Assalammualaikum.
Tercabar! Satu ungkapan penuh dengan maksud tersendiri. Korang pernah rasa tercabar? Ada orang cabar? Anda mencabar orang lain? Blablabla! Aku tak perlu tahu semua tu, tak penting okay?
Tapi aku ada situasi dimana aku dicabar. Walaupun ayat yang diungkapkan tu tak bermaksud nak mencabar aku, aku masih rasa benda tu seperti cabaran.
Hari tu on the way nak pi Perak, abah berhenti dekat R&R Gurun, sebab terjumpa kawan lama abah. Abah sembang apa semua dengan dia. Masa nak balik, dia tanya aku soalan yang selalu dia tanya bila dia jumpa aku. Pelik bukan? Susah sangat ka nak ingat aku ni umur sebaya dengan anak lelakinya? Susah sangat? Dah umur aku pun tak boleh ingat, silap-silap haribulan, bini dia pun dia lupa letak mana.
"Tingkatan lima.." Jawab aku seraya dia bertanya pasal umur aku.
"Oh, tahun ni exam la noh?.." Dia bertanya walaupun jawapan sudah dia tau.
"A'ah.." Mengalah kerana memikirkan faktor usia.
" Tak tusyen mana-mana ka?.." Dia mengajukan lagi soalan cepumas.
" Dak pun.." Aku menjawab penuh keyakinan, walaupun dah tau nanti mesti kena tindas.
" Tak boleh tak tusyen sekarang ni, kena tusyen. Kalau tak tusyen, tak kemana la.." Sindir/nasihat tak berguna dia sambil senyum sinis.
Jari tengah aku secara automatiknya terangkat dengan sendiri. Walaupun sudah berkali-kali aku nasihatkan jari tu stay je dalam poket. Memang terasa kena cabaq gila okay?
Kalau aku tusyen, tapi aku tak paham menatang apa, macam mana pulak? Ada hang pikiaq semua tu? Anak hang takpa la gegeh pi tusyen, padahal tak kemana pun. Kalau aku pi, tapi aku tak dapat haram jadah apa lagumana pulak? Tak perabih duit mama & abah aku ka? Tang tusyen pun bulan-bulan dekat RM100. Tak rugi ka kalau aku pi tapi tak masuk otak? Dah cikgu ajaq cukup dah kat sekolah, buat pa nak pi lagi. Budak-budak hat dapat banyak A, depa tak ambik tusyen pun boleh ja cemerlang?
Cakap kemain takmau kalah! Faking lah weh! Terima kasih la sebab cabaq aku. Cakap jangan melambung sangat. Macam aku tak kenai anak hang tu.
With hates, Atyn Roslan.
No comments:
Post a Comment