chapter 20; God created me with love.

10 December 2010

Kisah peminta sedekah..

HELL-O

Malam kelmarin memandangkan mama tak masak, kami bertiga keluar makan kat luar. Memang macam tu dah tiap-tiap malam. Makan kat luar. Kadang-kadang je beli nasi bungkus.

Kami makan lah kat restoran ala-Thai ni dekat area Jitra. Wajib bagi aku nasi Paprik lah. Memang favourite lah Paprik tu.
ambil bau dulu~

Orang dekat situ takda lah ramai sangat. Ada 3,4 meja ja yang ada orang pun. Kebanyakkan family lah. 

Lepas tu datang seorang mamat ni, peminta sedekah. Kalau siapa yang bagi duit dekat dia, dia akan kasi Ayat Seribu Dinar. Bila dia sampai dekat meja kami, mama bagi lah duit dekat dia. Berapa ringgit? Tak payah bagitau la. Tak banyak, tak kurang.

Lepas dia bagi Ayat Seribu Dinar tu kat kami, dia terus blah pergi meja lain. Belakang meja aku ada lah pak lebai dengan anak-anak dia. Dari segi luaran nampak macam alim ulamak gila lah. Bila peminta sedekah ni pergi kat meja dia, tahu apa reaksi pak lebai tu? 

Dia buat tak tahu je ok? Dia buat macam takda orang langsung kat situ!

Kesian sangat aku tengok peminta sedekah tu. Pak lebai tu buat mamat ni macam HollowMan. Macam takda apa-apa langsung terjadi. Siap anak bini pak lebai tu pandang tempat lain. Memang shit gila kan. 

Aku bukan nak menunjuk yang kami satu family ni murah hati sangat kan? Tapi RM 1 bukan boleh buat kita bankrup pun. 

Moral of the story :
- Jangan berlagak sangat. 
- Don't judge a book by its cover, walaupun pak lebai jgn fikir baik sangat.
- Jadi lah seorang yang pemurah. Rezeki Allah Taala bagi untuk kita share.

Okay bye.