Assalammualaikum.
Okay, malam ni aku nak cerita pasal benda yang aku tak suka. Kalau ada persamaan dengan korang, ambil highlighter, highlight kan dekat yang mana korang rasa sama okay? Aku gurau je okay? Nanti kang tak pasal-pasal ada yang dok buat betul-betul pulak.
1. Orang yang suka jatuhkan kawan sendiri.
-Aku sangat benci orang ni. Orang yang selalu buat orang lain rasa down, orang yang selalu buat orang lain senang low-confident. Kenapa mereka suka sangat buat orang down? Haaaaa, sebab mereka sangat perasan diri mereka tu semua sangat perfect, so mereka takda kerja lain selain buat orang rasa sangat rendah diri. Kesian kan? Untuk mengubati luka orang-orang yang selalu kena push ke bawah ni, puji mereka walaupun anda sendiri pun nampak kekurangan kat dia. And don't be shy untuk tegur kekurangan dia supaya dia boleh memperbaiki kekurangan dia. Tunjuk lah sikit rasa prihatin anda tu ye!:D
2.Orang yang selalu menipu.
-Untuk orang ini, aku sarankan kau cepat bertaubat. Jangan sampai tembelang kau pecah. Jangan asyik menipu sangat. Seperti kentut secara diam, lama-lama bau jugak. Aku sangat benci orang menipu. Kenapa perlu menipu? Mungkin ada yang setengahnya suka menipu sebab nak tunjuk kehebatan diri. Padahal dalam diri tu kosong, cakap ja banyak!
3. Orang yang cakap besar.
-Kenapa perlu cakap besar? Dr.Rozmey ada 40juta dalam poket pun low-profil ja. Kadang-kadang bagi aku orang yang selalu cakap besar ni boleh dikategorikan sebagai manusia syok sendiri, loser dan lakhanat. Aku sangat menyampah kalau ada manusia macam ni sekitar aku. Dan sebenarnya sudah ada orang macam ni keliling aku. Aku cuma perlu diam, dengar & mentafsir. Korang pun layan je kalau ada orang macam ni. Layan ataupun ikut serta dalam percakapan besar si dia tu! (Ewah, macam ayat majalah noks!)
4. Orang yang selalu menunjuk barang-barang mahal mereka.
-Bagi korang, "lantak depa lah nak menunjuk ke tak? atyn ni poyo lah nak kecoh pulak dalam hal ni! Ingat bagus sangat lah tu..". I don't care honey! You all boleh cakap apa saja yang you all nak. Saya sangat tidak peduli. Saya masih menegaskan saya tidak suka dengan orang macam ni. Ala, setakat beg Nike, Adidas tu apadahal lah weh? Usung merata! And yang tak boleh tahan tu, siap kasi tau harga. Perlu ke aku atau mereka tau? Hahahahah! Childish betul kau ni. Nak bagi orang tau sangat ke kau tu gila barang branded? Tak perlu la nak usung ke merata. Orang yang boleh 'scanned' barang branded ni sah-sah dah tau ciri-ciri sebenar sesuatu barang tu, so tak payah menunjuk sangat okay? Chanel, Padini, Gucci, Guess, blablabla, lantak lah!
5. Orang yang hanya pentingkan rupa paras saja layak jadi kawan!
-Pergi mampos sama kau! Muka kalah cabai hijau, ada hati nak memilih kawan. Pirahh. Ingat, Allah yang tentukan muka seseorang tu cantik atau sebaliknya. So terima saja lah kenyataan tu. Tak semestinya muka hodoh, perangai tak elok. Dan tak semestinya muka elok, perangai tak hodoh okay? Kena ambil perhatian tu. Berkawan ni jangan memilih sangat. Apa yang Allah kurniakan kepada setiap makhluknya, adalah sebaik-baik kejadian. Ingat tu ye anak-anak! Be a good friend okay?
Tu je yang Atyn Roslan nak sebarkan. Maaf kalau ada yang terasa atau tersentap!
Okay bye!
2 comments:
saya x suke kawan2 yg menunjuk2 barang mahal. anti gile!
yaa, atyn pun tak suka. sangat mengada. kenapa perlu menunjuk kan? mencik lahh. ;p
Post a Comment