chapter 20; God created me with love.

30 April 2011

Yeah i'm going to Perak again!

Assalammualaikum.

Haih penat. Buat tu, buat ni. Tinggal kerja last, nak packing barang untuk pi Perak. Seriously, tak sabaq gila ni. Kalau boleh malam ni tak mau tidoq! Wek! *gila ka paa?*

Haha. Semalam mama dengan baik hatinya order pizza. Sebab abah & aku bising sangat lapar pizza. Last-last mama order. Ambik pakej terbaik. Dapat dua biji pizza besaq gedabak tu. Satu kami makan, satu lagi bagi dekat jiran.




Mama dengan baik lagi hatinya tanya aku ada nak tambah apa-apa tak. Aku pun dengan yakin serta confidentnya cakap nak Spaghetti Bolognese ( entah betul entah tidak aku eja, persetankan saja ). And for the first time, aku dapat habiskan spaghetti tu sorang diri. Sebelum ni memang susah nak habiskan. Tapi semalam main dengan lapar, aku habiskan jugak! Tepuk lah tangan tu sikit kan? Hekeleh!


Layan gambar dulu ye? Ambik bau. Ni baru mukadimah, aku nak cerita satu hal ni. 


Semalam, abang pizza tu sampai depan rumah. Tu pun aku yang kena lambai panggil dia. Kalau tak, jenuh bergaduh dengan orang sebab cari rumah tak jumpa. Seperti biasa, brader tu dengan sopan dan santun, dia bagi salam. Dan aku wajib jawab salam tu. Lepas brader tu buka helmet dia, muka brader tu sebijik macam
pelakon cerita zoo yang nyanyi lagu "Bambi, bambi, bambi ohhhhh". Alah, yang telinga capang tu. Sebijik!

Okay, lupakan pasal rupa brader tu. Lepas tu, brader tu pun hulur la segala jenis makanan yang kami order tu. Part nak bayar tu wajib ada kan. Mama cakap jangan ambil balance, sebab balance pun sikit ja, so sedekah jela kat brader tu. Aku ulang, sikit ja ok balance tu?

Masa aku cakap "takpalah bang, balance simpan dekat abang k?". Brader tu tengok aku semacam. Sambil buat muka macho tak macho. Dengan senyum sinis dia. Macam-macam mimik muka dia buat. Aku pun hairan lah sebentar. 

"Dia buat muka macam tu sebab aku bagi balance sikit ka kat dia?"

"Dia buat muka macam tu sebab aku orang first ka yang bagi tips kat dia?"

Macam-macam soalan yang timbul. Peliks.

29 April 2011

Buang anak!

Assalammualaikum.

Aku dah buang. Rasa macam benda tu masih ada.

Anakku si comel,
    Selamat tinggal sayang. Kalau ada rezeki nanti, mak akan ambik kau balik ye nak? Jangan risau, kau selamat dengan mak baru sekarang. Jaga diri baik-baik. Jangan susahkan orang, mak tak suka.

Orang selalu susahkan kita kan nak? Mak penat bila lihat apa yang mereka hantar kat kita. Mak pasrah. Mak buang kamu. Maafkan mak sebab jadikan kamu mangsa keadaan. Tapi, seperti yang mak janji tadi, nanti mak cari kamu ye. Kamu cuma perlu bertahan ja. Mak dah tak sanggup bela kamu sekarang. Kita ditindih oleh orang yang tak penting, mak taknak hidup kau diselubungi stress nak.

Kepada anak kesayanganku, SHOUTBOX, nanti mak ambil kamu ye nanti? Kamu bertahan sekejap ye? Mak masih sayangkan kamu. Hanya kerana manusia-manusia takda adab je selalu paste bisnes dorang dalam hidup mak, mak terpaksa delete kamu. Mak dah penat nak. Harap kau faham perasaan seorang mak.

Dari ibumu si blogger mangsa bisnes, Atyn Roslan!

28 April 2011

Hari Bodoh diri sendiri

Assalammualaikum.

Entah kenapa, aku buat apa untuk hari ni asyik tak jadi memanjang. Aku sorang jela sedaq benda ni dok jadi. Awai-awai pagi dah jadi, bila aku kena main sakan dengan bos tukang kutip duit kutu. Seingat aku, tiap-tiap hari aku bayar, tapi entah kenapa ada 'sangkut' pulak. Duit tinggal lagi seringgit dalam poket, aku down untuk seketika.

Lepas tu angin 'baik' datang balik, aku sambung gelak-gelak dengan kawan-kawan yang lain. Pelik. Sedangkan masa tu hati aku memang cukup down. Yela, duit takda nak makan, kelas sampai pukul 3.

Lepas tu masa rehat, berbekalkan RM1 yang aku ada, aku try mintak dengan kawan lagi 20$. Sejak-sejak kementerian tak bagi pelajar makan nasik lemak, sandwich jela jadi pemuas nafsu makan ni. Masa makan tu, aku rasa macam sandwich tu ibarat nyawa terakhir aku. Lepas ni poket aku dah kosong. Sadis gila. Macam tak balik rumah pekena nasik campur dah kan?

Kembali ke cerita sandwich. Entah kenapa celaka betei kantin harini. Sandwich yang selalu aku beli, dah tak rasa macam sandwich. Rasa macam makan selipar koyak. Kemudian aku doa dalam hati, mintak-mintak ada kes keracunan makanan, boleh aku 'tekan' pihak kantin berjuta-juta ringgit. Iye dak? Tapi takda kes pun. Heh.

Tadi aku baru ja sapu sampah rumah. Tengah nak angkat bekas letak makanan burung tu, boleh pulak jatuh kan. Terpaksa aku kutip satu per satu benda sehalus makhluk halus tu. Dugaan! Dah la banyak. Nak jugak aku tendang tingkap rumah, tapi memandangkan tingkap yang aku nak tendang tu pun, tingkap bilik mama, sabor jelah~

Sekarang baru 7.19pm. Entah apa pulak yang jadi nanti.

Stres!

27 April 2011

Benda ringan-ringan ja pun!

Assalammualaikum.

Bukan aku ponteng kelas, bukan aku ponteng kelas cikgu. Aku tak ponteng, aku cuma balik awal ja pun. Sebab cikgu takda. Buat pa nak nganga kat situ? Balik la. Kalau hang pun hang balik.

Pagi tadi padan muka kena panggil masa perhimpunan. Kena denda angkat kotak besaq gedabak. Padan muka hampaaaaa Atyn Roslan, Amynadia, Nad, Pykah, Zahidah, Kakak, Ezzati, Wiyah.

Padan muka untuk kitaaa! Cheers! ;)

Suka betul by Atyn Roslan.

25 April 2011

Semua tak kena.

Assalammualaikum.

Aku agak pelik bila sekumpulan manusia ni selalu sangat tak puas hati kat orang lain. Apa yang dia buat, apa yang dia cakap, apa yang dia ada, semua sekumpulan manusia ni tak puas hati. Semua salah kat mata depa. More clearly, sekumpulan manusia ni sangat tak boleh terima orang lain lebih dari dia.

Sekumpulan manusia ni rasa depa hebat, depa kuat, depa HOT CHICK, depa malaikat sebab perfect, depa cool, depa more chill, depa jadi ikutan trend masa kini, depa sangat style, depa sangat bagus, depa sangat pandai, depa pakai style rempit, depa lah RATU, depa sangat

 FAKING ACTUALLY!

Oops, aku teremosi. Sebab sekumpulan manusia ni rasa depa ni habis-habisan PERFECT. Sorry sebab nak lepaskan perasaan geram kat sini. Aku bukan malaikat, aku pun ada tahap kesabaran.

Wanna kill you BITCH by Atyn Roslan.

24 April 2011

Permulaan

Assalammualaikum.

Dah lewat malam pun aku masih nak blogging. Terkejut jugak bila Imam Muda Asyraf reply tweet dia dengan aku. Terharu weh, orang yang aku suka reply tweet. Korang ado? Hikhikhik.

Tadi ada ceramah pasal keyakinan diri kat sekolah. Memang terbaik. Bila balik tu, aku balik dengan penuh keberanian & keyakinan (eh eh, bukan sama ka?). Tehehehe.

Selalunya aku lupa perkara wajib yang aku kena buat setiap hari tu. Lima tu. Tapi harini tanpa disuruh, aku pi ambil sendiri air sembahyang, aku solat seikhlas hati. Satu harapan aku, aku nak kekalkan benda wajib ni. Dah lama dah gelong. Sekarang ni dah April, aku rasa aku tak terlewat lagi. Baru nak mula la weh! Tehehehe.

Esok kalau boleh aku nak bangun awal. Cabar diri ni. Bangun Subuh, lawan dengan si iblis yang keji tu. Aku yakin aku boleh.

P/s ; Rasa nak update blog lagi masa Subuh esok. InshaAllah ;)

Tolong ingatkan aku by Atyn Roslan. =p

22 April 2011

I want to meet ?

Assalammualaikum.

I want to meet Justin Bieber, and i'm from Malaysia. Okay cukup, untuk intro pun dah buat aku mual. Kalau lebih-lebih mau kena muntah darah.

Tengah aku sedap dengar lagu Katy Perry tadi kan, aku try search Justin Bieber live in Malaysia. Lepas dah tengok video yang rencak, bising gila babi tu, aku tertengok video budak-budak perempuan yang hegeh sangat minat si Justin ni. Terkejut jugak sebab depa ada album si JB ni. Aku? Download lah bro! Hahaha. Depa ni kebanyakkan dari Malaysia la. Aku tengok, aku rasa macam nak makan sesuatu yang merbahaya. Cause what?! Tengok sendiri!

Komen untuk yang ni, aku rasa macam nak tumbuk PC aku sampai hancur.
Masa yang dia ambil untuk belek buku tu, masa aku tumbuk PC aku ni.
And lastly, aku pun tak tau motif dia tunjuk DSLR tu, lepas tu gelak.
WTF yo!


Yang ni pulak aku rasa macam nak nangis. Kesian, nak sangat jumpa si Justin tu.


Hahahaha, by the way, aku tak kisah pun depa nak buat video macam ni pun. Teruskan mimpi indah kamu semua untuk jumpa si Justin Bieber tu ye? Teheeeeeeeeeeeeeeeee. Ah, lagi satu cuba tekan sini, mesti korang semua terpikat. (klik


I love Justin Bieber so damn much *mata keatas, tangan dibahu by Atyn Roslan!

Ke-ching! Ke-ching!

Assalammualaikum.

Cikgu sekolah aku memang pandai buat kejutan. Suka betul aku. Kelmarin cikgu geografi cakap ada program untuk kami semua lepas rehat sebab pelajar semua sikit ja yang ada sebab pagi tadi pakat pi Pahang. Ada rombongan apa entah. Yang aku tak tahan, dekat jadual lawatan tu tulis kemain pukul 7.00am kena bertolak dah dari sekolah, aku sampai sekolah 7.27am tak jalan jugak bas tu. Aku rasa depa silap kot tulis masa, sebab bas tu mula jalan pukul 8.00am. Terbaik?

Berbalik pada cerita. Tadi masa kelas cikgu geografi, cikgu bagitau lagi sekali yang nanti ada program. Aku ingatkan ceramah ke apa ka. Tengok-tengok cikgu adakan program GOTONG ROYONG. Sangat terbaik. Dahla aku pakai baju kurung. Alasan cikgu, kalau depa cakap awal-awal nanti takut banyak murid tak hadir, so buat kejutan sikit la.

Aku ni penat gila bergotong-royong dalam kelas. Tak cukup dengan tu, kami kena bersihkan bilik kesihatan pulak. Tapi kepenatan kami cikgu bayar, cikgu belanja teh ais sorang sebungkus. Teh ais tu tak berapa 'kick' la. Dahla masa pekerja tu nak bungkuskan air tu, teh ais tu boleh pulak jatuh dan pecah. Mesti malu lettew!

Yang tu je la nak cerita. Takda apa pun. Hahaha.

Nonsense entry by Atyn Roslan.

19 April 2011

JUNIOR haprak punya!

Assalammualaikum.

Semakin hari, budak-budak junior memang sangap aku punya pelempang. Dan aku yakin ramai lagi kawan-kawan aku yang lain ringan tangan nak bagi pelempang. Semakin hari semakin kurang ajar bebudak ni. Aku tak tau salah didikan parents ka, takda didikan langsung ka, atau memang dah semulajadi kurang ajar. Nak penyepak pun aku takut jugak, sebab anak orang. Kalau anak binatang, dah lama aku sembelih.

Aku ni dulu nak bertentang mata dengan senior pun takut. Budak-budak sekarang kemain siap marah kami balik ni. Dah la buat bising depan kelas masa cikgu tengah mengajar, bila kami marah, siap marah kami balik ni. Ergh dasar celaka.

Macam kes aku pulak, budak ni memang vandalisme, sekali aku tukar meja baru, penuh je lukisan dia tu. Antara ayat power budak-budak yang belum dapat mimpi indah tu ialah "Say no to drug, say yes to SEX". Lepas tu "Apache" lah, "Yamaha LC" apabenda entah. Serupa haram! Tadi aku tukar meja, aku nak tengok ada lagi tak contengan baru.

Tiap-tiap hari aku nak tukar meja rasanya. Biar dia penat lukis sampai mati.

Tak yah uji akal, tengok muka pun dah tahu, BODOH~ -Sepah 2011

A lot of hates, Atyn Roslan.

16 April 2011

Oh Greyson Chance, you're AWESOME!

Assalammualaikum.


Tahukah anda dia ni lebih hebat dari Justin Beiber.

"Eh, dia ni sama macam Justin Beiber lah"Oh faking up! Jangan compare dia dengan si JB. At least suara dia macam lelaki. Hahaha.

Dia superb comel lah.

Lagu dia penuh makna okay? Tidaklah mencipta lagu secara membabibuta. Hiks!

Tu tu, nak start minat dia lah tu. Hahahaha. #somalaysian.

Terkejut Kamek!

Assalammualaikum.

Buka-buka blog, tengok followers meningkat. Okay, terharu. Walaupun tak ramai mana, aku tetap appreciate depa punya effort buka blog aku, loading semua, baca, hayati, tekan button follow tu, dah siap, tekan pangkah X dekat kanan blog. Aku terharu. Kau tak rasa kau diam. Heh. *emo sikit akibat dari hormon kedewasaan, macam older post kat bawah ni. Hiks!

Tadi pi makan dekat gerai dekat dengan rumah. Kalau pi jalan kaki, bergaduh jugak dengan peluh. Dah sampai, orang punya lah ramai. Nak cakap celaka tak boleh sebab tu rezeki orang, tapi yang aku anginnya, meja sikit. Dah tau orang ramai nak datang, sediakanlah meja bagi banyak. Tak kurang pun 5000 orang. Heh.

Semalam aku orang paling happy apabila tengah tengok Maharajalawak tu kan, ada sorang pesertan (aku tak typo okay?), seorang pesertan perform sampai guitarist nak bagi gitar tu sendiri kat dia. Haha. Tak tahan kot. Tolonglah, sesapa yang undi dia memang lapar pelempang. Tapi its okay jugak, atleast aku gelak sampai nak pecah perut sebab tengok dia macam orang bodoh.

Aku rasa ramai nama Amir benggang sebab nama depa dipergunakan secara kasar seperti itu. Hahahaha!

I'm sorry by Atyn Roslan.

15 April 2011

Perihal Kawan-kawan

Assalammualaikum.

Masa nak habiskan sisa-sisa terakhir sebagai budak SPM lah macam-macam hal timbul. Benda kecik diperbesarkan. Yang tak tahan tu aku pun terlibat sama. Aku tak salahkan pihak tertentu, yang aku salahkan sekarang ni ialah hormon kedewasaan. Memang cepat naik angin, cepat terasa, cepat menangis.

Hoyahh. Malas nak cerita kat sini, tapi takpa lah, kita cerita sikit-sikit sudahlah. Kalau nak tau cerita banyak-banyak, kena click nuffnang dulu! Tehehehe. Ha, cakap pasal nuffnang, awat aku punya duit duk takat tu ja? Sedangkan aku check visitors ramai kemain. Haaa nuff, awak nak main kecoh ye dengan saya? Hm, jahatlah awak ni!

Balik pada cerita asal. Hari Rabu lepas, ada ka aku cakap benda yang sakitkan hati orang? Ada ka aku cakap? Rasa-rasa aku takda pun. Tapi kenapa nama aku kena mention jugak dituduh meranapkan hati orang? Okay, bab-bab tuduh benda yang aku tak buat memang aku panas.

Lepas tu hari Khamis, ada orang cakap dekat aku yang mulut aku telah buat orang menangis. What the FUCK? Faking sangat lah kau bero! Setahu aku, aku tak buat apa-apa kecuali aku buat latihan Mathematics yang aku suka sangat tu sebab dah tau formula! Oh come on man, jangan buat aku tension! Aku takda masa nak rewind balik akal aku ingat benda apa aku cakap dekat sorang minah ni. Baik aku hafal formula tu dari aku ingat binatang apa aku dah cakap.

So aku tak rasa bersalah sangat bila aku buat muka taktau dekat si dia yang sangat sensitif tu kan? Lain lah dengan Nad yang sanggup pi mintak maaf kat si dia, sebab memang Nad yang cakap semua tu, bukan aku. Tapi nama aku pun naik. Tu yang darah aku pun naik tu.

Satu ja aku nak pesan, kita ni dah besar dah pun. Kalau diikutkan zaman dulu-dulu kala, umur kita ni dah kahwin dah pun. 17 dah weh, 17. Bukan baru 17 bulan kau hidup di dunia yang sementara ni. Teringin sangat aku nak tunjuk jari tengah aku dekat hang! Tapi aku ingat, Nad kata aku kasar sangat. Ada aku kisah? Benda yang aku tak buat, orang tuduh, memang nak kena tibai kot.

Wanna slap you bitch, Atyn Roslan.

13 April 2011

Okay Si dia memang mencabar si saya!

Assalammualaikum.

Tercabar! Satu ungkapan penuh dengan maksud tersendiri. Korang pernah rasa tercabar? Ada orang cabar? Anda mencabar orang lain? Blablabla! Aku tak perlu tahu semua tu, tak penting okay?

Tapi aku ada situasi dimana aku dicabar. Walaupun ayat yang diungkapkan tu tak bermaksud nak mencabar aku, aku masih rasa benda tu seperti cabaran.

Hari tu on the way nak pi Perak, abah berhenti dekat R&R Gurun, sebab terjumpa kawan lama abah. Abah sembang apa semua dengan dia. Masa nak balik, dia tanya aku soalan yang selalu dia tanya bila dia jumpa aku. Pelik bukan? Susah sangat ka nak ingat aku ni umur sebaya dengan anak lelakinya? Susah sangat? Dah umur aku pun tak boleh ingat, silap-silap haribulan, bini dia pun dia lupa letak mana.

"Tingkatan lima.." Jawab aku seraya dia bertanya pasal umur aku.

"Oh, tahun ni exam la noh?.." Dia bertanya walaupun jawapan sudah dia tau.

"A'ah.." Mengalah kerana memikirkan faktor usia.

" Tak tusyen mana-mana ka?.." Dia mengajukan lagi soalan cepumas.

" Dak pun.." Aku menjawab penuh keyakinan, walaupun dah tau nanti mesti kena tindas.

" Tak boleh tak tusyen sekarang ni, kena tusyen. Kalau tak tusyen, tak kemana la.." Sindir/nasihat tak berguna  dia sambil senyum sinis.

Jari tengah aku secara automatiknya terangkat dengan sendiri. Walaupun sudah berkali-kali aku nasihatkan jari tu stay je dalam poket. Memang terasa kena cabaq gila okay?

Kalau aku tusyen, tapi aku tak paham menatang apa, macam mana pulak? Ada hang pikiaq semua tu? Anak hang takpa la gegeh pi tusyen, padahal tak kemana pun. Kalau aku pi, tapi aku tak dapat haram jadah apa lagumana pulak? Tak perabih duit mama & abah aku ka? Tang tusyen pun bulan-bulan dekat RM100. Tak rugi ka kalau aku pi tapi tak masuk otak? Dah cikgu ajaq cukup dah kat sekolah, buat pa nak pi lagi. Budak-budak hat dapat banyak A, depa tak ambik tusyen pun boleh ja cemerlang?

Cakap kemain takmau kalah! Faking lah weh! Terima kasih la sebab cabaq aku. Cakap jangan melambung sangat. Macam aku tak kenai anak hang tu.

With hates, Atyn Roslan.

Budak kelas!

Assalammualaikum.

Semalam, lepas post satu entry, aku delete. Entah kenapa. Bukan diri aku sebenarnya tu.

Cakap pasal hari ni, Rabu. Penuh hilai tawa manusia aku dengar, terlampau dengar, sampai nak timbulkan pergaduhan. Aku tarik dia, dia tolak aku, aku jatuh, dia minta maaf, aku tak layan. Macam tu. Tak paham? Pergi mati. Bukan dapat hadiah pun kalau faham aku yang aku mengarutkan ni.

Tengah menyembang tadi, datang satu perasaan sangat hiba. Takda siapa perasan, tapi hati aku perasan. Yela, sebab yang rasa itu aku!

" Aku nak jadi blablablabla.. nanti. "

Disambungkan dengan hilai tawa depa semua. Aku nanti mesti terbayang, dapat lagi ka aku dengar dan lihat depa punya cara ketawa tu? Adakah aku masih berkesempatan?

20 tahun lagi, kalau aku dengan depa berkumpul dekat mana-mana, takkan sama dengan kelas yang kami ada sekarang. Susah senang sama-sama. Sedih.

20 tahun lagi, kalau seorang dari kami mati, macam mana pulak? Sedih jugak tu.

Biar aku tulis, InshaAllah aku takkan delete entry ni kalau aku tekan Publish Post tu nanti. Supaya aku ingat, lepas SPM aku masih ada kawan-kawan kelas yang sangat buat aku terharu tu.


  • Amy, si tukang kutip duit kutu.
  •  Cek'ah, selalu bawak nasik lemak 60$ yang tak pernah kenyang tu.
  •  Zahidah, yang selalu sekepala dengan aku. 
  • Pykah, yang selalu bawak kek coklat yang superb tu.
  •  Kakak, si pengawas yang tunggu dengan aku time balik sekolah dengan kembar dia.
  •  Izzati, takkan aku lupa cara dia cakap yang buat orang tak paham tu. 
  • Nad, orang yang selalu ada dengan aku tak kira susah senang, ajar aku math sampai paham!
  • Wani, budak manja tahap pelahap!
  • Tasha, selalu support aku kalau aku tengah marah.
  • Ayie, budak Johor yg sangat lembut, pandai.
  • Wiyah, kawan dari sekolah rendah. Selalu iYAkan saja apa yang aku cakap.
  • Hafizoh, berbakat sangat. Harap hang jadi pelukis weh nanti!
  • Izzati, cer jalan laju sikit ye!
Tambah dengan budak laki yang sangat gila tu kan, lagi lah penyeri hidup aku. 

Terima kasih you alls. Sebab buat I alls senang sekali duduk dalam kelas tu. Take care. Semoga kita semua lulus SPM tu nanti.

With love, Atyn Roslan. 

11 April 2011

Just nak share kat sini

Assalammualaikum.

Aku nak tanya lah kan, kalau umur 17 tahun ni memang selalu ada eh perasaan pelik-pelik? Contohnya, kadang-kadang mood nak marah orang datang tiba-tiba, sedangkan orang yang aku nak marah tu langsung tak buat salah. Tapi rasa geram sangat bila tengok muka dia tu. Rasa macam muka dia memang lapar tapak kasut sekolah aku. Pelik kan?

Lagi satu, selalu sangat perasaan suka kat budak laki timbul. Dengan cepat pulak tu. Kadang-kadang rasa loser pun ada. Kenapa aku ja kena rasa semua ni? Budak-budak lain okay ja, normal ja. Aku yang parah pulak.

Lagi satu, perasaan nak jawab SPM semakin hari semakin hilang. Dulu kemain tau baca buku tiap-tiap malam. Siap tak online pulak tu. Sekarang? HANCOQ!

Tak tau lah nak kata apa weh!

Kbye!

09 April 2011

bero

Assalammualaikum.

Aku kenalpasti bahawasanya, aku layan twitter lebih baik daripada aku layan si FB ni. Budak-budak kemain sombong dekat FB ni. Semua nak good-good ja. Aku rasa FB ni dah tebal dengan ilmu seplastik sendiri. At least aku online twitter ada lagi manusia beri respon. Ni berjabat tangan pun taknak.

Kbye!

07 April 2011

Bukan untuk promote!

Assalammualaikum.

Kadang-kadang ni hati ni selalu jugak sakit. Bila aku semangat nak tengok para blogger hantar chat dekat shoutbox aku, mengatakan disitu supaya kunjungan mereka berbalas secara baik. Tapi yang aku tak gemor sekarang ni bila para-para blogger mengambil kesempatan dengan mempromote barangan dagangan mereka. Aku tak minat lah weh.

Yang aku paling tak tahan sekali tu, boleh pulak promote barangan/tips seks. What the heck?! Aku dibawah umur lah weh. Bukan aku nak jadikan entry ni 18sx okay, tapi ini realiti dan semestinya bukan fantasi macam cerita Alice in Wonderpets tu okay?

So please kalau ada online salesman, tolong stop promote barang kat blog aku. Sebab kemungkinan besar aku tak beli secara online. Kalau nak jual sangat, mai lah buat direct selling. Dari rumah ke rumah. Boleh pekena kopi secawan dua. Mai secawan~

(Tu pun kalau ada SALESMAN yang baca entry ni, mana tau kan asyik sibuk paste benda yang sama ja setiap hari)

I'm sorry!*versi Amir Rajalawak yang tak berapa nak lawak tu.

Kbye!

05 April 2011

Tutorial_0001

Assalammualaikum.

Sape setuju awok buat tutorial, sile angkat tangan macam saye? #UsopWilcha.

Okay, tadi ada orang tanya aku macam mana nak buat background macam aku ni kan, so aku pun dengan rasa rendah diri dan kenyang akibat makan mee kung fu, aku nak buat tutorial tu.

START ENJIN OTAK!

1. Edit la gambar korang ke, apa ke, bagi nampak dramatik sikit kan. Proses edit tu boleh dibuat di dapur rumah anda. Heeee tidak ler, buat dekat Photoscape atau apa-apa ja yang korang guna.

2. Selesai edit, dan berpuas hati dengan hasilnya, tibalah masa untuk buka blog anda. Jangan tanya aku nak edit tekan tang mana. Aku katok satgi! #kedahpiaw.

3.Ambik Blogger Template Designer, tekan background.

4. Upload image yang korang susah payah edit tu kan. 

Korang boleh adjust image tu, ikut suka la nak buat macam mana pun.



5. Then boleh apply untuk blog korang! Siap bos! Upah mana? Heeee.

Okay, harap dapat membantu sikit la. Kalau tak paham sangat add Fb aku, then tanya la nak buat macamno. Tu pun kalau tak paham sangat. 

Okaybye!

Perli sesedap rasa

Assalammualaikum.

Isnin lalu, aku ni punyalah semangat nak buat notice board kelas aku. Siap aku tulis tarikh trial SPM dengan berapa hari ja lagi tinggal nak sampai trial tu. Lepas tu penolong ketua tingkatan suruh aku tulis nota ringkas supaya dia tidak kepenatan menjerit kat semua budak-budak kelas aku supaya bayar duit RM1 untuk sumbangan kat bekas cikgu geografi aku sebab dia dah nak pencen. Aku ingat lagi dulu masa kelas dia kami banyak main-main. Dia cakap pasal bentuk muka bumi, kami tanya dia soalan lain. Dia tak sedar-sedar jugak. Semangat kemain dok cerita benda yang takda kena mengena dengan geografi. Sampai bunyi loceng dia masih ceritakan benda-benda tu semua. Kesian pun ada.

Kembali kepada cerita asal. Aku ni kira dalam senarai top five kalau bab-bab menconteng white board ni. Pernah satu hari tu masa takda cikgu, kami siap main kuiz teka perkataan lagi tau. Aku pulak jadi peneka tu. Memang riuh tak hengat lah kan.

Kembali pada cerita asal, aku pun tulis lah kat notice board tu,

Tolong bawak duit RM1 untuk persaraan cikgu _ _ _ esok

Okay, ayat memang dah cantik bagi aku. Entah hantu bodoh mana rasuk aku sampai ayat tunggang langgang. Padahal pada aku ayat tu cukup indah. Keesokkan harinya (harini), ada kelas geografi. Tapi ni cikgu baru. Bukan cikgu lama. Dia terbaca apa yang aku tulis dekat noticeboard tu. Dia baca balik ayat tu, kemudian,

"Kalau bertanding dekat makhamah pun kalah ni. Orang cakap ESOK, sampai kesudah pun takda sapa bayar sebab dok tunggu esok. Patotnya tulis tarikh ni. Lepas tu BAWAK, tak payah bagi. "

Muka memang habis malu dah. Setebal kamus dah muka ni. Nasib dia tak syak siapa yang tulis tu, kalau tidak naya ja.

Kbye!

04 April 2011

Terbaik kan?

Assalammualaikum.

Bila tengah syok dok tengok picture orang. Tetibew adew gamba posing yang tangart style, sambil buat mulut muncong, dengan megahnya mengangkat jari tengah, dengan captionnya "sempoi ark akow?". Memang nak saja aku tunjuk jari tengah tu jugak kat budak ni.

Faking betul tAwUkKk?

Kbye!

Pergh lama, Pergh Perak, dan banyak lagi PERGH!

Assalammualaikum.

Okay terasa lama gila tak online kan diri. Sibuk sat dengan study, bisnes part time, family, member dan blablabla. Tapi rasa biasa ja tak online, kalau tak mau online terus pun boleh. Pui.

Minggu lepas aku ke Perak sebab ada urusan sikit kat sana. Dua hari aku tak pi sekolah, nak kena kampoi (baca: ulangkaji) balik apa yang aku tak belajar tu. Tambah bab math, memang panas la kan. Dengan tukar cikgu baru. Time aku takda la nak buka chapter baru pun. Siap kena main kalkulator pulak tu. Hayam betul.  Ayat cikgu tu kalau takda kalkulator "Kita kena ada kalkulator jugak, otak kamu pun bukan boleh pakai sangat". Okay terasa. Tapi dia tak pernah cakap macam tu kat aku, kat budak lain la. Al-maklum lah aku ni kan murid kesayangan para cikgu kat situ. Pui lagi sekali.

Dahla, malas gila nak cakap panjang lebor. Cakap pun tak guna, tembak pun tak kena.

Kbye!