chapter 20; God created me with love.

24 March 2012

Perancangan

Assalammualaikum.

Memang giat sangat sekarang budak-budak lepasan SPM macam aku isi borang UPU secara online. Alhamdulilah aku dah berjaya isi borang UPU tu tadi. Berkat dorongan mama. Kihkihkih.

Tadi masa nak isi tu gelabah siak. Rasa macam nak isi borang kahwin lak. Okay takda kena mengena langsung. Lepas dah habis isi aku siap call Aliff lagi sebab nak tanya dia pasal nak kena print ke tidak. Aku masa tu gelabah sampai tak reti nak fikir bab komputer. Jadi blank. Jadi bodoh kejap bahagian IT ni. Tsk tsk tsk, malu saya TT________________TT

Lepas dah habis isi, rasa macam aku dah lepas 12 guni biawak atas bahu. Kejadah apa sebelum ni bila aku tengah chat dengan orang, orang akan tanya "dah isi UPU?", aku jawab tidak. Lepas dah isi takda pun orang sibuk nak tanya. Tu la manusia, suka ambik tau hal orang. Hal sendiri pun nak londeh dah. Okay lagi takda kena mengena.

Ehhhh kejap. Cover photos yg ada untuk facebook timeline memang tak boleh set private kan? Bodoh gila betei si menatang Mark Zukernbeg (ntah apa-apa nama aku malas nak search dah ejaan dia betui ka dak). Fakiu man! Timeline tu hampeh.

Tadi aku jumpa member sekolah aku dekat kedai masa nak pi beli cabai melaka. Dia tanya aku pasai result depan aunty tukang jaga kaunter tu. Aku pun bagitau dnegan penuh semangat la. Bila aku tanya dia, dia cakap result dia dengan nada kuat bakhang. Hahaha tak tahan kot. Ingatkan ada A. Rupanya 1B, 4C, _______ (fill in the blank), dengan math yang gagal dengan jayanya.

Okay. Aku speechless.


Aku tak tau samada nak tenangkan dia atau tidak. Last sekali aku cakap yg aku nak balik sebab mak aku suruh cepat. Dia pun okay ja. 

Okay tutup cerita pasal dia. Aku nak cerita bab kawan-kawan aku yg dapat result agak teruk la kan. Aku sebenarnya taktau nak bertindak balas macam mana. Sebab bila depa sedih, aku lah orang yang depa akan panggil & meminta kata-kata hikmat & nasihat secara jujur.

Okay part result teruk & aku kena bagi kata semangat ni memang awkward.

Aku taktau nak bagi kata apa dah sebab what you struggle you will get it la kan. Okay quotes aku hampeh. Hahaha. 

Aku taktau nak cakap apa bila kawan aku cakap "Result aku teruk, ada failed blahblahblah". Ayat aku habis modal dah ialah "Sabar, nak buat macam mana, benda dah buat. Hang ambik la paper Julai balik kalau macam tu. Sabar nah."

I'm so damn speechless & awkward too.

Bagi manusia yg ada ter'failed' dalam exam, jangan risau sebab masih ada jalan yg cerah dok tunggu hampa semua tu, inshaAllah kalau hampa semua pakat usaha lepastu tawakal jela, Allah dah atur rezeki kita dah. Sapa usaha lebih, dapat lebih la. Tak semestinya orang yg straight A tu dapat kerja elok & tak semestinya tak tak dapat A bahkan ada failed tu takda kerja nanti.

Kita usaha, biar Allah tentukan.

Kan? So, good luck kpd semua yg masih tunggu jawapan UPU tu macam aku.

Ketaq oi!

Bye

No comments: