chapter 20; God created me with love.

09 March 2011

Mana pergi semua tu?

Assalammualaikum.

Nak cerita, bukan niat nak pekung didada manusia. Tapi kalau dah terbuka, macamana nak tutup balik? Cer pikir.. Cer pikir..

Aku ada kawan, kawan dari zaman pakai pampers. Memang rapat la. Dulu, aku ni boleh dikira anak orang senang jugak la. Apa yang aku ada, mereka takda. Dan apa yang mereka ada, aku dah pernah ada. Segala kemahuan aku dengan along, semua dituruti.

Dia ni macam kurang dapat harta benda ni. Segala yang aku ada, kalau boleh aku nak bagi dia rasa sama. Sebab dia kawan aku. Kawan perlu membahagiakan kawan yang lain. Tiap raya, bila petang ja, abah akan ajak dia sekali pi beraya dekat kampung aku. Setidak-tidaknya bagi peluang dia naik kereta. Sebab masa tu takda kereta lagi.

Dia ni lembut bebenor orangnya. Kalau nak dibuat calon isteri, memang terbaik lah. Tiptop. Mak jaga tahap gila. Bayangkan tengah terik panas dia boleh pakai baju kurung. Aku ni kalau boleh sebogel-bogelnya, nak saja buat free show depan rumah.

Bab makan pulak, kalau waktu cuti, kami selalu habiskan masa makan bersama. Memang sangat kurang aku makan sekali dengan family. Pemakanan dia memang lain habis dengan aku. Kalau aku, tak penuh satu pinggan dengan lauk memang tak sah. Dia hanya makan sup ayam. Sup ayam! Sup ayam! Sup ayam! Aku pernah tanya dia pasal lauk kat rumah, tapi dia cakap dia suka sup ayam. Aku nak buat macam mana lagi? Padahal mak dah masak macam-macam. *kenapa aku perlu emosional pasal bab makan?

Tapi sekarang aku dah tak berkawan dengan dia lagi. Aku tak tau punca pasal apa. Dulu dia pernah request surat untuk berkawan dengan aku, tapi aku endahkan surat tu.

Tadi aku tengok dia, bahagia je dengan suami dia. Dengan anak dia tu. Aku tau, punca bilangan anak tanpa dokumen sah ibu-bapa meningkat, punca dari dia jugak. Tapi anak dia comel. Walaupun tiada berbinti kan bapa sebenar.

Kbye!

2 comments:

Addam Juhari said...

Sorry, macam tak baik je mengata orang, sebab sy terasa. anak sedara saya pon x berbintikan bapak sebenar. semua orang tau ape maksudnya tapi xpernah plak jiran2 nak bangkitkan isu.

btw, apa dosa kawan awak tu kat awak?

Atyn Roslan said...

haa nak tau dosa dia saya takmau cerita kat sini. Kang panjang pulak nanti. Biar saya ja tau.
tapi saya dah maafkan dia. Tapi sukar la nak terima apa yg dia buat. Yes i know, sedangkan Nabi ampunkan umatnya, apatah kita lagi.. Tapi saya dah maafkan dia. Tapi sukar terima apa yg dia buat tu. Saya tak mengata dia pun, saja cuma nak cerita benda yang jadi kat sekeliling ja. Kira ada baiknya dia jaga anak tu dengan baik, daripada buang merata. :)

PEACE!