chapter 20; God created me with love.

23 March 2011

Ahh ni yang aku nak mencarut

Assalammualaikum.

Tengah sedap online sambil buat kerja sekolah komsas yang terlampau banyak ni, ada orang IM aku. Okay fine layan jela kan. Nanti kata sombong pulak. Marah betul aku kalau aku tak sombong ni orang cakap sombong. Panas ja..

Dia siap 'hey' aku bagai. Ingat aku Roshmenu ka nak Hey waley hey waley waley hey dengan aku? Tolong lah okay.. Salam lah sikit weh. Se-cool apa pun awak, bagi la salam. Tak nak bagi pun takpa, tapi seeloknya bagi. Hm tak bagi pun tak pa. ?Hm, bagi lah okay sikit. Hm, ikut suka lah!

Mengarut itu sexy bukan? Hahaha

Kembali pada cerita asal. Aku pun hi lah balik kan. Lepas tu dia siap tanya aku buat apa, aku cakap la aku dok buat kerja sekolah. Lepas tu dia tanya kerja sekolah apa, aku pun dengan confidentnya cakap komsas. Siap aku bergurau mesra suruh dia tolong buat, and suddenly dia cakap....






SORI2, SILAP ORG.


P/s : Lepas ni kalau nak posts kat wall aku, atau IM aku, tolong check betul-betul nama aku. Kalau aku layan lebih-lebih then kau cakap macam tu, apa aku rasa bhai? Nak saja aku test power pelempang aku nanti. Sia-sia kot hidup hang.

Faking. Kbye!

21 March 2011

Ahh jangan lah kacau aku sangat!

Assalammualaikum.

Tadi masa belajar Sains Sukan, ada pengumuman untuk cikgu-cikgu. Semua cikgu kena pi bilik mensyuarat sebab ada mensyuarat la (dah nama pun mensyuarat, takkan nak menari agogo pulak kan?) *banyak kali aku sebut mensyuarat. Cuba kira berapa perkataan mensyuarat. Nanti bila dah kumpul semua jawapan, kita mensyuarat ye, untuk pilih pemenangnya.

Okay aku semakin mengarut.

Hati budak-budak sekolah aku pun girang bukan main kepalang. Aku seperti biasa pengunjung tegar library, pi library bukan baca buku, tapi main game. Bukan game dam haji atau dam ular ye, tapi game Master Malaysia. Kalau tak tau apa Master Malaysia tu aku harap korang rajinkan diri selalu ber-google ye.

Tengah sibuk main game tu, dengan aku pulak markah asyik lebih sebab dapat jawab pasal pemain badminton Tan Boong Hiong dengan partner dia, aku mendahului Nad dengan Cek'ah. Tengah sedap bermain tu kan, ada pulak dua jenis makhluk berkaler biru(pengawas) panggil. Dia cakap kelas sains sukan ada, cikgu dah habis mensyuarat.

Perghh, sial lah kenapa cepat sangat kan meeting tu? Masing-masing macam pelik. Aku pun kalut simpan balik game tu. Game tu dah la ada banyak kad! Memang mencabar kewibawaan aku yang remaja lagi mentah ni.

Kad terakhir dah disimpan, sementara tu aku tanya dekat Zahidah pasal cikgu masuk ke tak. Dia geleng kepala. Dia cakap mana ada cikgu pun. Masa tu kilat sabung menyabung, hujan lebat turun dengan lebatnya, kera-kera yang lapar KFC menahan kelaparan dan aku yang sedang pegang kad game tu berasa nak saja cekik sesapa yang dekat dengan aku.

Celaka. Kbye!

19 March 2011

PHOTOSHOP

Assalammualaikum.

Pejam celik pejam celik dah habis cuti penggal satu. Rasa sekejap pun ada, rasa lama pun ada. Seminggu, bagi korang semua sekejap ke lama? Bagi aku sangat laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sekejap. Hiks!

Dalam aku cuti ni, banyak benda baru aku belajar. Antaranya aku dah pandai buat header sendiri guna photoshop. Sebelum ni hentam kromo je. Sebelum ni putih melepak layout aku. Sejak-sejak dok rumah tak tau nak buat apa, aku singgah kejap kat blog gegirl yang comel-comel tu. Konon nak jadi comel jugak. Puii.

Memang kedengaran agak kampungan bila aku cakap aku baru try nak buat header sendiri guna photoshop kan? Okay aku nak buat pengumuman ni, yang sebelum ni aku langsung tak reti guna photoshop. Bila orang sebut photoshop, aku terpingga-pingga. Walhal dalam PC aku dah install software tu. Dasyatt.

Lepas dah try, baru aku tau yang photoshop tu sangat menarik tertarik photoshop memang debom. So aku rasa nak upgrade sikit la photoshop tu. Mungkin aku nak install photoshop yang lagi better dari sebelum ni kan, baru rasa kepuasan sikit. Hiks!

So aku rasa sampai kat sini dulu la kot. By the way, cantik tak header tu? Comel tak? Puji laa sikit =)

Teehee! Kbye!

18 March 2011

Semakin lupa

Assalammualaikum.

Ahhh tolong la Atyn, jangan nak ber-nerd sangat boleh takkk? Boleh tak??!

Actually, dah banyak kali aku taip kemudian aku padam balik. Aku rasa apa yang aku tulis tadi memang nerd. Hopefully kali ni tidak se-nerd tadi.

Semenjak cuti sekolah ni, masa aku dihabiskan dengan tengok tv, online, edit gambar, lepak, buat air untuk tetamu *almost 24hr okay?! *, makan, tidur. Ulang la semua benda ni selama seminggu. Memang sangat tahi lembu (bullshit) okay? Aku nak sekolah balikkkkk. Tolong lah oi buka sekolah tu cepat sikit!

Tapi dalam aku dok kalut buat kerja lain, homework time cuti masih tidak dilupakan. First thing yang aku buat ialah karangan. I don't know why i'm so in love with karangan. Asyik nak buat ja. Kalau boleh aku nak gantikan kelas lain dengan karangan. Tapi kebanyakkan budak-budak lain benci karangan, tapi aku tidak. Kenapaaaaa?

Seteruk aku pun, aku tetap pi kelas tambahan. No reason okay? Sebab aku rasa kelas tambahan sangat bagus. Lagipun duduk kat rumah ja boring tahap pelahap. Asyik tengok muka kucing aku ja, bosan tau dak? Teehee!

By the way, sekolah nak buka dah tak lama lagi. So, tak boleh la nak update, photoshop as usual kan? Focus on my Sijil Pelajaran Malaysia lah! Hello SPM!

Faking. Kbye!

17 March 2011

Oh please penting sangat ke kamu tu?

Assalammualaikum.

Menyirap darah bila buka blog someone, oh mungkin something! Saya sangat geram sebab sangat terkena dekat batang hidung diri sendiri.

Lepas update blog, tak salah kan share kat wall FB ka, Twitter ka, Babun ka, Babi ka. Haaaa kan saya dah mencarut. Pfft!

Saya rasa sangat tidak kisah kalau blogger lain nak share new posts dekat wall depa semua. Salah ka? Tak boleh buat macam tu ka? Diharamkan ka buat macam tu? NO SAYANGGG, TAK SALAH LANGSUNG!

Share lah sebanyak mana pun. Si Mark tu tak marah pun. Bukan FB tu abah dia punya! Haaaaaaa. Jadi jangan malu nak share kat wall. Kalau dah rasa tak tahan sangat dok tengok saya publish kat wall, please lah remove saya dari FB awak ye, perempuan.

Sharing is caring kan? Tak bermakna kalau dok share kat wall, takda readers! WTF?!

Oh saya marah sudah.

P/s : Rasa dah tak mau guna "aku", nak guna "saya". Lebih sopan bukan? :)

Kbye!

Karnival Jom Masuk U!

Assalammualaikum.

*entry malas, so nak ber- I, boleh tak you ols? ;)

Memang entry yang sangat lama. Even all the pictures pun yang lama. Tadi spirit kerajinan datang, so I charged balik camera Nikon yang agak tak seberapa tu. Actually along marah kalau bandingkan camera lama dengan camera baru tu. I pun taktau kenapa dia emosional sangat kalau disentuh bab tu.

So I tengok balik gambar-gambar masa pi Perlis dengan schoolmates haritu. Lama dah, saja baru nak upload kat sini. Hiks! Terlampau ghairah dengan Canon baru tu, sampai camera lama dilupakan.

Okay, jom kitew berhibur bersamew melihat pix2 niew yew! *ayat sialan*. Hahaha!


Ni masa nak bertolak *with my bestie, Nisak. 

Guest what?! Kami dua antara yg ambik beg terbanyak! Haha

Candid actually!

Captured by : Cha. Cha cakap konon cool gila pic dari belakang. 

The Boys

 Muhammad Daniel

Ahh konon cover VCD habis *VCD? ayat langsung tak boleh terima!


Dah macam tunggu bas kan? 

OKET, I suka yang ni. Nak ciom-ciom boleh? hiks!

Monsterrrrr. grrr

Okay, time to go home! Bored!



UNIVERSITI gambar kat atas tu, sangat tidak best! Tempat yang menakutkan dan sangat sunyi. Tapi melahirkan banyak graduan yang sangat berjaya tau. So, don't judge a book by its cover!

Kbye!


16 March 2011

Terima Kasih Sahabat!

Assalammualaikum.

Untuk pengetahuan semua, aku ada dua blog. Sesapa yang dapat cari blog lagi satu tu memang terbaik ah. Cis, padahal depan mata ja. Sapa tak nampak, buta. Buta hati okay? Bukan buta mata.

Harini 2 posts aku buat. Lantak lah kan? Malas nak fikir pasal orang. Account aku, suka hati lah kan?

Aku buka blog kedua tu tadi. Selalunya blog tu aku taip apa yang aku rasa. Masa aku taip tu, aku dah tak fikir sapa-sapa. Orang terdekat aku ka, kawan aku ka, sesapa jala! Yang aku ingat ialah aku sendiri. Memang terbaik bila jujur dengan diri sendiri. Rasa macam aku sorang ja hidup atas bumi ni. Langsung tak fikirkan orang lain. Selfish untuk seketika.

Bila aku check balik orang komen, ternyata ada manusia buka blog tu. Terima kasih sebab komen, bagi aku semangat! Aku cakap pasal kamera, ada orang tolong 'amin' kan. Terima kasih Ya Allah sebab hantarkan aku umatMu yang sangat mengambil berat pasal aku.

Aku rasa berkat doa mereka jugak sekarang aku dapat camera tu. Walaupun bukan DSLR, tapi cukup untuk aku yang masih mentah dalam ilmu penggambaran ni.

Untuk melihat hasil kerja aku yang tak seberapa tu, sila klik sini.

Kbye!

15 March 2011

Masalah oi Masalah!

Assalammualaikum.

Apa tindakan awakorang semua kalau kena menghadiri majlis perkahwinan orang yang sangat dekat atau rapat dengan anda dalam satu hari yakni hari yang sama, tarikh yang sama?

Apa tindakan anda?

Saya sangat serabuttttttttttt!

Kbye!

13 March 2011

Angin gila

Assalammualaikum.

Entah kenapa tiba-tiba aku minat lagu korea. Atyn minat korea? Oh NO WAYYYYYYYY! Aku rasa macam gedik-gedik pulak minat depa ni. Takmau minat boleh dak? Aku tau la depa hensem, tapi tolong la jangan bagi perasaan minat yang melampau kat aku ye? Sekali aku minat, sampai mata pun jadi korea kang!

Tapi aku cakap terus terang, aku tak berapa nak ambik port sangat dengan korea. Cerita korea sekali pun aku tak pernah tengok sampai habis. Sebab aku akan konpius mana satu si A, mana satu si B. Sebab aku rasa muka depa nak sama. Tu pasal yang malas gila nak layan.

Kawan aku suka gila korea. Sampai dok belajar pun boleh dok sebut nama-nama artis korea. Tapi artis korea yang aku tau pun RAIN. Sebab aku tau melalui iklan shampoo tu. "Nama saya Rain, hitam itu kemas". Yang tu jala kot, yang lain aku tak tau.Kalau aku pi melancong kat korea, then tersentuh bahu dengan artis korea  nanti, aku masih akan buat tak tau. Sebab aku tak kenal lah!

Lagu korea pun aku tau sikit ja. Contohnya Never Say Goodbye, Super Girl, I love you I love you, Nobody. Yang tu ja. Percaya takkkkk? Percaya takkkkk?

Tapi lagu yang aku semakin minat sekarang, lagu ni,



Notakaki : Hempuk kepala saya kalau saya suka korea! PLEASEEEEE SAY NOOOOO!

Kbye!

12 March 2011

First Time Makan McD

Assalammualaikum.

Cerita ni berkurun dah weh. So jangan nak gatal-gatal gelakkan aku. Aku tampar sorang-sorang, nanti bersin berdarah kang. Jangan main-main, serius sikit okay?

Masa tu dikira first time makan kat mekdi (baca: McD). So muka aku pun macam gelabah la nak makan kat situ. Sebelum ni aku dok makan KFC, Pizza, MarryBrown ja. Mekdi tak try lagi lah sebab jauh dari rumah aku. So aku rasa baik makan KFC, sebelah rumah je kot. *okay aku tipu.

Aku memang suka KFC. Sebelum makan mekdi, aku sangat menyokong bahawa KFC tu sedap dan takda tandingan. Sesiapa yang sokong mekdi, aku tampar pipi dia sampai berdarah mata dia tu. Setiap apa yang orang katakan bahawa mekdi tu sedap, aku akan tindas habis-habisan. Nampak, betapa gangsternya aku dulu. Teheee!

Hari tu mama ajak makan mekdi. Alang-alang tak percaya apa yang orang kata, aku pun try lah makan mekdi tu. Nak tengok sedap taraa mana sangat kan? Masa nak makan tu along orderkan. Aku duduk tunggu ja la. Along siap tolong ambilkan sos la apa la. Aku rasa macam weird, kenapa tak letak sos atas meja macam KFC dok buat. Nampak? Nampak tak? Dalam menulis entry pun aku nak bagi KFC menang.

First bite aku dekat burger tu memang tak rasa apa. Tak rasa aura. Tengah dok kunyah tu baru aku tau bahawasanya mekdi sangat sedap. Terbayang dalam kotak dialog belon aku muka-muka orang yang aku tindas tadi sedang baling telur, padu kat muka aku.

Tengah sedap makan, sos habis. Along suruh aku pergi ambil lagi sos. Dengan penuh keyakinan, aku bangun pi tempat orang dok ambik sos tu. Aku pulang ke meja dengan tangan kosong. Aku cakap dekat along "sos habis la, adik pulaih (baca: pulas/putar) tapi tak keluaq!".

Muka along dengan mama tercenggang. Aku pulak teruskan makan. Along cakap sos tu bukan kena pulas, tapi kena tekan.

Aku bangun mintak telur kat abang mekdi tu, aku baling telur atas muka sendiri. Faking!

Kbye!

Geografi dan Tsunami.

Assalammualaikum.

Tak tau nak update cerita pasal apa. Aku nak update cerita pasal Jepun, aku tak reti. Walaupun aku ambik kelas Geografi, cikgu tu biasa cakap punca utama tsunami disebabkan geseran yang berlaku. Ia juga menghasilkan gegaran.

(Google)

Masih tak paham? Okay, aku akan perjelaskan lebih lanjut! Playkan video ni, panggil lah translator dari Indon belakang rumah ka, bibik ka atau sapa-sapa yang paham bahasa ni. Jom tengok!




Masih nggak ngerti? Apa ke benggok sangat mu ni sihhh~ Hahahaha, (cakap Indon pulak).

Okay, mamat tu ada menjelaskan bila geseran berlaku, air laut akan tertarik, dan BLABLABLA! Tengok sendiri la, malas pulak aku nak cerita lebih-lebih ni. 

So, ada satu fakta lain kita wajib percaya iaitu apa yang terjadi di sekeliling kita adalah kuasa daripada Allah SWT. So kita tak boleh tolak semua tu. Kena percaya qada dan qadar ketentuan-Nya.

Aku harap apa yang terjadi kat Jepun sekarang ni tak terjadi dekat Malaysia atau kat mana-mana saja. Bila aku tengok berita tadi, aku sangat speechless. Betapa hebatnya kuasa Dia. Semoga kita semua dijauhkan daripada bencana. Amin!

Kbye! ;) 

10 March 2011

Jom Baca Al-Islam!

Assalammualaikum.

Semakin hari semakin kerap aku pi perpustakaan. Al-maklum lah, kelas dekat sangat dengan library. So senang sikit nak bergerak. Tak payah pakai kasut, hanya berlandaskan stokin RM3.90 boleh sampai kat library tu. Setiap hari nama aku mesti ada dalam buku rekod penggunaan library. Selain menambah ilmu pengetahuan, aku pun cuba-cuba nasib nak menang cabutan bertuah penggunjung library tu. Mana tahu boleh menang Nissan Ferrero Rocher kaa. Hikss!

Majalah yang kerap aku ushar ialah Al-Islam. Selain dok bermain Master Malaysia dengan budak kelas, aku pun nak jugak baca hal-hal agama muda-mudi zaman sekarang. Oh ya, aku lupa, Master Malaysia mahal gila woo. Dekat RM200 lebih la. Kalau gamak boleh hilang game ni, aku rasa sekolah aku meraung satu Kubang Pasu boleh dengar!

Master Malaysia (Google)

Game ni memang best. Pasal sejarah Malaysia. Gelak sambil belajar. Tapi kadang-kadang aku dok main tipu jugak. Hiks. Mana nak larat pikir sapa yang cipta bangunan KLCC, semua yang susah semua kat aku. Hm, orang baik memang dugaan lebih sikit. Iye dak? Hahahaha.

Berbalik pada cerita Al-Islam. Memang dah jadi tanggungjawab aku ambil semua majalah Al-Islam ni. Sapa cepat dia dapat, prinsip hidup " tamak haloba kena selalu ada ", menjadi faktor utama dalam membolot majalah ni. 

Al-Islam (Google)


Majalah ni merungkai semua isu berkaitan agama kita. So kepada sesapa yang rasa was-was tentang sesuatu benda, boleh rujuk majalah ni. Tu pun kalau kau nasib baik beli majalah ni terpampang luas isu yang kau nak sangatt baca. So kena pilih la. Tapi bagi aku, semua isu sangat menarik. Aku rasa korang patut baca, baru tau apa kesahihan cakap aku. Aku tak nak cakap tipu. "Tipu dosa masuk neraka - 2003 Darjah 3"

So, aku rasa kalau korang nak beli majalah manggas atau yang boleh merangsang sesuatu perkara, udah-udahlerr. Takda guna kot. Beli la majalah ni. Memang terbaik.

PesananRingkas : Perasan tak semakin lama aku tulis jadi semakin nerd! watdeyol!


09 March 2011

Mana pergi semua tu?

Assalammualaikum.

Nak cerita, bukan niat nak pekung didada manusia. Tapi kalau dah terbuka, macamana nak tutup balik? Cer pikir.. Cer pikir..

Aku ada kawan, kawan dari zaman pakai pampers. Memang rapat la. Dulu, aku ni boleh dikira anak orang senang jugak la. Apa yang aku ada, mereka takda. Dan apa yang mereka ada, aku dah pernah ada. Segala kemahuan aku dengan along, semua dituruti.

Dia ni macam kurang dapat harta benda ni. Segala yang aku ada, kalau boleh aku nak bagi dia rasa sama. Sebab dia kawan aku. Kawan perlu membahagiakan kawan yang lain. Tiap raya, bila petang ja, abah akan ajak dia sekali pi beraya dekat kampung aku. Setidak-tidaknya bagi peluang dia naik kereta. Sebab masa tu takda kereta lagi.

Dia ni lembut bebenor orangnya. Kalau nak dibuat calon isteri, memang terbaik lah. Tiptop. Mak jaga tahap gila. Bayangkan tengah terik panas dia boleh pakai baju kurung. Aku ni kalau boleh sebogel-bogelnya, nak saja buat free show depan rumah.

Bab makan pulak, kalau waktu cuti, kami selalu habiskan masa makan bersama. Memang sangat kurang aku makan sekali dengan family. Pemakanan dia memang lain habis dengan aku. Kalau aku, tak penuh satu pinggan dengan lauk memang tak sah. Dia hanya makan sup ayam. Sup ayam! Sup ayam! Sup ayam! Aku pernah tanya dia pasal lauk kat rumah, tapi dia cakap dia suka sup ayam. Aku nak buat macam mana lagi? Padahal mak dah masak macam-macam. *kenapa aku perlu emosional pasal bab makan?

Tapi sekarang aku dah tak berkawan dengan dia lagi. Aku tak tau punca pasal apa. Dulu dia pernah request surat untuk berkawan dengan aku, tapi aku endahkan surat tu.

Tadi aku tengok dia, bahagia je dengan suami dia. Dengan anak dia tu. Aku tau, punca bilangan anak tanpa dokumen sah ibu-bapa meningkat, punca dari dia jugak. Tapi anak dia comel. Walaupun tiada berbinti kan bapa sebenar.

Kbye!

07 March 2011

Mengarut itu indah *skema

Assalammualaikum.

Malas betul aku nak baca status FB. Yang tengah maki orang pun ada, yang dilamun cinta pun ada, status yang tak pernah miskin pun ada. I mean, status yang selalu sangat cerita benda apa yang dia dah beli dan nak beli. Lancau lah nak cerita semua tu. Tengok macam aku, cerita benda good-good je. Hehehehe.


Dalam kelas sekarang ni banyak betul pelancau. Yang buat baik depan aku, bila belakang kemain dia dok mengutuk. Sedap betul mengata, macam tak pernah buat salahh aa. Oh maklumlah, awak kan perfect? Iye dakk?

Oh alhamdulilah, ujian pertama aku dah dapat result. Takda yang failed. Lega! Harap-harap macam tu jela result sampai Sijil Paling Mudah tu nanti. 

Tadi, aku nak cerita hal sebenar, tapi lupa pulak. Oh ya, aku dah dapat sheet baru. Nanti aku buat tutorial okay? 

Kbye!


05 March 2011

Assalammualaikum.

Aku cakap benda betui. Takda nak putaq belit ceqita bagi jadi salah. Kita ada hak nak bersuara. Lantak lah kan? Masing-masing ada pilihan sendiri. Faking lah!

04 March 2011

Recipe! Milo Soya Float is so tasty!

Assalammualaikum.

Haaaa tak pernah-pernah aku buat recipe kan, hari ni datang cahaya dari mana entah menyuruh aku meng'share' recipe yang sememangnya sangat mengujakan dan sangat sedap ni! *ayat tak mau kalah majalah noks*

Milo Soya Float.

Bahan-bahan:
-1/2 cawan serbuk milo (banyak pun takpa kalau nak rasa kaki dipotong)
-250ml minuman susu soya
-1 skup Aiskrim Coklat *ikut suka nak letak ke tak, nak letak ayam pun takpa*
-Ais hancur

Cara penyediaan:
1 Kisar semua bahan-bahan tadi sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk kalau individu yang minum secara gampang.
3. Hidangkan dengan segera.
4. Baca bismillah jangan lupa!
5. YEEE, boleh minum. Tunggu kejadah apa lagi kan?

Masa penyediaan lebih kurang satu tahun. Okay aku tipu, dalam 10 minit je. Tapi kalau aku, 3 minit dah minum sampai habis dah.

Bahan-bahan tadi boleh menghasilkan 4 hidangan. Kalau rasa perut bigfoot, 4 hidangan untuk seorang! Cubalah, anda mampu mengubahnya!

I'm sorry! Kbye!

03 March 2011

Situasi agak bahabi

Assalammualaikum.

Aku ni punya penat tolong kemas barang dekat Ekin Roslan tadi. Takpa, aku tolong atas dasar suka sama suka, dan rela. Sebab tadi dia belanja aku ABC dengan kentang goreng. Surga tahu?

Aku pun ulang alik dari ruang tamu ke dapur untuk menyimpan barang along. Jauh aku berulang-alik tu kalau dikira berdasarkan jalan raya, mungkin dari Jitra sampai Perlis kot. Okay aku tipu.

Lepas dah masukkan satu per satu barang dalam almari, dan aku dengan gembira berkata dalam hati "Ahh lega!". Tapi bila aku masuk bilik, tiada perkataan lain selain FAKEENG.

Tau dak apa yang tertinggal?! Tahu dakkkk?! SETERIKA kesayangan along tertinggal! Aku rasa macam nak menari tango kat situ tadi. Lepas aku penat susun atur periuk belanga, pinggan, jar, blablah, tapi akhirnya aku tertinggal satu benda siol tu. Dah la almari tinggi.

Lepas tu aku kena susun balik satu per satu. Nak rasa? Ambil garfu dan cucuk biji mata korang sendiri. Macam tu rasa dipermainkan oleh seterika tu.

Faking dan sangat bahabi.

Kbye!

02 March 2011

Kenangan lama muncul kembali

Assalammualaikum.

Lepas dah ada entry ni, semalam kena lagi. Kali ni salah diri sendiri. Lepas dah kenyang menyumbat ketam masak cili, sotong goreng tepung, tomyam campur, kailan ikan masin, kerang bakar dan nasi, kepala aku jadi tak tentu arah. Terasa pening ya amat! Terasa khayal tahap penagih dadah 5% lagi nak dapat HIV malaria.

Dalam kereta lepas makan semalam, aku belehak tak berhenti-henti. Alhamdulilah. Tapi terasa nak muntah semua ada, sebab terlampau sumbat ikut nafsu kuda-kuda banal. Aku cakap yang aku nak muntah, semua buat muka tak tau. Semua buat hal sendiri. K, fine.

Lepas tu mama suruh aku turun beli barang dapur sikit dekat kedai India dekat dengan rumah aku. Kedai tu dah macam rumah kedua aku dah. Tiap hari menghadap ja muka India tu. Berbalik pada cerita asal, aku teruskan perjuangan cari colgate kayu sugi, teh uncang dan oreo.

Lepas dah jumpa colgate kayu sugi dan oreo, aku pi tanya la auntie tu teh uncang takda ka. Tapi aku terkeluar ayat lain. Seperti biasa, ada orang dekat situ.

Aku : Auntie, TEH UNTANG ada tak?

Tapi aku rasa auntie tu tak dengar kot. Dia seperti biasa saja. Malu tak terkata. Tapi aku tau ada orang tengah gelak. Dasar..

Kbye!

01 March 2011

Aku jaga sebaik mungkin.. tapi...

Assalammualaikum.

Orang beri, aku sedia menerima. Walaupun kata-kata manis atau kata-kata kuat dari film Laskar Pelangi " Ingat, hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya ". Tapi kalau orang bagi sesuatu kat kau pun, kau rembat habis mantap kan. Persetankan saja semua quotes ni. Rezeki jangan ditolak, mampos jangan dicari.

Orang bagi lagi, kali ni ada sedikit mengungkit, apa aku kisah? Janji aku dapat. Bila dah dapat, aku cuba jaga benda ni sebaik mungkin. Aku belai dengan penuh kelembutan, kasih-sayang, kalau boleh tiap-tiap hari nak peluk cium, tapi tak berdaya.

Rezeki Allah bagi tapi aku tak jaga elok-elok. Aku ni jenis yang kasar. Habis hancur semua. Impian aku nak jaga benda ni. Takpa, kalau ada rezeki lagi, aku nak lagi benda ni.

Maafkan adik, along. Seluar RM 28.90 colour coklat tu terkoyak. Along pun tau adik sayang sangat kat seluar tu. Tapi, sebatang paku telah merosakkan masa depan seluar ni. Adik tak terdaya. Tolong maafkan adik. Nanti dapat gaji kita cuba sekali lagi.

Seluaq koyak DERRR!

Kbye!