Assalammualaikum.
Sekarang ni jarang sangat online. Terasa sudah PC aku ni sebab lama aku tak belai dia. Cukuplah tahun-tahun lepas kita bermesra sayang oi, aku nak fokus Sijil Pelajaran Malaysia ni. Tak tentu lagi lepas ni, kalau lulus ja SPM, tak tentu lagi boleh apply kolej/universiti. So aku nak pecut habis-habisan. Berjaya ke tak, aku tolak tepi. Janji aku berusaha. Orang cakap sesuatu kejayaan tu pasti ada usaha terlebih dulu. Amboi, poyo lebih aku kali ni.
Bila buka ja FB, penuh sungguh manusia kat notifications aku. Baru aku tau kerjaya Lisa Surihani memang perlu kesabaran yang banyak. Kalau aku 5 hari tak online dah banyak, macam mana pulak dengan dia. Aku tengok kalau Lisa update status baru 3seconds ago, mesti dah 50 like sekali dengan komen. Macam mana pulak tu? Wuuufff!
Hari first kat sekolah memang boring habis. Masok sekolah yang sama, menghadap muka-muka manusia yang sama. Hurm. Tapi yang aku paling tak tahan bila perhimpunan pagi hari Isnin haritu, sekor-sekor pelajar bawa beg baru. Semua tak nak kalah ni. Aku ni yang tengah beratur, aku boleh bau 'kedai'. Tau tak? Ala, cuba korang beli beg baru dari kedai, then try cium. Bau apa? Haa macam tu lah bau kedai. Aku dulu perangai hampeh sikit, kalau nampak kawan aku bawa benda yang baru sikit, ayat first yang terpancul dari mulut jahat ni
"weh, bau kedai la. sapa beli kasut baru ni?", kata aku sambil menjeling kat member sebelah yang baru beli kasut B-First semalam.
So macam-macam benda yang jadi sepanjang sekolah start ni. Aku pun yang jarang sangat-sangat baca buku, sekarang ni aku kena spent time 1 jam untuk study. At least 1 jam, dulu, tak sampai 15 minit aku dah muak baca buku sekolah, aku baca saja apa yang ada depan aku. Kadang-kadang lagi teruk, aku tengok semut-semut berjalan. Comel la. Hahaha. Aku malas nak stopkan kerjaya baca buku ni, bukan senang nak dapat sikap macam ni. Aku harap Allah lanjutkan sikap macam ni selamanya. Ameen.
So, sorry guys kalau entry ni panjang gila babi. Paham sendiri lah ye kenapa panjang. Excited, lama tak update, ciwi! Hee!
Okay bye!
1 comment:
kembali ke sekolah :)
agagagaa...belajar rajin2 dengan ucapan berhati2 dijlnraya :P
Post a Comment