. Lepas selesai satu problem, timbul yg baru. Hidup penuh masalah ja. Kadang-kadang rasa penat pun ada, tapi nak buat macam mana kan. Selagi aku mampu hadapi semua ni, aku akan hadapi dengan kesabaran. ( ayat RTM sat )

Bila aku ada masalah ja, aku terus akan pikiaq, Allah bagi aku satu dugaan, dan mesti aku boleh hadapi dugaan tu dengan kesabaran. Ayat tu memang ada spirit la, bila aku ingat ayat tu, konfem aku dapat balik kekuatan hidup aku.

Aku nak ubah cara hidup aku. Aku nak ubah nasib keluarga aku.

*entry diri sendiri dgn menggunakan ayat RTM. :)

19 September 2010

18 Sep 2010

banyak gila benda jadi tarikh ni. Allah Maha Berkuasa, cukup berkuasa! 

"Dia tarik satu perkara, dia berikan perkara lain yang berganda hebatnya."
                - jayzuan.

17 September 2010

NAHHHH AWAT TAK AMBIKK

Haaa baru tau kot langit tu tinggi ka rendah ka. Tuhan la ni bayaq cash la. Cuma tunggu bila ja pembayaran tu akan terjadi. Now you get it right?

Aku bukan apa, aku cuma geram ja bila orang buat kat family aku, lepaih berapa lama, kena balik kat family depa. Aku tau Allah sangat adil.

Aku bukan nak cakap takbur or something. Korang geram tak kalau orang lain hina family korang sendiri? Mesti sangat-sangat geram kan? Tu la aku rasa, now semua rasa.

Allah Maha Adil. Cukup adil.

I dont like kids.

Euu, title entry pun dah menunjukkan aku tak suka budak-budak kan? Ya memang betul pun. Aku tak suka budak-budak nakal. Aku cukup pantang kalau budak-budak hyper lagutu mai rumah aku. Nak ambik barang tuh, bukak almari ni, ketuk barang-barang yang ada kat rumah aku, kacau kucing-kucing aku, buat bising, bagi selerak barang dan sebagainya.

Aku pulak jenis tak kira sapa parents diaorang, aku jerkah jugak depan-depan. Aku pun tau ramai budak-budak tak suka kat aku. Aku boleh rasakan dari air muka depa. Ada aku kisah ka kalau depa tak suka kat aku? Lagi aku suka!

Aku cukup pantang kalau ada parents yang buat taktau bila anak-anak depa ragaih(panjat) kerusi, meja dan sebagainya. Aku cop parents tu tak reti jaga anak. Nak meloncat sangat, balik rumah sendiri la. Ingat rumah aku playground ka?

Aku tau la depa budak-budak lagi. Tapi budak-budak lagutu la kena bagi sikit AJARAN keras. Jangan manjakan sangat.

15 September 2010

Check berat blog aku!

HAHAHA, ingatkan berat taraa mana sangat. Padahal ringan ja. Berat lagi badan aku. Bahahaha.


See, 0.22 seken ja weh. Mai la singgah selalu blog aku, takla berat sangat. Loading pun tak lama. Blog aku tak bagi orang stress!

Hari paling best GILA

Kelmarin along ajak pi reunion dengan kawan-kawan dia sekolah menengah dulu. At first, aku malas gila nak pi, lepas dipujuk aku setuju. Best gila bakhanggggggg. HAAAA.

Mula-mula pi ambik kawan dia. Depan rumah dia betui-betui ada JPJ. Yg along dok terketaq-ketaq takot kat polis tu, padahal polis tu tahan motor ja. Pelik.

Lepas tu lepak tasik. Aku dengan along dah jadi model dah kot. Kalau aku tau dia nak buat photoshoot, aku pakai baju lawa-lawa sikit takpa, ni pakai selekeh gila. Selipar aku pun macam nak putus ja bila jalan. Kawan along pulak sibuk ajaq aku pasai camera. Padahal aku satu dlsr pun takda lagi. Aku tak kisah, aku suka lagi ada diajar bab-bab kamera ni.

Lepas balik dari tasik, balik kampung sebab ada rumah terbuka. Aku makan banyak gila. Gemuk tahap apa aku pun taktau. Jeans aku pon dah ketat semacam. Nak diet ah.

Balik kampong pun ada lagi photoshoot dengan sepupu. Aku suka gila lahh date (14 Sep 2010) ni.

*entry syok sendiri. Lantak aku ah.

14 September 2010

Bunga kat awak semua

Buka blog saya terus akan jumpa bunga kat atas ni kan? Ya itu untuk awak. Awak semua. Ambik la, anggap ja tu bunga hidup. Cium-cium sikit. Wangi kan? Tipu ah bila awak kata tak wanggi.

Sekarang saya suka Shin Chan la, takat-takat anak sepupu saya muka dia macam shin chan.

12 September 2010

Kemalangan senja

Jiran aku kemalangan. Sedih jugak, sebab dia nak pergi kerja jadi guard kat kilang. Dahla berpuasa, habis maggi dan kuih muih dah hancur. Dia sendiri pun tak tau kenapa dia lalu ikut jalan lain, padahal tiap-tiap hari dia akan lalu ikut jalan yang sebetulnya sebab dekat dengan tempat kerja dia. 

Aku harap dia cepat sembuh. Dorang kata dia terlanggar anjing. Masa tu maghrib. Macam-macam benda buruk selalu terjadi bila senja. 

Kesian, dia dah tua. Tadi aku dan family pi melawat dia, lepas x-ray, doctor sahkan tulang rusuk dia retak. Aku harap dia cepat pulih. Amin.

Aidilfitri lagi

Raya kedua. Sibuk jugak lah. Bangun tidur dalam 12.30pm, terus 'mematuk' kuih muih dan rendang ketupat mama. Pergi mandi, kemudian dipelawa makan nasik, sapa tak mau kan? Aku teruskan jugak tradisi membesarkan lagi badan aku.

Lepas habis makan, timbul pulak isu aku terlebih kenyang. Dah tak tau nak buat apa, aku online jela Facebook. Not bad, semua pakat sibuk upload gambar raya. Mata aku pening ja tengok banyak sangat corak kaler yang ada dalam gambar-gambar tu.

Petang mama ajak pi beraya, ikut jugaklah. Then balik kampung jumpa sanak saudara. Not bad jugak, dorang masih bersikap seperti dulu. Malam ada BBQ, aku pun layan habis la dengan acara wajib family tu. Banyak jugak aku melantak. Sate, nasik tomato, nugget, kentang, ice-cream.

Ada lah gambar kenangan diambil. Selebihnya kat Facebook. Pi tengok sendiri.


10 September 2010

Aidilfitri

Salam lebaran. Puas raya harini. Orang yang lama tak bertegur sapa, sekarang dah baik dengan kami sefamily. Terima kasih Allah. Berderai jugak airmata aku pagi tadi lepas kejadian tu. Sebak gila bakhang.

At first, rumah takda sapa-sapa mai pun. LEGA gila kot. Nasik ayam mama boleh aku kerjakan. Haha. Dalam 11.30am tu dah mula penuh rumah aku. Sampai nak duduk tang mana aku pun taktau.

Duit raya dapat sikit ja. Tak sedih pun, 10 ringgit pun jadilah, aku nak tengok Resident Evil ni.

Ada sikit ja gambaq raya, yang lain semua terpahat dalam memori terindah, otak aku.



09 September 2010

Saya tunggu awak ni..

"Awak jangan menangis, nanti kita jumpa lagi. Insyaallah kalau Allah Taala izinkan, kita pasti berjumpa lagi. Saya pergi sekejap saja, bukan lama. Awak tunggu. Dalam masa penantian awak, awak kena doakan untuk bertemu saya lagi. Ala awak ni, jangan lah menangis.. Kan ada benda baru menanti awak kan? Benda yang awak nak sangat raikan. Benda yang awak tunggu selama ni.

Saya harap kita berjumpa lagi. Awak kena tunggu saya. Saya akan kembali."

Selamat jalan bulan Ramadan, selamat datang Syawal penuh keriangan.

L O V E


I love you back friend. 

07 September 2010

My Identity

My name is Atyn. And i'm not terrorist.

06 September 2010

Jom buat ucapan raya!

Hai semua para pembaca. Lagi berapa hari ja lagi nak raya. Tik tok tik tok, kejap lagi nak berbuka dah. Lepas dah satu hari berpuasa. Alhamdulillah.

Raya tahun ni rumah korang buat apa ? Nasik kandar ? Chicken chop ? KFC ? Pulut kuning ? Pulut durian? HAHA, actually takda pon makanan semua ni bila raya kan? Saja aku kasi gempak.

Baju raya tahun ni berapa pasang? Kaler apa? Kasut raya dah beli belom? Kuih tu siap dah ka? Tak balik kampung ka raya ni? HAHA, semua soalan sama ja tiap-tiap tahun kalau dapat kad raya. Sekarang semakin maju, takpayah pi pejabat pos nak pos surat, just guna e-card kat facebook.

Okay, dikesempatan ini Atyn Roslan ingin memohon maaf sekiranya terkasar bahasa bila berbicara kat blog ni. Kalau ada hutang piutang tu, mai rumah tuntut duit masing-masing. Mai lah noh raya ni, mama buat nasik ayam.

selamat hari raya aidilfitri. 
maaf zahir dan batin. :)

New life

aku malas dah ah nak pikiaq pasai orang lain. kalau boleh aku nak sangat hidup privacy. awat kita tak boleh cipta dunia sendiri ah? dunia dengan orang yg kita sayang ja. aku malas lah ramai-ramai ni. semak.

taktau lah nak kata. aku nak update entry baru, tapi seriously aku takda cerita nak tulis. tapi aku nak. nak sangat. bodoh la.

apa yg aku nak sebenarnya ni ah? mengada.

05 September 2010

Serabut la

Aku tak tau apa nak jadi kat rumah ni. Asyik nak gaduh ja. Penuh iblis dah kot kat hati masing-masing. Kadang-kadang penat lah nak leraikan depa. Aku yang asyik kena baling bantai, tampaq tengah belakang, suruh diam. Tu semua kerja aku. Depa masih buat taktau. Masih buat kosong.

Jangan dok salah anggap pulak. Yang bergaduh tu bukan sapa, BONNY & BEN. Kucing aku, bukan family aku.

Penat lah wey asyik tengok hampa kelai!

03 September 2010

The Only Exception

Penat aku cari lagu ni. Sebab aku minat guitar dia la. :)

Buang Shoutbox

Aku dah tak tahan dengan shoutbox. Buang ah. Nanti bila aku sangap balik dengan benda alah tu, aku letak balik.

Baru balik dari Penang. Penat Tuhan saja yang tau. Aku diamkan saja. Kalau aku budak-budak sekarang ni, dah lama aku kenyang pekena nasik kandaq Penang.

Lagi 7 hari nak raya. Nanti aku nak berbuka nasik kandaq Zaas la, lapar nasik kandaq tahap giban. :)

Hello Penang

I'm going to Penang today. I hope everything will be just fine.

Good luck along. :)

01 September 2010

stats

perasan tak ada stats kat navbar atas tu. cuba korang try click tengok. mesti ada yang akan berkata :

"wahh, budak ni rupanya view blog aku yerr.."
"eh ehhh, tak sangka dia mau baca blog aku.."
"OHEMGEE, musuh aku!!"

hahaha. who's care? saya tulis awak baca. depa buat macam ni, kantoi hidup-hidup lah sapa yang selalu jadi silent readers kan. hahaha.

yes yes

haha. bertukar lagi layout. pengaruh orang sama kot. bila masa aku suka hat simple, jadi laguni la. bila masa aku jadi "girly" sikit, mulalah berbunga background belakang ni.

aku taktau aku suka hat lagu mana. benda ni dia ikot mood jugak. kalau kata nak bagi jadi manja sikit, ber"doll-doll" lah. okay aku mengaku aku pun kadang-kadang terpengaruh dengan blog yang lain. kalau bukak hat yg comel, mula lah aku cari layout. kalau kata bukak hat simple tapi cerita best, mula lah aku tekan settings, edit HTML, lepas tu pilih layout hat lama. hat baru aku tak berapa nak berkenan sangat.

tadi pi sekolah semua okay ja. mungkin masa awai aku takda mood sangat kot. mintak maaf lah semua. aku bosan dengan squidward tu (taktau eja nama kartun tu betui ka dak), dia buat aku panas ah.

lepas tu tadi pi surau. ambik hadiah sempena aku masok tadarus kan. yes i admit, aku bukan baca banyak sangat pun. huu~

tu ja kot. chow.

30 August 2010

30 August

esok cuti. salam merdeka semua buat kali ke-53. tadi ada event kat sekolah. haram betui, bagitau la ada event kat sekolah, aku ni penat galas beg bawak buku banyak. haiya.

at first memang best, baca yassin. lepas tu ada ceramah. lawak gila kot. dahla hensem ustaz tu. lepas penat gelak, ada ceramah pasal kemerdekaan. aku jujur gila ni yang aku betui-betui tak berapa suka dengan ceramah berkenaan dengan kewangan, kemerdekaan dan hal-hal lain yang sewaktu dengannya.

depa jemput penceramah yg dah tua. depa kata dia ada masa zaman jepun mengganas dulu ni. dia dok cerita pi kalih muka kat cikgu. yang kami ni dok nganga ja. dahla cakap tak paham apa. yang aku dengar dia kata "ubi kayu" ja, lepas tu dia nyanyi lagu apa benda taktau.

aku hargai pengorbanan dia dulu. tapi apa salahnya depa panggil penceramah hat bermutu sikit. ni cakap tengok buku. aku tau mesti dia penat dok tulis malam tadi. ngehngeh. tapi memang totally MEMBOSANkan. :)

terima kasih.

tag dari SYEERA

Nama blog anda buat masa ini ?
ATYNROSLAN LIFE RECORDS.

Anda rasa blog anda hebat ?
err, sumpah takda sehebat mana pun.

Benda yang anda sayang ?
guitar dari mama.

Anda tengok waktu dekat mana ?
sesuatu yg bernama dan digelar jam.

Web sesawang yang selalu anda jenguk ?
Twiiter, Facebook, Ym, Ms.

Letak 3 hingga 5 blog yg anda rasa 'BLOG HEBAT'..
-dia.
-kamu.
-mereka.
-kita.
-saya.

29 August 2010

sewel ?

takda mood nak update blog. meluat kat cikgu sains. perangai macam cilanat. aku muak ah. muak. muak dengan hang punya leteran. awat tadi tak halau aku ja? hat tu aku tunggu sangat tu. thank you teacher.

28 August 2010

suara, dengar aku ?

terima kasih sebab bagi kat aku orang yg selalu ambik berat, jaga aku, suka aku, sayang aku dengan ikhlas. walaupun kita dalam kekurangan, tapi aku masih rasa betapa ikhlasnya depa sayang kat aku. terima kasih Allah buat aku bahagia harini, esok dan selamanya. Insyaallah.

orang yang aku nak sangat peluk sekarang : MY TOKLANG.


rindunya kat dia. cara dia dodoikan aku. nak balik kampunggg boleh tak ?

27 August 2010

zaman lampau

teringat masa tingkatan dua. nak pi sekolah, layan channel hitz 705 pagi-pagi. around 9.30am pi beli nasik lemak. dah van sekolah selalu mai ambik pukul 12.00pm. sekolah sesi petang masa tu. layan lagu david archuletta, katy perry, one republic, avril lavigne, dan lain-lain.

kalau dengar balik lagu-lagu semua, teringat sangat-sangat masa tu. hadoi, tapi aku takmau kembali zaman tu, sebab kena balik lewat dari sekolah, pukul 6.30pm baru bertolak. nak hantar budak lain balik rumah lagi. totally pukul 7.00pm baru sampai rumah sendiri.

masa berlalu cepat betul. sedar tak sedar, tahun depan aku last sekolah dah. tahun depan aku ambik SPM. aku sendiri pun tak sedar. korang sedar?

new layout

new layout and i love it. :)  thanks kepada yg berkenaan bagi tutor. ingat aku kerek sangat tak reti buat ka wey ? ngehngeh. tak baik marah bulan puasa macam ni. ehem ehem!

lama gila dan aku rasa tersangat lama tak blogwalking. bila tak blogwalking, takda la pengunjung baru kat pages aku. sukanya..!!

hmm, hari sabtu ingat nak keluar buka puasa dengan bestie aku, tapi kena tunda pi hari Selasa. Nad, sorry wey, hari selasa pulak. sebab sabtu nak pi beli baju raya. YEAY!

lagi berapa hari nak raya. rasa sayu ja nak tinggai bulan ramadan yg suci lagi murni ni.

24 August 2010

nak sangat ? AMBIK!

muka taktau malu. ada hati nak campor dalam urusan orang tua-tua? bodoh. tu pasai hak. kita tengah bercakap pasal hak. bukan soal main-main. jangan masok campor la. tuli. banggang. dasar perangai macam sial.

malas aku cakap dengan orang badigol yang selalu perasaan diri tu bagus dan lebih baik dari orang lain.
YA ALLAH, berikanlah mereka hidayah-MU. Kurniakanlah mereka dengan hati yg bersih, minda yang cerdik untuk berfikir.

notakecil : jangan jadi yahudi sangat, selalu rampas HAK orang lain.