chapter 20; God created me with love.

31 August 2011

Cerita Raya Saya!

Assalammualaikum.

Okay Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Tak silap saya dah 3 kali dah ucap SHR ni kan? Nevermind, raya sebulan weh! Hahaha. So how yours day? Penat makan ketupat rendang kuih bahulu? Hihi, macam lagu dah.

Cerita sikit pasal jiran saya sebagai intro entry kali ni. Ada budak ni baru berumur lima tahun, beraya dikampung sebelah abahnya, dia makan lemang sampai 2 batang & dia boleh habiskan 7 biji ketupat dalam satu masa. Oh em geeeeeee, memang terkejut sangattttt weh. Kahkah. Mak dia cakap dia suka gila! Tadi aku pi beraya kat rumah dia, tengok dia macam tengah 'high' semacam ja. Al-maklumlahkan, makan sampai 2 batang lemang sorang diri! :3

--------

Okayyyy. Pagi tadi mandi awal gila la kan, sebab bangun pun awal pergi ambil baju raya. Around pukul 7 mama gerak aku sebab nak pi ambik baju raya. Nasib sempat ambik, kalau tidak aku pakai baju kebaya la. :') And then lepas mandi aku pi layan budak-budak kat luar rumah yang terlampau excited nak raya. Orang belum habis sembahyang raya, depa dah kalut nak mintak duit raya. =.="



 Ni Bang Chaq, the most excited kid nak beraya. Hahaha. Lepas tu masuk dalam online, tengok-tengok orang datang and datang and datang. Yang paling saya rasa noob bila saya tak beraya lagi dengan family sendiri sebab terlampau melayan orang & mungkin penat sama kot. :|

And then pukul 2.30pm kot Aliff & Paknon datang rumah. At the same time Harith my bff nak datang jugek beraya. So dorang datang la kannnnnn. So here some pictures , 



And then lepas depa balik saya pergi tengok Chaq (my uncle) yg tengah sakit kejap. Sedih jugak tengok dia dalam keadaan macam tu. Saya harap dia cepatttttttttttttt sembuhhhhhhhh. Mana tau kuasa Allah kan? :') And then saya pi beraya kat rumah cikguuuuuu aww awwwww *tutup muka dengan tangan Chimok*

Saya pi dengan Syafikah Noordin. Nasib baikkkkk dia bawak motor elokkk. Haeee ceqemat. Kihkih. Kami ber-konvoi dengan Aliff. Memang boring gila weh sebab kami 3 ja pun. Yang lain sembang hangit cakap nak join sekaki. Cis bedebah! *sambil jeling sampai terkeluar anak mata*

Then saya balikkkkkkkkkkkkkk dan saya penatttttttttttt lepas tu saya tertidurrrrrrrrrrrrr, bangun-bangun dah pukul 7.30pm, saya terus makan nasik himpit & ketupat rendang dengan penuh seleraaaaa! Lepas tu pi rumah kawan abah pulekkkkk.

Oh by the way saya buat gelang button dekat adik Ainaa. Hahaha. Yang paling tak tahan bila saya first customer dia LOL. Terharu lah sattttt. Tapi comei weh. Jangan dok jeles laaaa. :3


Macam ni jugek laaa. Hat yang kalerful kat bawah tu macam saya. Okay saya mencuri sunat dari google / blogger mana entah. Tolong jangan marah. Saya nak showing off gilababi ja. Pisssssssssss :')

So here my photos la untuk ditatapppp! TATAPPPP MATAKUUUU (tetiba kena sampuk macam cerita Bawang Putih Bawang Merah yang bodoh tu tapi aku still layan :3)



Okay saya nak tidur, raya kedua nak pi rumah Nad sepet pulek. Kbai. 

Thanks sebab baca, MWAH!

30 August 2011

Raya dan raya maaf zahir batin

Assalammualaikum.

Saya taktau nak tulis apa, tapi saya nakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat update something yang berguna. Cis bedebah, berguna kah? Yok iyelah :3 (okay jangan cuba layan saya, tengah noob semacam ni).

Tadi baru main mercun. Okfine nanti saya upload video yer? Saya sangat letih nak tunggu. (Baru sedar yang battery camera masih belum di-charge, kalau habis masa beraya, saya jugak yang dipersalahkan) =.="

Berbalik kepada cerita main mercun, kali ni abah bakar habis-habisan. Memang puas la. Saya pun macam excited lebih keluarkan semua 'senjata' yang saya ada, bagi budak-budak kecik kat rumah main. Fikir-fikir balik, tak menyesal pun! WEKKKKKK.

Okay noob one more time.

I don't know what to do anymore, so maybe i'll go to get some sleep.

*Okay abah tengah sembang dengan kawan-kawan dia kat luar, dan sekarang pukul 1.58am. :3


Selamat Makan Banyak, 
Selamat Hari Raya. 

29 August 2011

Hijab and me

Assalammualaikum.


Hello guys!! There's something i wanna share with you guys, its about me. *okay masa ni Cibbi tengah tarik rambut saya*

Okay tahun lepas saya masih tak pakai tudung. Before that, saya pakai jugek la, tapi jarang sangat. Bila hari ada mood nak pakai baru pakai. Bila tudung pun okay,  tak serabai, saya baru pakai. Kalau tak, saya masih dedahkan apa yang tak patut saya dedahkan.

Tapi start along habis belajar and jadi penjual anggur (penganggur) for a few month, saya start berminat dengan tudung dengan dia ada. Even tudung along tak menepati citarasa saya, tapi saya tetap tertarik untuk mengenakan tudung. Masa tu trend shawl-shawl baru nak berkembang, so semangat saya untuk memakai tudung berbuak-buak.

Tanggal 22.7.2010, saya tekad untuk meninggalkan zaman gelap saya untuk tidak memakai tudung. Tanggal 23.7.2010 saya mula memakai tudung. I can feel something amazing, something comfortable and something great with that. Its like eye-opener. Thanks Allah for that.

Semangat saya terus membara bila malam kedua saya pakai selendang hitam dengan baju kurung untuk pergi ke majlis tahlil di kampung kawan abah, sebelum tu kami singgah makan malam dekat Nas Corner. Yang paling mengejutkan bila makcik yang jual nasik tu puji saya pakai tudung lebih cantik berbanding tak pakai.

Saya pakai tudung bukan semata mata nak dengar orang memuji, sebaliknya saya jumpa apa yang saya cari selama ni, iaitu keselesaan.

Sebelum pakai, saya ada survey gaya rambut mana yang cantik. Bila saya dah dapat gaya rambut yang cantik, banyak saja halangan yang ada. Tak sesuai dengan muka la, tak elok la, tak ini la. Semua serba tak kena.

Tapi sejak memakai tudung ni banyak jenis fesyen tudung yang saya boleh gunakan. Janji ia masih tidak melampaui batas dan masih menutup aurat.

Berkenaan dengan persekitaran pula, pada mulanya memang terdapat banyak halangan. Ada orang yang cakap muka saya elok bila tidak bertudung. Tapi saya gagahkan juga, saya masih memperjuangkan perjuangan saya dalam memakai tudung.

And then halangan yg lain apabila saya tiada baju berlengan panjang kerana sebelum ni semua tangan baju hanyalah pendek-pendek belaka.

So thats it. Saja nak kongsi supaya kawan-kawan saya diluar sana yang masih belum berhijab segera memakai hijab kerana ini satu diantara tuntutan Allah.

Bab tulisan SAYA tu tak salah kan? Heeeeee! :') 

So selamat ulangtahun pertama pemakaian hijab saya. Mungkin ada yang berfikiran "Cis, yang ni pun nak buat entry". But do i look so care about that? You can say whatever you want, because totally you guys yang mengata tu takda life!

Okay thats it. Thanks for reading this LONG LONG LONG entry ever.

28 August 2011

Mencuri di bulan mulia

Assalammualaikum.

Salam Aidilfitri semua warga blogger. Pejam celik bangun sahur, makan kenyang pergi terawih, dah sampai penghujung bulan Ramadan dah kita kan? Alhamdulilah. So how your fasting? Cukup? Penuh? Bagi orang perempuan macam aku ni banyak sikit cabaran dia, so kena bersabar jela kan.

Antara cabaran yang paling teruk aku lalui bulan puasa 2011 ni bila semangat sambut merdeka & raya, tiba tiba internet pulak breakdown, sebab orang curi kabel internet dekat kawasan rumah aku. Jiran aku bising ja sebab mak dia takleh online. Haee.

Bulan puasa pun orang masih mencuri. Tapi nak buat macam mana kan, mungkin pencuri tu terdesak. Tapi masalahnya sekarang ni kenapa dia tak pi mencuri kabel kat kawasan lain?! Kenapa dekat rumah aku jugak dia nak rosakkan?! Yang tu takleh terima. :3

Err i have no idea right now.

.....................loading

Okay SELAMAT HARI RAYA!

22 August 2011

Raya, puasa, exam, hot setaff

Assalammualaikum.

Lagi berapa hari lagi nak raya. YAY! Sukanya. Sebab semua keadaan yang keruh antara jiran aku dah kembali jernih. Hikhik. Sukanya!!

Anyways, baju raya para blogger semua ni colour apa? Berapa pasang? Okay, let me tell mine, baju raya Atyn tahun ni 2 pasang cek oii. Suka betui. Satu kebaya (wahhh, class kau maria!), satu lagi kurung cotton. Colour? Yang si kebaya tu colour pitch, yang si kurung cotton tu colour purple. Suka takkkkkk? Suka lew.

By the way, dalam syok sangat nak raya, sedih jugek sebab nak tinggalkan bulan Ramadhan. Inshaallah kalau Allah izinkan, tahun depan nak 'jumpa' lagi dengan bulan mulia penuh keberkatan ni. :')

Oh ya, esok saya exam Sains sukan. So wish me luck okay? Wish la! Wish la! Takmau wish? Nak merajuk lahhh =.="

Okay annoying gila.

And then one more thing, aku benci pulek budak budak junior sekolah aku. Melampau sangat. Kami baik pun cukup rahmat dah. I dont know why depa nak mention nama aku sangat. Please stop doing that la jerk! Tapii aku nak bagitau bukan semua budak junior aku tak suka, tapi sesetengah budak "hot setaff" ni la dok buat kacau.

Pesanan ringkas : Pergi meninggal dunia, boleh?

Bagi muka sangat pung sampai pijak kepala. Sekarang ni buat urusan masing masing tanpa sakitkan hati orang boleh kot. Sial la!

21 August 2011

Rutin tetiap hatun --> tahun

Assalammualaikum.

Okay HATUN tu memang aku takmau tekan backspace. Sebagai contoh aku tengah tulis cepat ni. Bukti tak tu aku tulis dengan cepat? Hahaha. Okay annoy gila!

Harini hari paling happy dalam hidup. Segala kerja aku & family yang lain dipermudahkan oleh Allah. Segala yang kami buat hari ni semua lancar ja. Memang dapat rasa kekuasaan Maha Esa. Terima kasih Allah. :')

Okay, sudah sudah. Nak cerita pasal harini. Harini aku bangun agak awal lah, around 10.45am, tu pung sebab abah yang gerak, kalau tidak aku masih dibuai mimpi indah. Kihkih. Lepas bangun pi online terus. Menghadap lappy sampai pukui 2.30pm. Then abah panggil suruh buang lampu liplap yang lama lama. Aku pung dengan senang dan hatinya, tolong lah abah. :3

Nak cakap aku budak rajin lettew,

Then lepas tolong abah, aku terus mandi, sesiap sebab nak pi Alor Setar yeyeh dengan mama. Dalam kereta macam macam lagu raya ada. Naik muntah jugek la aku pung. *okay tipu. Lepas dah lagu raya satu hal, jalan jammed, hampeh betul. Bukan sebab kereta banyak ke apa, tapi pasal traffic light yang sangat sebentar hijaunya! =.="

And then bila sampai pi cari baju, dapat la dua helai. Legaaa >_< sebab selama ni memang cari baju baru. Hm, then dah boring jalan jalan kat situ, we decided pi Kamdar sebab nak cari kain baju raya kat mama. Lega ada. Dekat gulatis tu mahai nak mampoih. :3

Then dapat laaa kain kat mama. Aku pung nak jugek. Cari cari jumpa kain aku nak tu. Tapi sayangg, tak sempat pakai masa raya. Kfine.

Lepas tu berangkat ke Pizza untuk berbuka. Oh some note here, abah tak ikut sekali. Lupa. So kami dua orang lah. Before that call Ekin Roslan nak cakap yang kami berbuka kat pizza, konon nak bagi jeles, sekali tu ayat dia,

"Along ada kat McD ni.".

Kfine. Aku pung buat buat macam tak suka McD, padahal sebelum tu ingatkan nak makan McD, tapi memandangkan orang ramai gila babis, kami pi Pizza lah.

Lepas dah makan, aku tengok muka yang dok makan tepi meja aku puas semacam. Baru lepas dipuaskan oleh pizza tersebut. Hahahahaa. So kami dah makan, kami pung balik la. Lepas tu pi beli lampu liplap hat baruuu. Comei weh. Aku sukaaa.

Esok abah nak pasang. Tak sabarrrrrrrrrrrrrr. :')

19 August 2011

Entry panjangggggggggggg!

Assalammualaikum.

Heluuuuu guys! Hows your fasting? Ada baik ka macha? Hiks. Okay malam ni sumpah bosan gila betei. Tadi I sempat lepaking dengan all my bff (ada yang takda actually), but who cares right? Rugi la kepada sesapa yang tak sempat nak join tu. Sedih!

Lepak pungg agak lewat la. Zahidah mai rumah aku dengan adik dia around 9.15pm. And we just playing some games lah kan, adik Zahidah takut-takut pulek. Aku yang handle game tu okay ja, dia pula terjerit sana sini. :3

And then we're chilling until 9.30pm, Pikah, Alip, Paknon, Amy my classmate came with her youngest sister LOL! Terkejut jugak aku Amy datang, lewat pulek tuu. Nevermind, memang best lah kannnnn. Chill until we die. *pungkoq hianggg*

Lepas dah berkumpul, dengan hujan sedikit renyai, kami teruskan usaha kami membakar mercun sehingga tahap kebosanan naik setengah kati. Damn it rasa macam orang takda akai main mercun dalam hujan. And everyone keeps complaining pasal mercun tak meletup. Hell yes lah kan, macam bakar api dalam hujan, menyala ke tidak? Carry out your own experiment lah! :)

And then kitaorang boringg, rasa macam nak bakar diri sendiri and i said "No! We still can have some fun!". Aku ajak dorang duduk dalam rumah layan some cool movie! Wrong Turn! Oh gosh, semua orang macam takut. Kecuali aku. Okay tettttt i'm annoying. Aku buat air, makan anggur sambil tengok movie. Memang heaven gila lah kan. Mama dah tidur masa tu, and mama pesan boleh berparty. (okay tipu). Abah takda, pi rumah kawan dia. So tinggal kami jela. :3

And then dalam pukul 10.30pm tu semua kena gerak dah. Then balik lah semua. Part yang tak best bila aku kena kemas cawan dan membasuhinya pungggg. Nevermind, -__________-

----------

Okay then lepas tengok Ramadan Terakhir, aku pung online la. Dalam dok sibuk reply komen, ada seorang hamba Allah ni IM aku. Dia cakap aku sombongg. Ya Allah , takda niat aku sombong. Sapa yang kenal aku, kenal lah aku macam mana. Dia cakap muka aku muram, so dia malas nak tegur takut tak dilayan. =.="

So, here some conversation between me and him. 


Okay pasal "saya-awak" tu memang aku pun macam noob semacam kenapa dia bahasakan diri dia dengan aku macam tu. But its okay, bahasa melayu memang indah. So boleh guna panggilan apa saja kan? So here some information about me and i think you guys should take it as a noted.

1) Aku langsung tak sombong.
2) Memanglah kalau first time jumpa tu malu malu sikit.
3) Aku akan senyap bila seseorang tu senyap.
4) I love to talking shit like blahblah. so just ignore it.
5) Muka aku memang nampak moody, tapi actually aku okay.

Okay so jangan fikir aku sombonggg lah. Manada pungg. Marilah bertegur sapa (ayat taknak kalah).

Okay penat taip, kbai.