chapter 20; God created me with love.

03 March 2011

Situasi agak bahabi

Assalammualaikum.

Aku ni punya penat tolong kemas barang dekat Ekin Roslan tadi. Takpa, aku tolong atas dasar suka sama suka, dan rela. Sebab tadi dia belanja aku ABC dengan kentang goreng. Surga tahu?

Aku pun ulang alik dari ruang tamu ke dapur untuk menyimpan barang along. Jauh aku berulang-alik tu kalau dikira berdasarkan jalan raya, mungkin dari Jitra sampai Perlis kot. Okay aku tipu.

Lepas dah masukkan satu per satu barang dalam almari, dan aku dengan gembira berkata dalam hati "Ahh lega!". Tapi bila aku masuk bilik, tiada perkataan lain selain FAKEENG.

Tau dak apa yang tertinggal?! Tahu dakkkk?! SETERIKA kesayangan along tertinggal! Aku rasa macam nak menari tango kat situ tadi. Lepas aku penat susun atur periuk belanga, pinggan, jar, blablah, tapi akhirnya aku tertinggal satu benda siol tu. Dah la almari tinggi.

Lepas tu aku kena susun balik satu per satu. Nak rasa? Ambil garfu dan cucuk biji mata korang sendiri. Macam tu rasa dipermainkan oleh seterika tu.

Faking dan sangat bahabi.

Kbye!