chapter 20; God created me with love.

09 December 2012

Final Decision x

Assalammualaikum.

Tadi bangun pagi terus mintak phone abah nak mesej Kak Ida tanya kedai buka ke tidak, tengok tengok dia call. Dia cakap dia dok Perak & kemungkinan buka hari Rabu ni yayers! Me is so happy kuang kuang kuang lol wtf.

Setelah bertumbuk tampar tarik hang aku tolak sampai pengsan lepas tu sedar dan makan, aku buat keputusan nak masuk belajar balik tahun depan. Woohoo!

Dekat mana? Perlis ja. Chill babe nanti aku bagitau.

Bidang farmasi. Okay tak okay tak?

Tu ja nak update. Take care xxxx




07 December 2012

Craps

Assalammualaikum.

Bangun pagi, sambung tidoq kat ruang tamu, around 10 am abah balik, makan nasik lemak, sapu sampah rumah, then bebudak kecik which is my jiran's anak datang rumah layan game or tv sampai petang siap having a lunch with me then buat macam rumah ni ada share dengan depa senang keluar masuk and for your information, i dont give a fuck sebab aku tau depa masih kecil & dalam rumah depa takda apa yg aku ada.

Haih paham?

Never mind. Hopefully you all can understand that sebab aku meluat sebenaqnya nak cerita terperinci macamlah orang bagi award pun dekat blog aku, pergi mampus.

Seronok jugak kalau boleh lepaskan apa yg terpendam ni dengan tulis segala carutan.

Menyampah? Ahhh kisah pulak aku. Go die. This is my space & I don't force you to read this. Understand? Good.

So yeah this is my currently fcuking life right now. A little bit bored but I still love it.

Sewing class? Yeah i'm enjoying my holidays right now, phew~

Waiting for any jobs to 'calling' me.

Dear money,

I'M EXIST RIGHT HERE. PLEASE NOTICE ME. I REALLY NEEDS YOU!!!! 

Sincerely, me!

Just ignore my language, cara percakapan, carutan & lain lain.

Idgaf. Note that.

Till then! xx


03 December 2012

Just a fate x

Assalammualaikum..

Jumaat lepas aku ikut Kakak pi shooting orang kahwin.

Let's skip this, just straight to the point because i'm too tired to tell you le whole story. Sorry babies.

Waktu nak makan tu aku rasa macam kaki aku pedih pedih. Aku tengok kaki, dah bengkak macam ada semut gigit.

"Oh okay ja tu, semut ketit satgi hilang lah", kata aku dalam hati. Acewah tsk tsk.

Tempat kenduri tu pulak hidang air tebu. Peh memang best la kan penat seharian ambik gambaq boleh rest minum tebu huhuhu (n.n)v

Then pi lah shooting outdoor pulak. Dalam kereta memang aku sesak nafas. Tak boleh nafas. Aku rasa memang pasal air tebu tu. Haih. Tapi aku gagahkan jugak. Peluang camni bukan selalu datang kan.

Lepas tu bermulalah adegan aku gatal satu badan. Allergic kot. Memang macam nak sumpah seranah tapi fikir fikir balik ni semua takdir ketentuanNya, sapa aku nak melawan kan? (u.u)

Waktu allergic tu aku berfikir sejenak, mungkin aku makan ayam lama kot. Tau tak ayam lama? Haaaaaaaaa kalau tak tau tu buat buat muka tau jelah ye? Malas pulak aku nak layan mekeme ni.

Kakakakakakakaka.

Lepas tu balik mandi, sabun badan dengan dettol sebanyak yg mungkin lepas tu allergic tu pun pi jauh jauh. Yayerrrrrrrrrrrrs!

&&& aku tengok kaki kiri yg dikatakan semut gigit tu, bengkak.

Dan sampai sekarang kaki aku bengkak. Semalam dah pi jumpa doktor, doktor suspect ulaq patuk. Kakakaka you're so funny lah. Kalau ulaq dah lama aku terlentang pengsan selama mana yg boleh. Kikikiki

Sekarang dah makan ubat & tunggu jelah apa yg terjadi nanti.

Nah tengok pictures ni.










My kaki kiri oh god me cant tahan to see this 

Dalam sakit kaki ni, hari Ahad tu aku sempat pi interview tau. Haaaa jangan memain uols! Hihihi

Take care. xxx



23 November 2012

You're beautiful x

Assalammualaikum.


When there’s any person I become interested in I become jealous when other people talk to them. I tend to keep it inside and in time I start to let them drift because I know they’ll find someone better.

Or because I am just too scared of getting my hopes up.

Jealousy is a disease. Get well soon, Atyn.

I miss the old of me like seriously.

Enough with this.

----------

Wake up dear self. I'm beautiful no matter what. Just ignore what peoples say about me. Just live my life happily. I'm strong enough to face this.

There are 7 billion people on earth, don't let even one of them ruin your day, my dear self.

Don't be insecure. Just be myself & everything gonna be perfect.

Dear self, see, you're beautiful. 

Ignore the world, just live your life. Only Allah can judge you, Atyn. 

--------

And hey you, yes you who read this. You're beautiful like a princess, priceless & special. Stop telling yourself that you're not pretty. Just be yourself.  Don't compare, everybody has their own beauty in other ways. Everything has its beauty, but not everyone sees it. 

Haters hate because they hate seeing you do better than they will ever.  

Love, me. 

xxx 

14 November 2012

Thanks Allah.

Assalammualaikum.

Thanks Allah for a mother. Protect her.

Thanks Allah for a father. Protect him.

Thanks Allah for a parents I had, bless them dunia akhirat.

Thanks Allah for a lovely sister, protect & bless her.

Thanks Allah for this family member I had. Protect, bless & love them, Allah.

Thanks Allah for everything.

Thanks for this breath. Thanks for this joy. Thanks for these abilities.

Thanks for this lesson.

Thanks for being there.

Love, Atyn,
Your weak servant.

xx

03 November 2012

Bahasa rojak. x

Assalammualaikum.

Kabare semua? Waras? Ngak waras? Ngak papa dong, pergi jahanam aku tak reti cakap bahasa ini. Wkwkwkwkwk.

Hi semua. Sorry, perenggan satu tu annoying sangat. Rasa malu menebal dalam diri apabila terbaca perenggan satu.

Hmm, perenggan kedua tu aku maksudkan betul-betul.

Eh, perenggan ketiga tu jangan ambik serious sangat, aku melawak ja hehehehe.

Perenggan ketiga tu macam annoying ja cara aku gelak kan?

Perenggan keempat tu saja ja buat syok.

OKAY ENOUGH WITH THIS ATYN ROSLAN!

Nak cakap pasal bahasa rojak. You know, macam this la. Haaaa campur-campur bahasa gitew. Hahahaha! It kinda funny to me bila baca but yeah, aku suka.

Dalam kehidupan seharian kita pun kita akan campur adukan bahasa Melayu & English cuma kita saja tak sedar sebab dah terbiasa dengan cara percakapan kita yg suka campurkan dua bahasa ni. I don't blame anyone, sebab aku pun sebegitu jugak.

CONTOH!

1) Kita di shopping mall beli baju or something, nak kena cuba dulu takut sendat/longgar sangat kan, ayat yg kita akan sebut? "Mai nak try dulu, satgi ketat jenuh mai sini balik".

2) Dalam perjalanan nak jumpa kawan, kita text or call dia mesti akan cakap "Haa aku on the way(otw) dah ni, tunggu sat".

Banyak lagi contoh sebenaqnya, cuma otak aku ja malas nak tekan bagi laju sikit. Kalau ada idea mai la komen kat entry ni nah? Hihihik.

Bagi aku, tak salah nak campur bahasa ni. Seronok k. Lagipun aku rasa takda masalah kat mana-mana, campur ja bahasa macam rojak, rojak tu kan sedap. Tak gitu? Hehehehe.

Tapi kalau hang rasa BI hang cekang, cakap jela BI pun, takda sapa halang plus itu lebih bagus.

"Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai".

Acewah..

Hahahaha that's all! Finally ada jugak benda aku boleh 'bincang' kat sini setelah 34 juta tahun aku tak update entry sebegini.

Take care!

Love, Atyn. xx

02 November 2012

Deep in my heart. x

Assalammualaikum.

Allah, thanks for always being there for me when there's no one would listens my story.

Allah, thanks for being a great Listener to me whenever there's no one would understand my story.

Thanks for all this abilities. Abilities to breaths, talks, eats, sleeps, prays, laughs, cry & listens.

*pause*

"Ketika kau tidak mempunyai siapa-siapa, ketahuilah, Allah itu lebih dari mencukupi" 

Petikan dari film Di Bawah Lindungan Kaabah.

*play*

Pernah tak suatu ketika rasa nak insaf tapi ada saja halangan utk berbuat demikian?

Aku ni selalu.

x

29 October 2012

Dear friends, x

Assalammualaikum.

Dear friends,

I know you're not gonna reads this because I know you're busy person in le world. Kalah perdana menteri and so on.

Aku tahu, aku terkandas dekat Jitra sebab pilihan aku. Aku ada banyak pilihan untuk bawa bontot ni duduk dekat mana aku nak, tapi aku memilih untuk tetap tinggal di Jitra.

Tahu kenapa? Sebab aku nak kejar cita-cita aku yg lama tu, aku pilih jalan pantas untuk terus cari duit berbanding 'menghabiskan' duit belajar dekat negeri lain.

Aku ingat raya ni kita semua boleh berkumpul sekali, tapi sayangnya tak. Aku faham fakta tu sebab aku pun ada kakak yg pernah pi belajar & balik dia nak spent time dengan family. Aku tahu.

Tapi conclusionnya selepas aku duduk semeja dengan Man yg jugak merupakan student IPTS, dia pun cakap banyak antara kawan-kawan kami dah berubah lepas masuk universiti masing-masing.

Ada yg terus hilang tanpa khabar berita. Ada yg sibuk tersangatlah gila. Ada yg call cakap nak jumpa tapi masih tak jumpa-jumpa.

Aku & kawan-kawan yg 'terkandas' tinggal dekat Jitra ni memang kena kuatkan hati kami. Serious. Aku selalu lepak dengan Pikah & Man ja. Yg lain aku dah tak pasti.

Kadang-kadang malas jugak aku nak jawab pertanyaan family aku soal kawan 'rapat' aku, aku cuma jawab "kawan lagi, cuma tak rapat macam dulu".

Kawan, nak tau dak, ayat tu yg paling aku takmau untuk cakap tapi sekarang aku terpaksa cakap.

Sekarang, aku rapat dengan orang yg aku tak rapat dulu. Dan orang yg sepatutnya lagi rapat dengan aku dah tak rapat. Takpalah, aku faham.

Aku harap suatu hari yg indah nanti, kita boleh kumpul sesama, bercakap soal apa yg kita pernah lalui bersama dulu.

Touching entry, I know.

Jaga diri, kawan.

Much love,
Atyn. xx

27 October 2012

My raya x

Assalammualaikum.

Happy eid adha to all Muslim out there. May Allah bless us!

So, my raya was awesome/tak awesome sama banyak ja. Takda yg special pun. Pi beraya rumah kawan-kawan pun tidak. Kawan-kawan yg datang ke rumah pun Pykah & Man ja. Yg lain taktau pi mana hilang.

Nadia still contact dengan aku. Nisak? Pi mana pun aku taktau. Hmm takpalah, jaga diri baik-baik.

Seriously aku dah malas nak blogging. Aku rasa macam nak vlog ja lepas ni, so tunggu jelah k? Malas sebenaqnya nak taip panjang-panjang ni.

Hmm layan la gambaq raya. Sikit ja. Malas nak upload banyak.

Hiks.








Tu jela. Malas. Hihihihiks bye.

Take care fellas! x 

18 October 2012

My birthday x

Assalammualaikum.

Happy. x

Thanks for all the wishes, the gift, the prays & the foods, of course. Truly appreciate it. Eventho I didn't get a wishes from my besties (mohon terasa), never mind, I'll used to it.

Hahaha I don't blame them, I'm hiding my date birthday on my facebook, people didn't know it. But 'some' people who really cares about me, they wish'd it for me. Thanks guys, I really really really appreciate it. I can't describe with my words like seriously.

Kak Eda give me a present, thanks. Mak Tam which is Kak Eda's mom masakkan laksa Kedah untuk aku. Woof sedap. Thank you so much.

Then petang tu mama balik belikan kek untuk aku, hehehe I'm happiest girl in le world. Thank you!

Taktau nak update apa lagi.

Thank you so much for all the wishes. May Allah bless us together!

Sikit ja, alhamdulillah syukur ada jugak yg ingat kan? Hehehe.

Oh btw, sorry @CikNajwaa & @natasharozi, duh, aku lupa favorites tweet depa. Huhuhu so sorry. I love both of you! =)

Take care. xx 



16 October 2012

Jeng jeng jeng lol x

Assalammualaikum.

I hates waiting & I bet no one likes it. Right?

Okay, tomorrow (17 October) is my birthday. I don't expect anything. I really miss my friends & to have them around me right now could be great.

Nadia Ismail is on her way back home & I really excites to meet her. Really miss my besties. All of them.

Hari ni (16 Oct) cukup setahun dorang buat surprise dekat aku, to be honest I really miss that moment.

Nak lagi boleh? Semua rasa yg terkumpul waktu tu, aku nak ulang lagi boleh?

Love, Atyn. x

15 October 2012

Glad you 'came'

Hey you, I dreamed about you last night. Nothing specials. So don't expect anything. Move on. Bismillah.

----

Love, Atyn. xx

13 October 2012

Dear future husband, xo


“Rasanya ingin berlari mencarimu, menarik tanganmu saat aku telah menemukanmu dan menggenggam erat tanganmu agar kamu tidak pernah pergi lagi”


You may say that I'm too young to talks about "Dear future husband", aight?

But love doesn't knows age. Note that. 

Love, 
Atyn. xoxo

09 October 2012

Random Preparation

Assalammualaikum.

 Hey there y’pa. Its October already, my month.

 As you guys knows, I’m not a clerk anymore. There’s many reason why I resigned, no need to know la kan, kala nak tau silalah pergi panjat pokok rambutan lepas tu bagi dekat aku k? Hihihi lawak hambiaq.

 Sekarang ni tengah buat preparation untuk wedding along. Even lambat lagi tapi apa salahnya buat persediaan sekarang. Sediakan nasik sebelum lunch. Lulz.

 Kadang-kadang bila fikr apa yg aku & family nak hadapi untuk majlis tu nanti sangatlah menyeronokkan. You know, macam family & kawan-kawan boleh berkumpul sekali. Meriah. InshaAllah. Me can’t wait for that, for sure.

 Aku dah list dah sapa aku nak jemput nanti. Alah, nanti dah nak dekat dengan majlis, dapatlah seruan-seruan aku ye? Tunggu.

Majlis kahwin along nanti inshaAllah buat dekat Dewan Jitra. Hehehe i'm happy much. You know why? Kalau buat dekat rumah, aku jugak kena kemas itu kemas ini.

Yeah i'm not good at blogging dah kot. Zzzz bosan gila baca blog aku. Pi baca blog orang lain lah pulak. Hihihihi. Sorry.

Okay, im going to sleep. Take care. xxx

16 September 2012

Malaysia

Assalammualaikum.

Aku anak Malaysia & aku bangga jadi rakyat Malaysia.

Apa yg menariknya Malaysia? Apa kelebihan Malaysia berbanding negara lain? 

Hai semua! Aku Atyn Roslan nak cerita pasal uniknya Malaysia. Okay, nampaknya penulisan aku kali ni sangatlah formal, ini kerana apa? Kerana aku orang Malaysia dan orang Malaysia bertuturan sebegini, penuh dengan lemah lembut & adab sopannya.

Okay, enough with that Atyn.

Har har har. Harini kan Hari Malaysia, aku nak ambik kesempatan ni nak update pasai Malaysia la ni. Bagi laluan bagi laluan, Atyn Roslan nak lalu. Kihkihkih.

Okay, let's start!

1. Perayaan 
Kita boleh raikan banyak perayaan sebenarnya. Kalau awak tu cukup 'buta', awak takkan nampak semua ni. Eh tetiba. Hahaha. I mean, tengok, kita Muslim pun kalau agama lain contohnya India & Cina sambut Deepavali & Chinese New Year, kita pun cuti. Ini kerana apa? Sebab kita 1Malaysia.

2. Makanan
Haaa ni sapa tak suka makanan Malaysia ni mai aku lempang dia guna batang mop. Har har. Kita ada budu, kita ada tempoyak, laksa, satay, peneram, nasik kerabu & macam-macaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam. Kalau update pasai makanan dekat Malaysia ni, sampai Blogger.com ni pencen pun aku rasa tak habis lagi. Sapa tak suka makanan Malaysia tu memang dia tasteless la. Ryan Higa pun cakap "food in Malaysia is truly amazing". Haaa hang nak apa lagi kan? Hahahaha

3. Tempat percutian
Ni ada dalam wishlist aku nak pi jelajah Malaysia tapi taktau bila. Kahkahkah. Tunggu nanti InshaAllah kalau duit banyak aku pi la muehehehe. So far ni tempat yg masih belum aku pi ialah Johor, Kelantan, Teranggu & Sabah ja, yg lain Alhamdulillah dah sampai. Paling teringin nak pi Sabah. Pulau Sampoerna paling aku hajati nak pi pun.

4. Budaya
Banyak gila budaya yg kita ada dalam Malaysia ni. Nak sebut kat sini macam aku kata tadilah dekat bab makanan tu, sampai blogger ni pencen pun tak habis aku menyebutnya. Hahahaha.

5. Kaum
Kita ada banyak kaum. Semua ada, nak apa? Sebut ja. Hahaha.

Aku taktau dah ni, otak jem sat. Sampai situ ja kot aku update sebab taktau dah nak taip apa. Kalau sesapa rajin tolonglah update dekat komen entry ni.

Sebenaqnya aku up-kan entry ni sebab aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua warga Malaysia.

Aku bangga jadi rakyat Malaysia & bersyukur sangat sebab boleh hidup kat Malaysia tanpa bangun pagi-pagi fikirkan soal perang & sebagainya. So bersyukur lah sikit, kita generasi merdeka. Tak payah susah-susah berperang dengan penjajah. Thank you Allah for everything.

May Allah SWT bless Malaysia.

Happy Malaysia Day!!!!! 


13 September 2012

13 Sept. 2012

Assalammualaikum.

Lama betui tak update blog ni. Berhabuk teruk gila. Puih puih (buihh habuk dalam blog, sapu sawang) lol im totally lifeless.

 Kak As , yeah boleh click link tu, aku sebenaqnya panggil kat dia Kakak ja. Hahaha sebab terbiasa panggil & waktu duduk dengan kawan-kawan dia awkward sikit la sebab depa panggil dia Kak As. Haiyo ayoma ayopa.

12Sept haritu kakak ajak aku join untuk shoot konvokesyen polimas kali ke-26. Tunggu lagi aku tak join kan? Mesti ah join. Kebetulan kedai jahit tutup sebab Kak Eda hantaq adik dia pi PLKN. Yehaaaa.

Aku ni semangat gila prepare barang, baju, kasut apa semua nak pi sana tu. Aku bangun awai, dalam pukui 6.11am mama gerakkan. Lepas dah siap-siap, aku breakfast sat. Nasib baik hari tu perut ni tak meragam. Kalau tidak, bersepai bakhiang. Eeee yuks.

Then pukui 7.40am kot kakak & abg Fendi (husband dia) datang ambik aku. Potpet potpet dalam kereta, kami sampai dekat dewan wawasan. Harei manusia kemain ramai dekat situ. Yelah dah nama pun konvo kan. Takkan sorang ja kot yg terpacak situ. Jammed nak mampus.

Dah masuk dalam dewan, duduk senyap. Aku ambik dua tiga keping gambaq, lecturer tu mai lecture aku suruh jangan ambik gambaq. Okfine. Upacara tu boring gila. Panggil la Maroon 5 mai buat konsert takdalah boring sangat ye dok? Okay annoying tahap babun kena sawan -__-

Aku duduk dengan abang Fendi. Kakak dok tepi stage sebab ambik gambaq graduan. Dok sejam dalam dewan, abg fendi nak keluaq sebab tak tahan sejuk. Hahaha. Waktu tu tetiba ayat Hantu Kak Limah Balik Rumah terlintas "Orang Jawa mana tahan sejuk". Memang betul ah ayat tu. Abg Fendi orang jawa. Hahahhahaha gelak guling-guling.

Then abg fendi mesej suruh pi kat dia, dia dok makan. Aku pun pi lah. Then blablabla dia nak keluaq sat, aku pulak dok kat luaq. Huhuhu sedih. Sebab kad masuk dewan as a photographer ada dekat dia so aku tak boleh masuk. Duduk kat luaq sat jadi street photographer. Hehehe try saja.

Then dok melewaq sorang-sorang, Abang Din (ketua photographer) nampak aku, dia panggil aku tanya nak masuk ke dak dalam dewan, tunggu lagi tak masuk. Hehehe dia bawak aku masuk dewan hehehe lega!!! Baiknya dia ni :-))

Aku duduk sebelah tok & tokwan ni mai tengok cucu depa konvo. Syok gila sembang dengan tok chaq ni. Baik sangat-sangat. Dia suruh aku ambik gambaq depa 3 beranak satgi bila habis, nanti cucu dia add aku dekat facebook sbb nak tengok, tapi sampai sekarang tak add pun. Huhuhu.

Lepas dah habis konvo, aku pi la ambik gambaq depa 3 orang. Waktu jalan nak pi tu kakak call suruh pi kat stage. Lepas bergambaq-kan 3 beranak tu, aku pi la dekat kakak. Kenai-kenai dengan kawan-kawan dia. Yg sorang tu style sebijik macam Awi Rafael. Me is so suka y'all. Eh suka style dia saja.

Then dah habis semua tu, kami keluaq dari dewan pi makan. Aku tak lunch pun, malas, takda mood sebab tempat tu sesak. Depa 3 ja makan, abg fendi, kakak & Ti'e (yg mcm Awi Rafael tu).

Lepas tu masuk dewan balik, saja lepak dengan kakak dok sembang pasai camera. Then abg Din mai huluq RM 200.00 suruh pi beli KFC lepas tu pi studio utk makan ramai-ramai. Me is sho happy y'all. Hihihihi.

Pi studio pulak ramai nak mampoih manusia nak ambik gambaq konvo. Jenuh tunggu aku. Then abg Din panggil geng-geng yg takda kena ngena dengan shoot studio tu utk makan. Makan ramai-ramai. Aku? Mesti ah malu. First time jumpa siap makan ramai-ramai. Malu gila weh.

Lepas makan, buat hal masing-masing. Lepas tu sesi bergambaq dengan semua yg terlibat dengan team photographer tu. Then depa panggil aku. Heheheheheheh thank you. Buat eksyen macam-macam. Sporting habis.

Lepas tunggu Kakak transfer gambaq, dalam pukui 7.30pm baru depa hantaq aku balik. Penat jugak ah. Tapi memang banyak pengalaman aku dapat. Thank kakak & abg fendi sebab sudi ajak. Balik tu aku add la yg mana aku kenai dekat fb hehehehe.

So tu jelah. Mai layan gambaq sepam dua.






Ni lah 3 beranak tu :-)))


Ti'e. Suka tgk boot dia :D 


Ni student poli. Dok tolong2. Depa ni baik :-))) 

Letih ambik gambaq 2 hari berturut2.



So tu ja! Heheheh great experience ever! Thanks everyone. Have a nice day.

Take care. x 




06 September 2012

New life. x

Assalammualaikum.

Setelah lama aku sabar, menanti saat-saat indah utk aku dapatkan apa yg aku hajati. Akhirnya, tanggal 5/9/2012, Dia makbulkan apa yg hamba Dia yg hina-dina ini nak. Terima kasih Allah SWT. Terima kasih mama & abah. Terima kasih semuanya sebab sudi beri apa yg budak tak awesome ni nak. Terima kasih.

Nikon d60, hai sayang! Selamat menjadi hamba abdi Atyn Roslan! Hahaha rasa macam kejam pulok cop si camera ni hamba abdi. Hahaha i'm sorry baby.

Damn, aku taktau nak taip apa dah.

Oh.

Hari Ahad haritu along & abang Amzar ada photoshoot pra-wedding dorang. Pykah make-up-kan along. Abang Amzar takyah cakap, tak perlu di-make-up-kan atas sebab tertentu. Miahahaha.

Aku ajak Pykah teman. Yela waktu tu semua kawan-kawan aku yg lain sibuk. Masing-masing balik ke tempat belajar depa kan? Hmm.

First tempat utk dorang photoshoot dekat tepi laut (eh? Laut ka pantai aku pun tak sure doh). Hahaha. Aku dengan Pykah menjalankan sesi photoshoot kami sendiri. Sad part sebab bukan guna camera mahai (waktu ni tak beli lagi nikon ittew tu).Tambahan pulak canon aku battery flat, so guna iphone jela nak ambik gambaq pun.

Lepas dah selesai kat situ, kitaorang bergerak ke muzium dekat marina bay tu. Eh, aku tak pasti pulak muzium tu nama apa. Cis. Waktu memula sampai tu si Pykah pulak nak terkencing. Dia memang ada masalah pundi kuat kencing. Kemana kami pi mesti dia akan ke tandas. Lepas dah ber-tandas-kan diri kitaorang, kami pun berjalan dengan lemah gemalai ke along & abg amzar.

 Waktu kami pi kat dorang tu kami sedar yg kereta photographer tu takda. Aku tanya along dia pi mana, along cakap dia balik semula dekat tempat kami first ber-photoshoot. Awat? Sebab dia tertinggal bag camera dia. Gila beteiiii. Kalau aku cuak nak mampuih. Dia tinggal d60 dia dekat along. Aku pun apa lagi, ganyanglah camera dia tu. Miahahaha. Saja ja nak test canon d60 awesome ke tidak. Memang awesome habis. Haih sangap gileeeee.

Along call dia utk bertanyakan jumpa ke tidak bag tu. Dia cakap “enggak dong, guwe tidak ketemu bag itu, guwe sudeh bengong doh, guwe mahu terjun ini selut doh”. Lolz. Kill me please? Hahahaha. Okay. Pasal bag dia tak jumpa dah tu memang betul. Yg lain nak terjun selut apa semua tu hanyalah rekaan semata-mati. Eh saya tak typo k. Nak bahan lettew. Kihkihkih.

Dia datang balik dekat kami dengan muka ceria & cakap “korang simpanlah kamera tu, guwe ngak mahu lagi kamera itu, guwe mahu jadik tukang kebun doh”. Lololololol im kidding. Dia coooool ja mamat tu. Kerja perlu diteruskan katanya. Dalam bag tu ada speedlight & lens lain. Total semua dlm bag tu lebih kurang RM3,000. Dan dia masih boleh buat lawak & tersenyum.

 Kalau aku? Selut tu aku telan buat ubat stress. Hahahaha. Kesian dia.

Waktu dia ambik gambar along & abang tu, dia cakap dengan nada ceria “kalau dekat sini ingatkan boleh guna lens lagi satu”. Alololo kesiannya kamu. Bersabaqlah. Allah bersama dengan orang-orang yg bersabaq :’(

Aktiviti photoshoot masih diteruskan. Lepas dekat muzium tu, abang photographer tu ajak kitaorang ke jeti pulak. Dekat situ mmg menguji kesabaran hidung wa cakap lu. Busuk ya amat. Busuk tu Pykah la bagitau aku, sebab aku tak bau apa sebab selsema. Yay! Muwahahahaha gelak like a boss. Tempat dekat jeti tu penuh siput. Celik mata jumpa siput, celik mata nampak pykah tengah korek hidung. Miahahaha.

Sesi ber-photoshoot tu habis pukul 6.40pm kalau tak silap. Lepas tu abg drive balik Jitra. Laju kemain. Sebab pukul 8 dia nak kena balik Penang dah utk lapor diri. So macam terkejan-kejan sikit. Waktu balik tu mama dah sediakan nasik & abah pun dah ambil ikan siakap fresh gittew dekat kedai utk dinner kami.

Pykah join sekaki makan kaki. Muwahahaha. Makan nasik lah. Sedap kemain. Pykah tambah nasik sampai 3 pinggan. Amboi. Kalau aku buka kedai ni untung sakan. Hohohoho. Pukul 8 abang Amzar terus gerak balik Penang. Pykah? Jadi maid kiteowangz lah. Kahkahkah. No, along hantar dia balik lepas dia makan tu.

Hmm, that’s all. Btw, HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA!!!! Lambat sangat kan aku wish? Hihihihi I’m sorry. Busy lately!

 Take care fellas!

 Much love, Atyn Roslan. x

26 August 2012

Raya 2012

Assalammualaikum.

How's your raya guys? Me? Good.

19.8.2012

Orang ramaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai sangat datang ke rumah, alhamdulillah. Pukul 10am orang dah datang. Lepas tu kami satu family ada waktu rehat kira-kira 20 minit saja. Lepas asar sampai pukul 12.00am  pun masih ada orang datang. Penat saja Tuhan Maha Tahu.

Aku pakai baju raya kaler merah. And for the first time, aku di-makeup. Awkward. Rasa muka macam pontianak sakit tekak pun ada. Malu weh. Aku tak suka ber-makeup. So gambar utk raya pertama sangatlah sedikit. Sebab mood tetiba down nak ambik gambar. Luls


20.9.2012

Raya kedua raya untuk beraya ke rumah orang! Bye-bye rumah, awak jaga diri jangan main lompat dalam guni k. Luls.

First house kami pi rumah Pakcik Mat. Nothing much to eat actually. Makan kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Lol. 

Lepas tu ke rumah Abg Mie sebab open house & birthday si comel Batrisha. Aku make-up jugak haritu. Aku tak selesa. Kat rumah abg mie memang rasa awkward nak mampus. Aku ke tandas buang segala makeup yg ada. Dengan tak cukup tisu buang makeup, dengan tali singlet yg loose sebab terpakai singlet yg salah. Arghhhhhhhh me feel like wanna kill myself. Lol kidding. 

Gambar utk raya kedua takda sebab bosan dengan diri sendiri.

Lepas tu ke rumah Uncle Ayon di alor setar. Haa ni best ni. Ada nasik & muchhhhhhhh more. Tapi aku makan nasik jela. Lepas makan kami bersembang bagai nak rak, bagai nak roboh rumah tu luls me just kidding. 

And then lepas tu balik kampuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuung! Yayay! *nyanyi lagu Sudirman*. Hahahah kejadah motip aku ni?

Jumpa mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat membawa berkat. Hihihi tapi sebelum tu aku terjumpa tandas rumah maknjang dulu. Peh tak tahan  nak membuang. Orang offer 2 juta utk tahan 'benda' tu pun aku tak sanggup rasanya. Wakaka

Jumpa cousins lah paling syok sekali. Serious. Rasa macam nak ulang raya tahun ni sebab depa ja meriahkan suasana. 

Bila malam menjelma, depa pulak datang ke rumah aku. Order pizza 6 keping, kami makan sampai pengsan. Luls. Gosip, gelak, makan & tengok video 5 days of MC sambil gelak sampai perut keras. Hahaha. Seronok ja waktu tu. Merapatkan silaturahim. 

21.8.2012

Raya ketiga. Raya utk jiran-jiran aku kumpulkan semua tenaga utk ber-bbq malam tu. Hehehe the best moment I guess. Rasa macam nak buat tetiap minggu. Kan seronok. 

Siang tu semua bersatu tenaga sediakan bahan-bahan nak buat bbq. Along sebagai tukang pegang duit & dia jugaklah tukang runner barang, beli itu beli ini. Abah pulak tukang kutip duit & cari alat nak bakar tu. Alhamdulillah dapat jugak. Mak Kiah sebelah rumah tukang buat gulai ikan yg sangat superbbbbbbbbb! Rasa gulai tu masih ada k. Ramai lagi la. Jenuh aku nak sebut satu satu. 

Petang tu aku & along ke supermarket beli sosej utk dibakar. Lepas tu pergi ke jeti Kuala Kedah sebab nak ambik abang ipar yg dijemput utk menyertai bbq tersebut. Jammed macam harem. Aku tak boleh la kereta sekejap jalan, sekejap berhenti ni sebab jakgi aku konfem muntah. Lepas tu dengan radio yg penuh dengan iklan ntah apa-apa. Lagu takda. Iklan 24 jam. Go die.

Aku dengaq lagu dkt mp3 abang amzar jelah sambil texting. Tengok-tengok sampai dah. Legaaaaaaa! Rasa macam nak cium tanah. Hahahaha

Bila dah sampai tu kami semua buat preparation utk membakar. Malam tu semua happy-happy. Ramai jugak kami jemput, depa datang. Yg abah pi panggil jiran-jiran lain ada yg datang ada yg tak datang. Heh. Lantak ah.





So that's all aku rasa. Macam sakit jari pulak aku taip lelama ni. Esok dah start kerja. Goodbye.

Take care. x

25 August 2012

ƪ(♥ε♥)ʃ

Assalammualaikum.


"Just because it’s not happening right now doesn’t mean it never will. God has perfect timing. He will grant whatever is intended for us at the right moment, with the right person and with the right reason.

 I have been single for almost 4 years already. There has been guys who were with me, but left me in the long run. At one point, I feel a little bit sad and discomforted by the thought of being alone. By the thought of not having someone to kiss goodbye, not having someone to hold hands with, not having someone to hug when I feel cold, not having someone to call and text to during my free time and not having someone to bring me home during late nights.

You may ask, what should I be thanking of at this point in time. The answer to that is simple. I’m saved from all the heartaches. Admit it, no matter how happy any relationship could be, there’d still be heartaches and pain at some point. The mere fact that I am a very vulnerable kind of girl makes me feel more safe and secure when I know that I’m single. I know that in time, God will give me that person who deserves me and has been waiting for me all these time - with His power and His timing. So, I just live life. Let myself be happy and enjoy what life has to offer."

From tumblr. Copy & paste.

 ‏ x

17 August 2012

Its miracle//

Assalammualaikum.

Ramadan is about to leave us & that's was the sad moment in my life, thought.

So, how's Eid preparation so far? Me? Pretty good. I'm gonna makes some cookies tonight & for a God sake, i can't wait.

*switch on to BM since when i don't know how to type in english* lolz

Kelmarin 16-8 merupakan hari paling indah, stress, penat, kelaparan, seronok, excited & sebagainya dalam hidup aku. Aku masuk tempat menjahit tu pada 3-6-2012, belajar jahit guna kertas dalam 3 hari sahaja, lepas tu belajar buat lubang leher untuk baju kurung.

Lepas 2/3 minggu (I'm not so sure) terus buat baju kurung & alhamdulilah jadi even macam teruk sikit, eh  eh first try aku okay. Hahahaha

Lepas buat baju kurung terus dapat job buat langsir untuk surau kampung seri kelubi. For the first time aku tertanya dekat diri sendiri "Mampu aku buat semua ni?". Aku yakin aku mampu. Waktu tu takda orang dah yg akan tolong aku buat, aku sorang diri. Kak Eda tu sibuk buat baju raya orang.

Tapi semuanya ada hikmah, aku buat tirai tu sebenarnya bagus jugak, melatih kaki ni pijak paddle mesin tu.

Lepas aku struggle buat sorang-sorang tirai tu, akhirnya semalam, aku siap. Tak tahu rasanya nak lahirkan rasa syukur ni. Pukul 12.30pm aku & kak eda terus ke surau untuk pasang sesiap tirai tu.

Waktu pasang tu masalah memang banyak. Ada kain tirai yg terlebih lebar. Aku terdiam sat. Memang aku macam nak tabuh sapa saja yg dok kat situ tp bila aku fikir balik bukan salah aku buat tirai tu jadi lebar. Its Kak Eda's fault. Dia yg ukur.

Aku sedih sebab aku rasa aku teraniaya buat tirai yang panjang berjela. Siap boleh 'balut' surau tu. And luckly we have Mak Tam. Dia yg terfikir gunting apabenda ntah & finally we done! No, i'm done! Lulz

So here's the picture. Aku ambil banyak gambar tp yg ni aku rasa nak upload. Jangan ingat aku buat untuk satu tingkap ni saja, aku buat untuk 10 tingkap. Aku ulang, 10.


I'm doneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! 

Thanks for the congrats wish for those yg wish dekat twitter, i really appreciate that. 

*flip hair* 

So I guess that's all for today. Selamat menyambut kedatangan Syawal. Have a great raya okay?

Take care. x 

06 August 2012

Keep calm & read this.

Assalammualaikum.

Happy fasting & salam nuzul Quran to all muslims around the world. Alhamdulilah all praises to Allah for today.

My life being so great now. Alhamdulilah. Meeting new peoples in my life & ect omg I can't list it, I'm sorry.

Hari Jumaat malam tu along & her fiance abang amzar went home safely with their new car. Hehehehew. Esok tu aku cuti kerja sebab teman dorang ke butik pengantin (s) untuk booking sesiap along punya wedding dress.


Mosaic-kan along sbb-sbb tertentu. I'm sorry :'( 
And that's not her wedding dress excused me. Hehehehew. Tak surprise lah kan kalau tunjuk sekarang?

Lepas balik dari pi try baju pengantin apa semua ni aku balik tu terus terbongkang tidur haa sampai tak sedar dah nak berbuka. Letih sangat weh. Agak pening ah waktu nak berbuka tu tapi still control macho. Eh tetiba :p

Malam tu along pulak ajak pi bersahur. Mama & abah takmo ikut sebab letih. Sigh. Kami bertiga jela pi. At first ingatkan nak makan dekat KFC tanah merah ja tapi bila lalu ja orang kemain penuh macam baru nak berbuka even though dah pukul 12am. Sahur la kot. 

Dekat Yawata pun manusia macam semut. Pandang kiri, manusia. Pandang kanan, manusia. Pandang bawah, kaki aku sendiri. Lolz. Lawak hambar tahap semut jilat ice-cream aku. 

Kami pun terlajak kereta boleh diundur, terlajak bubuh penampar dekat muka orang, muka kita kena simbah asid. Lulz takda kena mengena. *facepalm*

So kami pun terlajak ke alor setar sebab perut masing-masing meronta nak Mcd. Tapi sayangnya Mcd sekor pun takda. Cis. Lepas dah penat pusing alor setar walaupun kami hanyalah menunggang seekor kereta, tp kepenatan tu terserlah. Kami terus decide nak makan dekat Gemilang Burger Alor Setar sahaja. Orang & nyamuk sama banyak. Masing-masing nak makan daging burger & darah manusia.


Start dari malam ni aku respect nyamuk sebab tak kacau aku langsung. Hahahaha malam tu yg selalu kena 'paku' dengan nyamuk ialah Along. Good mosquitoes. 

Pastu esok tu along & abang amzar pulang ke negeri masing-masing. Acewah. Aku pun ada event lain petang tu, berbuka puasa dengan kekawan sekolah. Excited? Mesti ah! Tapi ada rasa awkward sikit sebab tak cukup orang waktu berbuka tu. Pikah, Zahidah, Paknon & Danial takda. We used to hanging out together lah. Sedih. 

So here's the pictures. 










Thanks Aie sebab menumpangkan kitaorang yg sah-sah bising nyanyi lagu raya dalam kereta kamu. Love always. Btw gambar Nisak takda sedangkan dia pun ikut. Sibuk sangat nak makan hahahahaha

Okay that's all I guess. Jumpa lagi nanti. Jaga diri & jaga adab. Selamat berpuasa! 

*counting hari nak raya* 

Bye x