chapter 20; God created me with love.

30 November 2011

nothing

Assalammualaikum.

Esok paper Perdagangan. So I nak study sampai lebam malam ni. Good luck perdaganganers!

Ilebiu my baby omei. Muahhhhhhhh muah muah muah :*

27 November 2011

Kenangan demam panas

Assalammualaikum.

I can't think about the title now. Never mind, hello people! How are you? Me, fever season kot I guess. Memang tahun ni dah masuk kali ke berapa I demam I pun tak tahu.

Bismillah. Before that, lemme say Salam Maal Hijrah to all Muslim out there. May Allah bless us, Inshaallah.

Nak cerita pasal demam haritu. Lama dah, masa aku tengah trial PMR. Gila bab1 punya bila aku kena demam panas masa orang nak start enjin panaskan otak untuk menjawab PMR. Pasal PMR tu aku tak berapa nak kisah sangat, yang aku kisah masa aku demam tu memang tengah "hot" gila dengan demam lagi satu, its selsema babi.

Seriously aku cuak gila bila doktor ambil darah aku nak buat test untuk pastikan aku bukan salah sorang ahli demam babi tu. (aku tak mencarut dude)

Lepas beberapa minit, doktor sahkan aku kena masuk ward. Keadaan ward sangatlah macam fcuk sebab ramai gila pesakit yg demam. Sampaikan bilik VVIP yang sepatutnya nenek tua sorang-sorang dia ja bernafas dalam tu, kena pecah menjadi 3 pesakit. Tak salahkan bilik tu jugak, sebab bilik tu memang besar dan patut dipecah untuk 3 pesakit pun dalam waktu genting ni.

Nasib baik nenek tu cool. Dia actually dah lama stay situ, and of course sehari kena charge dekat berapa ribu sebab tu bilik VVIP kan. Kalau dia tak bagi kami stay situ memang lapor penyakit. Nak saja aku pergi cabut wayar oksigen dia malam-malam. Keadaan genting cemni pun nak kedekut memang sakit la. Tapi nasib baik dia baik, dia bagi ja kami stay kat situ.

And then keesokkan harinya ada doktor datang bawa result darah aku tu. Dia cakap yang aku takda jangkitan apa-apa. Cuma demam biasa. Tapi dia tak bagi balik dulu, sebab kena pemerhatian sepenuhnya. Tapi seriously bro, hospital swasta memang mencekik darah. Aku demam sekaligus tambah perasa batuk & selsema. Doktor tu punya nak kaut duit, dia suruh aku pergi x-ray. Gila bab1 la sebab nak tengok kahak aku ada ke tak. Macam bodoh. Apasal tak bagi ubat je suruh aku makan?

Hmm, barang yang lepas jangan dikenang.

Tapi memang best la tidur dekat hospital. Serious tak bohong. Tambah bab makan memang class gila weh. Siap ada nurse datang ambik order aku. Yela, jaga aku first class la sebab hospital tu pencekik darah (harap faham). Sedulang makanan pun tak silap aku dekat RM20.

Bab makanan paling aku suka. Pagi ada canteen boy tu datang bawakan sarapan. Roti dua keping dengan air apa aku tak ingat. Lepas makan tu, ubatlah apa lagi. Lepas tu around pukul 10, datang pulak nurse bagi aku list makanan. Dalam list tu aku boleh mintak satu je makanan. Cait. Of course la aku minta nasik kan. Nasik pun kemain hebat weh macam makan dekat kedai. Lepas tu masa minum petang pun ada gak. Canteen boy tu datang bawa sandwich dengan air teh. Memang sedap takyah cerita la.

Bab malam pula ada nurse datang bawakan list tu lagi sekali. Aku tak ingat malam tu aku minta apa. Samada bubur atau nasi. Tak silap aku mintak nasi. Tapi makan sebelum pukul 7. Konfem lepas 10 keatas masih lapar. Hospital tu pula jenis tak kisah orang melawat pukul berapa pun takpa. Malam tu aku lapar gila, abah datang pukul 11.30pm bawakan burger. Gila betei.

Masa aku stay situ, aku sempat kenal dengan kakak ni sorang. Memang baik sangat lah. Siap aku minta email myspace dia lagi. Sekarang dah lost contact. Entah kemana dia ada sekarang. Kecik ja orangnya. Malam first aku stay situ, aku ingat dia darjah enam. Padahal dah 18 tahun. WTF aku cerita pasal dia? Bahahaha.

Lepas 4 hari 3 malam aku stay situ, aku balik jugak rumah akhirnya. Semua jiran aku siap bentangkan karpet pelangi lagi semata-mata nak bagi aku semangat untuk hidup. (macam lah aku ada breast cancer, tumor otak yang boleh mengapankan aku segera kan?).

Masa aku stay kat situ, ramai jugaklah yang jenguk aku. Sampaikan lift hospital tu semuanya rosak akibat dari kenalan aku yang  bertungkus lumus nak datang melawat aku. Terharu (o.o") Kiranya semua warga hospital tu sibuk dengan keadaan yang chaos gila hanya kerana aku. Pak guard pun memang bekerja 24 jam sebab nak jaga kemanan. Sesapa yang datang melawat aku yang buat perangai haiwan liar, terus kena campak lombong la (versi Ah Chai).

Tu ja kot nak cerita. Btw, please do visit my tumblr if you feel free ohye? Click this.

#Perenggan bawah tu kebanyakkan aku bohong belaka


xoxo

26 November 2011

Terima kasih

Assalammualaikum.

Baru 16 tahun ____ hari hidup. Macam-macam yang aku dapat, belajar, alami, lalui. Ada indah, ada duka, tapi aku manusia biasa bukan raksasa gagah berani mati lawan Ultraman.

Aku banyak gila aksesori. Dulu masa free hair aku guna 24/7 tau. Masa nak tidur, nak makan, nak berak, nak mandi, nak garu tengah belakang, semuanya pasal aksesori. Aku femes dekat twitter pun pasal aksesori. (Kejadah apa aku menipu ni, monyet sialan?)

Aku banyak aksesori sebab orang bagi, aku beli, orang bagi, aku pergi beli. Lepas tu ada orang bagi. Kadang-kadang aku pergi beli. Huh, aku mengarut kan? Mohon ampun.

Yes, macam aku taip la kan, ada yang bagi, ada yang aku beli guna duit sendiri atau duit mama. Kira satu kotak tu penuh je aksesori aku. Majoriti aksoseri aku anting-anting la. Dari Jitra sampai ke negara China, cakap je anting-anting apa, semua aku takda. Hihihihihihi.

Benda aku nak cerita ataupun dengan erti yang lebih mendalam lagi, nak showing off. Bhahaha. Takda la, saja ja nak update pasal benda ni. Sebagai tanda aku kenangkan pemberian mereka. Hiks.

Ni dari Nazri. Jiran aku. Dari kecik dok bogel sekali, smp sekarang tetap berkawan. Rantai ni dia
beli masa dia dekat Sudan. Dia study sana. 'F' tu dari gading gajah tau. Sila jeles. 

Dari Shazwani. Terharu sangat dia bagi rantai ni dekat aku walaupun baru berkawan tak sampai
setahun. I love you like a love song baby! 

Ni dari Kak Dilla, kawan along. Dia beli masa dia praktikal dekat India dulu. Aku dok
YM dgn dia selalu, tu pasal dia beli. Aku suka gila. Aku pakai sampai berkarat. Sedih. Tapi aku still suka!

Ni dari Syazwani jugak. Yg bagi rantai mutiara tu tadi. Yang aku agak terharu sbb dia bagi gelang dekat aku, yg lain dapat gelang macam huduh-huduh sikit. Tobat pakat jeles tuuuuuuu. Bhahahaah. 

Ni dari Along. Dia beli masa praktikal. Aku boleh pakai benda ni masa free hair dulu jela. Kalau pakai dnegan tudung tak nampak la sbb pendek sgt. 

Haaaaaaaaaaaaaa puas taip caption. Hihiks. Tu jela kot nak update harini. Alhamdulilah aku dapat manusia-manusia yang baik hatinya bagi kat aku macam-macam. Lagi satu ada rantai betuk butterfly mama beli dekat Penang. Tapi gambar macam blur, aku malas nak edit. 

Thanks guys. xoxo

25 November 2011

Khayal

Assalammualaikum.

Bila masa demam, aku tak boleh bertahan depan komputer langsung.

Sapa rasa dia kuat untuk jatuhkan aku sekarang, silakan tolak aku sekuat mungkin. Aku khayal ni.

Hingus. Kau tahu apa itu hingus? Hingus tu something yang sangat baik perangainya. Jenis bila masa aku selsema, dia lah 'benda' yang paling rapat dengan aku. Nak je kemana dengan aku.

Tapi hingus, awak kena takut kepada something yang kaler putih, lembut-lembai dan berkotak hijau. Its tisu.

Tisu akan memisahkan kita lah wakkk! Hiks.

Celaka.



xoxo, si penyelma. WTF dude?

24 November 2011

Sabarlah sahabat

Assalammualaikum.

Aku tak boleh sedih lagi dah. Ada orang yang lagi sedih dari aku sebenarnya. Its my friend. Kawan aku dari aku sekolah rendah lagi. Start berkawan dari darjah dua sampai sekarang. She's totally like a tomboy dulu. But do I look so care dude? Aku kawan dengan dia seadanya.

Even orang cakap dia lesbian or something, aku terima dia. Manusia tak perfect tapi perlukan masa sikit untuk perbaiki diri masing-masing. Am I right?

On the day that my uncle passed away, patutlah ada orang datang cari rumah Fazail sebab dikatakan rumah tu pun ada kematian. Kebetulan tepi rumah Chaq aku ada yang bernama Fazail, aku ingat jiran sebelah tu. Padahal orang lain.

Tadi selesai buat Science kertas 1, kami semua diberi rehat. Pi makan pun boleh, pi study pun boleh, nak tidur tapi kena set alarm sendiri pun boleh, nak buat sembahyang dhuha pun boleh. Semua lah boleh sebenarnya. Yang tak boleh buat tu, tak boleh la sebab melanggar peraturan syarak pulak kan? Watdehel I'm talking about? Sialan monyet bermisai~

Sambung cerita balik. Masa aku tengah melangkah dengan riak dan sombongnya, aku terdengar orang panggil aku. Aku pun cepat-cepat toleh macam ninja. Tengok-tengok Fadliana. Fadliana? Sapa dia? Pemain bola Argentina ka? No baby no bodoh. Pi baca balik intro aku lepas tu kau scroll sampai sini kemudian sambung balik baca apa yg aku tulis ni.

Dia panggil aku lepas tu dia cakap "Ayah aku dah takda..". Seriously aku macam nak lepas semua yang aku gengam dekat tangan aku termasuk dua biji durian musang. Ya Allah, memang aku tak sangka. Sebelum exam dia ada bagitau aku yang ayah dia sakit. Aku cakap kat dia jangan kuatir, biasalah orang-orang tua nak sakitkan.

Sedih sangat. Aku kenal dia dan keluarga dia dari kecik. Yang aku tak sangka, ramai yang bertanyakan aku tu rumah Fazail dan aku cakap bukan. Padahal masa tu aku tak tau yang Fazail tu ayah kawan aku sendiri. Allah turunkan dugaan hebat dekat dia & keluarga dia. Dia dahla tengah exam. SPM pulak tu. Dia memang kuat. Allah tak pernah silap memilih hamba-Nya untuk turunkan dugaan.

Aku tak boleh bayang kalau aku yang berada kat tempat dia. Allah huakbar~

#Sorry kalau aku macam buat lawak bodoh sedangkan ini entry sedih tapi aku dah penat nak bersedih, tak salah aku nak hiburkan orang lain sebab dorang pun deserve utk ketawa#

22 November 2011

Goodbye Chaq

Assalammualaikum

"Mok, buat kopi.." Takda dah lepas ni aku dengar semua tu. Sebenarnya dah lama aku tak dengar ayat tu. Entah bila kali terakhir aku bancuh kopi untuk dia. Kopi aku paling dia suka. Entah kenapa. Actually, everyone do. Hihi.

Dia sakit lama dah. Tapi dia sakit bukan perkara sia-sia. Dosa-dosa dia sikit-sikit terhapus. Itu yang Allah permudahkan semua urusan kebumikan dia kelmarin. Dia meninggal dalam 2.30pm, dah selamat dikapankan pukul 5.30pm. Memang lancar & cepat. Cuaca pula dari pagi asyik hujan lebat. Masuk pukul 2.00pm panas ja. Tak hujan dah. Alhamdulilah, segala pujian kepada Allah.

Aku paling rapat dengan dia. Apa ja kemahuan aku dia sempurnakan. Dia layan aku lebih dari anak perempuan dia sendiri. Kalau dia nak ke kedai, ada jela dia belikan untuk aku. Vitagen, milo kotak, super ring. Dia suka tengok aku gemuk agaknya.

Kalau  puasa tahun berapa entah aku tak ingat, dia belikan aku roti john. Sanggup berlambat buka puasa semata-mata nak hantar roti john ke rumah aku. Macam mana aku tak menangis kelmarin? Macam mana aku tak menangis sampai ke akhir baca talkin kelmarin? Aku ingat semua kenangan dengan dia.

Paling aku tak boleh lupa, birthday aku masa aku darjah empat. Aku bagitau dia yang birthday aku hari tu. Masa buka puasa, dia sanggup ke kedai kek untuk beli kek kat aku. Masa tu aku tak tau betapa terharunya aku dekat dia. Da layan aku macam aku ni anak dia. Atas kek tu aku ingat lagi dia tulis "Selamat hari lahir adek fatin ke -10". Dia ingat umur aku tu. Aku rasa kek yang aku makan tu la kek paling sedap. Entah kenapa. Aku makan banyak sangat. Sampai habis. Padahal aku tak sukakan kek. Mungkin dia beli kerna ikhlas nak tengok aku gembira.

Kelmarin lepas habis jawab exam Agama, aku text abah yang aku dah balik. Aku happy sebab petang tu mama cakap nak pi tengok dia dekat ward CCU. Tengok-tengok abah & mama yang datang ambik. Aku memang tak sedap hati dah sebab mama ikut sekali, kenapa mama tak pi kerja? Kenapa mama pakai baju kurung? Seriously aku risau. Mama cakap Chaq dah nazak. Airmata aku jatuh tanpa henti. Around 2.00pm abah dapat panggilan dari anak dia yang bongsu, anak dia tanya abah boleh tak nak cabut oxygen yang Chaq gunakan tu, abah cakap boleh. Sebab isteri Chaq aku pun setuju dah nak keluarkan oxygen tu.

Isteri Chaq aku cakap masa dorang keluarkan oxygen tu, darah tersembur keluar dari mulut dia. Aku pun tak pasti kenapa. Lepas 30 minit abah dapat call lagi dari anak dia, anak dia cakap Chaq dah takda. Chaq dah tak bernyawa. Airmata aku berlinangan turun. Sedih sangat. Aku call along yang dok kat Ipoh yang nak balik sini pun dah tak boleh kata apa dah. Aku betul-betul sebak.

Bila jenazah dibawa pulang ke rumah, aku yang duk tepi Chaq bacakan Yassin dekat dia. Aku juga yang tolong bukakan kain untuk orang tatap arwah. Selama aku duk tepi dia, ramai yang cakap muka dia macam tidur, muka dia tak pucat, muka dia macam orang tak sakit. Memang lah, Chaq aku segak bergaya. Tak tahu lagi?

Masa orang nak kapankan dia, ada tok imam tanya sapa nak kucup arwah buat kali terakhir. Aku. Aku nak. Memang aku kucup muka dia yang sejuk tu. Hiba sangat masa tu. Lepas aku kucup dia, aku menangis sampai ke kubur. Masa baca talkin tu lah aku paling menangis.

Semasa nak uruskan jenazah ke liang, burung & pepatung berkicauan diudara masa jenazah nak dimasukkan tu. Lepas ja talkin habis dibaca, semua dah nak balik, azan Maghrib berkumandang. Ya Allah, urusan kebumikan Chaq sangat lancar.

Chaq, lepas ni takda dah orang yang jenguk kami dua beradik tidur dalam bilik guna dua kipas angin. Takda dah lepas ni kami ke kantin Chaq and makan super ring banyak-banyak. Takda dah duit raya lebih dari Chaq. Takda dah Chaq suruh buat air kopi. Takda dah perkataan Mok yang Chaq selalu sebut untuk panggil adik. Takda dah Chaq yang selalu karoeke lagu Oh Fatima sempena nama wife dia.

Paling pasti, takda dah dia untuk aku. Dah jauh dia tinggalkan kami semua. Kehilangan yang cukup besar untuk aku & keluaga aku.

Never too far away
I won't let time erase
One bit of yesterday
Cause I have learned that
Nobody can take your place
Though we can never be
I'll keep you close to me
When I remember


Al-fatihah. Ruzali Bin Bakar.

20 November 2011

This is what I feel

Assalammualaikum.

Tetiba rindu nak tengok video Nigahiga. You don't know RyanHiga?! WTF with youuuuuuuuuuuuuu?! Hahaha tetiba pulak nak memarah. Awwwwwww T_______________________T

Tolong la sapa remaja sekarang yang tak kenal nigahiga memang macam loser. Nigahiga ni buat video semuanya tak pernah buat aku tak gelak. Semua video dia aku enjoy habis. Aku start layan dia masa aku umur 14 kot. Masa tu hanya Nad sorang ja kawan aku yang aktif dengan Youtube and Myspace. Nak tanya orang lain konfem-konfem tak tau.

Tadi macam biasa la tengok video terbaru dia. Lepas tu macam gian nak tengok video lama tu pasal aku saja tengok balik tu. Saja la jari gatai klik lagu Nice Guys tu. Lagu tu dah lama aku tau. Tapi takdan survey liriik dia pasai apa. Tapi aku tau maksud lagu tu. Then aku pun try search kat google untuk lebih memahami lirik dia.


Antara lirik yang buat aku tersentuh kejap walaupun lagu ni berunsur lawak seram, hahaha,

but behind the scenes, she means the world to me
I wanna tell her that she’s beautiful
and show her that she’s in love
hold her hand when she’s scared
tell her how much I care


Sedih ngat. Kan best kalau orang yang kita sayang nyanyi cemtu. Tapi mimpi jela Atyn oi! Bhahahahaahaha.

I love you Ryan! Kbye.

xoxo

18 November 2011

Rindu.

Assalammualaikum.

Tak habis sekolah lagi. Tak sempat masuk Universiti. Tak sempat yang ada diantara kami yang akan berangkat buntut ke PLKN. Tak sempat habis jawab spm lagi. Dan yang paling penting kami masih bersama, kuat seperti harimau. (apakah ini?).

Even though there's a lot of problem that we had to faced, but it never makes us down. Right guys?

Aku baru tengok album-album kami bersama. Sebak pulak. Rasa rindu dengan semua tu. Rasa macam nak ulang. Rasa macam nak percepatkan masa bagi spm habis sebab totally aku akan spent my whole time with them.

Lepas ni jangan kata apa bila album fb aku mula bergiat aktif. Tak sempat habis spm dah plan apa yang nak dibuat malam habis spm tu. And i really excited.

As we guys know yang ada sesetengah manusia dalam sekolah tak suka dekat group kami. But who cares dude? Kami tetap bersatu. Saling memberi semangat. And here we are. Dah nak habis dah pun sekolah.

Aku memang tak sangka akan dapat kawan-kawan cemni. Kawan yang sanggup tolong aku masa aku down, bagi aku perangsang masa aku tengah gedik rasa cinta, bagi aku ilmu yang aku taktau, bagi aku kata semangat masa aku sedih, bergembira dengan aku. Kira susah & senang kami bersama. Even siap yang buat suprise birthday kat aku tu yang buat aku sangat terharu.

Memang. Banyak orang cakap "Eleh lu tak habis sekolah memang ah dorang rapat ngn lu, lepas sekolah masing-masing lupakan lu, lu ada terfikir?"..

Memang aku terfikir. Tapi apa salahnya negatif thinking tu aku tolak tepi dan enjoy my full time that i spend with them right now?

Lepas masuk U atau dorang bawa haluan masing-masing, memang susah nak kumpulkan kami sekali. Tapi aku takmau fikir tentang tu sekarang. Aku fikir masa yang aku spend untuk dorang sekaranglah aku kena hargai sungguh-sungguh.

Bukan senang dapat kawan macam ni. Aku harap hubungan kita berkekalan.

This is my best buddy ever:

Nur Nadia bt Ismail, Khoirunnisak bt Ishak, Nurul Zahidah Amran,
Noor Syafikah Noordin, Shahira Natasha Rozi, Shahira Shazwani, Shazwani Jamaluddin,
Aliff Ikhwan Ahmad, Mohd Asraf Zainol, Luqman Zain, Haikal Sobri,
Muhammad Daniel Ainol Anwar, Zulhazmeer Awang Nyan, Harith Azhar.


Thanks sebab ceriakan alam persekolahan aku and alam hidup aku jugak. I love you guys. 


xoxo

17 November 2011

Sapa pernah main?

Assalammualaikum.

Hello beau! Nak cakap pasal exam harini, tapi kejap ja, lepas tu aku janji buka cerita baru okayyyyyyyyy?

Aku nak cakap yang Math harini sangat gampang dan kurang ajar. Orang penat-penat start sayangkan dia, dia buat susah harini. Memang sial.

Dah stop cerita math. Aku dengan yang lain semua tengah share duit beli minyak petrol (minyak petrol youuu!) nak bakar buku math sambil gelak sakan sehingga masing-masing mabuk dan tidak mahu dibawa berunding.

Math susah? Senang kot! Senang untuk dihentam dan terhentam. Celaka.

                        ________________________________________________________

Okay aku nak tanya sapa pernah main? Main game patung-patung kertas tukar baju tu? SAYA! SAYA! Bhahaha. Favourite kot dengan patung kertas ni. Dah la baju comel-comel. Murah pulak tu.

Dulu masa umur darjah enam, balik sekolah mesti pergi survey kedai nyonya tua dekat luar sekolah. Sambil nyonya tu perhatikan aku mengelas patung kertas tu sebab kedai tu dah ada banyak kes mencuri. Aku suggest nyonya tu boleh pergi cari cctv dah. Kalau tak mampu sangat tolong la cari cctv dekat mudah.com mana tau ada yang berkenan di hati.

Sudah cerita pasal nyonya tu. Entah mati entah tengah nazak sekarang ni.

Aku suka gila patung kertas tu. Tapi malangnya aku dapat beli sepapan ja kot sebab Barbie dah bercambah-cambah kat rumah. Siap Barbie tu beranak kembar sepasang lagi tau. Entah datang dari mana bapanya pun aku tak pasti, sebab aku tak beli Ken, mahal tahu?

So here kalau korang macam tak ingat, buat-buat tak ingat, tersakit otak sebab ada orang datang pukul kepala guna kuali, atau saja buat tak kisah macam iklan "Aiman tak kisah.." tu, aku ada letak gambar bagi korang recall balik.


Ingat takkkkkkkkkkkkkkkkkk? Kalau ingat sila senyum sampai telinga korang menari lagu Moves Like Jagger please? 

Aku rindu pulak zaman-zaman main semua natang ni. Tak untung budak-budak kecil hat yang kaya-kaya tu sebab tak sempat merasa keseronokkan main aci ligan, main sembunyi-sembunyi, patung-patung kertas ni, main masak-masak, main emak-emak yang buainya dibuat menggunakan plastik. 

Budak-budak sekarang terdedah dengan arus kemodenan. Dulu makan ice-cream kacang yang sedap tu, murah pun murah. Sekarang budak-budak dah kemain tutti frutti. Dulu main tepuk kad, sekarang budak jaga tapak tangan main iPad yang bapa belikan. Habis gampang game Angry Bird sampaikan beg sekolah tahun 2012 nak Angry Bird jugak tanpa kisahkan soal babi tu.

Boleh tak nak bawak kawan-kawan aku yang lain pi main permainan yang boleh dianggap dah nak terlupus dah ni? Aku rindu.. 


xoxo

16 November 2011

Hai.

Assalammualaikum.

Tengok title, macam orang dah habis akal dah nak buh title apa. Memang aku habis akal, sebab fikirkan Sejarah tadi yang comel-comel gittew.

Alhamdulilah lepas dah 3 subjek penting. Subjek lain pun penting, tapi aku risaukan 3 paper ni ja.

Malam ni cikgu Math cakap nak buat kelas tambahan dekat sekolah. Agak anxious la sebab malam kan, dah la sekolah tu keras. Keras sebab dibina menggunakan batu? Kalau itu yang awak fikirkan sekarang ternyata awak bahlul. Keras sebab yang lain.

Takpa, tak kisah pun. Padahal memang happy sangat sebab dapat merasai suasana stay kat sekolah sampai malam. Sebelum ni hanya pi kem ja. :3

By the way aku memang tak sabar gila nak habiskan paper ni. Kalau dikira balik, tinggal 6 paper lagi. Memang kejayaan gila babi. Setelah 11 tahun tertungkus-berlumus, now its time for rest guys.

Aku cakap dekat member kelas aku yang aku nak pi clubbing then mabuk-mabuk lepas habis paper sains sukan on 14 Dis ni. Dorang gelak. Memang ah, aku nak pi join kelab "Lepasan SPM" and then nak minum air oren sampai mabuk. Fikir lain tak? Kalau ya, awak memang seorang yang optimis. (tetiba..)

Okay, banyak sangat dah kot aku mengarut apatah lagi mencarut.

Budak form 4, korang happy kan dah habis exam? Baguslah sebab tahun depan aku nak saiko sekor-sekor yang "spm just around the corner..".

Just wait and die,

bhahhaha. (gelak sorang-sorang)

14 November 2011

First Paper

Assalammualaikum.

How are you guys? Me just doing so well.

Alhamdulilah finally I had completed my first examination's paper, its BM. You don't have any ideas how anxious I was! Bhahahahaha.

By the way I would like to wish Happy Birthday for Harith, my boyfriend. Not my special one okay? Just friend.

So, thats all for today.

#Thanks to Allah because I can completed my first examination very well! Tehehehehe!

11 November 2011

111111

Assalammualaikum.

Tengok tarikh aku post natang ni. Tengok la. Cantik tak?

111111.

Dekat facebook ada yang cakap tarikh ni cantik, boleh kahwin pa balaa semua ada.

Dekat facebook lagi orang cakap lebih kepada kajian agama. Akan berlaku apa la. Sebab tarikh 111111 ni jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Aku tak menafikan pun.

Dekat facebook aku, aku tulis  

"Semua sibuk pasal 111111, aku sibuk cat rumah. Damn :'| "

Puas. 

08 November 2011

Counting

Assalammualaikum.

6 days to go. Wish me luck guys.

After 11 years I struggled, this is it, this is my final exam. The bigger exam.

Good luck folks, 1994!


#You don't know me very well, so please don't judge me bitch.



06 November 2011

Happy Eid Adha

Assalammualaikum.

A very good evening to you guys. I just wanna say Selamat hari raya Aidiladha to all my followers and silent readers (yeah?).

Thanks to mama because she makes something special for me, its nasik himpit. You don't have any ideas how I love to eat nasik impit. Oh gosh. Today I eat a lot of ketupat with rendangs. Memang tak ingat dunia la kan sebab sedap sangat!

Special thanks for Syafikah Noordin, Aliff, Paknon, Man, Abg Mie because came to my house just now.

Pictures for this event? Please wait for my next entry!

abah's phone. 


#Hakim looks so cute and I look so annoyed. 

05 November 2011

Hang out

Assalammualaikum.

How are you guys? Me just fine. How your raya qurban's preparation? Good? Or bad? Not like mine, there's nothing on my mind right now. I don't know what to wear, i don't know how to eat (wtf?), i don't know how to sleep, i don't know how to study! As you guys know, SPM just around the corner. Its suck when I didn't do a preparation for it.

Never mind, just forget it, because I hate to talk about my exam actually.

Along and her future fiance just reached at home just now. After i'm watched The Walking Dead, even I don't know how its ending because I went out with these fellas for ate. We don't have any ideas wheres we gonna eat. After 15 minutes we decided to called abah for asked his opinion.

Mama not joined us because she works tomorrow. Never mind. So here some photos i would like to share. :)









03 November 2011

Friend, can you forgive me?

Assalammualaikum.

You're change.

That's how I can describe about you right now.

You're totally change after we were back from that seminars few days ago. I don't know what's wrong. But seriously dude, I can see it.

When I try to be nice, you just ignored me 100%. It makes me wondering, did I do something bad? Something that you dislike, something make you mad at me? If i do, i am very sorry. I don't meant it.

I give you a Bruno Mars's song, its Lighters, but you just said " Ow, huhuhu ;) ". Not like that before, you'll say, "Thanks Atyn, blablabla", you'll say something incredible, something makes me happy as a friend. But now, totally different.

Sometimes I tried so hard to think positively but I can't. I'm always thinking what's going on, but I can't found the answer for that.

Please friend, don't be like this. I can't live on this situation.

Just tell me whats wrong, i'll change it.

#Dear, don't ignore me again after you read this. I don't want to lose you as my best friend.  



xoxo, Atyn Roslan. 

Tradisional music is cool man! #yeah?

Assalammualaikum.

Good morning guys!!! <-- oh please Atyn, don't act too excited. It's 12.16am. Not 7.00am. Hihi.

So, I just wanna post a quick entry tonight, but i'm still running out of ideas. Definitely suck. Hahaha.

Okay, tomorrow night is an important night for abah and his gang. It's gendang gang. What a suck-ass name ever! Hahaha. No, it's called Persatuan Seni Silat & Gendang Peribumi. It sounds kinda awesome right? Yes sure its awesome.

If you want to see some performances from them, you can search it on Youtube, atau kat bawah ni nanti aku bagi link. Otteh? But it's kinda jerk dia punya videos sebab guna phone abah. Samsung Galaxy tu memang teruk function for cameras & videos of course. But you can watch it on your lappy sebab aku guna lappy macam okay sikit, maybe faktor monitor lappy agak canggih. I think so.


Sorry for the lowest quality ever! 

#Support our tradisional music okay? 

Much love, Atyn.

01 November 2011

School, bad news.

Assalammualaikum.

For sure i'm really sad to leave that school. Leave all the teachers, lame canteen, great hall, cool library, bad toilets, the laboratory, awesome fields, counseling's room, and of course my cool class ever. Seriously i'll miss all these stuff.

Sad to think that we all just have another few days to wake up early in the morning, yawn on the afternoon, and feel happy when the last bell's ringing. LOL.

Never mind, i'll used to it after get the hell out of that school. Damn i'm so rude. Hihi.

Abah told me just now that we're going to Ipoh for pick up Along right there on Friday's night. Err aku pun taktau nak percaya ke tidak.

Tadi aku dengan abah pi rumah jiran kami yang dilanda taufan kelmarin. Its really bad. Sedih gila. Nasib baik ada bantuan, alhamdulilah for that.

Here some photos,



By the way, i really sad to think about Bangkok now. 

Google 

Let's pray for them baby! Bye. 

#Sorry if I had a bad language, i just keep trying to post an entry in English.