chapter 20; God created me with love.

31 March 2012

Bawaku pergi, pacu laju-laju, kita lari dari selebriti. eh?

Assalammualaikum.

Okay nak cakap something dan aku harap sangat apapun keputusan pasal nak ban lagu ni,

Aku dengaq lagu ni lama dah oi, tak jadi benda negetif pun dalam hidup aku. Aku tak lari dari rumah pun. Takda pun aku jumpa 'yeti' kat mana-mana. 


Paham kot.

So point dia aku nak cakap kat sini yang semua bab lari rumah ikut kekasih hati bakhang tu semua atas diri sendiri.

Kalau hang tak reti jaga diri sendiri, mudah terpengaruh dengan boyfriend paslu yg tak menjanjikan apa tu, jenis pikiaq tak habis (akai pendek), jenis pikiaq yang si bf/gf atau kawan lagi penting dari keluarga hang, memang hang cari nahas dengan lagu ni.

Lepas tu peningkatan remaja lari dari rumah 'akibat' dengaq lagu ni tinggi, memang makan cap ban dari pihak berkuasa. Damn.

Sesapa yg dah lari dari rumah dan menyebabkan lagu ni jadi mangsa, memang anda bitch. Aku ulang, anjing betina (bitch).

Paham dok? Tak paham? Pi bunuh diri.

Bangsa jenis menyusahkan orang.

Sorry emosi lebih.

29 March 2012

Masalah dengan diri sendiri

Assalammualaikum.

Okay. Aku taip guna dashboard baru so rasa awkward sikit. Muehehehew. How are you guys? Tengah pening kepala fikir bab UPU? Takut tak diterima masuk ke Universiti kerajaan? Nothing to worry, universiti swasta kan ada. Okay, padahal aku pun cuak kalau tak dapat yang kerajaan. No no no, mintak-mintak dapat kerajaan punya. Amin.

Tau pun takut. Muehehe.

Takda apa nak cerita kot.

Tengah dok boring sebenarnya dok kat rumah ni. Aktiviti biasa ja dok buat tiap-tiap hari. Bangun pagi ataupun tengah hari, terjumpa muka abah & budak praktikal dia balik rehat kat rumah. Sapu sampah, mandi, online, makan nasik ayam kedai Gembira, online sampai petang, tidur, bangun mandi, sembahyang, makan, online, tengok tv sampai lewat.

That's all. Sounds so damn boring kan?

Yup. Saya tengah cari idea baru sekarang. Tapi idea tu tak muncul-muncul *sad*

Dulu bila kerja asyik fikir bab nak rehat. Now bila rehat, aku teringin nak kerja. Tapi aku takmau kerja yang aku buat dulu, boring. Bukan nak memilih ka apa, aku cepat boring dengan kerja tu. And I know it's very dangerous for me untuk kerja kejap-kejap ni kan. Yela, nanti kalau dapat kerja tetap, boleh ke aku tahan sampai bebila?

InshaAllah boleh.

Okay. Aku dah mati idea. Biar mati idea, jangan mati akal. Heheheheherw.

Nak pergi buat milo shake lagi. Kemaruk jadinya aku dengan milo shake ni.

By the way, sejak tak kerja & tak makan buah-buahan makcik tepi kedai aku, aku susah nak buang air besar. Takut k.

Sembelit? OH NOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!

Bye.

24 March 2012

Perancangan

Assalammualaikum.

Memang giat sangat sekarang budak-budak lepasan SPM macam aku isi borang UPU secara online. Alhamdulilah aku dah berjaya isi borang UPU tu tadi. Berkat dorongan mama. Kihkihkih.

Tadi masa nak isi tu gelabah siak. Rasa macam nak isi borang kahwin lak. Okay takda kena mengena langsung. Lepas dah habis isi aku siap call Aliff lagi sebab nak tanya dia pasal nak kena print ke tidak. Aku masa tu gelabah sampai tak reti nak fikir bab komputer. Jadi blank. Jadi bodoh kejap bahagian IT ni. Tsk tsk tsk, malu saya TT________________TT

Lepas dah habis isi, rasa macam aku dah lepas 12 guni biawak atas bahu. Kejadah apa sebelum ni bila aku tengah chat dengan orang, orang akan tanya "dah isi UPU?", aku jawab tidak. Lepas dah isi takda pun orang sibuk nak tanya. Tu la manusia, suka ambik tau hal orang. Hal sendiri pun nak londeh dah. Okay lagi takda kena mengena.

Ehhhh kejap. Cover photos yg ada untuk facebook timeline memang tak boleh set private kan? Bodoh gila betei si menatang Mark Zukernbeg (ntah apa-apa nama aku malas nak search dah ejaan dia betui ka dak). Fakiu man! Timeline tu hampeh.

Tadi aku jumpa member sekolah aku dekat kedai masa nak pi beli cabai melaka. Dia tanya aku pasai result depan aunty tukang jaga kaunter tu. Aku pun bagitau dnegan penuh semangat la. Bila aku tanya dia, dia cakap result dia dengan nada kuat bakhang. Hahaha tak tahan kot. Ingatkan ada A. Rupanya 1B, 4C, _______ (fill in the blank), dengan math yang gagal dengan jayanya.

Okay. Aku speechless.


Aku tak tau samada nak tenangkan dia atau tidak. Last sekali aku cakap yg aku nak balik sebab mak aku suruh cepat. Dia pun okay ja. 

Okay tutup cerita pasal dia. Aku nak cerita bab kawan-kawan aku yg dapat result agak teruk la kan. Aku sebenarnya taktau nak bertindak balas macam mana. Sebab bila depa sedih, aku lah orang yang depa akan panggil & meminta kata-kata hikmat & nasihat secara jujur.

Okay part result teruk & aku kena bagi kata semangat ni memang awkward.

Aku taktau nak bagi kata apa dah sebab what you struggle you will get it la kan. Okay quotes aku hampeh. Hahaha. 

Aku taktau nak cakap apa bila kawan aku cakap "Result aku teruk, ada failed blahblahblah". Ayat aku habis modal dah ialah "Sabar, nak buat macam mana, benda dah buat. Hang ambik la paper Julai balik kalau macam tu. Sabar nah."

I'm so damn speechless & awkward too.

Bagi manusia yg ada ter'failed' dalam exam, jangan risau sebab masih ada jalan yg cerah dok tunggu hampa semua tu, inshaAllah kalau hampa semua pakat usaha lepastu tawakal jela, Allah dah atur rezeki kita dah. Sapa usaha lebih, dapat lebih la. Tak semestinya orang yg straight A tu dapat kerja elok & tak semestinya tak tak dapat A bahkan ada failed tu takda kerja nanti.

Kita usaha, biar Allah tentukan.

Kan? So, good luck kpd semua yg masih tunggu jawapan UPU tu macam aku.

Ketaq oi!

Bye

21 March 2012

Just a beginning

Assalammualaikum.

"How's your result sayang?"

"Dapat berapa A?"

"Amacam result? Okay?"

Takda pun nak tanya aku,

"Bila nak kahwin?"

Takda. Sapa pun tak tanya. Padahal soalan tu aku nak sangat dengar tapi sayangnya takda sapa tanya. Okay, out of topic, memang lapar penyepak cap cikgu Rohman.

Semalam memang aku tak leh tidur. Pusing belah nuh tak kena, pusing belah lain pun tak kena. Last-last bangun ke toilet kencing tanpa sebab walaupun tak terasa nak terkencing.

Bangun pagi ja bila mama gerak terus dapat call Zahidah. Mula-mula ingat nak pi ambik dengan abah. Bila Zahidah cakap yg Pykah bawak kereta terus aku tanya depa untuk join depa. Pi dengan kawan-kawan ni lain sikit semangat dia. Kalau pi dengan abah pun takleh dok lama-lama, mesti dah ajak balik.

Masa dalam kereta tu aku orang paling kuat bercakap. Sampai aku kena maki dengan depa dua suruh aku diam. Hahaha aku nervous bakhangg. Tunggu lagi tak cakap banyak. Tangan aku sejuk kalah orang dok Liverpool nuh.

Masa sampai ja kat sekolah tetiba aku punya lutut macam nak tercabut. Serious. Orang penuh nak mampus.

Masa aku sampai tu aku jumpa Nad. Ya, Nad yg kerja tiap-tiap hari dengan aku tu. Walaupun dah jemu tengok dia, tapi aku terpaksa. Hahahahahaha.

Nad yg first pi ambik result. Masa dia pi ambik result tu aku dok belakang dia. Tengok-tengok dia dapat 6A. Gila babi terkejut aku. Aku terjerit kat situ, kuat gila. Malu bakhangggggggggggggggggg! Cikgu semua pakat gelak. Macam kena rasuk pun ada. Tahniah sayang. Berkat hang dok ajaq orang Math & Sains dulu, now Allah dah bayar usaha hang nak tolong kawan-kawan hang.

Lepas pykah & zahidah dapat, now, it's my turn beybeyh. Hahahaha ketaq Tuhan saja tau. Dapat-dapat result terus check dapat berapa A.

So aku nak announce yg aku ada A tapi sikit ja, tak banyak. Kredit banyak. Kira result aku ni cukup makan ja. Apa yg aku usaha, tu yg aku dapat. Semua ada reason dia masing-masing k, Allah dah atur dah.

Lepas dah ambik result, kami pi pusing Jitra, pi makan. Hahahaha gembira sangat aku sebab dapat lepak dengan depa even tak cukup orang. Sedih.

Hari Ahad ni kena pi sekolah sebab ada hadiah untuk orang yang ada A dalam result masing-masing. Terima kasih Allah, keluarga, cikgu & orang terdekat yang bagi support untuk aku sepanjang hidup ni.

Terima kasih.

20 March 2012

Musibah

Assalammualaikum.

Semalam masa nak balik rumah dari tempat kerja, aku dapat mesej dari along yang mama jatuh longkang besar depan rumah. Masa baca mesej tu taktau nak sedih atau gelak. Bila fikir balik, nothing to laughing on. Benda tak lawak. Jatuh longkang tu sakit wei. Bukannya main terjun-terjun.

Cemas juga aku dibuatnya. Masa nak balik tu tunggu abah dekat 3 minit jugaklah. Boss bagi phone dia suruh aku call abah. Aku pun call abah dan abah cakap yang dia dalam perjalanan. Masa abah datang tu, abah datang dengan mama. Mama pakai baju kurung. Sebab sakit kan. Kami ke Kedah Medical Centre.

On the way perjalanan tu mama dok cerita la al-kisah dia boleh jatuh longkang.

Al - kisah,

Hari Ahad memang mama akan sapu daun kat depan rumah, then bakar daun dalam longkang tu. Masa tu mama nak sapu daun dekat dengan longkang tu. Tangan sebelah dia sapu, tangan sebelah lagi dok pegang tiang. Macam mana entah tangan licin kot terus tergelincir masuk longkang.

Habis betis mama luka macam kena sagat. Tadi ada kawan facebook aku tanya pasal luka mama macam mana, aku jawab macam kena sagat. Dia tak tau apa itu sagat. Sangat wtf. Hahahaha. Ala macam penyagat sayur tu. Haa macam tu lah.

Masa pergi check dekat situ memang sakit hati juga sebab hospital swasta macam kerajaan dah sebab ramai sangat pesakit. Nak buat macam mana kan. Tapi alhamdulilah la mama punya turn cepat ja. Allah permudahkan urusan sama.

Sampai ada uncle India tu pergi sound orang dekat kaunter sebab tunggu lebih satu jam setengah. First come, first serve la bro. Sapa suruh awak tak datang dari tahun lepas? Haih. Bawak la sabaq abang oi.

Mama masuk check. Lepas keluar mama cakap kena x-ray & mungkin akan ditahan kat ward.

Dan memang kena tahan pun dekat ward hewhewhewhewhewhew. Aku suka ward KMC sebab suasana ward tu macam hotel pokhangggggggg. Hewhew ciwi sat.

Lepas dah hantar mama kat ward, aku dengan abah balik rumah. Sebelum balik rumah pergi makan dekat Char Koeteow dekat area Yawata tu. Masa tu dah pukul 1.40am. Sembang dengan pakcik Mat yg singgah dekat kami sampai pukui 2.30am. Gila la weh lewat sangat kot. Dahla kena bangun awai sebab nak pi kat mama T.T

Layan gambar jap. Entry panjang takda gambar tak best jugak kan?


Orang sakit :) 

Orang tak sakit tapi rasa macam nak buat-buat pengsan ehehehew


So conclusion mama punya sakit : Peha mama calar balar teruk gila. Kalau nak mandi or nak berak memang pedih bakhangggggggggg. Bayangkan nak buang ayaq besaq kena bertinggung. Cekang habis calar balar tu. Ouch! Lepas tu mama punya muscle terkoyak. How sad.

---

Tadi mesej bos, aku cakap yg aku last kelmarin (Ahad). Aku dah takleh kerja sebab kena jaga mama. Gaji nanti hari ambik result aku pergi ambil sekali. Pheew. Cakap pasal result memang aku rasa macam nak telan ubat gegat. Stress pokhang tskk tskk tskk :"( 

Dah dah dah. Aku nak rehatkan jari aku ni. Bye guys.

Thanks sebab sudi tanya pasal mama & sudi baca. Muah :*

17 March 2012

Muktamad

Assalammualaikum.

Haritu aku ada buat entry pasal aku nak berhenti kerja. Tapi lepas fikir-fikir balik aku nak sambung kerja sebab nak cari duit lagi.

Tadi masa abah hantar aku, abah ada cakap yang hantar aku ke tempat kerja agak annoying sebab abah kena balik rumah ambik aku dalam pukul 10.30am. Kesian pulak aku dengar rintihan abah kan.

So aku fikir punya fikir aku nak bagitau bos yang aku nak resign hari Isnin ni. Isnin ni aku last.

By the way, badan aku habis sakit sebab kerja kat situ. Angkat benda berat bakhangggggg. Ingat kerja kedai buku senang ka? Susah kot.

Biaq ah, aku tak larat nak pikiaq pasai hati orang. Hati aku bukan orang tau pun kan?

Lepas aku bagitau bos tu, bos perempuan macam berangin sikit dengan aku. Dia macam meluat gila nak tengok muka aku. Aku boleh tengok semua tu.

Biaq ah.

Semoga orang yg ganti aku tu boleh buat semua kerja yg aku buat selama ni.

Pesanan buat pekerja baru walaupun aku tau pekerja baru tu bukan nak baca blog aku pun,

          Dear pekerja baru, makan tu bagi banyak sikit supaya ada tenaga bila nak buat kerja. Tabahkan hati bila layan customer. Tidur bagi cukup. Minum susu supaya tak bagi tulang jadi rapuh k. Hahahaha. That's all.

Bye!

Oh sementara tu, pasal relationship aku dengan Nasri Yik dekat facebook tu fake semata-mata. Dia jiran aku dari kecik sampai sekarang.

God bless. xoxo

12 March 2012

Rindu kawan-kawan

Assalammualaikum.

Tiba-tiba rasa rindu dengan kawan sekolah. Kalau boleh aku request sesuatu dari Allah Taala dan harap sangat Allah makbulkan doa aku, iaitu aku nak kumpul semua member baik aku semeja, ya semeja. Sangat susah nak berkumpul semeja macam dulu. Bila berkumpul sekarang, ada saja kerusi akan kosong.

Aku paham. Kita bukan anak orang senang, kita harus kerja. Aku tak merungut, aku cuma rindu. Harap faham.

---

22 Mac ni mungkin hari keluarnya keputusan semua anak-anak yang lahir pada tahun 1994. Nota buat ibu bapa masing-masing, sila terima apa pun result ynag terpampang di atas kertas tersebut. Otak manusia tidak boleh dipaksa. Dan harus diingatkan apa yang ditentukan oleh Allah Taala itu ada hikmahnya atau alasannya yang tersendiri.

Ibu bapa kami tolonglah jangan compare result anak-anak anda dengan result anak-anak orang lain. Sesungguhnya tindakan tersebut akan membuatkan anak-anak anda terasa atau tersinggung.

Aku pasti dan yakin bahawa semua anak-anak 1994 berusaha sungguh-sungguh (termasuk aku) nak dapatkan result yang terbaik, cuma hanya itu yang mampu kami usahakan. Diingatkan semula, otak manusia tidak boleh dipaksa, itu semua ketentuan Ilahi. Itu sudah pasti.


---

Tertanya juga aku, hari pergi ambil result ni mungkin kali terakhir kami semua (rujuk : member-member baik aku) jumpa. Lepas ni nak jumpa sekali memang tak ah.

Orang cakap " Ala, korang nak rapat pun bila masa sekolah ja, lepas habis sekolah mesti berpisah. Percayalah. "

Aku cakap " Inshaallah tak. Kita orang kan kawan baik"

Sekarang apa yang 'orang cakap' tu betul.

Aku harapkan perubahan. Aku rindu mereka.

09 March 2012

Benda terkejut banyak.

Assalammualaikum.

Penatnya saya baru balik dari kerja. Abang Nad (jeling sikit) yg hantar kami balik rumah harini. Abang Nad sangat ohhhhhsem ^^v.

Banyak gila weh benda terkejut jadi harini. Serious macam ASDFGHJKL hahaha. Firstly, aku dah tak reti nak update blog. Percaya tak? Kena percaya k! Wajib! Ehehehew. Nak tulis entry pun dah tak macam dulu. Memang serupa nate.

Second, harini terbongkar satu benda. Abe spek hok hensem tu deh sebenarnya bukannya mudo hok ye' dijangka nye dop ( okay bahasa kelantan aku memang macam lapar penyepak cap cikgu Rahman ). Aku ulang, Abang spek yg handsome tu sebenarnya bukan muda seperti yg kami (rujuk : penghuni kedai b-save) sangkakan. Dia dah tua. Umur dia dah 35 tahun. Maigadddddddddd serious aku rasa nak terkencing bila dengar macam tu. Dahla handsome, gaya dia macam orang muda. Serious tak tipu brooooooo. Nampak 19, tapi umur dia 35. Boleh panggil pakcik dop? Hek'elehhhhhh. Hewhewhew.

Terkejut dak? Tak? Hmmmm why tak terkejut? Alolo :'(

Thirdly, Encik Kambing datang kedai dengan gf dia yg cantik sangat sungguh-sungguh tahap gila tu. Hahahaha. Okay tak jealous pun. Lepas tu around 10.30pm tu dia call aku untuk tanya pasal kerja kosong. Ek'leh, nak kerja datang tanya boss sendiri la. Bising pulak kau ehh. (tetiba nak emo) Hahahaha.

Masa dia call tulah aku sibuk nak ke kedai untuk ambik makanan yg aku pesan dekat Harith tadi. Cilakak. Tak boleh aku sembang dengan Harith sebab tengah bergayut dengan encik kambing. Kesian Harith. Macam aku tak layan dia tapi aku nakkkkkkkkkkk sangat cakap dnegan dia. WTF gila aku tadi kan?

Lepas tu balik-balik rumah mama buat terkejut lagi sebab terlupa beli sabun basuh kain. Aku pun kena lah ke kedai naik basikal abah yg baru tukar segala-galanya dan tersangatlah ringan & sexy bila aku kayuh ewah. Jelesnya dekat ayah sendiri k.

Terkejut jugak tu, yela basikal abah ter-awesome macam aku. Dop? Hahahahahaha

Balik rumah bertambah lagi terkejut aku bila dekat nasik paprik yg aku pesan tadi memang nasik paprik. Cuma Harith gatal tangan tulis atas polistreen tu, 'Nasik Paprik , Atyn Roslan sayang saya'. Hahahaha bab 'sayang saya' tu palsu semata-mata.

Hahahahahahaha. Saja buat anda semua terkejut. Terkejut dak?

Okay, post ni paling annoying. Tambah annoying bila aku dengar cover lagu The one that got Away ni dari sapa ntah, tak sedap langsung. Macam kambing. (kambing lagiiiiiii) Hahahahaha

Layan dan sila pecahkan pc anda.



Pc dah pecah? Kan dah kelam kan? Hahahaha. Okay tak lawak. 

Tak larat taip dah lorrrr. Nak tidur jap. Bye-bye guys. 

Muah :*

07 March 2012

Perempuan tanpa makeup/contact lens

Assalammualaikum.

Boring sangat deh, dan memang rasa nak update blog pun walaupun aku tau esok aku kerja dan aku tau yg memang aku kena tidur dah pun waktu-waktu cenggini. Tapi mata still tak mengantuk dan aku nak update blog.

Amboi panjang tak intro aku?

Hai perempuan cantik semua! Harini aku nak ajak semoranggggggggg yg tengah baca ni especially perempuan, keluar rumah tanpa makeup. Boleh tak? Tak boleh? Why? Sebab takut tak cantik? Ala takyah takut la. Awak bukan hodoh pun bila tak makeup. Tapi awak-awak semua (rujuk: yang ber-makeup) ni agak kurang selesa/rasa tak lengkap bila keluar rumah tanpa makeup.

Seriously aku keluar rumah tak pernah makeup. Bedak? Pun tidak. Macam mana aku keluar, macam tu jugaklah aku balik rumah.

Aku tak reti makeup & aku tak teringin pun nak makeup. Antara sebab lain yg menyokong aku tidak bermakeup ialah sebab aku pernah dengar yg remaja seusia aku ni berpontensi kulit akan rosak sebab bahan kimia yg ada dalam bahan makeup tu. Serious macam takut dengar kan? Tu pasal aku takmo makeup.

Aku rasa muka yg nampak natural tu lagi cantik. Kan?

Tapi aku tak larang orang nak makeup. Go ahead girls. Kalau itu yg buat awak rasa awesome, silakan makeup.

Dah cukup bab makeup dimuka. Ada bahagian lain, dekat mata. Wah kemain contact lens apa benda semua. Tahukah  anda contact lens bahaya kalau anda pi beli satay or benda yg melibatkan haba, haba tu masuk dalam mata anda lepas tu contact lens tu jadi cair dan mencair dalam mata anda. Saya ulang, dalam mata anda.

Tak cukup ngeri?


Konon nak nampak ala korean/omputih, sampai sanggup mengadaikan anugerah Allah yg takda tandingan hebatnya ni. Bayangkan kalau mata korang rosak macam ni, tak boleh dah tengok cerita best-best, takleh baca blog orang dah. Hahahaha kan? Aku serious ni. Baik pakai spek dari pakai contact lens ni. Lagi comel k. 

Err yg tu ja kot aku nak update sekarang ni. Tetiba mood hilang lepas tengok picture mata rosak dekat atas ni. Semoga kita semua dijauhkan dari segala jenis bala/penyakit. 

Allah bless us. Xoxo 

06 March 2012

Little trip

Assalammualaikum.

Sabtu haritu aku pi Langkawi dengan along. Memandangkan mama & abah sibuk sangat, kami dua orang jela pi sana. Soal tempat tidur & makan aku tak berapa nak ambik port sangat sebab dah tau semua dah disediakan kat rumah tunang along.

Clear tak lagi aku bagitau kat mana tempat kami tidur?

Masa bertolak tu aku dok terfikir something ja yg merungsingkan kepala aku,

Adakah aku akan bertahan?

Adakah aku takkan muntah?

Kalau aku muntah jakgi konfem malu tahap teruk.

Semua tu macam berhantu gila dekat kepala otak aku. Seb baikkkkkk tak muntah. Muehehehew.

Sampai ja sana terus abang Amzar ambil kitaorang. Kami terus gerak ke surau dekat dengan rumah dorang sebab ada kenduri. Makanan takyah cakap la, memang sedap habis sebab tok abang amzar yg cute tu yg masak.

Baru teringat yg gambar dengan tok takda :(

Lepas tu balik rumah sebab nak tukar baju sebab baju aku tu macam panas tahap lembu naik kereta Jaguar. Lepas dah tukar baju kami terus gerak ke Cable Car. Pheew cable car memang awesome sangat. Tinggi nak mampus. Gayat jugak aku ni walaupun masih sempat buat muka cute & bersemangat. Muehehehew

Lepas tu gerak ke mana ntah aku tak ingat. Jap jap loading otak..................................99%!

Hahahahaha. Lepas tu kami gerak ke Pantai Cenang yg sudah beralih menjadi Pantai berbikini senegeri Kedah. Apa tindakan kerajaan dengan kes ni? Serious aku macam terkejut dengan Pantai Cenang yg pada umumnya memang tanah Melayu, penuh dengan botol arak, bikini & dll. Seriously rasa asdfghjkl gila. Aku pulak Malaysia rasa tak selesa lepak kat situ lama-lama. Sedih tak? Kita sendiri tak selesa dengan negeri/negara kita.

Dan sudah cerita soal Pantai Cenang tu. Buat sakit hulu hati ja bila fikir balik.

Lepas tu balik rumah sebab nak siap-siap ada kenduri dekat surau lagi. Ada malam berendui. Ntah betul ke tak aku eja taktau. Ala, malam bagi bayi-bayi naik buaian tu. Best jugak ah makanan dia.

Lepas tu kami gerak ke pasar malam. Aku shopping sakan kot. Tak sedar duit dah nak habis. Siak betei. Hahahaha.

Then balik tidur dengan muka letih. Bangun pagi terus cabut balik Jitra. Sebelum balik Jitra sempat lagilah singgah beli cokelat dekat orang-orang Jitra.

Mohhh ler layan picture dulu ye dok?