chapter 20; God created me with love.

28 February 2011

Henset aku pun jadi hal?

Assalammualaikum.

Aku pakai phone murah. Murah gila. Tapi bagi aku memang terbaik la. Siap ada torchlight lagi tau. BeriBeri kau ada ke? Phone aku siap ada game ular lagi. Tapi sangat chilaka bila aku dapat score paling tinggi pun 780. Sapa yang biasa score 2253 memang hebat habis. Nak saja aku minta sign dekat telinga.

Tadi masa aku tunggu kawan aku datang, aku sempat bermain game ular tu. Konon nak fight gamer yang boleh score 2253 tu, jadikan 2254. Tengok, sapa cekap lagi kan? Tengah aku main, ada budak-budak dok main lari-lari kot (baca : aci ligan). Sorang budak berhenti depan aku bertanya :

Kak tyn pakai henset murah ka?

Sleeerrrppp! Tersentak aku dibuatnya. Kesian budak tu, takda hobi lain dah kot tiba-tiba nak tanya benda merapu macam tu. Aku terus keluarkan BeriBeri aku. Tengah keluarkan BB aku tu kan, ada suara orang memanggil-manggil menyeru aku bangun dari tidur.

Ceh, mimpi rupanya. Chilakak lagi sekali. Apa hal aku boleh mimpi phone yang tak berapa nak penting sangat tu ha? Tapi apa yang aku boleh jamin, phone aku memang ada torchlight dengan game ular sekali. Bagi aku, awesome gila okay?!

Kbye!

25 February 2011

Hello Blog Title Baru!

Assalammualaikum.

Bantal Busuk. Cewah, taknak kalah kau. Takda tiru sapa-sapa. Terasa nak sangat letak nama tu. Sebab aku sure, semua orang ada bantal busuk. Aku pun ada. Usia bantal busuk aku dah mencecah 15 tahun. Sure betui. Kalau tak percaya, tanya babysitter aku. Sebab dia yang buatkan bantal tu untuk aku. Semakin lama, semakin sedap bau dia. Macam arak pulak kan? Hahahaha.

And for your information, aku dah jadi addict la dengan benda tu. Aku selalu fikir, kalau terjadi apa-apa yang mencemaskan, benda pertama yang aku patut dan harus selamatkan ialah bantal busuk la. Yelah, nanti macam mana aku nak tidur nyenyak kalau takda bantal tu?

Aku heran la kenapa orang patut terkejut dengan adanya bantal busuk? Alah, macam lah awak-awak tu tak pernah ada bantal busuk. Wek!

So, aku rasa bantal busuk ni perkara biasa. Jadi tak payah dok mengejek nye PUNNN *ahcai* orang yg ada bantal busuk ni. Hak aku, biarlah!

Kbye!

21 February 2011

DLSR vs Digital Camera?

Assalammualaikum.

Lepas publish kat wall Fb pasal Canon tu, aku macam dapat rasa la beberapa orang macam kurang senang, macam " HAIYAAAK! DAPAT CAMERA BARU PUN NAK TUNJUK KAT ORANG KA?". Ada aku kisah? Lantak lah kan?

Okay, selepas dapat camera tu, walaupun bukan DLSR, aku dah cukup puas hati. Sebab function untuk zoom memang terbaik. Bagi aku, camera kali ni macam roh DLSR okay? So aku rasa macam tak perlu lagi DLSR. Sebabnya kan, lepas aku try shoot guna camera ni, aku dapat rasa kebaikan yg diberi oleh digital camera.


First try!

First, aku rasa ia sangat senang dan mudah dibawa ke mana-mana. Sebab ia kecil dan sangat comel. Macam nak cubit-cubit giteww. Second, sebab ia sangat ringan. Tak perlu gantung sana-sini. Dan untuk terakhir kalinya, aku sangat rasa selesa shooting guna digital camera.

Lepas baca entry ni kan, mesti banyak reaksi orang ramai. Macam " ALAAA, TAKDA DLSR PASTU NAK BUAT2 TAK SUKA DLSR PULAKK. APEHAL MINAH NI KANN?". Hahaha.

Apa-apa hal pun, aku still suka DLSR sebab quality yang ada kat DLSR tak boleh fight dengan digital camera. So, semua camera ada kekurangan dan kelebihan. Hanya diri sendiri yang boleh menilai semua tu. So, pandai-pandai lah gunakan camera ye.

Canon, delighting you always~

Muahahahaha.

Kbye!

20 February 2011

I love Canon!

Assalammualaikum.

Balik sekolah tadi, abah terus cakap ada camera baru dalam bilik. Aku pun celapak punya gelabah nak tengok benda tu kan. Ingatkan DLSR ke apa ka, tapi rupa-rupanya digital camera ja. Nevermind, aku suka gila! Sebab photo-photo dari camera tu sumpah macam DLSR's shoot! I loveeeeee Canon.

Kaler silver, bukan kaler ni. Tapi model sama.

So, try lah shoot sikit kan, test power. Ehem ehem ehem!


Eeeee malunya saya. Okay I tau I tak se'kreatif' uolls! Lalalalalalala.

Kbye!

19 February 2011

Assalammualaikum.

NANTIII I UPDATE PASAL HARINI OKAYYYYY?!

OHHSOME DAY EVERRRR. WHAHAHAHA ;P

17 February 2011

Entry gembirewwww sanad! ;p

Assalammualaikum.

Orang dah buat tayik kan, takkan nak suka lagi?!

Okay please stop cerita merungut. Switch on cerita yang sangat-sangat gembiraaaa!

Tadi tengah dok study sains sukan, cikgu suruh kira denyutan nadi. Aku pun carilah kat mana nadi aku, area tangan okay? Bukan leher. YES, dah dapat. Aku tengah 'layan' nadi aku tengah denyut, tiba-tiba suara nyaring kedengaran dalam kelas yang cukup sunyi..

Nad : ATYNNN, HANG JUMPA DAK NADI HANG?

And satu kelas gelak. Dia ingat aku ni hantu ka apaaa dok tanya macam tu pulakkkkkkk!

Macam haram kan? Last-last dia yang tak dapat baca nadi dia. Hang tu yang hantu Nad oi! Shilakak. Hahahahahahaha.

13 February 2011

Assalammualaikum.

semakin lama tengok hang, semakin aku meluat! sungguh la. cukup lah weh. pi mati boleh kot? 

12 February 2011

Imaginasi

Assalammualaikum.

Kebelakangan ni banyak gila entry merungut. Yes aku tau ada pihak tak senang dengan entry-entry tersebut. Tapi nak buat macam mana kan, benda yang boleh buat aku merungut tu aku selalu dok tempuh. Okay see, aku merungut lagi. Blablablah!

Tapi aku takmau buat entry macam ni :

" Harini aku bangun. Aku lompat keluar dari katil bujangku, aku terus ke bilik air untuk mencuci muka. Kemudian aku sarapan dan mandi. Ku capai kunci basikal yang baru dibeli malam semalam, terus mengayuh keluar dari rumah untuk ke kedai mak janda. Aku bukan datang untuk mengorat, tapi aku hendak memajukan perniagaannya. Walaupun di rumah tadi aku dah sarapan, aku ingin sarapan lagi sekali. blablabla...."

Sampai balik rumah dan tidur.

Aku bukan jenis tu, bukan jenis cerita apa terjadi sepanjang hari yang aku lalui. Aku suka cerita apa yang aku boleh menilai, apa yang aku tempuhi sedangkan orang lain tak pernah tempuhi. Untuk dijadikan pengajaran. Tu yang entry merungut aku selalu sangat update.

Bagi aku cerita yang buat orang menilai tu paling berharga. Tu yang aku suka sangat baca blog yang suka buat cerita macam tu. Tak semua aku tak suka okayyy? Cuma sesetengah. Tapi apa korang kisah kan? Teruskan berblogging selagi mampu. Do whatever you like lah. Jangan terpengaruh dengan cakap aku ye?

Btw, sepanjang aku berblogging ni, aku rasa entry kali ni yang paling gay sekali. Dan aku pun tak tau pasaipa.

Okay bye!

10 February 2011

Gedik, kuat gelak

Assalammualaikum.

Aku tak perasan ada 'makhluk jahat' dekat sekeliling aku. Orang dok mengata aku dari belakang. Complaint 24hours tanpa berhenti pasal aku. WAT DE CATT?

Aku ingat semua orang akan senang dengan aku. Takda rasa dengki khianat, mahupun tidak puas hati. Tapi rupa-rupanya ada!

Yes, i admit, memang aku ni mengada-ngada sikit. Dekat luar pun aku macam tu. Dalam rumah tak payah cerita la, gedik tahap gelojoh. Tapi 'gedik' aku ni bertempat dan diterima masyarakat. Sebab aku betul-betul jadi diri sendiri. Bukannya macam "Ohh! I geli lahh dengan semua ni.....! EeEyEcKs!", not like that lah.

Aku cuma happy dengan apa yang aku ada. Selagi boleh aku nikmati kan kata orang. Aku mengada, budak lelaki kelas aku tak pernah tegur cakap "Atyn, hang ni gedik la. Macam bitch tahu tak?" NO! Depa tak pernah complaint pasal aku. But why, manusia yang sama species yang boleh melahirkan anak ni selalu sangat mengata aku?

OH PLEASE LAH YOU GUYS, jangan kolot sangat hidup! Orang bertudung ni complaint macam-macam, cakap aku kuat bila gelak, habis kalau nak gelak kena tulis "HA HA HA!", pastu tunjuk dekat orang yang buat lawak tanda aku gelak? Tak boleh keluarkan bunyi langsung?

Sorry sikit okay?! Korang bukan parents aku, so stop judge orang ye? Perfect sangat ka awakorang tu? Kalau cermin kat rumah habis, kat rumah aku belambak. BIATCH!

09 February 2011

Kawan-kawan

Assalammualaikum.

Hati aku sangat mudah terima kemaafan orang. Hati aku senang betul rapuh dengar orang cakap "Atyn, aku minta maaf, tolong maafkan aku..". Aku tak boleh simpan dendam terlalu lama. Tu pasal orang selalu sangat pijak kepala aku. Dan juga keluarga aku. Orang tergamak buat macam-macam dekat aku, tapi aku takda 'kegamakan' yang macam tu nak buat dia rasa apa yang aku rasa tadi

Aku kesian. Sebab aku memang takda kekuatan nak buat orang sakit hati atau kecil hati dengan aku. Sebab aku tau betapa ranapnya bila hati kita dipermainkan, bila kita diperendahkan, bila kita dikutuk dari belakang mahupun depan.

Aku tak kisah aku dijadikan bahan untuk ketawa. Aku langsung tak kisah, sebab aku rasa semua manusia sama saja. Budak-budak kelas aku pun selalu buat aku jadi bahan ketawa, tapi aku tak pernah menangis. Aku tak pernah marah. Cuma marah-marah sayang. Kekurangan aku, diterima baik oleh budak-budak kelas aku. Sumpah, aku gembira sangat. Terima kasih kawan.

Kalau boleh aku bunuh setiap orang yang buat aku sakit hati, dah lama aku buat. Sebab bersakit hati ni umpama dibunuh secara perlahan. Tapi aku kuat. Aku tak lawan balik, aku cuma sabar.

*Entry merungut terlalu tebal. Sakit hati terlalu dalam.

08 February 2011

Tak reti mencarut

Assalammualaikum.

Lepas satu, yang lain pulak muncul. Masalah takmau langsung berengang dengan aku. Like BFF.

Oh chill lah atyn, mereka yang buat masalah dengan hang ni sebenarnya barua saja. Lupakan masalah tu. Teruskan hidup aku selagi boleh.

Babi nak haram jadah tuih.

06 February 2011

Sangat malas nak berblog walking

Assalammualaikum.

Sorry guys, lama gila takda kat shoutbox korang, nama Atyn says Hello! kan? Bukan apa, aku cuma datang mood atau angin gila menyatakan aku betul-betul malas nak blog walking. Banyak kerja maa. Mana sempat! Nanti bila aku dah free ibarat layang-layang terputus tali, aku blog-walking sampai lebam okay?

* Bajet macam aku artis pulak, semua menunggu kedatangan aku* Muahahahaha!

Cuti ni banyak gila masa terluang terisi. Memang best la. Pi jalan-jalan, photoshoot sana-sini. Sumpah puas aku dapat pegang DLSR. Tapi tak puas lagi sebab bukan yang aku. Sabar jelah atyn oii, ada duit nanti beli sendiri okay?

Okay, muka aku tak elok gila masa ni. Mana larat tahan panas weh. Apa-apa pun Istana Kuning memang best view dia. 


Ni kat tasik. Tengok along, mengada ja muka. Lapar kaki, mungkin? Hahahahaha!

Malas nak cerita banyak. Nak tengok gambar lagi, aku aku upload ye? ;)

Kbye!

04 February 2011

Holiday versi Kedah.

Assalammualaikum!
Edisi Pertama : 

dengan along. tengok kaki aku, heqot!

dengan abang Zairi. Kupas buah kelapa sampai sakit tangan! 


Sorry pakcik, saya ambik paddy ni balik tanam dekat rumah



Tu ulaq hat kaler orange. Takut betui. Besaq gila. 

Adik beradikkan


Real candid!


HAAAAAAAA. Dah puas dah kot tengok gambaq? Mai nak cerita sat! Boleh dak? Cer cerita.. Cer cerita!

First day kami pi melawat Lai Huat Garden. Mula-mula jalan macam "Takda apa pun! Tak best!". Tapi makin lama berjalan, makin best. Aku yang dianugerahkan pangkat jurugambar tak berapa nak cekap, ambik gambar punya banyak. Dekat 300 lebih kot. PUAS!

Dekat garden tu orang tak berapa nak ramai. So, rasa puas gila jalan tanpa perlu bersegan-silu dengan orang. Nak jalan kaki terpacak ke atas pun boleh weh. Tempat tu sunyi lah jugak. Bagi kekapel tu boleh sangat pergi, ingat! "Boleh pandang2, jangan peygang2!"

Lepas tu pi sawah paddy. Punya lah susah cari view yang best, last-last jumpa jugak. Apa lagi, berjimba lah kami ni kan. Memang best gilaaaa weyyyyyyyyyy.


Edisi kedua :





Lagi-lagi gambaq ada kat facebook noh? Pandai lah kau cari nanti. Malas nak upload banyak-banyak. So, aku ada banyak gila kerja sekolah. Satu pun tak sentuh lagi. Jahanam betul.

Kbye!

  • Gambar hanya untuk tatapan, bukan santapan.
  • Hak milik persendirian
  • Tiada kena mengena antara hantu atau jembalang
  • Sebarang copypigs sangat tidak dialu-alukan
  • Saya sangat enjoy masa-masa manis Tuhan beri kepada saya

02 February 2011

Sijil Pelajaran Malaysia 2011

Assalammualaikum.

Sekarang masa nak pecut. Tak boleh 'lari' pelan-pelan. Masa ni nak enjoy pun dalam 'pelarian' aku. Serius dalam berseronok.

Sijil Pelajaran Malaysia 2011 untuk budak-budak 1994.

Takda niat aku nak bezakan budak pandai dengan kurang pandai. Yang pandai tu sememangnya satu anugerah pinjaman daripada Allah. Dan untuk yang kurang pandai, itu satu kebaikkan dalam diri masing-masing. Setiap ciptaan-Nya ada sebab tersendiri. Otak tak perlu dipaksa, cuma perlu diasah.

Berkias sungguh ayat aku kan?

Cuma nak kata kat sini, tahun ni nak belajar habis-habisan. Tahun ni jugak nak enjoy habis-habisan. JAdi, paham lah kot ye ayat aku ni?

Aku tau, sangat annoying!

Okay bye!

Game!



Cuba cari aku.

Hint : 
-Tengok camera
-Senyum nampak gigi

Sapa betul, aku belanja bihun sup + lobak masin lebih + milo ais!