chapter 20; God created me with love.

12 March 2011

First Time Makan McD

Assalammualaikum.

Cerita ni berkurun dah weh. So jangan nak gatal-gatal gelakkan aku. Aku tampar sorang-sorang, nanti bersin berdarah kang. Jangan main-main, serius sikit okay?

Masa tu dikira first time makan kat mekdi (baca: McD). So muka aku pun macam gelabah la nak makan kat situ. Sebelum ni aku dok makan KFC, Pizza, MarryBrown ja. Mekdi tak try lagi lah sebab jauh dari rumah aku. So aku rasa baik makan KFC, sebelah rumah je kot. *okay aku tipu.

Aku memang suka KFC. Sebelum makan mekdi, aku sangat menyokong bahawa KFC tu sedap dan takda tandingan. Sesiapa yang sokong mekdi, aku tampar pipi dia sampai berdarah mata dia tu. Setiap apa yang orang katakan bahawa mekdi tu sedap, aku akan tindas habis-habisan. Nampak, betapa gangsternya aku dulu. Teheee!

Hari tu mama ajak makan mekdi. Alang-alang tak percaya apa yang orang kata, aku pun try lah makan mekdi tu. Nak tengok sedap taraa mana sangat kan? Masa nak makan tu along orderkan. Aku duduk tunggu ja la. Along siap tolong ambilkan sos la apa la. Aku rasa macam weird, kenapa tak letak sos atas meja macam KFC dok buat. Nampak? Nampak tak? Dalam menulis entry pun aku nak bagi KFC menang.

First bite aku dekat burger tu memang tak rasa apa. Tak rasa aura. Tengah dok kunyah tu baru aku tau bahawasanya mekdi sangat sedap. Terbayang dalam kotak dialog belon aku muka-muka orang yang aku tindas tadi sedang baling telur, padu kat muka aku.

Tengah sedap makan, sos habis. Along suruh aku pergi ambil lagi sos. Dengan penuh keyakinan, aku bangun pi tempat orang dok ambik sos tu. Aku pulang ke meja dengan tangan kosong. Aku cakap dekat along "sos habis la, adik pulaih (baca: pulas/putar) tapi tak keluaq!".

Muka along dengan mama tercenggang. Aku pulak teruskan makan. Along cakap sos tu bukan kena pulas, tapi kena tekan.

Aku bangun mintak telur kat abang mekdi tu, aku baling telur atas muka sendiri. Faking!

Kbye!

No comments: