I can't think about the title now. Never mind, hello people! How are you? Me, fever season kot I guess. Memang tahun ni dah masuk kali ke berapa I demam I pun tak tahu.
Bismillah. Before that, lemme say Salam Maal Hijrah to all Muslim out there. May Allah bless us, Inshaallah.
Nak cerita pasal demam haritu. Lama dah, masa aku tengah trial PMR. Gila bab1 punya bila aku kena demam panas masa orang nak start enjin panaskan otak untuk menjawab PMR. Pasal PMR tu aku tak berapa nak kisah sangat, yang aku kisah masa aku demam tu memang tengah "hot" gila dengan demam lagi satu, its selsema babi.
Seriously aku cuak gila bila doktor ambil darah aku nak buat test untuk pastikan aku bukan salah sorang ahli demam babi tu. (aku tak mencarut dude)
Lepas beberapa minit, doktor sahkan aku kena masuk ward. Keadaan ward sangatlah macam fcuk sebab ramai gila pesakit yg demam. Sampaikan bilik VVIP yang sepatutnya nenek tua sorang-sorang dia ja bernafas dalam tu, kena pecah menjadi 3 pesakit. Tak salahkan bilik tu jugak, sebab bilik tu memang besar dan patut dipecah untuk 3 pesakit pun dalam waktu genting ni.
Nasib baik nenek tu cool. Dia actually dah lama stay situ, and of course sehari kena charge dekat berapa ribu sebab tu bilik VVIP kan. Kalau dia tak bagi kami stay situ memang lapor penyakit. Nak saja aku pergi cabut wayar oksigen dia malam-malam. Keadaan genting cemni pun nak kedekut memang sakit la. Tapi nasib baik dia baik, dia bagi ja kami stay kat situ.
And then keesokkan harinya ada doktor datang bawa result darah aku tu. Dia cakap yang aku takda jangkitan apa-apa. Cuma demam biasa. Tapi dia tak bagi balik dulu, sebab kena pemerhatian sepenuhnya. Tapi seriously bro, hospital swasta memang mencekik darah. Aku demam sekaligus tambah perasa batuk & selsema. Doktor tu punya nak kaut duit, dia suruh aku pergi x-ray. Gila bab1 la sebab nak tengok kahak aku ada ke tak. Macam bodoh. Apasal tak bagi ubat je suruh aku makan?
Hmm, barang yang lepas jangan dikenang.
Tapi memang best la tidur dekat hospital. Serious tak bohong. Tambah bab makan memang class gila weh. Siap ada nurse datang ambik order aku. Yela, jaga aku first class la sebab hospital tu pencekik darah (harap faham). Sedulang makanan pun tak silap aku dekat RM20.
Bab makanan paling aku suka. Pagi ada canteen boy tu datang bawakan sarapan. Roti dua keping dengan air apa aku tak ingat. Lepas makan tu, ubatlah apa lagi. Lepas tu around pukul 10, datang pulak nurse bagi aku list makanan. Dalam list tu aku boleh mintak satu je makanan. Cait. Of course la aku minta nasik kan. Nasik pun kemain hebat weh macam makan dekat kedai. Lepas tu masa minum petang pun ada gak. Canteen boy tu datang bawa sandwich dengan air teh. Memang sedap takyah cerita la.
Bab malam pula ada nurse datang bawakan list tu lagi sekali. Aku tak ingat malam tu aku minta apa. Samada bubur atau nasi. Tak silap aku mintak nasi. Tapi makan sebelum pukul 7. Konfem lepas 10 keatas masih lapar. Hospital tu pula jenis tak kisah orang melawat pukul berapa pun takpa. Malam tu aku lapar gila, abah datang pukul 11.30pm bawakan burger. Gila betei.
Masa aku stay situ, aku sempat kenal dengan kakak ni sorang. Memang baik sangat lah. Siap aku minta email myspace dia lagi. Sekarang dah lost contact. Entah kemana dia ada sekarang. Kecik ja orangnya. Malam first aku stay situ, aku ingat dia darjah enam. Padahal dah 18 tahun. WTF aku cerita pasal dia? Bahahaha.
Lepas 4 hari 3 malam aku stay situ, aku balik jugak rumah akhirnya. Semua jiran aku siap bentangkan karpet pelangi lagi semata-mata nak bagi aku semangat untuk hidup. (macam lah aku ada breast cancer, tumor otak yang boleh mengapankan aku segera kan?).
Masa aku stay kat situ, ramai jugaklah yang jenguk aku. Sampaikan lift hospital tu semuanya rosak akibat dari kenalan aku yang bertungkus lumus nak datang melawat aku. Terharu (o.o") Kiranya semua warga hospital tu sibuk dengan keadaan yang chaos gila hanya kerana aku. Pak guard pun memang bekerja 24 jam sebab nak jaga kemanan. Sesapa yang datang melawat aku yang buat perangai haiwan liar, terus kena campak lombong la (versi Ah Chai).
Tu ja kot nak cerita. Btw, please do visit my tumblr if you feel free ohye? Click this.
#Perenggan bawah tu kebanyakkan aku bohong belaka
xoxo
No comments:
Post a Comment