chapter 20; God created me with love.

30 November 2010

Kejap di atas, kejap di bawah..

Assalammualaikum.

Dulu masa kami dok kat bawah, takda sapa pandang.

Aku bersyukur sangat bila ada hamba Allah yg langsung takda kena mengena pertalian darah, bantu kami saat kami benar-benar susah. Terima kasih Ya Allah Kau permudahkan jalan bagi kami.

Aku tahu suatu hari nanti pasti ada cahaya akan menyinar lagi. Aku tau.

Allah Maha Adil lagi Maha Pemurah.

Mai aku isap sama..

HELL-O

Semalam aku pergi makan kat satu kedai ni, boleh dikatakan tempat melepak jugaklah bagi remaja yang boring, saja nak buat style, meng'shisha', rempit pengotor, couple yg boleh pegang-pegang, dan yg betul-betul nak makan macam kami ni.

Manusia dekat situ bukan main ramai. Tapi kebanyakkanya isap shisha la.

Meja sebelah aku ni ada sekumpulan remaja. Ramai lah jugak. Ada yang tomboy lah, perempuan-perempuan gediks, laki-laki yg buat indie gila. Yang si perempuan asyik tengok meja kami ja. Aku pun taktau pasaipa.

Lepas tu aku TERTENGOK perempuan tu nyalakan rokok. Sambil pandang aku dengan renungan tajam. WTH? Nak isap rokok pun nak bagi aku tengok? Weh please lah nyah, macam aku baru disogok dengan benda yg dah nak lapuk ni?

Perempuan isap rokok? What do i care?! Go on lah selagi tak kacau hidup aku. Nak mati ka, nak jadi wild ka depan tu aku langsung tak kisah.

Kesian pulak aku tengok perempuan tu, punya nak tunjuk dia boleh isap rokok, sampai tengok aku teruk-teruk bagai. Awat tak datang duduk tepi aku ja? Kat sebelah aku pun ada kerusi kosong. Haih.

29 November 2010

Kenapa saya suka film ni...

HELL-O

Bukan 2 Alam. Bukan 4 Alam. Dan ia ialah...
The Ruins.

Memang terbaik lah. Kalau korang ter'info' dekat Astro, then ada cerita ni, cepat-cepatlah tekan 'OK'. Please tengok cerita ni. Memang best / seram / ngeri. 

Aku pagi tu tak boleh tidor. Tengok channel lain macam tak best. Try lah tengok kat Cinemax, ada The Ruins ni. Sebelum ni pun ada, tapi kali ni baru nak tengok. Wahh, gilabab1 punya seram. 

Okey malas nak story banyak. Tengok trailer jom!




Sebab kenapa Atyn Roslan suka movie ni tangat-tangat (ahaa, buat ayat HOT sikit).
1. Cerita yg tak putar belit alam.
2. Jalan cerita yg memang sempoi, bukan semput.
3. Pelakon yg agak cool/hensem.
4. Location yg sangat menarik.
5. Pengakhiran yg sungguh mempersonakan.

Okey bye. :)

28 November 2010

Kenapa saya suka Twitter...

HELL-O

Walaupun takda banyak followers, ADA AKU KISAH? wee. Hahaha. Pinjam word Azwan Ali kejap ye. Hehehe.

Okay now nak cerita pasal perihal Twitter. Mula-mula Twitter bagi aku cukup membosankan. Update status and signout. Tapi sekarang jadi addict. Sampai taktau berapa banyak aku tweet tiap hari. ADA AKU KISAH? Weee~

Aku pun taktau kenapa jadi addict dengan Twitter. Any idea? Okay, sebab aku jadi suka Twitter:

1. Boleh update macam-macam tanpa mempedulikan orang lain.
2. Facebook takda privacy.
3. Sebab aku suka Twitter aku.

Ahahahaha. Nonsense gila! Okay bye.

27 November 2010

Finally!

SALAM SATU DUNIA,

Aku dengan ini nak berterima kasih kat Mya Abdullah sebab bagi music sheet Bila Cinta kat aku. Thank you so much weh. Aku appreciate tauuu. Muahmuah.

Boringnya sekarang ni. Taktau nak buat apa. Dan aku taktau nak cerita apa.

Yang tu jelah kot nak cerita. Ahahaha. Takda life betul.

26 November 2010

Permintaan tertangguh

SALAM SATU DUNIA,

Lepas jalan-jalan dengan perut yg kenyang yang disumbat dengan McD, aku pi ronda-ronda kat atas Pacific. Pi cari beg, YES, dah jumpa. Duit pulak takda. Tunggu mama nanti lah dapat gaji. Heuw.

Lepas tu jalan kat Reject Shop, damn it, baju yang aku nak ada kot. Bila tengah kering baru nak ada hat elok-elok. Tunggu mama nanti lah dapat gaji. Heuw.

Permintaan aku tertangguh lagi. :'(

23 November 2010

Myspace.

SALAM SATU DUNIA,

Aku nak terang pasal ke'update'ban Myspace. Tempat yang semua nak signup dulu. Sekarang famous Facebook / Twitter. So tak layan dah la Myspace apa ni semua. Dalam masa orang tak layan, ramai yang ambik kesempatan lepaskan nafsu kuda-kuda mereka kat situ.

Lepas dah puas nafsu serakah dalam tu, ada pulak yang tak habis dan tak pernah berfikir untuk berhenti daripada hantar mesej-mesej suruh aku add Facebook / Twitter dia. Sumpah macam bodoh gila. Dia ingat aku ni barua dia nak add-add bagai? Tolong lah weh. Aku pun ada hobi lain nak buat daripada dok add hang punya semua tu.

Haish, YOURSPACE, not mine.

Vintage

SALAM SATU DUNIA,

Macam awesome sangat-sangat kan? :) I loike. 

Gelombang kedua?

SALAM SATU DUNIA,

Mengikut khabar-khabar angin, gelombang kedua banjir akan datang. Dulu depa dok jangka 15 @ 17 November banjir lagi sekali. Tapi takda pun. Yes i admit, semua kuasa Allah. Alhamdulilah.

Sekarang dikatakan pulak gelombang banjir yang kedua nak jadi 20 November. Tapi dah lepas dah. Alhamdulilah.

But now, hujan. Hujan around 3.20pm tadi. Cukup lebat. Sampai membuatkan aku terlena sebentar. Bila bangun mama cakap Taman Rasa Sayang dah naik air. Tapi tak teruk pun, biasa-biasa ja. Hujan berterusan sampai malam. Amat lebat.

So sekarang kena ambik langkah berhati-hati. Mana tau betul ke gelombang tu nak datang. Yes saya mengaku lagi sekali tu kuasa Allah. Biar Dia yang tentukan ok.

21 November 2010

Okay bilik dah bertukarrrrr!

SALAM SATU DUNIA,

Penat gilababi weh aku kemas and decorate bilik. Ohh maaf, KAMI ye, bukan aku saja! At first, along nak jemur tilam ja, ya nak buang habuk-habuk dan sewaktu dengannya. Lepas tu abah suruh tukar posisi katil. Blablablah. Penat gila. Dahla masa aku tengah kemas, terpijak stapler, sial gila!

Okay, aku tengah update ni pukul 3.18pm, dan aku masih belum mandi ye anak-anak. Depa semua tengah membuta saat ni. Aku ja dok bersengkang mata layan blog dulu.

Daripada aku pilih mandi, baik aku pilih KLCC. Hahaha!

19 November 2010

FINALLY!

SALAM SATU DUNIA,

Finally. Cari lama application ni. :) 

Hensem tak aku? woot woot.

Mak pangkah anak sendiri

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Semalam aku bagi lah kat mama cerita-cerita rakyat kan. Aku cerita pasal hantu tokwan si Nina ni balik cari Nina sebab ambik daging tokwan dia. Kalau sapa pernah dengar cerita ni, dia tau lah. Sapa taktau nanti aku cerita okey?

Lepas habis cerita kat mama, aku tau majoriti mama nak angkat jari tengah dekat aku mencecah 99.99%. Pasal dia tak angkat mungkin sebab dia ingat yang aku ni anak dia.

Lepas tu mama bagi teka-teki pulak dekat aku dengan along. Dia mulakan cerita dia macam ni.

MAMA : Taparam ada seekor kucing. Kucing dia ni suka sangat melompat sampai bumbung. Satu hari                                        kucing Taparam hilang. Lepas tu kucing yang hilang tu kucing sapa?

KAMI : KUCING TAPARAM LAH!

MAMA : Lahh, tak sangka adik dengan along cinta Param.

KAMI : Huh?!

MAMA : Yelah, KUCINGTAPARAM. ( cuba sebut ). Macam maksud KUCINTA PARAM, kan?

KAMI : *Nak saja angkat jari tengah. Tapi mak kan, terima sajalah. :)

18 November 2010

Fed-up dah dengan keadaan sekarang

SALAM SATU DUNIA dan salam sahabat,

Yes, post title memang tak boleh diterima kan? Rasa macam masalah berat ja. Padahal masalah peribadi ja pon. Chill lah wey!

Okay, now nak cerita pasal aku. Aku ye. Bukan kamu, anda, dia atau mereka. Ini pasal aku. Ok, lets start.

Aku Atyn Roslan dengan ini mengumumkan yg aku memang gemok sangat-sangat sekarang. Rasa tak fresh, rasa tak sihat, rasa khayal ja. Entah kenapa. Start hari Ahad aku nak jogging. Dua round kat padang taman aku cukup lah kot ye?

WEYH! NAK KURUSSSSSSSS!!

17 November 2010

Aku tak suka! Aku tak suka la!

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Facebook, Twitter, Myspace, Yourspace, Ourspace. Semua orang ada. Aku pun ada. Bila dah ada tu takkan nak tengok saja kan? Mesti nak berkomen-komen, bermesej-mesej, dan banyak 'ber-ber' lagi lah.

Aku paling sakit hati dengan manusia yang baru belajar mengeja. Yang selalu tulis jenis short-form. Aku rasa macam cacat pun ada. Short-form sampai kadang-kadang aku tak paham atau salah faham.

Contoh pertama :  Ank dowk watperh?


Ayat betul : Hang dok buat apa?

Ini membuatkan aku salah faham dengan perkataan 'Ank' tu. Dulu aku ingat perkataan tu 'Anak', rupanya 'Hang'. Manalah tau kan, budak-budak sekarang buat gelaran selamber ja kat kawan-kawan dorang.

Contoh kedua : huHH!!! bENgaNg gLeRr!!!paNAs hatII jeW...NsiB bAeK jew bdx TwOo..!!!panaS , panAs , Panas!!!!!!!

Ayat betul : Huh!!! Bengang gila!!! Panas hati saja... Nasib baik ja budak tu..!!! Panas , panas , panas !!!!!

See, paham-paham sendiri lah ye. Aku muak gila dengan percakapan macam ni. Sampai aku tak paham dan boleh buat aku salah faham. FUCKED UP.



Salam Aidiladha

SALAM SATU DUNIA dan salam perayaan,

Esok raya. Rumah aku satu apa pun tak buat apa-apa. Malas la nak beraya. Tak tau pasaipa. Mungkin semakin besar, semakin liat nak beraya ni kan.

Tak kisah pun, plus, takda lah aku penat kan. Esok pi beraya rumah orang ja. Tu pun aku taktau orang lain raya ke tidak. Iye dak?

Hm, sempena raya aidiladha ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kalau aku ada silap dengan semua readers aku kat blog ni. Mintak ampun ye. Aku bukan manusia sempurna, kadang-kadang ada jugak yang tersasul.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA.

16 November 2010

Goodbye 4A, HELLO 5A!

SALAM SATU DUNIA,

YES!! Berjaya jugak aku tepis hasutan syaiton laknatullah, apabila aku bangun pagi gosok gigi pergi sekolah minum kopi. HAHA. WTH?

Okey seriously, aku dah habis sesi persekolahan untuk form 4 okey! Hay awak, jangan pandang rendah sangat dengan saya, saya tahun depan senior awak dan awak tau? Heee.

Okay start dengan since pagi, masok kelas, GIGOLO kesayangan aku ajak ambik gambar pulak dengan dia. Aww sweet gila wey. Hahaha. Lepas tu snap picture nuh, picture ni, memang happening gila kot. Cuma ada budak laki ja yang tak berapa nak sporting, so jangan salahkan aku kalau picture hampa takda kat Facebook aku nanti ye. Peace.

Lepas tu snap picture kat kolam. Wahh, priceless moment gila wey! Kami sempat buat video sempena raya dan cuti sekolah. Also kat my lovely penyegan girl, Nad. :)

video
This is first video. Memang freak gila kan? Hahaha. Weirdo!

Lepas tu pi ambik buku teks untuk form 5. Lepas tu aku call abah suruh ambik. 

P/s buat Nad : Kami keluar sekolah pi makan weyh! Rugi gila hang. BOOOOO! :p

15 November 2010

SALAM SATU DUNIA,

Internet lambat gila babi sial okey harini? Saja post banyak-banyak, tanda aku benci internet lembab.

MAK :Internet lembab macam apa anak-anak?
ANAK-ANAK : Macam siput makk!

OK DENGAQ SINI!

SALAM SATU DUNIA,

Saya sudahh merdeekaaa! Saya sudahhh bebasss dari penjajahannn peperiksaan yang amat kejam. Exam membunuh saya secara perlahan. Pada padangan saya lah kan. Pada kamu, ia untuk berjaya. LANTAK PI HANG LAH.

Ok seriously, aku benggang gila kat cikgu BUKU TEKS okey? Aku ingat harini 15.11.2010 last sekolah. Aku pun dengan bangga pi cium-cium habih pokok bunga kat sekolah. Semua benda cakap ja apa yang aku tak cium, semua aku cium ye. Hahaha.

Lepas tu tadi boleh pulak cikgu BUKU TEKS tu datang bagitau esok kami semua kena ambik buku teks untuk form 5. Tak benggang ke? Cakap nak bagi tahun depan. Damn shit gila babi weyh!

Semangat aku nak buat langsir, semangat aku nak buat ketupat, semangat aku nak korbankan seekor lembu, semangat aku nak makan daging, SEMUA DAH HILANG okey?!

Selamat hari raya Aidiladha. :)

13 November 2010

BUNGA BUNGA *entry perasan, so jgn baca.

SALAM SATU DUNIA,

Macam tak percaya ada orang cakap bibir aku cantik. What? HAHAHA. Tak pernah-pernah ada orang puji macam tu. Bagi aku bibir aku semakin hitam lah. I don't why, plus i'm not a smoker. :)

Ok change a topic please! Hahaha. Esok masih exam. Sains sukan II. Hari Isnin Geografi & Sains sukan I.
Lepas tu i merdeka ok?

11 November 2010

Pelastik

SALAM SATU DUNIA,

Nad bagi link blog sorang ni. Kalau aku baca balik memang lawak lah kan. Sebijik macam budak-budak baru nak up. Takda personaliti. Kesian awak ye?

Sedangkan aku tau kat luar dia macam mana,i means LIFESTYLE dia. Hahahahahahaha!!! Opss, tak baik gelakkan orang. :)

10 November 2010

math is killing me softly

SALAM SATU DUNIA dan salam exam,

Keluar mulut singa, masuk mulut buaya pulak. Lepas habis paper 1 math, esok paper 2 pulak. Natang babi apa susah sangat math ni haa? Sapa yang exam dapat A+, aku taktau otak jenis apa. Memang boleh dibanggakan. Otak RM40juta.

Time exam tadi semua pakat-pakat nganga. Ada yang dok buat confident kira guna calculator, last-last jawapan haram apa pun tak dapat. Bila aku cakap kat sorang budak ni yang dia pandai buat math sendiri, dia gelak. Aku heran jugak, last-last tanya dia boleh buat ka tak, dia kata tak boleh. Aku tanya dia lagi sekali, 'hentam ja ka?', selamber ja dia jawab 'ha'ah kami hentam.'.

Pastu tadi hang kira menatang haram jadah apa bukan main lama? Confident ja aku kata dia boleh buat. Haih. Esok aktiviti kedua pulak, menganga lagi time math.

Math? Takdak word lain nak describe.

09 November 2010

Kill me!

SALAM SATU DUNIA dan salam exam,

Cemuih gila kot exam, opss maaf yer, cemuih means BOSAN. Yayaya. Malam ni mama & along gerak pi KL dan Kuantan. Hari Jumaat dijangka tiba dirumah. Insyaallah. Aku? Dok dengan abah la. Jenuh lepas ni kena dera dengan abah. Dia suruh buat yang tu lah, yang ni lah. OMAIII.

Takda apa dah kot nak kata. Cemuih lama-lama. :)

06 November 2010

S P B!

SALAM SATU DUNIA,

SPB = Selamat Pengantin Baru!!

Mula-mula memang sedih sangat bila tak boleh pi kenduri sepupu sendiri. Semua perasaan bercampur. Geram, sedih, terkilan, kecewa and ect.

Lepas tu dalam pukul 1.30pm mama balik dari kerja suruh kami siap. Mama cakap jalan boleh lalu, tapi ikut jalan jauh. Dah takda pilihan sangat, kena pi jugaklah. Bila sampai tu orang memang tak hengat ramainya.

Lepas dah selesai makan ada photoshoot pulak dengan pengantin. Dahla aku nak kena interview dengan wartawan astro Awani. Hehe. Malu lah pulak. Last-last decide takmau lah. Antara photoshoot yang agak unik.

Copy dari Facebook kawan si pengantin.

Actually ada 2 pengantin. Tapi lagi sorang pi shoot photo kat outdoor. Apa-apa pun memang best. 

HANCOQ!

SALAM SATU DUNIA,

Malas nak cerita pasal akad nikah cousin aku. Aku tak boleh pi tengok depa nikah tau dak? Pasai apa?
PASAI JALAN NAK PI ALOQ STAQ SEMUA TUTUP!!

D A M N  S H I T !!

Btw, selamat berkahwin. :)

04 November 2010

P.RAMLEE Dimana kan ku cari ganti?

SALAM SATU DUNIA,



Aku sebak sangat dengar lagu ni. Bagi aku P.Ramlee tiada ganti. Aku menangis bila tengok Bio P.Ramlee dekat History Channel hari Ahad haritu. Tak sangka seniman yang aku ingat dia bahagia selama hayat dia, sebenarnya menderita.

Paling sedih bila Aziz Satar cakap kali terakhir dia jumpa P.Ramlee, dia sedang makan. Makan apa? Nasi dengan telur goreng ja. Betapa hebatnya dugaan buat seniman agung yang tiada pengganti ni. Takdir kan.

Tapi paling tersentuh bila dengar artis Malaysia record balik lagu ni. Memang best. Tahniah. Tapi part Bunkface tu ja aku tak berapa nak gemar. Yang lain memang mantap habis!!

P.Ramlee, tiada insan dapat menggantikan beliau. Al-fatihah :)

Selamatkanlah perkahwinan mereka!!

SALAM SATU DUNIA dan salam banjir,

Esok akad nikah sepupu-sepupu aku. Semua baik dengan aku. 2 orang pulak yg nak kahwin tu. Tapi berita sedih menyatakan rumah yang nak dibuat kenduri, masuk air daa akibat banjir.

Sedih sangat. Kalau aku diletakkan ditempat mereka aku pun buntu taktau nak buat apa. Harap-harap kuasa Allah dapat keringkan air banjir tu harini atau bila-bila tarikh yg terdekat sebelum hari Sabtu, hari persandingan.

"Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, selamatkanlah segalanya. Semoga Kau mendengar doa kami, makbulkanlah doa ini, hanya kepada-Mu kami berserah".

Amin.

02 November 2010

BANJIR 2NOV 2010

SALAM SATU DUNIA dan salam banjir,

Pengalaman semakin dewasa ni semakin 'sharp' untuk aku ingat. 5 tahun lalu, pernah sekali jadi banjir macam ni. Tapi masa tu aku masih mentah, tak reti apa tu banjir.

But now, aku tau macam mana susahnya hadapi banjir. 2 hari hujan berturut-turut. Tak berhenti. Dan yang ni lah hasilnya. Taman aku digenangi air.


Pagi semalam around 1am aku dengan along memang tak boleh tidur. Masa tu hujan lagi. Sebab ramai yang dok lalu lalang depan rumah. Sat lori, sat motor, sat kereta. Nasib baik basikal takda bunyi, kalau tak jenuh. Ambulans pun ada. 

Lepas boleh tidur, mama gerak pulak. Mama cakap semua jalan dah tutup. What?! Exam macam mana? OMAIIII. (tapi syok gak exam postpone!) 

Sampai 4am tak boleh tidur dengan jiran aku. Sebab ambil langkah berjaga2. Lepas tu tidur sat sampai 7.30am. Bila aku bangun ja, macam ni dah depan rumah aku,


Tapi harini cerah. Matahari yang sebelum ni malu-malu nak keluar, keluar jugak. Alhamdulillah rumah aku tak kena apa-apa.