chapter 20; God created me with love.

30 November 2010

Mai aku isap sama..

HELL-O

Semalam aku pergi makan kat satu kedai ni, boleh dikatakan tempat melepak jugaklah bagi remaja yang boring, saja nak buat style, meng'shisha', rempit pengotor, couple yg boleh pegang-pegang, dan yg betul-betul nak makan macam kami ni.

Manusia dekat situ bukan main ramai. Tapi kebanyakkanya isap shisha la.

Meja sebelah aku ni ada sekumpulan remaja. Ramai lah jugak. Ada yang tomboy lah, perempuan-perempuan gediks, laki-laki yg buat indie gila. Yang si perempuan asyik tengok meja kami ja. Aku pun taktau pasaipa.

Lepas tu aku TERTENGOK perempuan tu nyalakan rokok. Sambil pandang aku dengan renungan tajam. WTH? Nak isap rokok pun nak bagi aku tengok? Weh please lah nyah, macam aku baru disogok dengan benda yg dah nak lapuk ni?

Perempuan isap rokok? What do i care?! Go on lah selagi tak kacau hidup aku. Nak mati ka, nak jadi wild ka depan tu aku langsung tak kisah.

Kesian pulak aku tengok perempuan tu, punya nak tunjuk dia boleh isap rokok, sampai tengok aku teruk-teruk bagai. Awat tak datang duduk tepi aku ja? Kat sebelah aku pun ada kerusi kosong. Haih.

2 comments:

Aweyn said...

ppuan smoking kerana mereka fikir mereka macho. hahahaha

Atyn Roslan said...

hahaha. yes. konon habis style lahh. please la? haha