chapter 20; God created me with love.

31 December 2010

Moment

Assalammualaikum.

Aku dengan family baru habis makan dekat area Jitra. As usually, kedai ala Thai lah hang pun. Order macam-macam. Tengah dok syok makan, mama jadi hangin habis satu badan. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata tempat tu berpuaka, bohong lah, sebab betul-betul tengah pekan Jitra. Aku tanya mama,

Aku : Awat mama ni?
Mama : Ni nyamuk dok kacau. Nak makan pun tak boleh.

Mama memang tak tahan dengan gigitan cinta dari nyamuk. Sapa tahan kan? Awak tahan ke? Mak pun tak sanggup nyah walaupun dibayar berjuta ringgit. Lepas tu mama mintak ubat nyamuk dari tokeh kedai kat situ. Aku buat taktau je. Makanan depan aku harus dimakan!

Lepas dah dapat apa yang dihajati, mama continue makan. Tapi makan dengan muka agak sedih la, sebab nyamuk masih dahagakan darah mama. Kesian pulak aku tengok, tapi takkan aku nak bersila bawah meja, nak menampar sekor-sekor nyamuk berkenaan? Kalau dibayar RM 30,000 takpa jugak. Kehkehkeh.

Selesai makan, kami balik. Ye lah, takkan nak buat pesta riang ria pulak kan. Bila balik, ada sesi bagi burung makan ubat. Untuk kesihatan kata abah. Hm, aku ikutkan saja. Burung ni memang mengada betul. Bila dah disuap, diluahkan semula. Nak saja aku buat gulai burung. *Ada ka? Euuu!

Hari ni hujan. Dari pagi sampai malam. Aku rasa macam duduk dekat London pun ada. *Penah pi sana ka? 
Hahaha. Boring taktau nak buatpa. Aku update ja blog, janji jari aku ni bergerak. Nak tidur tak mengantuk. Hm. Takda sapa nak sembang dengan aku sekarang. Boring nyah!

Sudahla, penat dah menaip. Jumaat cuti. Hip hip hooray! 

Okay bye!

No comments: