chapter 20; God created me with love.

31 August 2011

Cerita Raya Saya!

Assalammualaikum.

Okay Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Tak silap saya dah 3 kali dah ucap SHR ni kan? Nevermind, raya sebulan weh! Hahaha. So how yours day? Penat makan ketupat rendang kuih bahulu? Hihi, macam lagu dah.

Cerita sikit pasal jiran saya sebagai intro entry kali ni. Ada budak ni baru berumur lima tahun, beraya dikampung sebelah abahnya, dia makan lemang sampai 2 batang & dia boleh habiskan 7 biji ketupat dalam satu masa. Oh em geeeeeee, memang terkejut sangattttt weh. Kahkah. Mak dia cakap dia suka gila! Tadi aku pi beraya kat rumah dia, tengok dia macam tengah 'high' semacam ja. Al-maklumlahkan, makan sampai 2 batang lemang sorang diri! :3

--------

Okayyyy. Pagi tadi mandi awal gila la kan, sebab bangun pun awal pergi ambil baju raya. Around pukul 7 mama gerak aku sebab nak pi ambik baju raya. Nasib sempat ambik, kalau tidak aku pakai baju kebaya la. :') And then lepas mandi aku pi layan budak-budak kat luar rumah yang terlampau excited nak raya. Orang belum habis sembahyang raya, depa dah kalut nak mintak duit raya. =.="



 Ni Bang Chaq, the most excited kid nak beraya. Hahaha. Lepas tu masuk dalam online, tengok-tengok orang datang and datang and datang. Yang paling saya rasa noob bila saya tak beraya lagi dengan family sendiri sebab terlampau melayan orang & mungkin penat sama kot. :|

And then pukul 2.30pm kot Aliff & Paknon datang rumah. At the same time Harith my bff nak datang jugek beraya. So dorang datang la kannnnnn. So here some pictures , 



And then lepas depa balik saya pergi tengok Chaq (my uncle) yg tengah sakit kejap. Sedih jugak tengok dia dalam keadaan macam tu. Saya harap dia cepatttttttttttttt sembuhhhhhhhh. Mana tau kuasa Allah kan? :') And then saya pi beraya kat rumah cikguuuuuu aww awwwww *tutup muka dengan tangan Chimok*

Saya pi dengan Syafikah Noordin. Nasib baikkkkk dia bawak motor elokkk. Haeee ceqemat. Kihkih. Kami ber-konvoi dengan Aliff. Memang boring gila weh sebab kami 3 ja pun. Yang lain sembang hangit cakap nak join sekaki. Cis bedebah! *sambil jeling sampai terkeluar anak mata*

Then saya balikkkkkkkkkkkkkk dan saya penatttttttttttt lepas tu saya tertidurrrrrrrrrrrrr, bangun-bangun dah pukul 7.30pm, saya terus makan nasik himpit & ketupat rendang dengan penuh seleraaaaa! Lepas tu pi rumah kawan abah pulekkkkk.

Oh by the way saya buat gelang button dekat adik Ainaa. Hahaha. Yang paling tak tahan bila saya first customer dia LOL. Terharu lah sattttt. Tapi comei weh. Jangan dok jeles laaaa. :3


Macam ni jugek laaa. Hat yang kalerful kat bawah tu macam saya. Okay saya mencuri sunat dari google / blogger mana entah. Tolong jangan marah. Saya nak showing off gilababi ja. Pisssssssssss :')

So here my photos la untuk ditatapppp! TATAPPPP MATAKUUUU (tetiba kena sampuk macam cerita Bawang Putih Bawang Merah yang bodoh tu tapi aku still layan :3)



Okay saya nak tidur, raya kedua nak pi rumah Nad sepet pulek. Kbai. 

Thanks sebab baca, MWAH!

30 August 2011

Raya dan raya maaf zahir batin

Assalammualaikum.

Saya taktau nak tulis apa, tapi saya nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat update something yang berguna. Cis bedebah, berguna kah? Yok iyelah :3 (okay jangan cuba layan saya, tengah noob semacam ni).

Tadi baru main mercun. Okfine nanti saya upload video yer? Saya sangat letih nak tunggu. (Baru sedar yang battery camera masih belum di-charge, kalau habis masa beraya, saya jugak yang dipersalahkan) =.="

Berbalik kepada cerita main mercun, kali ni abah bakar habis-habisan. Memang puas la. Saya pun macam excited lebih keluarkan semua 'senjata' yang saya ada, bagi budak-budak kecik kat rumah main. Fikir-fikir balik, tak menyesal pun! WEKKKKKK.

Okay noob one more time.

I don't know what to do anymore, so maybe i'll go to get some sleep.

*Okay abah tengah sembang dengan kawan-kawan dia kat luar, dan sekarang pukul 1.58am. :3


Selamat Makan Banyak, 
Selamat Hari Raya. 

29 August 2011

Hijab and me

Assalammualaikum.


Hello guys!! There's something i wanna share with you guys, its about me. *okay masa ni Cibbi tengah tarik rambut saya*

Okay tahun lepas saya masih tak pakai tudung. Before that, saya pakai jugek la, tapi jarang sangat. Bila hari ada mood nak pakai baru pakai. Bila tudung pun okay,  tak serabai, saya baru pakai. Kalau tak, saya masih dedahkan apa yang tak patut saya dedahkan.

Tapi start along habis belajar and jadi penjual anggur (penganggur) for a few month, saya start berminat dengan tudung dengan dia ada. Even tudung along tak menepati citarasa saya, tapi saya tetap tertarik untuk mengenakan tudung. Masa tu trend shawl-shawl baru nak berkembang, so semangat saya untuk memakai tudung berbuak-buak.

Tanggal 22.7.2010, saya tekad untuk meninggalkan zaman gelap saya untuk tidak memakai tudung. Tanggal 23.7.2010 saya mula memakai tudung. I can feel something amazing, something comfortable and something great with that. Its like eye-opener. Thanks Allah for that.

Semangat saya terus membara bila malam kedua saya pakai selendang hitam dengan baju kurung untuk pergi ke majlis tahlil di kampung kawan abah, sebelum tu kami singgah makan malam dekat Nas Corner. Yang paling mengejutkan bila makcik yang jual nasik tu puji saya pakai tudung lebih cantik berbanding tak pakai.

Saya pakai tudung bukan semata mata nak dengar orang memuji, sebaliknya saya jumpa apa yang saya cari selama ni, iaitu keselesaan.

Sebelum pakai, saya ada survey gaya rambut mana yang cantik. Bila saya dah dapat gaya rambut yang cantik, banyak saja halangan yang ada. Tak sesuai dengan muka la, tak elok la, tak ini la. Semua serba tak kena.

Tapi sejak memakai tudung ni banyak jenis fesyen tudung yang saya boleh gunakan. Janji ia masih tidak melampaui batas dan masih menutup aurat.

Berkenaan dengan persekitaran pula, pada mulanya memang terdapat banyak halangan. Ada orang yang cakap muka saya elok bila tidak bertudung. Tapi saya gagahkan juga, saya masih memperjuangkan perjuangan saya dalam memakai tudung.

And then halangan yg lain apabila saya tiada baju berlengan panjang kerana sebelum ni semua tangan baju hanyalah pendek-pendek belaka.

So thats it. Saja nak kongsi supaya kawan-kawan saya diluar sana yang masih belum berhijab segera memakai hijab kerana ini satu diantara tuntutan Allah.

Bab tulisan SAYA tu tak salah kan? Heeeeee! :') 

So selamat ulangtahun pertama pemakaian hijab saya. Mungkin ada yang berfikiran "Cis, yang ni pun nak buat entry". But do i look so care about that? You can say whatever you want, because totally you guys yang mengata tu takda life!

Okay thats it. Thanks for reading this LONG LONG LONG entry ever.

28 August 2011

Mencuri di bulan mulia

Assalammualaikum.

Salam Aidilfitri semua warga blogger. Pejam celik bangun sahur, makan kenyang pergi terawih, dah sampai penghujung bulan Ramadan dah kita kan? Alhamdulilah. So how your fasting? Cukup? Penuh? Bagi orang perempuan macam aku ni banyak sikit cabaran dia, so kena bersabar jela kan.

Antara cabaran yang paling teruk aku lalui bulan puasa 2011 ni bila semangat sambut merdeka & raya, tiba tiba internet pulak breakdown, sebab orang curi kabel internet dekat kawasan rumah aku. Jiran aku bising ja sebab mak dia takleh online. Haee.

Bulan puasa pun orang masih mencuri. Tapi nak buat macam mana kan, mungkin pencuri tu terdesak. Tapi masalahnya sekarang ni kenapa dia tak pi mencuri kabel kat kawasan lain?! Kenapa dekat rumah aku jugak dia nak rosakkan?! Yang tu takleh terima. :3

Err i have no idea right now.

.....................loading

Okay SELAMAT HARI RAYA!

22 August 2011

Raya, puasa, exam, hot setaff

Assalammualaikum.

Lagi berapa hari lagi nak raya. YAY! Sukanya. Sebab semua keadaan yang keruh antara jiran aku dah kembali jernih. Hikhik. Sukanya!!

Anyways, baju raya para blogger semua ni colour apa? Berapa pasang? Okay, let me tell mine, baju raya Atyn tahun ni 2 pasang cek oii. Suka betui. Satu kebaya (wahhh, class kau maria!), satu lagi kurung cotton. Colour? Yang si kebaya tu colour pitch, yang si kurung cotton tu colour purple. Suka takkkkkk? Suka lew.

By the way, dalam syok sangat nak raya, sedih jugek sebab nak tinggalkan bulan Ramadhan. Inshaallah kalau Allah izinkan, tahun depan nak 'jumpa' lagi dengan bulan mulia penuh keberkatan ni. :')

Oh ya, esok saya exam Sains sukan. So wish me luck okay? Wish la! Wish la! Takmau wish? Nak merajuk lahhh =.="

Okay annoying gila.

And then one more thing, aku benci pulek budak budak junior sekolah aku. Melampau sangat. Kami baik pun cukup rahmat dah. I dont know why depa nak mention nama aku sangat. Please stop doing that la jerk! Tapii aku nak bagitau bukan semua budak junior aku tak suka, tapi sesetengah budak "hot setaff" ni la dok buat kacau.

Pesanan ringkas : Pergi meninggal dunia, boleh?

Bagi muka sangat pung sampai pijak kepala. Sekarang ni buat urusan masing masing tanpa sakitkan hati orang boleh kot. Sial la!

21 August 2011

Rutin tetiap hatun --> tahun

Assalammualaikum.

Okay HATUN tu memang aku takmau tekan backspace. Sebagai contoh aku tengah tulis cepat ni. Bukti tak tu aku tulis dengan cepat? Hahaha. Okay annoy gila!

Harini hari paling happy dalam hidup. Segala kerja aku & family yang lain dipermudahkan oleh Allah. Segala yang kami buat hari ni semua lancar ja. Memang dapat rasa kekuasaan Maha Esa. Terima kasih Allah. :')

Okay, sudah sudah. Nak cerita pasal harini. Harini aku bangun agak awal lah, around 10.45am, tu pung sebab abah yang gerak, kalau tidak aku masih dibuai mimpi indah. Kihkih. Lepas bangun pi online terus. Menghadap lappy sampai pukui 2.30pm. Then abah panggil suruh buang lampu liplap yang lama lama. Aku pung dengan senang dan hatinya, tolong lah abah. :3

Nak cakap aku budak rajin lettew,

Then lepas tolong abah, aku terus mandi, sesiap sebab nak pi Alor Setar yeyeh dengan mama. Dalam kereta macam macam lagu raya ada. Naik muntah jugek la aku pung. *okay tipu. Lepas dah lagu raya satu hal, jalan jammed, hampeh betul. Bukan sebab kereta banyak ke apa, tapi pasal traffic light yang sangat sebentar hijaunya! =.="

And then bila sampai pi cari baju, dapat la dua helai. Legaaa >_< sebab selama ni memang cari baju baru. Hm, then dah boring jalan jalan kat situ, we decided pi Kamdar sebab nak cari kain baju raya kat mama. Lega ada. Dekat gulatis tu mahai nak mampoih. :3

Then dapat laaa kain kat mama. Aku pung nak jugek. Cari cari jumpa kain aku nak tu. Tapi sayangg, tak sempat pakai masa raya. Kfine.

Lepas tu berangkat ke Pizza untuk berbuka. Oh some note here, abah tak ikut sekali. Lupa. So kami dua orang lah. Before that call Ekin Roslan nak cakap yang kami berbuka kat pizza, konon nak bagi jeles, sekali tu ayat dia,

"Along ada kat McD ni.".

Kfine. Aku pung buat buat macam tak suka McD, padahal sebelum tu ingatkan nak makan McD, tapi memandangkan orang ramai gila babis, kami pi Pizza lah.

Lepas dah makan, aku tengok muka yang dok makan tepi meja aku puas semacam. Baru lepas dipuaskan oleh pizza tersebut. Hahahahaa. So kami dah makan, kami pung balik la. Lepas tu pi beli lampu liplap hat baruuu. Comei weh. Aku sukaaa.

Esok abah nak pasang. Tak sabarrrrrrrrrrrrrr. :')

19 August 2011

Entry panjangggggggggggg!

Assalammualaikum.

Heluuuuu guys! Hows your fasting? Ada baik ka macha? Hiks. Okay malam ni sumpah bosan gila betei. Tadi I sempat lepaking dengan all my bff (ada yang takda actually), but who cares right? Rugi la kepada sesapa yang tak sempat nak join tu. Sedih!

Lepak pungg agak lewat la. Zahidah mai rumah aku dengan adik dia around 9.15pm. And we just playing some games lah kan, adik Zahidah takut-takut pulek. Aku yang handle game tu okay ja, dia pula terjerit sana sini. :3

And then we're chilling until 9.30pm, Pikah, Alip, Paknon, Amy my classmate came with her youngest sister LOL! Terkejut jugak aku Amy datang, lewat pulek tuu. Nevermind, memang best lah kannnnn. Chill until we die. *pungkoq hianggg*

Lepas dah berkumpul, dengan hujan sedikit renyai, kami teruskan usaha kami membakar mercun sehingga tahap kebosanan naik setengah kati. Damn it rasa macam orang takda akai main mercun dalam hujan. And everyone keeps complaining pasal mercun tak meletup. Hell yes lah kan, macam bakar api dalam hujan, menyala ke tidak? Carry out your own experiment lah! :)

And then kitaorang boringg, rasa macam nak bakar diri sendiri and i said "No! We still can have some fun!". Aku ajak dorang duduk dalam rumah layan some cool movie! Wrong Turn! Oh gosh, semua orang macam takut. Kecuali aku. Okay tettttt i'm annoying. Aku buat air, makan anggur sambil tengok movie. Memang heaven gila lah kan. Mama dah tidur masa tu, and mama pesan boleh berparty. (okay tipu). Abah takda, pi rumah kawan dia. So tinggal kami jela. :3

And then dalam pukul 10.30pm tu semua kena gerak dah. Then balik lah semua. Part yang tak best bila aku kena kemas cawan dan membasuhinya pungggg. Nevermind, -__________-

----------

Okay then lepas tengok Ramadan Terakhir, aku pung online la. Dalam dok sibuk reply komen, ada seorang hamba Allah ni IM aku. Dia cakap aku sombongg. Ya Allah , takda niat aku sombong. Sapa yang kenal aku, kenal lah aku macam mana. Dia cakap muka aku muram, so dia malas nak tegur takut tak dilayan. =.="

So, here some conversation between me and him. 


Okay pasal "saya-awak" tu memang aku pun macam noob semacam kenapa dia bahasakan diri dia dengan aku macam tu. But its okay, bahasa melayu memang indah. So boleh guna panggilan apa saja kan? So here some information about me and i think you guys should take it as a noted.

1) Aku langsung tak sombong.
2) Memanglah kalau first time jumpa tu malu malu sikit.
3) Aku akan senyap bila seseorang tu senyap.
4) I love to talking shit like blahblah. so just ignore it.
5) Muka aku memang nampak moody, tapi actually aku okay.

Okay so jangan fikir aku sombonggg lah. Manada pungg. Marilah bertegur sapa (ayat taknak kalah).

Okay penat taip, kbai. 





18 August 2011

nahhhhhhhhhhh

Assalammualaikum.

Hello fellow friends, lets share something exciting!

Rabu 18.8.2011 = Science Paper I & Paper II

HO HO HO liday!
(tapi kejap jelah kan) :3

 Isnin sambung dengan paper : Perdagangan I & II.

Selasa 23.8.2011 : Sains sukan I & II.

Rabu : 24.8.2011 : Geografi paper I & II.

I'M FINISHED! BYE-BYE TRIAL!

Happy tak ? Happy takkkkkkkkkkkkkkkkkk?! Happy lah sikit laweh! Aku penat bertarung separuh sedar, hampa semua boleh dok buat muka noob. -__________________-

*nak main mercun sampai terputus urat rambut. 

15 August 2011

Trial

Assalammualaikum.

Heluuuuuuu guys yang comel comel gittew :) Aku tengah exam ni wehhhhh. Duhaii, penat sangat tau dakk? Err. Malam kena study, petang study, bangun sahur study, nak tidur pun kena study, kejadah apa semua kena study. Aku tak suka! Aku tak suka! Semalam nak tengok badminton punnnn taklehh. :| Gerammm gila. Sekali tengok Chong Wei tibai bulu tangkis, buku sejarah dok memanggil.

*^%$&$&! Nakkkkkk jerit! Nakkkkkkkk jadi budak form 3 dakpun budak form 4 boleh dak? Depa dah habis exam. Kami? One week to go! Kenapa tak buat seminggu ja haih? Buat sampai ke petang. Sanggup? Aku sanggup!

Selalunya Kak Maria Elena kalut buat cerita pasai Awkward Moment kan? Tapi aku nakkk buat cerita pasai Angry Moment! Teeheeeeeeeeeeeeee :`|

#theangrymoment :
1)bila kitaaa semangat dengan nak exam, dalam kereta pagi pagi on the way pi sekolah, terdengar lagu raya. waaaaaaa, terasa macam nak tumbuk si driver (mak saya), oh no mama! :|

2)bila kita tengah sibuk study, terdengar lagu raya/ iklan raya. rasa macam nak telan buku tu sekali gus, lepas tu buat muka tak bersalah selama 2 jam.

3)bila tengok budak budak form 3/ form 4 berseronok siap sambil jalan buleh bertepuk tampar dengan kawan dorang, sedangkan aku dalam dewan tengah berperang otak dengan subjek sejarah yang totally macam hampeh T_____________T

4)bila tengah buat exam tetiba pulek perut rasa sakit sebab sahur tadi tak makan kurma(ada kena ngena takk?),so i pun sibuk cari toilet, dahla toilet kat sekolah like a jerk! duhaiiiii -__________-". and then i kena pergi toilet yg jauh berbatu2 tu, alone! before this i used go to toilet with my friends. damn it suck! im so scared (even though bulan ramadan takda shaitan, but im still scared!)

5) balik ke meja dengan muka puasssss T__T and then tengok budak budak lain dah start buat paper BI. oh this is so damnnnnnn s*it! i pun kalut malut buat youu! alhamdulilah, after all i'm finished my english paper!

so thats all. pretty suck, kbai.

12 August 2011

nah baca !

Assalammualaikum.

" Atyn sembang macam haram, kata takmau online, tengok tengok muka dia jugak ternganga depan PC"

kfine, takleh nak tolak ajakkan bfriend bila dia mengoda aku suruh aku main dia. okay, i mean pc aku la ngek. satgi tak baca sampai habis, dok tuduh aku bukan bukan jenuh pulekk. T____T

macam macam la terjadi around 2 3 hari ni kan. dari pelajaran sampai lah ke tempat tidoq. part pelajaran pulak aku suka gila sebab aku dah reti buat straight line untuk graph, aku dah reti sikit sikit lukis plan. syukur alhamdulilah. memang aku tahap biatch gila dengan math. tapi koii lama koii suka. (baca : koi - semakin)  :`)

kelmarin pi rumah nadnad, konon buat study group la. then si tasha pi on kamera pulak, study lepas ke mana, apa ke mana! last-last kami dok atas bukit dekat kejiranan nadnab. so, mai boh ghambaq sikit ,


okay ni candid. aku tak tipu. rajin tak? rajin kan?!

selaku guru jawi. kahkah.

tuan rumah yg agak bermalu2 an :)

orang pertama mencetus idea ambik camera.
akhirnya kami berhenti di perhentian ni.

muka berjaya mendaki menaiki motor ego. (yg agak ego sebenarnya)

masing masing muka penat naik bukit. kecuali aku, bedah, pikah sebab kami naik motor. haha. muka benggang ja lagi tiga ekor tu. sorry!

------

and then tadi ada majlis persaraan cikgu teknik & vokasional. pretty damn boring! hae. dah la aku duduk kat depan sekali. haram malu gila kot bila ada sorang wakil PIBG baca ucapan, suara dia macam terlekat tulang gear-box. haha. aku ni tahan gelak sampai vibrate badan badan habis. haha. maluu kot. attitude tak terjaga! =.="

so, here some pictures, 

lepas ambik gambar ni kami kena marah dgn cikgu, suckass! 

belajar berkumpulan jugek =.="

adik beradik. haha

aku dok gaduh apa dengan amet ntah. 


yg bersara tuh tuh, pakai baju purple tu. 

so thats it. terima kasih daun ketum sebab sudi baca, entry terpanjang apaaaaaa. hahahaha :`) kbai.

11 August 2011

#wordless thursday pulek

Assalammualaikum.

jangan nak wordless wednesday thursday sangat lah ;D


Selamat Berpuasa :) 

08 August 2011

Berbuka Puasa 2011

Assalammualaikum.

kelmarin pi buka puasa kat luaq wuwuwu. best wuwuwu. sapa tak pi rugi! kihkih. ayat serupa budak terencat lagi pun. walaupun tak ramai, takpa, tetap best.

actually masa tu ingatkan nak makan dekat foodcourt atas Jitra Mall tu (kemain JM, takmau lah panggil Aneka, hudog). bila di pikiaq pikiaq kan, rasa makan pizza lagi sempoi kot, tu yg pi order terus pizza. tapi sebelum tu aku, nad, tasha pi beli kek kat bf tasha dulu, ni haa si haikal sobri ni. >_<






muka gembira dapat makan pizza. wtf?


i love this :')


meetball cabonara yg sedap gilegile. (salah eja?)

cincin takmau kalah bakhang 

masa ni dia dok perhati nama sapa, dia tatau kata birthday dia.

haaa baru sedaq tu pasai sengih tak sangga. haha



berangkat ke aneka, urut. (dak pun -,-)


ignore ja makcik kat belakang tu. 




walaupun ada 7 orang, tapi syok gila. aku bet pakat jeles bila aku upload gambaq dalam fb. hahaha. sapa suruh tak ikut?

HMMMM puas dah tengok? tak larat nak cerita la. kbai.

06 August 2011

mood berubah ubah #2

Assalammualaikum.

tengok blog saya *nada comel*, tengok lagi *nada agak keras*, haee, tengok lah lagi! *nada tegas.

okay, opening macam sial lah, tuih! *KL tak berapa GANGSTER.

okay dah, jangan nak mencarut apatah lagi mengentut. hee. esok along balik. oyeah! boleh la jadikan dia driver pi bazaar bazaar yang ada kat jitra ni. tapi rasa rasanya tak kesampaian kot, sebab dia balik sat ja. iaitu lebih kurang 48 jam lebih sikit sikit ja. hmmmmmmmmmmmmm. T_____________T

esok jugak aku nak berbuka puasa dengan kawan-kawan sepersekolah. NAHHHHHH ayat SEPERSEKOLAH. kalau kena dengan cikgu bm ni, alamatnya aku berbuka sambil meniarap.

back to the storyyyy. nak tau tak? nak tak? apa? takmau? kena mau jugak! baca jugak! tak kira! >_<

no, esok nak berbuka dengan budak sekolah aku laaaaaa before we sit our examination week. huwaaaaaaaa! i'm not ready yet laweh! kenapa buat exam tu dalam bulan ramadan yg suci ni kan? spoil lahhhhhhhhhhhh! :| kena baca buku saat orang lain buat kain langsir, pi beli baju kurung, buat kuih raya. dan yang paling aku tak tahan  bila dengar lagu raya masa baca buku. damn it!

nampak sangat tak paham perasaan orang! *jeling*

okay okay, back to the story (berapa banyak "back to the story" la?), esok kami semuaaaaaa geng geng cuping network nak berbuka puasa bersama samaa kat area jitra. nak tau sapa perancang keluarga utama ni? ehem ehemmmm,

ketibaannnnnnnnnn kakak besarrrrrrrrrrrr, ATYN ROSLANNNNNNNN. (#kongsiFILMdialog).

hahaha. aku la si planner tu. memandangkan yg lain dok buat muka noob, aku jugak ambik langkah awal bincang pasal majlis berbuka tu. wahhh majliss, class kau maria!

so that's all for today. penat taip, kbai.

p/s ; tajuk takda kena ngena!

04 August 2011

i don't know why

Assalammualaikum.

1. tak boleh online lelama depan pc, rasa nak muntah, pening semua lengkap. mungkin monitor dah muak tengok muka aku tercangak depan ni 24hrs. :o

2. nak muntah sebab makan cheese cake mama beli. sedap wuwuwuwu. first time makan cheese cake la, sebab aku tak berapa minat kek kek ni. yg boleh gagah perkasa pun cake coklat, kek pisang masa raya ja. haha.

3. terasa diri tak hot. ntah, tetiba pikiaq benda bodo ni. hahahaha. takyah dok pikiaq ngat la, ada lagi orang yg teruk dari aku. kan kan kan? :3

4. pening cari lagu untuk blog. last last ambik lagu my husband BRUNO MARS la. hihik. alaa, u all jangan la dok cakap "perasantan lah atyn ni". what ever. bercakap dengan tangan saya! *sambil buat muka juah. :|

5. awat tatau facebook aku rosak. notification jadi gila. memang tak syak lagi, bab bab teknologi semua dah benci aku. aku tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu! bodo oi. :#

dah. 5 ja. kbai. o.o

oh gosh, trial

Assalammualaikum.

lagi beberapa hari menjelangnya syawal yang bahgia, yang ramai orang tunggu, termasuklah saya yanggg sedang menaip ni, bukan menulis ye, menulis pada kertas dengan menggunakan pen. tettttt t___t gila sat. balik pada cerita yang tak berapa nak betul tapi ada yang masih menghadap blog aku baca ni, aku nak ambik dah trial spm next week.

eh, pembetulan, lagi satu next week. ha, macam mana tu?

"lu orang ada akal, lu orang pikiaq la sendiri" - Nabil

tapi Nabil cakap 'fikir', bukan 'pikiaq', ahh peduli apa aku, dia orang negeri-9, aku kedah. so sukati la! *jeling* o_-

okay, cerita pasal trial tu kan, ramai lagi yang tak berapa nak bersedia. masing masing tengah syok nak raya, tengah semangat dok puasa. macam aku sebijik! :o

tapi dari sekarang tengah prepare. terima kasih cikgu cikgu sekalian sebab pulun gigih bagi kami tips, bagi kami ilmu, bagi kami pengetahuan supaya kami jadi orang yang berakai bila besaq nanti. sedih pulakkk :')

terima kasih kpd kawan kawan seperjuangan yg sanggup gadaikan masa tidoq siang semata-semata nak buat study group.

dahla, kbai. :)

03 August 2011

rating still berjalan macam biasa

Assalammualaikum.

aku ingatkan bila aku apdet blog post versi ikut suka hati, jenis tak pikiaq dah apa masalah ayat yg ada, jenis tulis apa yang terlintas, takkan ada orang view blog aku, padahal masih samaaaa. lega kot weh. :3 satgi nak siap siap pi sekolah. tapi harini mungkin balik lambat kot, sebab i all dah janji dengan kawan i all yang we all nak buat study group dekat library.

okay, i all tu tak cool langsung. :l


boring tak boring. dok pikiaq boring nak kerja apa nanti? kita haruslah berusaha bersungguh sungguh kerana hanya ilmu yang dapat menjadi harta yang paling berharga suatu masa nantii. NAHHHH T_____T. awat takkk ambikk, ceramah antarabangsat dah start. haha.

sorry kalau ada yang terkasar, terkehel bahasa. :`)

dahla, tatau nak tulis apaaa dah! heeks. selamat berpuasa. kalau haus satgi, silakan minum ya. :v

02 August 2011

Pakat dok tanyaaa err

Assalammualaikum.

pakat dok tanya kenapa Atyn Roslan tak buat entry syok syokkk dah, kenapa Atyn Roslan tak buat entry pasal kehidupan dah, kenapa Atyn Roslan dok buat entry gedik yang melampau, kenapa Atyn Roslan asyik buat entry pasal life dia ja ni? bilaaa nak mention pasal alam semulajadi? kenapaaaaaa dan bilaaaaaaaaaaaaa?! semua pakat menjerit kat telinga aku sekarangggg. haaaaa ni nak bagitau la ni. sabaq satt sayang oi. tak sabar nak tahu lettew. :`p

actually kan kan kan, Atyn Roslan dah malas nak buat entry macam dewasa sangat ni. sebab bagi Atyn Roslan kan, Atyn Roslan baru 17 tahun, so nak enjoy sikittt sikit tak jadi masalah kot! ni dak, asyik tulis entry macam dah ada laki, dah ada anak sampai 4 orangg. pfftt lah sat bila jadi laguni. lagu mana? lagu ni laaaaaa. haee. :o

lagi satu, pakat dok tanya pasaipa dengan layout baru ni? pasaipa dengan background baru ni? nampak macam childish ja? yaaaa memang tujuan utama Atyn Roslan ialah kembali berblogging ala ala gegirl yang minat k-pop gittew. nampak macam comel tak? yaaaa, itu tujuan utama Atyn Roslan tukarrr background ni, rasa macam baru 7 tahunnn. nak nampak comel jewwwwww. hiks. >_<

so sepanjang pasang strategi buat blog ni macam gegirl comel yg minat k-pop tu akhirnya menjadi. berjaya jugak at lastt! heeeeeeks!

*tambahan pulak adaaa laguu romentiks2 gittew. 

My 2nd Ramadan

Assalammualaikum.

hello macam mana you all punya puasa? macam saya takkkk? macam saya yang tak larat ni takkk? macam saya yang laparrrrr gila babeng ni tak? Heeeeeee. DUGAANNYA. so sabaq sat. lagi beberapa jam ja lagi ni, then kita semua leh slurpp slurpp ayaq sampai ternganga, macam saya!

tadi pi sekolah, energy aku masih 99%, balik balik sekolah tengok rumah selerak macam kapal star cruise yang besaq tu kena goncang, terus energy aku tinggai 8%. gilabab1 bila tengok rumah selerak ja energy boleh kurangg. satgi nak kena kemas rumah pulak. haih, dugaan betui laaaa. :c

lepastu kena pi kedai lagi sat lagi, bila pi kedai, ada saja yang mama akan kirim. hat nuh tak cukup la, hat ni tak cukup laa. hidup aku asyik bagi maniam kat rumah aku tu hidup senang lenang. tapi takpa, tak baik merungut.

tatau apa nak tulis dah. toksah duk baca eerr. kedah pekat lincin liawwwww 100%. sekian~

Kitew nak pegi sewkolarh!

Assalammualaikum.

okay opening macam tettttttttt. takleh mencarut laaaa :3 haeee. dalam otw nak iron baju sekolah, nak sembahyang subuh, nak update blog, nak check fb, mengada ja nak buat semua tu dalam masa 1 jam. bolehhh ker? boleh la. kalau usaha sungguh sungguh. NAHHHHH! dia mula dah ceramah antarabangsa dia tu! :c

okay, masuk minggu ni kena pederaih betui betui belajaq. sebab kan kan kan, kitew nak ambik trial spm dah wuwuwuwu. lagi beberapa hari jewwww lagi then kitewww exam laaa. lepas kitewww exam tu kan, kitew boleh rayeww. awak adew? okay, tettttttt lagi sekali. stop cakap macam ni Atyn Roslan!

haiya, dah lewat dah laaa. aku nak pi buat hat semua semua yang aku mention tadi ni. heeeeee. takut tak sempattt! satgi nak pi merempit dengan abah pulekk. sebab mama takleh hantaq aku pi sekolah dah naik kereta. kalau abah hantaq, kami naik moto. sah tudung aku terbang satgi! :3


okayy aku saja ja buat ayat cumil cumil macam 'ew' tadi tu sebab aku takda life sikit! =.="

01 August 2011

Eh budak!

Assalammualaikum.

Orang ingat saya bercinta dengan awak. Gila betei depa nuh. Cakap bagi ada motif sama. Mana ada pun kan? Hang kawan baik aku laaaaaaaaaaaaaa budak mereng oi.

La, jangan dok serkap sangat la der. Aku takda apa pun dengan dia. Haeeeee haqu ngat aih..

P/s : Dugaan bulan Ramadon. 

1st Ramadan

Assalammualaikum.

Selamat berpuasa semua warga blogger. Macam mana puasa first korang harini? Macam aku takkkk? Hahaha.

Agak letih la harini, bangun pagi tadi kelam kabut aku dengan mama nak makan. Masa aku bangun dah pukul 5.15am dah. Imsyak habis pukul 5.49am. Makan dengan mama macam kilat. Sekali telan tak keluar-keluar dah.

Then lepas sembahyang subuh, kami tidur sat. Tapi aku tak la. Sebab harini kan cuti, so tidurrrrrr sampai pukul 9.30am. Aku ni bangun kelam kabut pi cari penyapu nak sapu sampah rumah, sebab Zahidah cakap nak buat study group. Lepas sapu sampah, aku mandi kemain laju, yela, dia janji nak mai pukul 10am sharp.

Aku tunggu sampai tertidur. Kira aku boleh baca surat khabar harian Metro sampai berkhatam 2 kali la. Tapi tak datang-datang pun. Lepas tu henset aku berbunyi ring ring ring, ada messages dari Zahidah. Ku baca ku baca dia kata "Surry(konon comel macam k-pop lettew), mak aku ajak balik kg, nti kita buat lain ye."


Frust. Aku tunggu kemain lama. Aku tak tahan sangat, aku dah takleh kawal emosi aku, lalu aku berlari anak sehingga kakiku kebas, lalu aku merangkak keliling rumah, aku menyapu kepalaku dengan penyapu dan aku koyakkan semua akhbar yang ada.

Terima kasih Nurul Zahidah, sebab buat aku tunggu. Terima kasih jugak sebab tak datang, boleh aku tidur. Kihkih.