"Mok, buat kopi.." Takda dah lepas ni aku dengar semua tu. Sebenarnya dah lama aku tak dengar ayat tu. Entah bila kali terakhir aku bancuh kopi untuk dia. Kopi aku paling dia suka. Entah kenapa. Actually, everyone do. Hihi.
Dia sakit lama dah. Tapi dia sakit bukan perkara sia-sia. Dosa-dosa dia sikit-sikit terhapus. Itu yang Allah permudahkan semua urusan kebumikan dia kelmarin. Dia meninggal dalam 2.30pm, dah selamat dikapankan pukul 5.30pm. Memang lancar & cepat. Cuaca pula dari pagi asyik hujan lebat. Masuk pukul 2.00pm panas ja. Tak hujan dah. Alhamdulilah, segala pujian kepada Allah.
Aku paling rapat dengan dia. Apa ja kemahuan aku dia sempurnakan. Dia layan aku lebih dari anak perempuan dia sendiri. Kalau dia nak ke kedai, ada jela dia belikan untuk aku. Vitagen, milo kotak, super ring. Dia suka tengok aku gemuk agaknya.
Kalau puasa tahun berapa entah aku tak ingat, dia belikan aku roti john. Sanggup berlambat buka puasa semata-mata nak hantar roti john ke rumah aku. Macam mana aku tak menangis kelmarin? Macam mana aku tak menangis sampai ke akhir baca talkin kelmarin? Aku ingat semua kenangan dengan dia.
Paling aku tak boleh lupa, birthday aku masa aku darjah empat. Aku bagitau dia yang birthday aku hari tu. Masa buka puasa, dia sanggup ke kedai kek untuk beli kek kat aku. Masa tu aku tak tau betapa terharunya aku dekat dia. Da layan aku macam aku ni anak dia. Atas kek tu aku ingat lagi dia tulis "Selamat hari lahir adek fatin ke -10". Dia ingat umur aku tu. Aku rasa kek yang aku makan tu la kek paling sedap. Entah kenapa. Aku makan banyak sangat. Sampai habis. Padahal aku tak sukakan kek. Mungkin dia beli kerna ikhlas nak tengok aku gembira.
Kelmarin lepas habis jawab exam Agama, aku text abah yang aku dah balik. Aku happy sebab petang tu mama cakap nak pi tengok dia dekat ward CCU. Tengok-tengok abah & mama yang datang ambik. Aku memang tak sedap hati dah sebab mama ikut sekali, kenapa mama tak pi kerja? Kenapa mama pakai baju kurung? Seriously aku risau. Mama cakap Chaq dah nazak. Airmata aku jatuh tanpa henti. Around 2.00pm abah dapat panggilan dari anak dia yang bongsu, anak dia tanya abah boleh tak nak cabut oxygen yang Chaq gunakan tu, abah cakap boleh. Sebab isteri Chaq aku pun setuju dah nak keluarkan oxygen tu.
Isteri Chaq aku cakap masa dorang keluarkan oxygen tu, darah tersembur keluar dari mulut dia. Aku pun tak pasti kenapa. Lepas 30 minit abah dapat call lagi dari anak dia, anak dia cakap Chaq dah takda. Chaq dah tak bernyawa. Airmata aku berlinangan turun. Sedih sangat. Aku call along yang dok kat Ipoh yang nak balik sini pun dah tak boleh kata apa dah. Aku betul-betul sebak.
Bila jenazah dibawa pulang ke rumah, aku yang duk tepi Chaq bacakan Yassin dekat dia. Aku juga yang tolong bukakan kain untuk orang tatap arwah. Selama aku duk tepi dia, ramai yang cakap muka dia macam tidur, muka dia tak pucat, muka dia macam orang tak sakit. Memang lah, Chaq aku segak bergaya. Tak tahu lagi?
Masa orang nak kapankan dia, ada tok imam tanya sapa nak kucup arwah buat kali terakhir. Aku. Aku nak. Memang aku kucup muka dia yang sejuk tu. Hiba sangat masa tu. Lepas aku kucup dia, aku menangis sampai ke kubur. Masa baca talkin tu lah aku paling menangis.
Semasa nak uruskan jenazah ke liang, burung & pepatung berkicauan diudara masa jenazah nak dimasukkan tu. Lepas ja talkin habis dibaca, semua dah nak balik, azan Maghrib berkumandang. Ya Allah, urusan kebumikan Chaq sangat lancar.
Chaq, lepas ni takda dah orang yang jenguk kami dua beradik tidur dalam bilik guna dua kipas angin. Takda dah lepas ni kami ke kantin Chaq and makan super ring banyak-banyak. Takda dah duit raya lebih dari Chaq. Takda dah Chaq suruh buat air kopi. Takda dah perkataan Mok yang Chaq selalu sebut untuk panggil adik. Takda dah Chaq yang selalu karoeke lagu Oh Fatima sempena nama wife dia.
Paling pasti, takda dah dia untuk aku. Dah jauh dia tinggalkan kami semua. Kehilangan yang cukup besar untuk aku & keluaga aku.
Never too far away
I won't let time erase
One bit of yesterday
Cause I have learned that
Nobody can take your place
Though we can never be
I'll keep you close to me
When I remember
I won't let time erase
One bit of yesterday
Cause I have learned that
Nobody can take your place
Though we can never be
I'll keep you close to me
When I remember
Al-fatihah. Ruzali Bin Bakar.
No comments:
Post a Comment