chapter 20; God created me with love.

31 December 2010

Moment

Assalammualaikum.

Aku dengan family baru habis makan dekat area Jitra. As usually, kedai ala Thai lah hang pun. Order macam-macam. Tengah dok syok makan, mama jadi hangin habis satu badan. Aku pun tak tau kenapa. Nak kata tempat tu berpuaka, bohong lah, sebab betul-betul tengah pekan Jitra. Aku tanya mama,

Aku : Awat mama ni?
Mama : Ni nyamuk dok kacau. Nak makan pun tak boleh.

Mama memang tak tahan dengan gigitan cinta dari nyamuk. Sapa tahan kan? Awak tahan ke? Mak pun tak sanggup nyah walaupun dibayar berjuta ringgit. Lepas tu mama mintak ubat nyamuk dari tokeh kedai kat situ. Aku buat taktau je. Makanan depan aku harus dimakan!

Lepas dah dapat apa yang dihajati, mama continue makan. Tapi makan dengan muka agak sedih la, sebab nyamuk masih dahagakan darah mama. Kesian pulak aku tengok, tapi takkan aku nak bersila bawah meja, nak menampar sekor-sekor nyamuk berkenaan? Kalau dibayar RM 30,000 takpa jugak. Kehkehkeh.

Selesai makan, kami balik. Ye lah, takkan nak buat pesta riang ria pulak kan. Bila balik, ada sesi bagi burung makan ubat. Untuk kesihatan kata abah. Hm, aku ikutkan saja. Burung ni memang mengada betul. Bila dah disuap, diluahkan semula. Nak saja aku buat gulai burung. *Ada ka? Euuu!

Hari ni hujan. Dari pagi sampai malam. Aku rasa macam duduk dekat London pun ada. *Penah pi sana ka? 
Hahaha. Boring taktau nak buatpa. Aku update ja blog, janji jari aku ni bergerak. Nak tidur tak mengantuk. Hm. Takda sapa nak sembang dengan aku sekarang. Boring nyah!

Sudahla, penat dah menaip. Jumaat cuti. Hip hip hooray! 

Okay bye!

30 December 2010

Malu betul : Kenangan 2010

Assalammualaikum.

Aku dapat tag dari Ryn. Terima kasih sebab bagi. Aku yang mulanya malas gila nak buat, aku buat juga sebab nak jaga hati kawan. Iye dok? Hehehe.



So, tuan blog yang anjurkan tag ni, Pendekar Berkuda, so kalau korang yang nak join, klik je okay? Aku dengar ada hadiah. Tapi aku buat entry ni bukan sebab hadiah. Aku buat sebab aku nak je. Takda paksaan okay?

Malu betul : Kenangan 2010

Aku tak berapa nak ada kenangan memalukan ni. Kalau ada pun aku dah published kat blog dah. So, aku takda cerita nak buat pasal MALUNYA SAYA ni. So, aku kebas entry lama. Harap pencipta entry ni tak marah, aku takda idea weh! Maaf ye.

So, this is it. Baca lah ok. Klik sini!

Dua orang aku kena tag ialah : Fira  & Mya. Heee!

Okay bye!

28 December 2010

Bola!

Assalammualaikum.

Sekarang banyak pertengkaran antara Malaysia dengan Indonesia. Aku yang malas ambil port ni, last-last ambil jugak. Yela, mana aku tahan tengok Malaysia asyik kena maki ja. Aku like pages Harimau Muda Malaysia. Lepas tu aku hentam orang Indon ni. Sampai aku tak terhentam dah dalam tu, aku undur diri. Bukan takut ke apa, cuma aku rasa macam buang masa gila. Baik aku pergi bercucuk tanam dekat CityVille kan. Dapat juga merasa buah strawberry sambil main game kat kedai sendiri kan? Cukup masa aku keluar kutip duit sewa rumah. Hurm.

Aku pun taktau kenapa aku pergi Like dan aku join memaki dalam tu sekali. Macam kena rasuk. Sekarang ni dah okay dah, aku dah dapat kewarasan aku balik. Hurm. Aku ambil keputusan diam diri, malas dah nak join pages macam tu. Laser tak laser. Pasal bra pun nak kecoh. Blablabla!

Esok perlawanan antara Indon & Malay. Agak takut jugak kalau negara kita sendiri hampakan rakyatnya. Tapi aku minta-minta malam esok Malaysia menang. Insyaallah.

Kalah dan menang adat permainan kan? Tapi aku rasa Indon yang sedang menolak fakta yang mereka kalah sebenarnya. Wedefaq gila Indonesia pergi Like pages yang memang khas untuk Malaysia? Buat lah pages sendiri. Nak kutuk ka, nak jadi wild ka, nak jadi macam Ariel Peterporn ka, ada aku kisah?

So, stop la menyalahkan antara satu sama lagi. Indognesial lah, Malingsial lah. Dah nama sedap-sedap, guna kan lah betul-betul. Nak jadi kreatif pun biar kena pada tempatnya. So, berdamai lah. Buang masa dan sakit hati ja kalau kita asyik gaduh. Nak 'gaduh' betul, kita tunggu malam esok.

Peace! Okay bye!

27 December 2010

MONday!

Assalammualaikum.

Okay, Chibbi dah dikasi kan. So sekarang ni dia tengah pening-pening sebab ubat tu masih bertindak lagi kot. Kesian tengok dia, jalan dah tak betul. Sekali tak sekali, lawak pun ada.

Pagi tadi pukul 8.40am gerak pi Alor Setar dengan along & Chibbi. Bila sampai je tak boleh masuk lagi bilik bedah tu, sebab ada kucing tengah operate. So tunggu punya tunggu sampai dia panggil. Agak lama lah jugak, but it's okay sebab ada kucing yg comel lain boleh main! Hehehehe.

Along tak masok pun dalam bilik tu. Aku je masuk tengok macam mana dorang kasi kan kucing. So far, aku tak lerr terpengsan lagi. Hahaha! Sebelah Chibbi, ada kucing lain tengah operate perut, sebab lemak banyak sangat, aku tengok je, kuatkan semangat aku? Hee!

Lepas 10 minit, Chibbi siap! Yeay! Semua orang tengok Chibbi, tapi Chibbi pengsan la, tak dapat Chibbi nak salam-salam dengan kawan-kawan dia kat situ! Hmm :(

Okay, sekarang Chibbi dah sedar, cuma masih khayal. Btw, Chibbi sangat kuat. Lepas dia sedar, dia terus nak berjalan ke sana,ke mari. Hm, sayang kamu budak busuk! :)

Okay bye!

Facebook!

Assalammualaikum.

Please, i'm begging you! Kalau jumpa Facebook Badge kat blog atyn, just click and then add as friends! Boleh tak?

Sekarang selalu sangat add blogger. Kenal-kenal dekat Facebook, lama-lama jadi rapat! Sangat suka dan sangat addict buat hal macam ni. Heee!

Entah kenapa aku jadi friendly semacam akhir-akhir ni. Aku jadi happy. Hm. Bagus lah kan dari bad mood ja.

So, please please add saya! Atyn Roslan.  Hee. :)

Perihal Si Chibbi!

Assalammualaikum.

Semenjak dua menjak ni aku selalu sangat update cerita pasal kucing. Hm, yang ni ja 'benda' aku dok teliti pon. Sebab dah sayang, jadi macam anak sendiri pulak.

Tadi pi Klinik Haiwan area Alor Setar tu lagi lah. Bawak lah Chimok & Chibbi. Kesian kat depa dua, kena berhimpit dalam sangkar tu! Hahaha. Aku letak depa betul-betul dekat aircon, lepas 5minit tidur dah depa dua. Comel sangat!

Lepas dah sampai, pakcik tu suruh bawak masok bilik bedah. Wahh, ayat macam ngeri sangat lah kan? Aku pun takot jugak sebenarnya. Tapi tetap control macho masok jugak. Lepas tu pakcik tu tanya samada dia puasa tak, kalau tak puasa tak boleh buat. WHATTTTTT DE HEL?!

Jauh-jauh kami datang, last-last kena balik sebab Chibbi tak puasa. Hm, nak kena kasi kena puasa. Lain kali cakap lah awal-awal pakcik oi! Hehehe.

Sekarang Chibi tengah puasa. Start pukul 12.00am sampai pagi esok 9.00am. Nak bawak dia pi lagi sekali. Hm, be strong ye sayang! Muahh!!

Okay bye!

26 December 2010

Kembali ke Sekolah!

Assalammualaikum.

Alhamdulilah Chimok dah sihat! Yihaa~ Abah cakap kalau dia sihat, abah nak buat kenduri sikit. Keterlaluan kan? Haa tapi macam tu lah perangai En.Roslan kita. Hahahaha!

Okay, satgi turn Chibbi pulak nak pergi buat rawatan kat Klinik Haiwan. Chibbi sihat ja, cuma nak tambah lagi bagi lagi 'sihat'.

Okay, stop cerita pasal kucing. Hm, sekarang mood 'Balik Ke Sekolah!'. Memang tak sabar gila lah kan, nak bergelar senior. Hahaha. Tapi macam tak caya pulak dah nak habis sekolah. Aku rasa macam kelmarin baru abah hantar aku kat sekolah rendah. Hm, rindu beg Hello Kitty colour kuning tu!

Hm, barang sekolah tak beli lagi. Mama cakap nanti. Wait jela kan? Btw, selamat kembali ke sekolah!

Ok bye!

24 December 2010

Kura-kura

Assalammualaikum.

Boring gila harini. Tak da apa nak buat. Chimok pun semakin cergas balik. Alhamdulilah. Tapi dia tak boleh gerak banyak sangat. Masih lemah. Huhuhu.

Memandangkan takda apa nak buat, aku tengok balik picture-picture lama, rindunya saat hangout dengan Nad & Nisak. Saat pi KL, pi mandi kolam, blabla, rindu weh! Eleh, macam tak boleh 'buat' balik semua tu kan. Hee.

Nak share picture-picture tu tak boleh, sebab internet ni yang 'dikatakan' cukup laju, sebenarnya macam babis. Lambat dari kura-kura. Siol betul.

Hm, takda apa nak cerita dah. Saja update. Terlalu boring ngeng.

P/s ; Entry ni takda kaitan dengan post title diatas! hehehehe =P

Okay bye!

23 December 2010

Chimok!

Assalammualaikum.

Harini nak update pasal kucing aku. Kami baru balik dari Klinik Haiwan area Alor Setar, memang terbaik lah tempat tu. Aku ingatkan tak ramai orang datang, padahal semua kerusi penuh. Semua bawak kucing comel-comel. Geram sangat tahu?

Bila nama "Roslan" dipanggil, aku terus bawak Chimok dalam bilik tu. Kesian dekat dia, tak bermaya ja. Dalam mulut penuh kahak, aku ni dah start menangis dah, before this tak pernah jadi macam ni pun. Pakcik tu inject air dalam badan dia, sebab Chimok dia nak minum air agak susah, inject jela jalan pintas pun.

Lepas tu pakcik tu cakap, jangan bagi dia makan makanan keras, kena bagi yang baby punya tu. So, take note guys, jangan kasi benda yg susah nak kunyah kalau kucing korang sakit. Ohehehe, sedikit tips ok!

Okay, sekarang Chimok dah makan ubat, ubat biji ok. Memang kuatlah semangat baby aku ni. Sekarang dia rest je, aku harap dia cepat sembuh. Aku taknak menangis macam kucing hutan aku mati dulu. Seksa weh!

Chimok, makan ubat rajin-rajin. Minum air kena selalu, rehat bagi banyak. Nanti lepas baik, kita boleh main bola kertas lagi kan? I love you. :)

Okay bye.

For guest!

Assalammualaikum.

Saudara/Saudari, Keh3, buat surat pulak kan? Hahahaha! Takda apa lah nak rasa apa-apa, atyn okay ja kena tegur macam tu, cuma malu dengan diri sendiri ja sebab masih teruk berbahasa English.

Lagipun atyn rasa macam atyn masih kena belajar percakapan tu dengan lebih baik. Apa pun terima kasih sebab sudi tegur. Sumpah, atyn tak rasa apa-apa pun. Tak rasa marah pun. So, kamu tak payah la nak rasa apa-apa.

Terima kasih sebab tegur tu. Kalau tak, atyn terus buat lagi kan. Atyn tau hati kamu suci lagi murni bak Minyak Masak Murni tu. Hehehehe.

Apa-apa pun, teruskan men'view' blog atyn ni walaupun sudah kembali BERTUKARRRRRR ke Bahasa Malaysia. Peace!

Okay bye! :)

GILA!

Assalammualaikum.

Sekali kena tegor dah terasa. Pundek betui perasaan hang atyn oi! Haha! Tukar-tukar balik bahasa Malaysia! Hahahahahahaha.

p/s; aku memang cepat 'terasa' sikit dengan benda ni semua.

Okay bye! HAHA

20 December 2010

I'm trying to improve my english

HELL-O

I'm trying to improve my english.

I always watching some cool videos from Maria Elena and Sue Anna. For me, they have advantages speak in Bahasa English. And I learned to speak a good foreign language from both of them. And their helping me a lot.

Besides, Google Translate also helping me a lot. I think you guys should try it too.

I also use a dictionary to find words that I do not understand, and again, its very helpful.

And do not be afraid to ask those who are good in this language. Embarrassed to ask, go astray. Hahahaha!

By the way, I hope this entry will help anyone who is less proficient in English.

Teehee!

Hantu Kak Limah Balik Rumah

HELL-O

Ok, sekarang banyak blog yg terbitkan entry pasal SAYA GAY..SAYA OKEY.. Ramai blogger prihatin sebab post entry macam tu. Tapi aku bukan nak cerita pasal Gay tu, bagi aku, Gay bodoh tu saja nak buka pekung dibontot sendiri.

Semalam aku pergi tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sumpah terbaik gila cerita tu. Tahniah Mamat Khalid sebab berjaya buat aku gelak dari mula cerita sampai habis. Semua pelakon cerita ni gempak gila. Tahniah lagi sekali buat pengarah sebab pandai pilih pelakon. Aku suka kat Johan & yg lembut tu. Hahahaha.

Terbaik

Aku nasihatkan korang yg tak tergelak lagi setakat sekarang, pergilah tengok cerita ni, kot satgi sampai tak boleh stop gelak. Hikhikhik.

*Semakin rasa takmau blogging dah la. 

Jawab tag dari Luqman Zulkifli..

HELL-O


Apakah benda penting dalam hidup korang ??
-Family aku.


Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri ??
-Popcorn sebab tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah!!


Dimana tempat korang nak langsungkan dan tema perkahwinan nanti ??
-Inshaallah kalau takda halangan, nak buat kat rumah. Cewahh~ Haha

Adakah korang sedang bercinta ??
-Tidak sama sekali.

Berapa lamakah anda akan mencintai kekasih korang ??
-Apa punya soalan bodoh ni?

Dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ??
-Dalam mimpi. Kah3.

Novel/buku/majalah terakhir korang beli ??
-Buku rujukan Sejarah kot.

Apakah nama penuh ??
-Noorul Affaten Bt. Roslan

Antara Mak/Ayah korang , mana yang paling mesra ??
-Dua dua aku mesra.

Adakah korang basuh sendiri ??
-Basuh apa? Yes, aku basuh punggung sendiri. :)

Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi ??
-Makkah.

Beritahu orang yang kamu tag ??
- Tak pun. For what?!

5 benda yang korang sayang dalam hidup.
-Family
-Duit
-Kawan
-Pc/internet
-Keyboard/gitar

5 lagu yang korang selalu dengar ??
-Disaat aku mencintaimu
-Cintailah aku sepenuh hati
-Just so you know
-Rapuh
-Hanya ingin kau tahu

7 blogger korang nak tag ??
-Kamu
-You
-Dia
-Mereka
-Awak
-He
-She

17 December 2010

Mengarut tahap pelahap

HELL-O

Otak aku kosong betul. Kosong sangat-sangat. Kalau boleh otak ni dicucuk masuk dalam pc aku, boleh aku tau dah tinggal berapa MB lagi, mungkin 0%.

Dah taktau nak update apa. Seronok ja tengok blogger-blogger lain buat entry baru. Semua yang ada 'isi'. Aku? Tinggal tulang ja kot. Demam dah okey, cuma sakit tekak masih membunuh aku secara halus. Dem.

Ohh lupa nak bagitau, aku dah menyingle kembali. Fuhh, beban yg amat berat aku pikul selama 4 hari kot, dah aku lepaskan. Bukan aku tak mau ber'kawan', tapi sekarang ni cinta dah tak memainkan peranan buat aku.

Lagi beberapa jam nak masuk sekolah balik. Tahun terakhir. Sedih sangat nak tinggal sekolah tu. Tapi hati keras ni nak jugak suruh masa dicepatkan supaya tak perlu lagi meng'iron' baju sekolah. Yang tu saja alasan aku betul-betul fed-up nak pergi sekolah, iron baju.

Adala member Facebook update status "Boleh tak skipkan tahun 2011, terus ke 2012?"  Aku pun nak macam tu. Aku rasa tanggal 31.12.2010, aku nak makan ubat tidur yg paling kuat. Tanggal 31.12.2011, aku nak bangun semula. Boleh tak?

Okay bye.

15 December 2010

Jalan kat rumah yg agak 'keras'..

HELL-O

Tadi dengan nada agak menggoda, mama suruh aku pergi beli roti. Around 9.40pm macam tu lah. Lapar katanya. Lepas aku tengok Seekers tadi, terus aku start motor pi beli roti. Apa macam ? Baik tak aku ? Kah3.

Barisan rumah aku ni agak keras. Tambah rumah hujung tu, lagi lah keras sikit.

Tengah aku dok seronok bawak motor, datang satu feeling agak seram lah pulak bila lalu tempat tu. Tiba-tiba teringat part Seekers yg kena rasuk tu.

Haih, masa-masa cemas macam ni lah nak teringat benda-benda tu bagai. Aku masih steady, teruskan bawak motor, sampai je kat simpang tu, ada benda melintas,







bukan yang ni..









Cis, kucing rupanya.    Jangan marah ehhhhhhh. Keh3.

14 December 2010

Cousin's engagement

HELL-O

Kelmarin aku dah update status dekat Twitter pasal aku kena jadi photographer terkejut untuk majlis pertunangan sepupu aku. Sumpah weh, aku penat gila kot walaupun guna kamera murah. Aku ulang, kamera murah.

Walaupun aku cuma gunakan camera digital, depa tetap berkeras jugak nak aku jadi photographer depa. Tanpa rasa masin atau manis, aku terima jela job tu (cewah, buat macam dah kerja kan). Hahahaha.

Dari pukul 12.30pm sampai 4.30pm non-stop aku ambik gambar. Dari majlis tak mula lagi, sampai habis aku dok kat rumah tu. Balik je aku terus transfer masok pc dan terus edit.



Cousin saya


Ni sikit je. Kat Facebook banyak lagi. Tu je kot untuk harini. Aku penat sangat weh. Sakit tulang belakang aku. Kah3. Tadi abah beli Cd, so aku buat lah video untuk picture-picture ni dengan seikhlas hati. Terima kasih.

Okay bye. 

11 December 2010

Lain kali fikir dulu sebelum cakap..

HELL-O


Dah lama aku Like pages SAYA TAK SUKA MATA PELAJARAN MATEMATIK DAN ADD MATH!! ni. Dari bulan July lepas kot. 


Setelah lama aku buka pages ni, malam ni dapat cahaya kot teringin nak buka. Lepas buka aku tengok lah wall-posted aku yang lama-lama tu. Lahhh, ada orang komen rupanya. Siap ada yg Like lagi tu. Bukti mereka sokong aku tak suka subject ni.


Aku tulis dekat wall pages ni macam ni : 


Bnci gila dgn math. xpenah dapat A. buu mathhh~ :P

Lepas beberapa bulan sampai malam ni, aku buka balik wall-posted aku ada orang komen. Sorang komen macam cilanat, sorang lagi sokong aku, sorang lagi Like apa yang aku cakap. 

click untuk tumbesaran sihat

Haa poyo kan mamat ni. Dah aku tak suka, aku cakap jela. At least aku jujur yang aku betul-betul fed-up dgn math. 


Bukan semua orang terror dalam semua subjek. Nak buat macam mana aku lemah dalam subject ni. At least tak payah la bangga cakap orang bodoh. Bukan semua orang pandai pun. Kepintaran seseorang manusia ada hadnya. 


Orang yang bodoh ja cakap orang lain bodoh. Ada paham?

10 December 2010

Kisah peminta sedekah..

HELL-O

Malam kelmarin memandangkan mama tak masak, kami bertiga keluar makan kat luar. Memang macam tu dah tiap-tiap malam. Makan kat luar. Kadang-kadang je beli nasi bungkus.

Kami makan lah kat restoran ala-Thai ni dekat area Jitra. Wajib bagi aku nasi Paprik lah. Memang favourite lah Paprik tu.
ambil bau dulu~

Orang dekat situ takda lah ramai sangat. Ada 3,4 meja ja yang ada orang pun. Kebanyakkan family lah. 

Lepas tu datang seorang mamat ni, peminta sedekah. Kalau siapa yang bagi duit dekat dia, dia akan kasi Ayat Seribu Dinar. Bila dia sampai dekat meja kami, mama bagi lah duit dekat dia. Berapa ringgit? Tak payah bagitau la. Tak banyak, tak kurang.

Lepas dia bagi Ayat Seribu Dinar tu kat kami, dia terus blah pergi meja lain. Belakang meja aku ada lah pak lebai dengan anak-anak dia. Dari segi luaran nampak macam alim ulamak gila lah. Bila peminta sedekah ni pergi kat meja dia, tahu apa reaksi pak lebai tu? 

Dia buat tak tahu je ok? Dia buat macam takda orang langsung kat situ!

Kesian sangat aku tengok peminta sedekah tu. Pak lebai tu buat mamat ni macam HollowMan. Macam takda apa-apa langsung terjadi. Siap anak bini pak lebai tu pandang tempat lain. Memang shit gila kan. 

Aku bukan nak menunjuk yang kami satu family ni murah hati sangat kan? Tapi RM 1 bukan boleh buat kita bankrup pun. 

Moral of the story :
- Jangan berlagak sangat. 
- Don't judge a book by its cover, walaupun pak lebai jgn fikir baik sangat.
- Jadi lah seorang yang pemurah. Rezeki Allah Taala bagi untuk kita share.

Okay bye. 

Alhamdulilah..

HELL-O

Aku malam ni tiba-tiba rasa nak sangat dengar lagu Maher Zain, InshaAllah. Masa aku dengar tu, aku try tengok response komen kat situ. Alhamdulilah~ Semua komen berunsur positive.

Dua komen yang buat aku betul-betul kagum

click untuk tumbesaran

MasyaAllah. Betapa besar kurniaan-Mu Ya Allah. 

Aku harap industri muzik kita memperbanyakkan lagu-lagu bersifat ketuhanan pulak lepas ni. Jangan lagu asyik putus cinta saja. 

09 December 2010

Permission nak keluar rumah.

HELL-O

Lepas baca status kawan aku dekat Facebook, tiba-tiba idea nak update blog datang mencurah-curah. So boleh kongsi sikit dengan korang semua kan.

Barang sesiapa yang terasa dengan benda yang aku nak cakap ni, baguslah. Aku sarankan kau cepat terasa sikit dengan benda ni. Bak kata pepatah, siapa yang makan capati, terasa kenyangnya.

" U, i nak keluar teman kawan i pergi kedai makan depan tu beli bola snooker."

" Ngan sape? "

" Kawan i lah . Boleh x ? "

" Ergh dok rumah je ok! Jgn kluar, i xbagi! "

" Okaylah~ ".

Sedangkan parents bagi, ni bf/gf dia tak bagi. Memang macam siot la. Apa-apa sikit mintak kebenaran. Dia tu sapa? Memang dah konfem sangat-sangat jadi pasangan hidup ke?

Macam takda privacy kan? Nak buat apa sikit kena mintak 'green light' dulu dari si dia. Oh please lah, aku rasa macam bodoh je.

Okay bye.

08 December 2010

Ada benda nak cakap...

HELL-O

Facebook. New version. Tak mau try kah? Hahaha. Sumpah huduh gilas kan? Waa~ Nasib jari aku tak menggedik tekan benda tu.

Okay, kembali kepada cerita asal ye.

Rumitnya benda yang aku nak cakap ni. Nak terkeluar dah, tapi tak lepas-lepas jugak. Heh. Bukan susah pun, nak cakap sikit ja. 1 ayat ja buat aku macam ni.

Ish, nak cakap ke tak? Eee, malulah saya! Ehm, saya.. saya.. saya.....









tidak single lagi! OKAY BYE.

06 December 2010

Malunya saya!

HELL-O

Semalam pukul 3.30am baru sampai rumah. Dari KL. Wahh, memang penat tahap tenuk. Lepas hantar along kat apartment dia, terus balik. Seronok gila aku dah hantar dia, melompat aku dalam kereta bila dia takda. Kuatkan semangat aku? Okay aku tipu.

Sedih jugak yoyot tu takda. Nak buat macam mana kan, kena berkhidmat untuk negara. Waa~

Dalam perjalanan balik tu memang membosankan gilas. Lepas tu abah stop kat hentian mana taktau, aku lupa. Abah suruh aku reload Touch & Go kat Petronas. Aku pun pi lah kat kaunter. Masa nak cakap reload T&G tu, aku tercakap :

AKU : Bang, reload R&R boleh?
ABANG PETRONAS: Ah? R&R ?
AKU : Ehhh bukan!! Errr nak reload T&G ni. Sorry.

Sumpah aku malu. Nasib masa tu takda orang. Lepas dah bayar, aku & mama pi lah cari benda untuk mengunyah. Dah bayar apa semua, aku dengan mama melangkah keluar. Dalam nak keluar tu, kedengaran suara makhluk jahat tersebut memerli aku.

ABANG PETRONAS  : R&R ah? *sambil angkat kening.

Heeeee, siot kau abang hijau oii. Memalukan betol.

04 December 2010

Ai hate this part.

HELL-O

Banyak pulak masalah timbul sekarang. Pening aku dibuatnya. Sampai nak online pun takda mood. Nak update blog pun lagilah aku takda mood.

Sekarang 'mood' facebookers kan, ialah tag birthday calendar. Haish, banyak pulak calendar. Sampai naik juling aku dok tengok tarikh-tarikh kat situ. Tujuan depa memang baik, tapi kadang-kadang aku rasa rimas. Please lah weh, stop it.

Tak birthday calendar, tag kat aku gambar duit yang banyak hasil daripada bisnes online depa kat Facebook. WTH ? Bisneslah korang, jangan kacau aku.

Hm, banyak entry aku merungut. Lantak lah. Takda 'modal' sudah. HAHAHA.

Okay bye, start hari Isnin, bermulalah perjalanan hidup tanpa along. Dia dapat kerja kat KL.

So esok aku EXIT dari Kedah, jumpa kamu orang dekat Kuala Lumpur yah?  OK BYE.