chapter 20; God created me with love.

28 October 2010

Tahniah buat aku.

SALAM SATU DUNIA,

Hello. Lama jugak aku tak update kan. Bukan baca buku, sibuk dengan kedai baju aku. Ramai sangat customer. Sampai tak menang tangan mahupun kaki. Kena hire pekerja. Nasib baik dorang rajin buat kerja. Kalau malas-malas, dah lama aku sepak teranjang.

Lepas satu rak baju, rak yang lain pulak habis. Penat tahu? Sekarang ni pi sekolah, asyik teringatkan kedai aku tu. Bangun tidur pun rasa macam nak pi kedai ja. Conclusion dia, aku dah jadi addict dengan kedai aku sendiri.

Cerita bab modal pulak, mula-mula memang aku kena belanja besar, tapi semakin lama aku boleh menikmati keuntungan dia. Syok weh meniaga macam ni. Mesin menjahit lebih dari 5 dah ni. Semakin lama semakin sibuk aku dibuatnya.

Semua terkejut dengan perusahaan aku, yela, baru 16 tahun dah ada perniagaan sendiri. Sapa nak datang kedai aku boleh ja. Pi dekat Facebook, buat Fashion World sendiri, add aku as korang punya jiran, then boleh la tengok-tengok kedai aku.

* Jangan lupa send gift tahu! Fashion World ja pun, jangan berkira sangat! Hehehe.

25 October 2010

JOM KRITIK!

Aku tengah syok tadi baca akhbar Metro. Selalunya Metro Ahad aku paling suka. Banyak lemparan kata-kata kesat dan pujian yang dilemparkan kat artis ataupun lebih dikenali sebagai seniman la.

Aku sokong 100% sindiran Gayah Gebu! Haaa, boleh pulak "nasi lemak 50 sen" tu kan? Tak kena cut la pulak? Apa nak jadi ni?

Aku ambik contoh senang lah, kawan aku ada adik yang masih bersekolah rendah. Bila babak iklan tu, adik dia siap tanya "apa tu nasik lemak 50sen?". Takkan kawan aku nak cakap tu buahdada si perempuan tu kan! Tak cerdik betul lah. Aku rasa benda tu memang menyentuh sensitiviti kepada semua lapisan masyarakat.

So lepas kena tegur tu pandai-pandai lah ye ubah sikit pemikiran tu. Bukan apa, dah sah-sah filem tu untuk semua golongan umur, jadi buatlah lawak yang 'cerdik' sikit. Takkan tak reti-reti lagi kot bang?

23 October 2010

TETIBA SEMANGAT NAK JADI KREATIF

Sekarang ni selalu sangat aku tengok channel 552, TVIQ tu. Baru aku tau setiap rancangan memang best gila kat channel tu.

Semalam aku tengok la Clever, yg Paknil jadi pengacara tu, memang best la. Sekarang aku sudah tau macam mana telur boleh melantun. Telur? YA telur. Tu lah orang suruh tengok Clever, korang pi tengok gosip-gosip liar kat channel 712 tu kan?

Bila iklan ja, banyak depa buat barang hat jenis recycle balik benda tak pakai jadi benda yg cukup berguna dan gempak gila babi. Aku try nak buat frame gambar guna kotak kaset, tapi tengah cari kotak tu la. Ala, yang cover kaset tu, boleh buat frame yg cukup unik tau dak?

Nanti bila aku dah buat, aku letak tutorial kat sini ya. Boleh korang letak picture JUSTIN BIEBER ka, DR. ROZMEY ka, or gambar-gambar hat dok buat muka ikan lohan tu, dengan mulut sedikit muncung tu. Style habis.

Hat tu saja aku nak bagitau, cuba check channel tu sekarang, kot-kot ada benda yg lebih kreatif kan? :)

21 October 2010

KETAGIH

Aku tak pasti kenapa aku jadi addict dengan benda tu. Aku dah tak kenal siapa aku sejak-sejak aku terbabit dalam gejala ni. Ya ramai akan pandang serong bila aku ungkit pasal benda ni, tapi dorang tak paham betapa aku ketagih sungguh dengan benda ni.

Ramai tak paham. Ramai yang pikir lain. Kadang-kadang aku terlalu ketagih, sampai berhingus aku pendam benda tu. Mula lah nak mengamuk dengan semua orang. Bantal, bantal peluk, selimut, semuanya aku nak koyak, semuanya aku nak tumbuk.

Pipi kucing aku pun sampai berlebam, angkara aku. Sekali ketagih, aku cubit pipi dia. Tapi apakan daya, dah teruk tahap ketagihan aku ni. Sudahlah, aku malas nak cerita panjang, takda sapa tau perasaan aku ketagih dengan benda tu. Sebelum ni aku cukup tak suka dengan benda ni. Bagi aku, orang yang 'ambik' benda ni tak rock. Tapi takat-takat aku ‘kena’ benda ni, baru aku tau nikmatnya hidup.

Aku nak pi ‘pekena’ benda tu. LAKSAAAAA TUNGGU AKUUUUUU. KETAGIHAN TAHAP MELAMPAU. hehehehe

17 October 2010

171010

Thanks sebab wish kat aku. Kalau orang wish depan-depan, aku rasa malu-malu pulak nak pandang wajahnya. (Whoah, ayat RTM).

First strangers yg wishes kat aku, Abg Din. Diikuti oleh Golo, budak kelas. Lepas tu dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia, dia. Banyak jugak heh.

Terima kasih rakan Facebook sekalian alam. Sebab wish kat aku.

Hadiah? Dapat cadbury dari Nad!! Thanks alot dear.

*Bersyukur sangat sebab Allah bagi orang-orang yg indah hatinya. :)

16 October 2010

BUAT BUAT LUPA

Birthday? Whats a big deal? Lupakan please. Aku ni macam gundah gelana ja. Esok birthday aku. Cukup 16 tahun hidup dalam muka bumi. Tapi apa yang aku nak? Rasa lain macam ah.

Rasa takut bila orang tak wish @ wish. Gila kot? Yes i am.

Aku takmau rasa macam ni. Tapi nak buat macam mana kan. Aku tau ramai yang baca entry kali ni mesti majoriti nak angkat jari tengah kat aku mencecah 99.9% kan?

Angkat jela. Aku tak kisah.

15 October 2010

LAGU LAGU NI MAIN PERANAN

My heart by Icha Septriasa with Irwan Syah :
Ingatkan aku balik sejarah hidup aku dulu-dulu, masa darjah 6, lagu ni cukup femes. Masa kat sekolah rendah dulu, cikgu selalu pasang lagu ni dengan lagu Pencinta Wanita. Aduh, kenangan betul lah.

Dari hati by Club eighties :
Lagu ni tak berapa femes. Tapi tetap mengingatkan aku masa aku dapat cuti sebulan. Masa aku sakit tu la. Asyik dok depan tv ja, sampaikan channel indon pun aku layan. Astro Aruna. Ingat lagi tak? Haa lagu ni penah jadi OST drama apa entah. So kalau aku dengar balik lagu ni, aku teringat masa aku sakit dulu.

Cinta tanpa mata by B I P :
Lagu ni OST cerita I love You, OM. Masa tu tingkatan 2 jugak. Tengah tunggu van mai ambik, aku layan dulu cerita tu. At last ada lagu ni. Kalau aku dengar balik lagu ni, mesti teringat zaman naik van dulu. Rindunya hon uncle tu!

Jujur by Radja :
Lagu ni masa aku darjah 6 jugak. Masa tu karoeke kat tasik, lagu ni paling hot orang nak nyanyi. Rindunya zaman tu. Sumpah rindu gila!

Nothing gonna change my love for you by George Benson :
Lagu ni masa mula-mula aku dengan internet. Masa tu mana ada lagi semua ni. Masa tu layan Youtube ja. Then mama suruh cari lagu ni. Aww, sweet.

Err. Banyak lagi sebenarnya. Tapi yang betui2 syok lagu2 hat ni lah. Ya Allah, rindunya aku dengan semua kenangan ni!

13 October 2010

budak baru nak up

Lepas tengok cara awak tulis, lepas tengok cara awak pakai, lepas tengok perangai awak, lepas tengok segalanya yang zahir tentang awak, saya nak buat satu kepastiaan yang awak

budak budak baru nak up. sedih part :/

Aku suka hat ni

TEACHER: Atyn, what do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?
ATYN: A teacher.

THANK YOU.

17 Oct cukup 16 tahun hidup

Diminta aku dijauhkan dari tepung 17 Oct ni. Amin.

# Entry perasan orang nak baling tepung. Konon. BAHAHAHAHA.

11 October 2010

Saya teramat sibuk. Pagi pergi sekolah, petang balik rest, malam gym, tengah malam layan Family Guy. Pagi-pagi baru boleh tidur. So maybe tak online kot.

*Family guy is so hillarious!

09 October 2010

THIS IS YOUR SPACE

Situasi Myspace sekarang :

Si lelaki : Hello ! U tenga buat ape tuw ? ! (:
Si perempuan : Hello back ! I tenga denga lagu lahhhh ! :P
Si lelaki : Owh, u sihat kew ?
Si perempuan : Yay! I sihat ! U, u, komen picture kitew yew !
Si lelaki : Owh macam tuwh ye ? Okay ! ! !
Si perempuan : Comment2 lah pic baru i, nanti i hit u back !
Si lelaki : Okey !
Si perempuan : Jgn lupa spam !

Situasi selepas komen picture si perempuan :

Si lelaki : Yay! Sudah ! 
Si perempuan : Oh tenkiu alot dear!
Si lelaki : Ur welcome, bile nak komen balik pic i?
Si perempuan : Ahh kejap lerw.

Selang beberapa hari kemudian, si lelaki masih belum menerima 'awaiting pictures comments' dari si perempuan. Dengan rasa hiba dan kecewa, si lelaki kemudiannya mendupdate status berunsur kejam, khas buat si perempuan.

"Cis betine ko ni kan, janji ta buleyh ko tepati, aku tggu komen dr ko, ko bt aku cenggini yerw? Smp hati ko. aku cdeyh sgt, knpew akuw kenew macam nieee? aduyhhh."

Moral of this story : Still ada eh "komen picture, i'll hit you back.". "Spam banyak2 taw lalink".

wtf!

08 October 2010

BARU 2 TAHUN PANDAI HISAP ROKOK.



2-year-old Ardi Rizal has been making headlines all over the world after a story broke that he was smoking 2 packs of cigarettes a day. It all started when his father gave him his first cigarette at only 18 months. His mother said "He's totally addicted. If he doesn't get cigarettes, he gets angry and screams and batters his head against the wall. He tells me he feels dizzy and sick." While the Indonesian government has publicly discouraged the family from letting it continue his father said "He looks pretty healthy to me. I don't see the problem."


















This is the most gangsta shit ever.

07 October 2010

BUDAK BUDAK SEKARANG

Umor baru 10 tahun dah ada Facebook, dah ada blog. Maju betui budak-budak zaman sekarang. Bagus lah jugak kalau pikiaq-pikiaq balik. Takda lah buta IT sangat.

Aku dulu main game ja. Habis canggih aku main Max Phane. Lagi tak berkhatam game tu, lagi tu la dok melekat depan PC ni. Lepas tu game "ringan-ringan", aku main Mickey Mouse punya game. Hat yang lukis-lukis, kaler-kaler.

Budak sekarang main Farmville, Happyfarm, Poker dan sebagainya. Agak canggih la sebab kena connect dengan internet. Aku dulu kena sarung CD dulu, baru boleh main. Itu pun jenuh nak berebut dengan along.

Fuh, dunia semakin maju.

06 October 2010

TERIMA KASIH SEBAB WAKTU TADI!

Aku happy sangat harini. Shopping dengan family. Setelah bertahun tak shopping besar-besaran. And then, first time jugak shopping barang dapur dengan abah. Before this tak pernah, abah akan ikut haluan dia sendiri. Rasa ganjil pun ada jugak, but its okey, its still awesome!

"Mama nak hat ni boleh?". "Mama, adik teringin nak yg tu?". "Mama, beli boleh?". Semua jenis ayat tergagai keluar dari mulut aku. Sampai roti panjang hat keras-keras tu pun aku nak. Last-last kan dah kena maki. Hahaha.

Penat gila kot kaki aku jalan malam ni. Petang tadi kemas rumah besar-besaran. Kira semua event besar-besaran punya.

notakakisiatynroslan : aku beli flipflop baru!!! :)

Thanks for everything Allah.

04 October 2010

Alasanmu!!!!

Pagi tadi aku nak mandi, baru nak angkat gayung, along ketuk dengan ketukan cemas. Ingatkan ada apa, rupanya dia sakit perut. Jam dah pukul 7.00am, bila aku nak mandi ni? Dia keluar bilik air pukul 7.10am, muka pucat. 

Bila aku nak masuk toilet nak mandi, dia cakap kat aku "jangan pi sekolah, tunggu along, along sakit perut ni". Apa aku nak buat, ikut saja la.

Hat tu alasan aku tak pi sekolah. :) 

03 October 2010

HAHAH , bodoh cakap takmau on.

Cakap tamau on, tapi hati ni gedik sangat nak on. Kesian pulak kat cikgu BM aku, dia ada blog, ada student bodoh mana taktau pi kutuk dia kat blog. For your information, blog tu blog untuk kegunaan kami jugak, dia post entry semua pasal pelajaran.

Anak murid tak kenang budi.

Ohh lupa nak cakap, aku dah start diet. Mungkin takmau makan dah kot nasik. Harini dah berjaya dah sebutir nasik pun tak telan. Opss, pagi tadi aku makan dua sudu nasik. HALAMAKK.

Ok ok, start esok. HE-HE

02 October 2010

Semua pakat2 sombong aih harini. Lantak lu lah.

Away for a weeks. Malas nak online dah. Cabut pi la streamyx ni pun, tak heran dah. :)
"I don't want to get to the end of my life and find that I lived just the length of it. I want to have lived the width of it as well."

01 October 2010

NO title

Aku tak kisah orang buat jahat kat aku. Orang tak mau tegur aku, orang takmau kawan dengan aku, orang takmau buat apa-apa dengan aku, aku bukan nak kisah sangat. 

Lantak lu orang nak kawan dengan gua ke tak. 

Yang penting bila kawan aku dalam kesusahan, aku berusaha jugak semampu aku nak tolong. Walaupun penah banyak kali dia buat taik dengan aku, apa salahnya aku tolong kan. 


Bagi taik sebanyak dan sebusuk mungkin kat aku, Insyaallah aku akan bagi yg terbaik untuk hang.