chapter 20; God created me with love.

30 August 2010

30 August

esok cuti. salam merdeka semua buat kali ke-53. tadi ada event kat sekolah. haram betui, bagitau la ada event kat sekolah, aku ni penat galas beg bawak buku banyak. haiya.

at first memang best, baca yassin. lepas tu ada ceramah. lawak gila kot. dahla hensem ustaz tu. lepas penat gelak, ada ceramah pasal kemerdekaan. aku jujur gila ni yang aku betui-betui tak berapa suka dengan ceramah berkenaan dengan kewangan, kemerdekaan dan hal-hal lain yang sewaktu dengannya.

depa jemput penceramah yg dah tua. depa kata dia ada masa zaman jepun mengganas dulu ni. dia dok cerita pi kalih muka kat cikgu. yang kami ni dok nganga ja. dahla cakap tak paham apa. yang aku dengar dia kata "ubi kayu" ja, lepas tu dia nyanyi lagu apa benda taktau.

aku hargai pengorbanan dia dulu. tapi apa salahnya depa panggil penceramah hat bermutu sikit. ni cakap tengok buku. aku tau mesti dia penat dok tulis malam tadi. ngehngeh. tapi memang totally MEMBOSANkan. :)

terima kasih.

tag dari SYEERA

Nama blog anda buat masa ini ?
ATYNROSLAN LIFE RECORDS.

Anda rasa blog anda hebat ?
err, sumpah takda sehebat mana pun.

Benda yang anda sayang ?
guitar dari mama.

Anda tengok waktu dekat mana ?
sesuatu yg bernama dan digelar jam.

Web sesawang yang selalu anda jenguk ?
Twiiter, Facebook, Ym, Ms.

Letak 3 hingga 5 blog yg anda rasa 'BLOG HEBAT'..
-dia.
-kamu.
-mereka.
-kita.
-saya.

29 August 2010

sewel ?

takda mood nak update blog. meluat kat cikgu sains. perangai macam cilanat. aku muak ah. muak. muak dengan hang punya leteran. awat tadi tak halau aku ja? hat tu aku tunggu sangat tu. thank you teacher.

28 August 2010

suara, dengar aku ?

terima kasih sebab bagi kat aku orang yg selalu ambik berat, jaga aku, suka aku, sayang aku dengan ikhlas. walaupun kita dalam kekurangan, tapi aku masih rasa betapa ikhlasnya depa sayang kat aku. terima kasih Allah buat aku bahagia harini, esok dan selamanya. Insyaallah.

orang yang aku nak sangat peluk sekarang : MY TOKLANG.


rindunya kat dia. cara dia dodoikan aku. nak balik kampunggg boleh tak ?

27 August 2010

zaman lampau

teringat masa tingkatan dua. nak pi sekolah, layan channel hitz 705 pagi-pagi. around 9.30am pi beli nasik lemak. dah van sekolah selalu mai ambik pukul 12.00pm. sekolah sesi petang masa tu. layan lagu david archuletta, katy perry, one republic, avril lavigne, dan lain-lain.

kalau dengar balik lagu-lagu semua, teringat sangat-sangat masa tu. hadoi, tapi aku takmau kembali zaman tu, sebab kena balik lewat dari sekolah, pukul 6.30pm baru bertolak. nak hantar budak lain balik rumah lagi. totally pukul 7.00pm baru sampai rumah sendiri.

masa berlalu cepat betul. sedar tak sedar, tahun depan aku last sekolah dah. tahun depan aku ambik SPM. aku sendiri pun tak sedar. korang sedar?

new layout

new layout and i love it. :)  thanks kepada yg berkenaan bagi tutor. ingat aku kerek sangat tak reti buat ka wey ? ngehngeh. tak baik marah bulan puasa macam ni. ehem ehem!

lama gila dan aku rasa tersangat lama tak blogwalking. bila tak blogwalking, takda la pengunjung baru kat pages aku. sukanya..!!

hmm, hari sabtu ingat nak keluar buka puasa dengan bestie aku, tapi kena tunda pi hari Selasa. Nad, sorry wey, hari selasa pulak. sebab sabtu nak pi beli baju raya. YEAY!

lagi berapa hari nak raya. rasa sayu ja nak tinggai bulan ramadan yg suci lagi murni ni.

24 August 2010

nak sangat ? AMBIK!

muka taktau malu. ada hati nak campor dalam urusan orang tua-tua? bodoh. tu pasai hak. kita tengah bercakap pasal hak. bukan soal main-main. jangan masok campor la. tuli. banggang. dasar perangai macam sial.

malas aku cakap dengan orang badigol yang selalu perasaan diri tu bagus dan lebih baik dari orang lain.
YA ALLAH, berikanlah mereka hidayah-MU. Kurniakanlah mereka dengan hati yg bersih, minda yang cerdik untuk berfikir.

notakecil : jangan jadi yahudi sangat, selalu rampas HAK orang lain.

23 August 2010

aku gembira.

hat tu ja kot aku boleh kata sekarang. aku gembira. mama, bila nak kemas rumah? tak sabar ah. esok pasang pelita. yeay!

21 August 2010

lutut oh lutut

tengah sakit lutut. shit. kalau sejuk ja mesti jadi. akibat dari tahun 2008, sampai sekarang aku rasa kenerakaan benda celaka tu.

masa tu ada merentas desa. pagi la. around 8.00am dah bertolak dari rumah. masa nak bertolak tu memang tak sedap hati dah. i know its gonna be something bad. tapi teruskan jugak. masa mama hantaq aku, memang banyak benda yg buruk terjadi. pi pam minyak, minyak tak masok la. then kena patah balik pi stesen tu. cakap dgn tukang counter tu punyala lama, bodoh anjing takmau percaya.

lepas dah selesai, mama terus hantaq aku. dengan sedikit badmood la.

masa warm-up tu, rumput lincin sebab semalam tu hujan lebat. apa lagi, aku pun terjatuh. bunyi macam ranting kayu patah, rupanya tempurung lutut aku terkoyak. shit tak ?

berbulan-bulan jugak dapat cuti. seronok memang ah, tapi boring. and then sampai sekarang kalau hujan atau sejuk aku tak boleh pakai seluar pendek, kalau bercangkung lama-lama, memang rasa lutut macam haram.

20 August 2010

tak bermakna aku sombong

aku cuma nak bagi pendapat. aku tak marah. aku tak benggang. dan aku langsung tak bermaksud buat entry ni semata-mata nak bagi seseorang tu terasa. aku mintak maaf dulu kalau ada satgi kot-kot yang terasa.

kadang-kadang aku bukak blog, tengok kat shoutbox, ada stalker terbaru. terima kasih sebab singgah. yang buat aku rasa sikit cacat, bila ada saja stalker suruh aku view blog depa, and then suruh follow. (bagi yg berkenaan, jangan terasa anda sorang ja buat, ramai lagi sebenaqnya, so jgn terasa sangat lah ye, kalau nak terasa pun takpa, ambik pi sorang sedaih)

ni cerita dulu, ada hat suruh aku follow blog depa, sampai last-last aku giveup, pi jugak follow. maknanya depa dok push aku suruh follow. adoii, hat ni yg aku cukup tak berkenan ni. haa tudia, kedah pekat keluaq dah habaq mai. haha.

dakla, maksud aku jangan dok push aku sangat suruh follow, ni tak cukup dekat shoutbox, siap hantaq komen suruh follow. nak mampoih ka apa? ikot suka aku la nak follow ka dak. sebab memang prinsip aku berblog, orang follow, aku follow dia balik. bukan maksud aku sombong dan hidung tinggi ok?

so harap-harap ada orang baca dan amati betui-betui entry kali ni. senyum sikit, :)

movie bulan AUGUST ni

aku malas nak update cerita baru. btw, tak sabar nak tengok BUKIT KEPONG, kat citra, 31AUGUST nanti. tengok tau semua. yg belom langgan lagi pakej tu, boleh pi langgan dah kot. tak rugi maa.

selain cerita tu, aku suka EMBUN. dulu-dulu aku takut nak tengok, tambah scene rogol tu, memang ngeri kot. credit utk lakonan superb ummi aida. memang best lah. aqasha pun masa tu memang mengacam gila. hensem kot.

btw, selamat menyambut bulan kemerdekaan. :)

17 August 2010

post edisi sahur

malas nak tidur. buat menyeksa aku ja kalau tidur berbelas-belas minit, then kena bangun pi mandi. ERRR, satgi ada test. subjek harini yer anak-anak,

-BAHASA MELAYU.
-PENDIDIKAN AGAMA.
-SAINS SUKAN.

err. gila kot. bagi 2 subjek sudahla, ni sampai 3. tamak betui la. haha. guess what ? semalam aku punya letih nak baca buku, aku record semua yg aku baca and save dalam phone. time nak tidur baru aku dengar, sampai terlena.

hmm, harap-harap boleh buat. wish me luck. :)

16 August 2010

errr.

hello guys. i away utk 1 week. insyaallah i on9 balik nanti ya. i ada test. so tak dapat on9. mysis pulak potpet-potpet suruh i study. hell yes, i suka sangat stdy last minute, but my result still awesome. haha, gila perasan.

btw, selamat berpuasa. puasa bagi penuh tau. take care everyone. :)

14 August 2010

entry kecil

semalam beli kuih kat bazaar ramadhan. dengan harapan kuih tu tak macam haram. kaler punyalah cantik, pink. diselaputi dengan kelapa yg menjanjikan kemanisan, tak semua tu tak berlaku pun dalam mulut aku semalam. kurang ajar punya peniaga. nak meniaga, elok-elok sikit kak. buat pedajjei orang ja! dahla mahal.

kepada peniaga tersebut : sila bakar gerai anda sekarang.

p/s: lumrah bulan ramadhan.

13 August 2010

Tadak perasaan dah weh!

heloh heloh. hat ni aku nak luahkan perasaan. memuncak lama dah, kali ni ja kot dia nak keluaq. hahaha.

awat taktau aku tengok budak-budak sebaya aku, dok gedik gila cari awek/bf. gatai sungguh la. macam budak kelas aku la kan, tak padan dengan nerd, muka memang tak payah cakap la kan, muka sah-sah hat dok lapaq penyepak serah kat dia la, awek keliling pinggang. hang sebut ja minah mana, semua dia kenai, semua hat dia besa bawak keluaq. tapi hat yg sedih sangat tu, bila mak mai ambik balik sekolah, jangan kata awek, angelina jolie lalu depan dia pun dia buat taktau ja. punya takot kena dengan mak.

manusia ni lawak betui la. betui aku cakap, entry ni aku nak bagi pendapat aku ja la kan, yang aku lebih suka kawan dengan orang lebih tua dari aku. tengok kat facebook aku, ramai orang dewasa dari remaja sama aku. sebab depa matured. aku tak suka la hat jenih dok IM aku dok buat ayat cintan. aduii, dahla sama umoq, sah-sah spenda mak dok beli lagi.

haa puaih aih, kedah pekat teqok entry hat ni. lantak pi aku la..

Terawih memang terbaik

tadi pi terawih dengan along. betui, entry ni takda nak tunjuk baik. aku cuma nak rungkaikan sikit ragam manusia bila pi surau @ masjid utk menunaikan solat tersebut. cewah ayat..

aku pi agak lewat la, dalam duk kalut nak sarung kain sembahyang, mata aku terpandang sorang budak perempuan ni, dia dah mula sembahyang tapi mata dia liaq tengok aku kalut sarung kain.

lagi satu. budak-budak bukan main ramai dalam surau tu tadi. bagus la kan, mau jugak depa sembahyang. yg paling buat aku kagum, bila imam dah habis bacakan surah al-fatihah, suara budak-budak tu yg paling kuat ameenkan. bangga sungguh mak bapak dorang.

best lah bab-bab cerita pasai ramadan ni kan. nanti nak post cerita kat bazaar pulak eh. tak dapat peluang lagi nak pi. sedih betui..

11 August 2010

party in class 4a

entry kali ni rasa nak tulis short form. boleh tak ? boleh ? apa, tak boleh ? kesah sangat ka ? heh.

tadi buat jamuan. jamuan agak gila. calet-calet kek pulak atas baju. adoii, dahla kek coklat. please lah wey, kita budak sekolah lagi. nanti kat luar kita main yg lagi heavy okey ? best sangat-sangat.

banyak lah dorang bawak, mee goreng, ayam KFC wannabe haha, kek, salad and banyak lagi la. even ada sorang dua yg pulon sangat ambik bawak balik, dahla ambik banyak. bodohhhhhh sial anjinggggggggg, tak reti ka orang lain pun nak kedarah jugak wey! pikiaq perut stokin hang ja kena isi, perut orang lain tak ingattt? eee, dasar kekurapan.

then lepas habes semua tu, cuci kelas. adoii, letak sabun sampai satu botol. mandi kat sekolah lah harini. gila betui. btw, kasut b-first i sudah masok airrr. haha. naseb baik tak busuk. HAHAHA! then ada ceramah pasal ramadan. gila kot, kelas kami biarkan macam tu ja, penuh sabun. haha. jenuh budak petang nak cuci. hampeh.

thnx u guysss. aku cinta betui dengan harini punya date, 10 august 2010. thnx sangat-sangat. i really enjoyed tht moments. for nad , jerit lagi sekali boleh ? i miss tht. hahahha!

sendiri update, sendiri like, sendiri komen. WTH ?

aku macam nak tergelak, tapi oleh sebab aku tak tahan sangat, aku gelak sorang-sorang. nak gelak secara jemaah takda orang nak join. haih.

kesian aku tengok sorang member aku kat facebook ni. dunia facebook ni macam-macam ragam. ada yg syok sendiri. ada yg selalu maki hamun orang lain dalam tu, just untuk dapatlan populariti macam haram. aku tak suka.

tapi yg aku berminat sangat nak tulis entry ni pasal dia, sebab dia buat aku kagum. bak kata orang jawa tengah, sendiri post, sendiri suka. kesian sungguh la, aku nak tolong komenkan atau like kan, tak tergamak aku, sebab aku memang tak suka dia. haha.

sedih betui la. tulah, jangan buat kawan jadi musuh. kalau aku jadi dia kan, terus delete facebook then tidor tutup bantal rapat-rapat. sedih la..

10 August 2010

letak lah link. susah sangat ka dear dear ?

hay hay hay. aku just nak nak bagitau something. sapa-sapa yg nak aku follow blog korang, please lah letak link wey. tak larat aku nak cari balik. bukan apa, aku nak hargai jasa baik korang follow blog ni. banyak kali dah aku bagitau pasai benda ni. tolong ambik part la.

btw, SELAMAT BERPUASA!

09 August 2010

naik motor masa kecik kecik

aku duduk main dengan chibi, mok, betty. jiran aku bising macam lakhanat. aku macam nak pi tarik ja rambut sekoq-sekoq suruh diam. galak apa benda taktau nak ikot parents masing-masing pi kedai. nak beli coklat lah tu..

dulu-dulu memang excited gila kalau nak naik motor pi mana-mana. moment paling best bila duduk dalam raga motor kat depan tu. angin masok mata sampai berayaq. suka betui. time tu tak pikiaq dah muka hodoh ka, comot ka, ikot saja..

teringin nak macam dulu balik. tapi muatkah raga tu dengan aku yg amat 'kecil' sangat-sangat ni?

08 August 2010

payah cakap dengan orang hot, tp bukan hot tara mana pun. tuih. 
:D

07 August 2010

yeay, lagi empat hari!

kira punya kira, dah nak puasa. 4 hari pulak tu wey. baru rasa macam kelmarin 13 mei, bilanya waktu sekolah kena histeria. rasanya macam kelmarin 20.6.2010 kucing hutan aku mati, BABY JUNGLE. rasa macam baru kelmarin mama beli gitar.

tuptap tuptap, masok bulan august sudah. lagi berapa bulan ja lagi aku nak ambik lesen motor, tak sabar la weh. kenapa kena tunggu cukup umor baru boleh ambik ? kenapa depa tak kira dari segi kecekapan? kalau kira dari segi kecekapan, aku rasa budak darjah 4 dah pi ambik lesen motor. siotan.

malas nak taip banyak-banyak. nak tidoq la. babai.

06 August 2010

tips hilangkan rasa nak muntah

hello guys. aku nak bagi sikit tips hilangkan rasa nak muntah. okey, first of all, pastikan dulu betul-betul rasa nak muntah, jangan main "WEK,WEKK" ja ok?

kalau rasa nak muntah, senang ja penyelesaiannya, jangan muntah dulu! sebab muntah ni boleh membahayakan kesihatan.. so ikot tip kali ni.

korang ambil daun limau purut. tahu ? yang selalu orang letak dalam tomyam tu la. korang ambil yg sudah mengeluarkan bau paling kuat. korang ambil lah sebanyak mana korang nak.

(kena letak gambar, mana la tau orang sekarang
dah tak kenal daun ni ) : sumber PAKCIK GUGEL.

korang hidu daun ni sampai rasa mual atau muntah hilang. selalunya aku sediakan daun ni bila nak pergi ke satu destinasi yg perjalanannya agak jauh. selamat mencuba. wink winkk.

layout baru.

tadi post, lepas tu delete. meluat gelap gelita ni. bagi ceria sikit. bagi hat kartun-kartun sikit. baru kena dengan jiwa. tuih.

benggong la. boring tahap gaban dah ni. tak tau nak buat apa. bila aku online, ada saja orang suruh aku tidoq, apa masalah depa aku pun taktau.

awat taktau semakin hari aku tak sabaq nak menanti untuk hari esok. aku tau apa yang bakal terjadi esok tak semestinya bahagia, tapi entahla, aku rasa sangat tak sabar.

mungkin nak puasa sama kot.

05 August 2010

surat dari seorang ayah

tadi sekolah sunyi. sepi. cikgu ada setengah yg pi kuala lumpur, ada yg teman budak budak tingkatan 5 pi kem. saki baki tinggai sikit ja cikgu. jadi kelas aku harini boleh dikatakan berehat sepanjang masa. kecuali masa sejarah, belajar sikit-sikit.

lepas rehat cikgu matematik masuk, dia mintak tolong semua perempuan kelas aku buat nama-nama pasai skim pinjaman buku. lepas siap buat semua tu, aku saja pi check belakang buku kedatangan, ada surat-surat yg pelajar bagi kat cikgu bila tak mai sekolah. macam surat dari doktor, dari waris, ect.

satu surat tu buat aku sedih, 
"cikgu yang dihormati, saya bapa kepada ____ memohon maaf kerana 
ketidakhadiran anak saya ke sekolah kerana tak ada duit "

lepas tu ada lagi satu surat dari bapa pelajar yang sama menyatakan,
"cikgu yang dihormati, saya bapa kepada ____ memohon maaf kerana dia 
tidak dapat hadil sekolah kerana terlipas bas"

tengok betui-betui huruf yg aku highlightkan. err. 


04 August 2010

pasai banyak benda

malas nak pikiaq pasai hang. aku baru sound betty. badan penuh habuk. pi mana taktau. heh. kan dah kena hingaq dengan aku. sure best gila tu.

tak pi sekolah harini. sebab aku dah tau ramai ponteng. its okey lah. chill sikit tak boleh ka?

ohh, aku nak tanya, korang percaya pasai duit-duit segera kat internet ni? asal klik sekali ja, terus bau duit. percaya? sorry aku tak. jadi jangan tawarkan aku job tu, even benda tu free. takkan orang senang-senang nak bagi duit kat kita kan? guna sikit akal tu.

sakit kepala sekarang. mungkin banyak sangat kot aku makan sup daging. kan aku dah kata.. jangan makan banyak sangat. ketegaq.

ohh. lupa. aku wonder gila kenapa bukit wang, puncak janing dan kawasan sekutunya, diserang wabak kencing tikus. kat mana silapnya.. wonderr betui.

03 August 2010

raya betty, mok & cibbi

haha. takda kerja. yg tu ja kot yg boleh describe harini. aku buat tudung kat Betty. haha. comel gila babi kot.

cibbie pun aku buatkan jugak. ingatkan nak pakai untuk raya. tadi aku try buat baju kurung, tapi tak jadi lah. nak beli kain baru lah. color oren okey kot ? sebab bulu betty oren jugak. comel kan ? *kening sikit.

haha. opps, sesapa taktau lagi sapa itu betty dan cibbie, mereka kucing kesayangan aku.

kat mok nak buat topi saja kot. pakai masa raya. sure gempak. heh.

02 August 2010

Padang Besar.

okey. seronok dan bahagia gila pi padang besaq. puas shopping. aku just beli 3 helai baju. cari beg, harga sampai mencecah 3 angka. puii, baik aku beli kat sini.

malas nak cerita banyak. klik utk kebesaran.

buat muka sebab tadak baju.


mama yg kipas. panas kot.


hai awak, si padang besar.


candid sgt la. aku gemok. apa lu kisah ?

sekian wassalam

esok saya tak pergi

esok cuti. cuti sendiri. pergi padang besar. beli dan belah utk raya. first time nak beli baju raya kat sana. kalau tiada jugak, kat sini-sini jelah jawabnya.

ramai cakap muka aku elok bila pakai tudung. alhamdulilah. aku suka pakai tudung sekarang. insyaallah nak kekalkan selamanya.

sekarang aku suka la lagu never say never. entah kenapa. bukan sebab penyanyi dia comel, tapi video dia best.

selasa ni insyaallah nak pi karoeke dengan sepupu,ali. along sekali. lama tak karoeke sekali. nak nyanyi lagu apa heh ?

01 August 2010

bbq night, going to Bukit Hijau, lari-lari, countdown

semalam buat bbq. agak best. makan sampai nak terkeluar balik. fuh. ayam bakar mama memang terbaik lah.

hello guys, im going to Bukit Hijau. cis, padahal mama belom pasti nak bagi aku pi. sedih tau dak. aku teringin jugak nak berdikari. aku teringin nak hangout nak kawan-kawan aku. hidup aku tak terkurung, cuma sering diperhatikan saja. takpa, aku terima dan aku kena belajar menyukai tu semua.

aku dengar kawan aku lari dari rumah. lelaki. hello, LELAKI okey. bukan perempuan. aku naik pusing. aku tau masalah dia. tapi bukan yang ni penyelesaian. harap hang balik rumah cepat sikit, Syaukat.

lagi 10 hari nak puasa.