chapter 20; God created me with love.

31 May 2012

Edisi gambar

Assalammualaikum.






Bangun pagi --> kemas rumah --> mandi --> online --> makan --> tengok tv --> mandi --> online lagi --> tengok tv --> tidur. 

Ulang benda yg sama. I'm forever alone.. 

Btw, tahniah kak Ana (along's friend) sebab sudah jadi wife orang. May Allah bless you & your husband. May Allah fill your life full of barakah till Jannah. 

Bye x


26 May 2012

A great week, i guess

Assalammualaikum.

Macam-macam gila benda baik terjadi minggu ni. Alhamdulilah.


1. Rezeki murah.

Alhamdulilah, rezeki minggu ni memang murah sangat. First tu aku tolong jaga anak sepupu aku, sebab sepupu aku  nak pi cabut undi untuk projek dia. Jaga Iman Ar-Rayyan yg gemuk macam lepat pisang. Muahahaha. Iman pulak waktu tu demam campak, dia merengek ja. Memang aku kena kuatkan diri la dukung dia. Dia gemuk gila kot. Kebetulan aku pulak tak breakfast, memang tempah untuk pengsan. Nasib baik tak pengsan. Hahaha.

Lepas dah cabut undi, sepupu aku tanya nak breakfast kat mana. Aku blank gila nak suggest kat mana. Last sekali dia ajak pi C-Kopitiam dekat Tanah Merah tu. Dia cakap nak makan apa pun mintak lah. Dia belanja. aku mintak Nasi Lemak Special & air soya bean + lengkong. Memang terbaik ah. Lepas tu dia hantar aku balik, sebelum keluar kereta dia bagi duit. Aku taknak la kan, dahla dia belanja makan. Tapi dia suruh ambik jugak. Rejeki tak moleh ditolak kan, aku pun ambik jela. Dia bagi RM 30.00. Berbaloi gila kot. RM30 tu kalau dikira balik, 2 hari aku kerja kedai buku tu sebab sehari RM15. So, yg mana lebih baik? Baik aku jaga si Iman. Berapa jam dah RM30. Alhamdulilah syukur :-)

Lepas balik rumah, kawan-kawan abah datang. Abah  mungkin kesian aku dok tolong buat air kat kawan-kawan dia, abah bagi RM5. Hahahaha. Memang ah macam sikit, tapi sapa nak bagi bhai RM5 kat hang tambah waktu-waktu hang takda duit ni kan? Lulz~

Then Uncle Ayon datang rumah. Dia mintak tolong download lagu untuk Muaythai peringkat dunia kat Dewan Wawasan tu. Aku pun tolong download. Dia kata petang nanti baru datang ambil cd tu. Masa dia nak balik tu, dia hulur duit lagi. RM10 sebab download  lagu. Then dia bagi RM25 suruh beli cover iphone baru untuk aku. Cover iphone lama dia ambil. Cis~

Alhamdulilah.

2. Awi Rafael follow aku dekat twitter.

Memang rasa macam nak menjerit bila tekan button connects tu, tengok-tengok ada sebaris ayat berharga "Awi Rafael followed you". Aku memang terjerit kat situ. Uncle Ayon pun terkejut. Hahahahaha excited gila. Alhamdulilah~ Setelah lama aku tunggu, this is it. Orang yg rapat dengan aku tahu la aku minat dia macam mana. Orang yg rapat dengan aku pun tahulah betapa aku frust waktu dia tersingkir dari program Mania tu.



3. Tingkatan 6 yg awesome.

Aku masuk tingkatan 6. Yes. Final decision. Aku malas nak jawab pertanyaan orang "study mana sekarang?", now i've an answers for that, bxtch. Memang best gak form 6 ni. Bebudak pun okay. Cikgu  lagilah okay. Baru first day haritu aku dah cetuskan masalah bila ada budak yg kononnya muka serupa dengan aku padahal tak serupa langsung. Tipu gila. Bahahahaha. Tapi yg masalahnya, cikgu pun ter-konpius antara aku dengan dia. Mongok ja t(._.t)

Okay. Tu jelah kot aku nak cerita. Tapi yg penting aku akan ingat sampai bebila pasal number 2 tu. Muehehehehe.

Feel free and have a twitter? Follow me, @atynroslan_

22 May 2012

Politics & ...

Assalammualaikum.

I may hurting others feeling by this entry. I'm sorry. If you don't have any strength to read this, just leave.

Nowadays, banyak orang yang mempetaruhkan agama atas dasar politik. Aku sedar. Dan aku juga sedar yang ada orang sekeliling aku sedar perkara ni.

Contoh, kalau nak "ber-agama", you should masuk this party politic, that party politic and nah, now you can ber-agama. Yes, its happen around me.

And then bagi pandangan aku yang tak seberapa ni kan, no need to masuk that party politic, this party politic untuk ber-agama. You already have your own agama and you don't need a 'politic' to support it. Am I right?

Aku tengok dekat facebook/twitter/blog and something(s), kalau orang tu post apa-apa soal agama mesti akan ada sorang dua umat manusia yg kononnya 'peka' masuk conversation tersebut dengan ayat berbaur politik. Please weh, jangan batak sangat dengan politik.

Yeah i know politics is the most important things in any country. But please, jangan campurkan soal politik dalam agama.

Bagi pandangan aku yang tak seberapa ni, takyah nak campur adukkan yg mana politik & yang mana ke-agama-an. There's no point for me, guess.

Sorry kalau entry ni buat orang terasa but i can't stand laike this anymore. Nak ber-agama sikit mulalah nak politik bagai.

Dan aku jugak nak gelak bila tengok bebudak bawah umur masuk campur pasal politik. Sayang, sila sabar sampai umur kamu tu cecah 21 tahun & pergi mengundi k. Cakap saja sekarang tak guna, takda sapa perasan sebab orang tengah sibuk nak ber-PRU. Hehehehe

Mohon Kedah dah boleh tukar kerajaan utk PRU akan datang. Tunggu umur aku 21 konfem pergi mengundi. Jyeah! ~(._.~) (~._.~)

Bye.


Tidur awal

Assalammualaikum.

Lately aku suka gila tidur awal. Tak macam dulu. Dulu pukul 4am tu kira awal lagilah. Tidur pukul 5.30am, pukul 10.30am baru gegeh nak bangun. Tu pun bangun sebab abah yg tolong kejutkan. Kalau lagi lambat, sampai pukul 12pm la jawapnya.

Memang tak bagus pun kan?

Jyeah. So, bermula hari apa ntah aku tidur awal gila. Pukul 9.30pm macam tu. Mengantuk tahap apa pun taktau lah kan? Hahahaha. Then dah tidur 9.30, bangun pun 6.30am. Of course lah sempat ber-subuh sebentar. See, nampak berbezaan? Ke arah kebaikkan kan? So syukur alhamdulilah--

So now, aku nak start tidur awal & bangun awal. Its feel so fresh. Boleh ber-subuh & bersahur.

Like today, 1st Rejab. Aku puasa ganti. So tinggal lagi 8 hari lah nak puasa ganti ni. Yeah i can do it i can do it! *self motivate*

People keep questioning me "Kenapa tidur awal gila?", but seriously guys, i don't have a solid answers for that.

Hmm. Change topic. Semalam bebudak praktikal abah datang rumah hantar gitar & main dengan kucing la apabenda. Aku malas nak join sekali sebab ada budak mana ntah yg aku tak kenal ada sekali dengan depa. So duduk dalam bilik jela.

Tak sangka pulak tu pertemuan kitaorang yg terakhir sebab masing-masing nak balik kampung. Lepas raya kot mungkin dorang sambung study kat polimas sini. Tu pun bukan under abah dah sebab depa dah habis praktikal dengan abah. Seriously, aku rapat gila dengan dorang. Bebudak praktikal abah kali ni yg aku paling rapat pun. Sedih tu takyah cerita la (tapi still act macho) hahahaha.

Hurm. Take care guys. Memang aku anggap macam abang-abang aku dah. Dulu lunch sesama, datang rumah melepak, main kucing, abang nizam yg tolong aku download itunes, ajar macam mana guna iphone. Macam-macam lah kenangan.

Take care & jangan lupakan kami.

*lap hingus* :-p

Btw, selamat berpuasa kpd diri sendiri & semorang yg berpuasa pada 1 Rejab. Rejab ni bulan Allah tau. Bulan istighfar.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud; “Rejab bulan Allah, Sya’aban bulanku (Nabi Muhammad SAW), Ramadan bulan umatku”.


Selamat menjalankan amal ibadat guys! Semoga ibadat kita diterima oleh Pencipta kita. Amin. Bye!

16 May 2012

New born

Assalammualaikum.

Okay post title kali ni memang takda kena mengena pun pasal kelahiran baru ke hape. Saja nak letak new born tu sebab ayat tu yg terkeluar poink poink dari otak ni. Hehehehehe ^^v

How are you guys? Ada sihat? Ada baik? Sudah makan? Sepuloh dupoloh penoh? Ok takda kena ngena -__-

Seronok tengok kawan-kawan yg lain bersiap sedia nak pi ke universiti masing-masing. Sedangkan aku hanya tersadai kat rumah, buat kerja rumah tanpa henti. *lap airmata* tsk tsk tsk :'(

InshaAllah kalau ada rezeki aku pun dapat kan, rezeki Allah tiada yang menduga.

Cer tutup cerita bab further study ni, menyampah pun hade :O


----

By the way, selamat hari guru kepada semua guru yg ada kat Malaysia & cikgu-cikgu yg pernah ajar saya. Hiks. Jasa kalian memang Allah saja mampu balas. Aum.

Kepada cikgu tadika, terima kasih sebab dulu selalu bubuh makanan lebih kat kami semua. Kanak-kanak ribena macam aku & yg lain memang makan kuat. Hurm hurm sampai sekarang. Teringat lagi masa tadika dulu, sapa yg berjaya hafal apa-apa surah akan dapat sticker kartun.

Aku selalu dapat. Penuh je dekat beg aku tampalkan tetiap hari. Auw sticker tu semua menceriakan lagi hari-hari aku ke tadika. Hikhikhik ^^y

Cerita pasal cikgu sekolah rendah lak. Masa darjah 4, 5 & 6 ada cikgu tu memang semua budak-budak yg kurang cerdik Math macam aku tak suka tahap 8965235 juta kat cikgu tu sebab cikgu tu selalu cubit/belasah bebudak yg tak buat kerja rumah & failed dalam exam.

Kalau lepas habis exam, moment yg paling cuak bila dia nak bagi result Math la. Aku pernah sampai tergigil sebab tengok badan dia menghala ke aku sambil buat muka bengis datang bawak kertas Math yg sememangnya failed tu. Tsk tsk tsk. Sedih betul otak jadi biol kalau bab math ni :'(

Pernah satu hari tu dia datang check kerja sekolah. Nasib baik dia pi check kat bebudak laki dulu so bebudak laki jangan harap korang nak siapkan secara spontaneous macam aku k. Hahahaha (gelak riak >.<) Masa dia tengah ronda sambil check tu, dekat Muizzudin ni lah dia check paling lama. Muiz ni badan chubby-chubby comel gittew, anak polis. Muiz tu takyah keluaq makan la lepas tu sebab dah kena suap penumbuk, cubitan gergasi & penampar. Kesian kan? Yeah I know.

Sambil tengok Muiz kena, tangan aku cepat je copy kerja sekolah yg cikgu Salmah bagi. Hahaha dalam kalut ada je nak selit moment-moment tengok orang dibelasah. Aku pun taktau hantu apa yg merasuk cikgu Salmah masa tu. Dia geram sungguh kat Muiz. Mungkin pasal pesen saiz badan sama kot. Muehehehehe ><

Cikgu Salmah tu chubby gak orangnya. Kiranya kalau ukur saiz badan dia tu memang ngam dengan dua meja kelas aku. Hahaha. Aku takleh tengok muka dia, sebab aku teringatkan makteh aku. Muka sebijik macam dia. Nightmare sangat~ Kikikikiki *gelak tak ikhlas*

Ok dah la cerita pasal cikgu tadika & sekolah rendah. Cikgu sekolah menengah aku takmo cerita sebab malas nak taip dah muehehehehe moleh macam tu? K.


So, selamat hari ibu & selamat hari guru buat mama saya yg selalu jadi guru utk alam remaja saya. Acewah.

So, goodbye, and do take care.


feel free to follow me on my twitter : @atynroslan_



10 May 2012

Life

Assalammualaikum.

Apa khabar semua? Hehehehehe (trying to be more polite, am I?)

As you know, I just made another account, I mean, a new account of Facebook. Yeah, I can't live without that coolest social network. I don't know, I just misses the LIKE button I guess.

So, on 6 May, I decide to made a new account. Aku add yang mana kenal. And yang mana kenal pun add aku. The same question lah yang dorang tanya,

"Eh, new account? Hate timeline? Hahaha"

"Thanks add, account lama da full?"

"Thanks. Account mana ni?"

"Terima kasih, account lama lepas kemana?"

Okay. I wanna talk about the second one. Hahaha dah full? Are you kidding me kiddos? Kalau dah full and ada awak dalam friendlist saya buat apa saya susah-susah buat account kedua lepas tu add awak jugak. Pergi pergi muka awak lagi. Hahahaha this is really funny, and stupid question too. Never mind.

Lately, aku selalu tidur lambat. Pernah suatu hari tu aku tidur pukul 6.30am kot. After performed a subuh, terus tidur. Tu pun ambil masa yg lama jugak lah nak lelapkan mata ni. Kejam betul.

Ini berpunca dari twitter. Seriously bangun-bangun tidur ja terus rasa nak tweet. Hahahahaha lol, i know its sound kinda freak but what else I can say? I'm totally addict with this stuff.  Since I've downloaded the application in my iphone, twitbird, my addiction to twitter become so much worst. Hahaha lol. I can't stop myself from tweeting.

Okay. Change the topic. Let's talk about Mothers Day. Mothers Day pun tak seronok tahun ni sebab Mama is going to Indonesia tomorrow (if mama read this, HELLO STALKER) hahahaha.

Argh aku dah blank sebab tak tahu nak taip apa lagi.

Cakap pasal kematian, aku takut. Yes for sure semua orang takut sebab kita taktau bila kita nak pergi meninggalkan orang sekeliling buat selamanya.

Macam dekat timeline aku sekarang ni, ada kematian. Kawan kepada rakan tweet aku. Dia tengah minta tolong pengodam terhandal kat Malaysia supaya godam account facebook & twitter si mati sebab ada gambar yg bukan-bukan kot.

See? This is what I scared about. For those yg ada gambar tak tutup aurat or so whatever, please delete it. Aku tegur sebab kesiankan awak semua (rujuk: yang berkenaan). Dekat sana nanti tak tenang tau sebab ada picture awak tak tutup aurat dan sebagainya.

Biar kita panas kat dunia jangan panas di akhirat.

Okay, jadi ustazah sat tak salah kot rasanya hihihihi.

Okay then, i'm so sleepy -__-

Jumpa lagi.

Sincerely,
Atyn Roslan      
 ♡

06 May 2012

Its over

Assalammualaikum.

This is life. We happy, sad, angry, disappointed and much more. 

This is note for someone who ruins my life. Thanks buddy.

Hang (dia). Aku (si penulis, tukang rasa)

Wahai bedebah, 

Terima kasih sebab rosakkan malam & siang aku. Mood aku tengah baik hang rosakkan. Dah bertahun aku tak pernah "se-moody" ni tapi malam tu hang berjaya buat aku moody dengan sesungguhnya. Tahniah. Bukan senang aku nak butthurt dengan orang. Tapi dengan hang aku memang butthurt. Tahap teruk gila ok.

Remuk hati aku sampaikan malam tu sebelum aku tidoq, aku ada berdoa kat Allah supaya aku dapat lupakan apa yang hang buat kat aku, tapi malangnya aku tak cukup kuat untuk maafkan hang. Memang susah sangat-sangat la aku nak maafkan hang. Hati aku jadi keras semacam.

Lepas ni jangan tanya kenapa aku tak tegur hang macam dulu. Jangan tanya kenapa aku tak berkelakuan macam dulu. Jangan tanya kenapa aku dah berubah. Jangan tanya kenapa aku tak berapa nak cakap dengan hang. Jangan tanya apa pun.

Sebab hang tu adalah puncanya. Cukup hang buka aib aku depan public. Allah ja dapat balas apa yang hang buat kat aku.

Aku menyerah bukan bererti aku kalah.

Aku cuma harap satu, nak tau apa?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hang mati.

03 May 2012

This is life

Assalammualaikum.


1. Orang sibuk nak ambik tau pasal aku. Thank you for your concern tapi takyah lebih-lebih. Aku tak suka. Aku study mana sekarang, aku buat apa sekarang, tak kerja ka, awat tak kerja, kerja tu comel (takda kena mengena).

2. Orang tanya pasal tawaran IPTA. Bila aku jawab aku dapat kebanyakkan dari IPTS semua buat muka celaka. Kononnya IPTS tu makan duit (memang pun), takda jaminan dapat kerja dan sebagainya.

Pause.

Takda jaminan dapat kerja tu memang lapaq penyepak pokhang. Tu semua atas rezeki masing-masing. Masuk IPTA memang dijamin dapat kerja? Tak semestinya lagilah bero & sis. So stop nak bandingkan IPTA dengan IPTS sebab zaman sekarang ni tiada banyak perbezaan pun.

Okay. Play.

3. Kalau dapat pi study, aku orang paling sedih. Orang lain semua semangat nak pi jauh sebab nak tinggalkan family dan mulakan kehidupan sebagai perantau amatur kat luaq sana. Kononnya berdikari. Ceh. Kalau taktau maksud berdikari sila jangan sebut sangat. Bila dah ada 5 ringgit dalam poket mulalah call mak ayah. Berdikari namanya tu?

4. Puasa. Aku takleh nak fikir macam mana aku nak berpuasa jauh dari family. Entah. Berat gila nak tinggalkan meja yang dah 18 tahun aku selalu berbuka tu. Aku pasti rindu suasana lepas berbuka, aku buka pintu untuk tengok bebudak / kekanak reramai main mercun sampaikan asap berkepul kat depan rumah aku.

5. Sahur. Macam mana aku nak bangun sahur tanpa pekikan suara mama? Serious aku cakap, alarm & nyaringan suara mama memang satu perkara yang matsalleh kata amat berbeza. Alarm bunyi dekat 58 juta kali pun aku boleh buat tak dengaq. Bila mama yg panggil aku, 2 kali ja terus jaga. I don't know why.

6. Balik kampung. Aku tak reti macam mana nak beli tiket bas, tak reti nak cari bas mana aku kena naik. Fakap semua tu. Bakkan kereta dengan pemandu boleh tak?

7. Study. Ini yang utama. Aku tak ready.

Kbai