Assalammualaikum.
Isnin lalu, aku ni punyalah semangat nak buat notice board kelas aku. Siap aku tulis tarikh trial SPM dengan berapa hari ja lagi tinggal nak sampai trial tu. Lepas tu penolong ketua tingkatan suruh aku tulis nota ringkas supaya dia tidak kepenatan menjerit kat semua budak-budak kelas aku supaya bayar duit RM1 untuk sumbangan kat bekas cikgu geografi aku sebab dia dah nak pencen. Aku ingat lagi dulu masa kelas dia kami banyak main-main. Dia cakap pasal bentuk muka bumi, kami tanya dia soalan lain. Dia tak sedar-sedar jugak. Semangat kemain dok cerita benda yang takda kena mengena dengan geografi. Sampai bunyi loceng dia masih ceritakan benda-benda tu semua. Kesian pun ada.
Kembali kepada cerita asal. Aku ni kira dalam senarai top five kalau bab-bab menconteng white board ni. Pernah satu hari tu masa takda cikgu, kami siap main kuiz teka perkataan lagi tau. Aku pulak jadi peneka tu. Memang riuh tak hengat lah kan.
Kembali pada cerita asal, aku pun tulis lah kat notice board tu,
Tolong bawak duit RM1 untuk persaraan cikgu _ _ _ esok!
Okay, ayat memang dah cantik bagi aku. Entah hantu bodoh mana rasuk aku sampai ayat tunggang langgang. Padahal pada aku ayat tu cukup indah. Keesokkan harinya (harini), ada kelas geografi. Tapi ni cikgu baru. Bukan cikgu lama. Dia terbaca apa yang aku tulis dekat noticeboard tu. Dia baca balik ayat tu, kemudian,
"Kalau bertanding dekat makhamah pun kalah ni. Orang cakap ESOK, sampai kesudah pun takda sapa bayar sebab dok tunggu esok. Patotnya tulis tarikh ni. Lepas tu BAWAK, tak payah bagi. "
Muka memang habis malu dah. Setebal kamus dah muka ni. Nasib dia tak syak siapa yang tulis tu, kalau tidak naya ja.
Kbye!
2 comments:
Salam..dik tanya. Camner nak buat backgroud blog yang cantik (personal) ni ek. Sowi orang kampung.
Wassalam. Okey nantikan tutorial k? ;D
ps; kita semua dari kampung act. dont be shy nak tanya2 k! heee :D
Post a Comment