chapter 20; God created me with love.

06 December 2010

Malunya saya!

HELL-O

Semalam pukul 3.30am baru sampai rumah. Dari KL. Wahh, memang penat tahap tenuk. Lepas hantar along kat apartment dia, terus balik. Seronok gila aku dah hantar dia, melompat aku dalam kereta bila dia takda. Kuatkan semangat aku? Okay aku tipu.

Sedih jugak yoyot tu takda. Nak buat macam mana kan, kena berkhidmat untuk negara. Waa~

Dalam perjalanan balik tu memang membosankan gilas. Lepas tu abah stop kat hentian mana taktau, aku lupa. Abah suruh aku reload Touch & Go kat Petronas. Aku pun pi lah kat kaunter. Masa nak cakap reload T&G tu, aku tercakap :

AKU : Bang, reload R&R boleh?
ABANG PETRONAS: Ah? R&R ?
AKU : Ehhh bukan!! Errr nak reload T&G ni. Sorry.

Sumpah aku malu. Nasib masa tu takda orang. Lepas dah bayar, aku & mama pi lah cari benda untuk mengunyah. Dah bayar apa semua, aku dengan mama melangkah keluar. Dalam nak keluar tu, kedengaran suara makhluk jahat tersebut memerli aku.

ABANG PETRONAS  : R&R ah? *sambil angkat kening.

Heeeee, siot kau abang hijau oii. Memalukan betol.

8 comments:

Aweyn said...

auw auw. aku turut merasa ka'malu'an itu. heeeeeee. joke sweety :)

Lady not Gagap said...

AHAHAHAHA. aku ni yg harungi benda tu teramat2 maluuu. :P

fathiah said...

hahahahhahaha... malu2 :)

Lady not Gagap said...

ahahaha, tutup muka.

syafiqxsaifullah said...

HAHAAHHAHAHAHA. gelak guling-guling!

Lady not Gagap said...

wahh kamu!!

HONEY bee said...

hahahaha! :D
kakak atyn tu brkhidmat kt mne?
KL area mne?

Lady not Gagap said...

klinik apa ntah. kat kelana jaya. :D