Assalammualaikum.
Okay memang aku mengaku aku jenis pemalu. Tambahan kalau first time jumpa secara real. Kalau korang terjumpa dengan aku, dan aku menjadi tunggul disitu, sila jangan marah dengan aku. Hahaha. Sebab aku memang diam sejuta bahasa kalau real. Kalau dalam Fb, laju ja jari ni menaip, bila berdepan, rasa macam nak teranjang aku hidup-hidup, aku tahu.
Memang susah sikit nak bersembang kalau first time jumpa. Aku kena tengok dulu 'cara' orang yang aku kenal tu. Kalau aku sembang lebih, nanti dia kata aku ni over pulak kan? So aku decide nak diam ja. Nak tengok 'permulaan' perkenalan kami dulu macam mana. So, kalau jumpa second-time, mungkin diam aku ni dah semakin jauh. Harap korang faham sendiri lah ye anak-anak.
Aku teringin sangat nak berweb-cam. Bukan apa, teringin ja. Hm. Tapi aku malu. Mungkin aku kena kaunselingkan diri aku supaya rasa malu ni dijauhkan sedikit demi sedikit. Aku akan cuba sebaiknya untuk hilangkan rasa malu ni.
So, i need some advise. Macam mana nak hilangkan perasaan malu ni haa? Segala maklum balas sangat diperlukan & dihargai.
Okay bye!
2 comments:
saya selalu ym,tapi kalo org invite nk webbie sy x accept. segan. haha
hahaha. betul2. malu gilaa ;(
Post a Comment