chapter 20; God created me with love.

31 January 2011

MD- Merentas Desa

Assalammualaikum.


Acara merentas desa untuk kali terakhir sebagai seorang pelajar SPM macam aku ni. Nak enjoy puas-puas sampai sakit kaki. Jaga diri.

Loves,
Atyn!

Okay bye!

29 January 2011

Plan cuti Sekolah

Assalammualaikum.

Ehem. Entry ni personal sikit kot sebab macam tak sesuai untuk tatapan umum kan. So, aku nak sembang dengan budak-budak sekolah sebentar. Yang sudah kerja, pergi main guli jauh-jauh. Jangan suka sangat dengar budak-budak sembang. Cewahh ayat!

Cuti ni takda plan pun nak pi merata. Full of kenduri kendara. Alhamdulilah makan free! Yeay! Tadi mintak baju kurung yang baru kat mama. Asyik pakai baju kurung yang kaler gold tu, and baju kebaya hitam tu je kan? Hmm, reasons aku dok pakai baju yang tu, sebab baju tu pun yang buat aku selesa. Baju-baju tu juga buat confident aku melambung tinggi. So jawapan mama, nanti kita pi beli. Aku plan nak pakai yang cotton punya kain. Sebab simple, selesa, sejuk dan murah. Pasal colour mungkin Orange kot? Hm, sesuai tak?

Cuti ni bukan cuti penggal ke apa ke, tapi cuti sebab GONG XI FAA CAII! Angpau meh? Hehehe. So, orange baju kurung kali ni bertemakan buah oren yang comel + manis tu kan? *Perasan.

Cuti ni aku bet, memang kerja sekolah bertimbun! Sapa berani letak lah 5juta pun. Aku yakin ni aku menang. Kehkehkeh. Kerja sekolah wajib ada nanti :
-Sejarah
-Sains
-Sains sukan
-Bahasa Malaysia

Aku bet ni! Okay bye!

27 January 2011

Ciri-ciri manusia yang aku tak suka

Assalammualaikum.

Okay, malam ni aku nak cerita pasal benda yang aku tak suka. Kalau ada persamaan dengan korang, ambil highlighter, highlight kan dekat yang mana korang rasa sama okay? Aku gurau je okay? Nanti kang tak pasal-pasal ada yang dok buat betul-betul pulak.

1. Orang yang suka jatuhkan kawan sendiri.
-Aku sangat benci orang ni. Orang yang selalu buat orang lain rasa down, orang yang selalu buat orang lain senang low-confident. Kenapa mereka suka sangat buat orang down? Haaaaa, sebab mereka sangat perasan diri mereka tu semua sangat perfect, so mereka takda kerja lain selain buat orang rasa sangat rendah diri. Kesian kan? Untuk mengubati luka orang-orang yang selalu kena push ke bawah ni, puji mereka walaupun anda sendiri pun nampak kekurangan kat dia. And don't be shy untuk tegur kekurangan dia supaya dia boleh memperbaiki kekurangan dia. Tunjuk lah sikit rasa prihatin anda tu ye!:D

2.Orang yang selalu menipu.
-Untuk orang ini, aku sarankan kau cepat bertaubat. Jangan sampai tembelang kau pecah. Jangan asyik menipu sangat. Seperti kentut secara diam, lama-lama bau jugak. Aku sangat benci orang menipu. Kenapa perlu menipu? Mungkin ada yang setengahnya suka menipu sebab nak tunjuk kehebatan diri. Padahal dalam diri tu kosong, cakap ja banyak!

3. Orang yang cakap besar.
-Kenapa perlu cakap besar? Dr.Rozmey ada 40juta dalam poket pun low-profil ja. Kadang-kadang bagi aku orang yang selalu cakap besar ni boleh dikategorikan sebagai manusia syok sendiri, loser dan lakhanat. Aku sangat menyampah kalau ada manusia macam ni sekitar aku. Dan sebenarnya sudah ada orang macam ni keliling aku. Aku cuma perlu diam, dengar & mentafsir. Korang pun layan je kalau ada orang macam ni. Layan ataupun ikut serta dalam percakapan besar si dia tu! (Ewah, macam ayat majalah noks!)

4. Orang yang selalu menunjuk barang-barang mahal mereka.
-Bagi korang, "lantak depa lah nak menunjuk ke tak? atyn ni poyo lah nak kecoh pulak dalam hal ni! Ingat bagus sangat lah tu..". I don't care honey! You all boleh cakap apa saja yang you all nak. Saya sangat tidak peduli. Saya masih menegaskan saya tidak suka dengan orang macam ni. Ala, setakat beg Nike, Adidas tu apadahal lah weh? Usung merata! And yang tak boleh tahan tu, siap kasi tau harga. Perlu ke aku atau mereka tau? Hahahahah! Childish betul kau ni. Nak bagi orang tau sangat ke kau tu gila barang branded? Tak perlu la nak usung ke merata. Orang yang boleh 'scanned' barang branded ni sah-sah dah tau ciri-ciri sebenar sesuatu barang tu, so tak payah menunjuk sangat okay? Chanel, Padini, Gucci, Guess, blablabla, lantak lah!

5. Orang yang hanya pentingkan rupa paras saja layak jadi kawan!
-Pergi mampos sama kau! Muka kalah cabai hijau, ada hati nak memilih kawan. Pirahh. Ingat, Allah yang tentukan muka seseorang tu cantik atau sebaliknya. So terima saja lah kenyataan tu. Tak semestinya muka hodoh, perangai tak elok. Dan tak semestinya muka elok, perangai tak hodoh okay? Kena ambil perhatian tu. Berkawan ni jangan memilih sangat. Apa yang Allah kurniakan kepada setiap makhluknya, adalah sebaik-baik kejadian. Ingat tu ye anak-anak! Be a good friend okay?

Tu je yang Atyn Roslan nak sebarkan. Maaf kalau ada yang terasa atau tersentap!

Okay bye!

Takda niat!

Assalammualaikum.

Rasa sangat terhina apabila otak ni tak dapat berfikir sepenuhnya nak guna background apa yang paling urban dan cool dalam blog yang buruk gila babi ni. Last-last, tangan ni tiba-tiba suruh cari yang ala-ala kertas. And finally macam lawa pulak. Okay, aku perasan!

5 hari dalam 1 minggu, cukup kotak buku kedatangan cikgu ditanda. Menunjukkan bahawa aku datang ke sekolah. Untuk meneliti hari-hari terakhir di sekolah tersebut. Okay, aku tau ayat sangat skema! Hahahahaha.

Boring la bila nak baca surat khabar, bila nak buka web-web yang bergosip tanpa henti pasal artis. Yang paling top story sekarang ni pasal FS, JJ dan ND. Tak perlu aku type nama mereka sampai lekang keyboard ni. Semua orang mesti tau kes ni kan? Barang sesiapa yang tak tau, keluar dari rumah kau sekarang! Pergi beli akhbar!

Bagi aku, semua pihak mengada-ngada. Sebelum dotdotdot, kemain kau bercinta segala bagai. Lepas dotdotdot, sama-sama nunding jari. Masa sekarang la nak tunjuk segala bukti. Aku call kau, kau call aku. Bagi aku, permainan anak seni tak pernah berhenti.

Dah dah, stop cerita pasal mereka. Bukan niat pun aku nak kritik.

25 January 2011

Malu nak berweb-cam

Assalammualaikum.

Okay memang aku mengaku aku jenis pemalu. Tambahan kalau first time jumpa secara real. Kalau korang terjumpa dengan aku, dan aku menjadi tunggul disitu, sila jangan marah dengan aku. Hahaha. Sebab aku memang diam sejuta bahasa kalau real. Kalau dalam Fb, laju ja jari ni menaip, bila berdepan, rasa macam nak teranjang aku hidup-hidup, aku tahu.

Memang susah sikit nak bersembang kalau first time jumpa. Aku kena tengok dulu 'cara' orang yang aku kenal tu. Kalau aku sembang lebih, nanti dia kata aku ni over pulak kan? So aku decide nak diam ja. Nak tengok 'permulaan' perkenalan kami dulu macam mana. So, kalau jumpa second-time, mungkin diam aku ni dah semakin jauh. Harap korang faham sendiri lah ye anak-anak.

Aku teringin sangat nak berweb-cam. Bukan apa, teringin ja. Hm. Tapi aku malu. Mungkin aku kena kaunselingkan diri aku supaya rasa malu ni dijauhkan sedikit demi sedikit. Aku akan cuba sebaiknya untuk hilangkan rasa malu ni.

So, i need some advise. Macam mana nak hilangkan perasaan malu ni haa? Segala maklum balas sangat diperlukan & dihargai.

Okay bye!

23 January 2011

Arrogant vs Sombong

Assalammualaikum.

Aku taknak cakap banyak. Aku nak cakap pasal sombong je. Sapa terasa, silakan. Sapa yang tak teringin nak rasa, duduk situ diam-diam. Ah ah, nak kemana pulak tu? Duduk situ! Baca entry aku dulu sampai habis, baru boleh pergi berak. Apamacam, kejam tak? Tak sangat kan? Hee. *masok air.

Aku nak cakap pasal sombong. Sombong ada dua alam.Bukan Dr.Rozmey 40juta ye anak-anak. Hee. Okay, satu, sombong di alam betul. Dua, sombong di alam maya.Sombong di alam betul atau realiti ni memang sakit hati. Bila kita tegur seseorang ni, dia boleh pulak buat tak tahu. Buat macam aku/kita ni halimunan. Memang faking-sheet gila okay? Aku sangat benci orang macam ni.

And one more thing, kenapa dia perlu jadi sombong? Cantik sangat ke? Kaya sangat ke? Famous sangat ke? Aku tak kisah. Madonna lalu tepi aku pun dia boleh berhenti bersalam, takkan kau yang sedonna ni pun boleh sombong? Please lah nyah,stop it. Kau bukan ada 40juta dalam poket pun yang buat kau jadi sombong dengan orang? Kalau cantik pun, cantik kau boleh pakai ke pergi shopping mall untuk shopping free? Takda kan?



Okay, now nak cerita pasal di alam maya. Korang paham-paham sendiri lah kan. Facebook, blog, twitter, myspace, blahblahblah.com. Okay, aku ambil contoh senang dalam Facebook la. Bila kita nak wall to wall dengan someone tu, kita mesti kena tegur dia kan? Contoh :

Kita :Hello. Sihat?
10 hours ago..

Kita check notifications, habuk pun takda? Orang tu tak ingat 'aku' dah ke? Ahhhh! Pergi mampos! Aku sangat fuck orang macam ni. WTW yang kita buat, dia buat donno ja. Sumpah sakit gila hati ni kan? Yes, sebab aku pernah rasa. Memang jari jahat ni nak tekan dah remove from friends, tapi kenangkan dia kenal kita, buat macam takda apa-apa jadi jela.

So conclusionnya, tak payah jadi sombong dengan orang la. Awak tu perfect sangat ka? Cermin dulu diri tu senget ke tidak. Jangan berlagak bagus sangat. Prinsip aku, orang sombong dengan kita, kita PERLU sombong balik dengan dia. Jangan sampai sombong tu memakan diri.

Okay bye!

22 January 2011

Perihal Facebook

Assalammualaikum.

Agak lama aku tak online. Aku tahu, mesti ramai rindu dan menunggu kemunculan aku kan? Eleh, tak mau mengaku pulak. PERASANTAN. Hm, bila buka Facebook tadi, rasa macam nak terkentut berdarah, apabila semua layout orang-orang tak bersalah macam aku ni ditukarkan kepada facebook new profile. Aku tau ramai gila yang tak puas hati. Tapi aku sebagai insan berhati mulia, aku rileks ja. Aku sabar.


Kan aku dah cakap dah, aku penyabar orangnya.


Mark memang lapar kaki aku sejak azali lagi. Ni baru sikit dia 'usik' kesabaran aku. 

14 January 2011

Tak kenang budi dan terima kasih

Assalammualaikum.

Okay, malam ni saya selaku naib presiden orang-orang teraniaya ingin membuat satu ucapan mengenai jenis-jenis manusia tak kenang budi dan kesan terhadap alam sekitar. Hahaha. Sejak-sejak belajar buat rumusan/ucapan dengan cikgu BM ni, aku nak test sikit lah keberkesanannya.

Petikan membincangkan tentang jenis manusia yang mudah lupa, atau lebih kepada bahasa agak kasar iaitu tak kenang budi semakin bercambah dalam kehidupan seharian kita di Malaysia. Justeru itu, bagi mengurangkan pencemaran sifat keji ini, kita perlu menyuntik satu suntikan maut ke tubuh manusia ini supaya mereka cepat meninggal dunia.

Amboii tulisan tak nak kalah okay? Hahahaha. Sudah-sudah. Straight to the point. Aku sangat tak suka orang yang tak kenang budi ni. Yela, sapa suka kan? Setiap manusia mesti pernah rasa, termasuk aku. Kesannya cukup mendalam. Kalau nak padam guna liquid paper belum tentu hilang. Kena koyak, kena bakar, biar kesan tu terus takda, lenyap. Tapi nak bakar tu yang agak susah. Nak buang sayang, dok simpan makin geram. Iye dok?

Takpa lah, memang adat manusia kot. Aku pernah kena sekali, even family aku pun asyik kena. Tolong orang, tapi orang tak kenang balik jasa kita. Aku tak mintak dia cakap terima kasih 500juta kali kat muka aku. But, AT LEAST ingat apa yang aku buat dekat dia. Melayu mudah lupa. Macam tu dah.

Rasa geram kan bila fikir-fikir balik? Rasa macam "kenapa aku tolong dia ah?!", kan? Its okay bro, aku pernah rasa. Rasa menyesal teramat sangat. Tapi takpa, tak perlu mempersoalkannya. Macam tadi, ada budak junior kot mintak tolong aku buat Sos Topup Maxis kat dia. Okay fine, aku buat. Budak tu pakai henset tak nak kalah, sony ericsson slide okay? Tapi sedih part, sos topup tak reti buat. Aku yang henset buat lesung batu pun tau macam mana nak buat. Aku pun tolong la dia, lepas aku cakap 'siap', budak tu blah buat tak tau ja. Ohh baru aku ingat, mungkin budak tu makbapak tak pernah ajar perkataan 'Terima kasih" kot. Atau dia lupa macam mana perkataan "Terima Kasih" tu berfungsi? Biarkan... Biarkan dia terjun bersama hensetnya..

So please lah, jangan berat mulut nak cakap Terima Kasih. 2 perkataan saja pun. Bukan banyak. Then, please la, tolong lah jadi pengkenang-pengkenang budi terbaik sedunia. Jangan mudah lupa apa yang orang tu pernah buat dekat kita. Even baik atau buruk. At least, hormat dia. Ingat, sekali kamu hormat pada diri kamu dan seseorang, 10 orang lain akan hormat pada kamu. Tak kisah lah dia lebih muda dari kita. Dia pun ada perasaan. Binatang pun ada perasaan. Takkan kita lebih teruk daripada binatang kot takda perasaan? Takkan kot?!

Okay bye!

13 January 2011

Lama sangat

Assalammualaikum.

Sekarang makin sibuk. Busy, sibuk, kalut, semak semua ada. Okay, busy dengan sibuk tu aku tau sama ja. Saja tulis, awat tak boleh ka? Hurm, emosional sat. Sekarang ni sekolah dok sibuk pasal sukan. Merentas desa la, apa lah. Duit semua rumah sukan tak mau kalah. Paling mahal kena bayar RM 4.00. Pasal unit beruniform tolak pi tolak mai, RM 5 kena bagi kat cikgu. Silap-silap haribulan duit aku perabih kat benda natang ni semua lah. Dajas.

Nak mintak kat mama pun rasa segan semacam. Tu pun ada hati nak masuk kadet polis, mau tak mau, kena RM 1++.++ dah. Mahal kot, masuk hat murah-murah dahla. Mau kena hat rock, masuk pengakap lah syok sikit, sekali dengan budak pendidikan khas. Depa tu cool. Bila time balik ja, aku lambai tangan, depa siap flying kiss lagi. Nakal sangat, aww.

Sekarang ni payah sungguh nak online. Semakin lama tak online, rasa dah boleh berjauhan dengan internet. Facebook nak close? Silakan Encik Zack Zuckerberg, untuk tutup facebook. Jangan close account blog sudah lah. Heeee.

Malas lah nak cerita pasal sekolah. Esok tusyen. Yay! Tak sabarrrrrrrr.

Okay bye!

06 January 2011

Sekolah

Assalammualaikum.

Sekarang ni jarang sangat online. Terasa sudah PC aku ni sebab lama aku tak belai dia. Cukuplah tahun-tahun lepas kita bermesra sayang oi, aku nak fokus Sijil Pelajaran Malaysia ni. Tak tentu lagi lepas ni, kalau lulus ja SPM, tak tentu lagi boleh apply kolej/universiti. So aku nak pecut habis-habisan. Berjaya ke tak, aku tolak tepi. Janji aku berusaha. Orang cakap sesuatu kejayaan tu pasti ada usaha terlebih dulu. Amboi, poyo lebih aku kali ni.

Bila buka ja FB, penuh sungguh manusia kat notifications aku. Baru aku tau kerjaya Lisa Surihani memang perlu kesabaran yang banyak. Kalau aku 5 hari tak online dah banyak, macam mana pulak dengan dia. Aku tengok kalau Lisa update status baru 3seconds ago, mesti dah 50 like sekali dengan komen. Macam mana pulak tu? Wuuufff!

Hari first kat sekolah memang boring habis. Masok sekolah yang sama, menghadap muka-muka manusia yang sama. Hurm. Tapi yang aku paling tak tahan bila perhimpunan pagi hari Isnin haritu, sekor-sekor pelajar bawa beg baru. Semua tak nak kalah ni. Aku ni yang tengah beratur, aku boleh bau 'kedai'. Tau tak? Ala, cuba korang beli beg baru dari kedai, then try cium. Bau apa? Haa macam tu lah bau kedai. Aku dulu perangai hampeh sikit, kalau nampak kawan aku bawa benda yang baru sikit, ayat first yang terpancul dari mulut jahat ni

"weh, bau kedai la. sapa beli kasut baru ni?", kata aku sambil menjeling kat member sebelah yang baru beli kasut B-First semalam.

So macam-macam benda yang jadi sepanjang sekolah start ni. Aku pun yang jarang sangat-sangat baca buku, sekarang ni aku kena spent time 1 jam untuk study. At least 1 jam, dulu, tak sampai 15 minit aku dah muak baca buku sekolah, aku baca saja apa yang ada depan aku. Kadang-kadang lagi teruk, aku tengok semut-semut berjalan. Comel la. Hahaha. Aku malas nak stopkan kerjaya baca buku ni, bukan senang nak dapat sikap macam ni. Aku harap Allah lanjutkan sikap macam ni selamanya. Ameen.

So, sorry guys kalau entry ni panjang gila babi. Paham sendiri lah ye kenapa panjang. Excited, lama tak update, ciwi! Hee!

Okay bye!

01 January 2011

Selamat datang 2011

Assalammualaikum.

Sedih aku tinggalkan 2010. Macam-macam halangan, kenangan, makanan yang aku rasa. Makanan tu saja gedik nak update jugak. 2010 jugak tahun untuk aku 'honeymoon'. Tak payah fikir pasal exam. Tak payah fikir pasal keputusan. Dan juga tusyen. Lebih senang aku cakap, rileks je sepanjang tahun. Tusyen pun aku tak daftar.

Dah datang 2011, aku harap apa yang bakal aku hadapi semua ni aku ada kekuatan yang kuat. Aku takmau dah macam 2010. Biar aku dengan family aku saja tau. Macam-macam kami dapat. Manis & pahit. Baru tau yang mana kawan, dan yang mana barua. Sekarang aku kena hadapi kehidupan mendatang dengan membuka mata lebih luas lagi. Kami bukan bola, senang disepak sana sini.

So, terima kasih Allah buka mata kami, bagi kami segala ujian yang cukup hebat. Kami tau semua kejadian sebelum ni ada hikmah. Semoga 2011 merupakan tahun 'Luck' untuk kita semua.

Selamat tahun baru. Dan selamat juga kat aku yang kena SPM ni.

Okay bye!