chapter 20; God created me with love.

28 April 2012

Selamat tinggal kawankuhhhh

Assalammualaikum.

Setelah 58 juta tahun tak hapdet blog ni, harini baru berpeluang nak hapdet sebab timeline twitter boring, penuh cerita dengan Bersih 3.0.

Tertanya jugak aku, Ambiga, bila nak buat Bersih 4.0 pulak? Anak-anak melayu yang 'cerdik' ni tak sabaq nak practice buat kacau & merosakkan harta benda ni. Bila? Cakaplah tarikh cepat-cepat k. Tak sabaq sangat ni. Depa la (geng bersih), bukan aku.

Sedih kerana mereka berperangai seperti Yakjuj & Makjuj.


-----

Tadi jumpa Nisak & Man buat kali terakhir sebelum depa pi PLKN. Damn you PLKN, kami tak puas nak hidup bersama dah suruh kami berpecah dah *lap air mata*. 

Aku naik dengan Zahidah. Bawak motor serupo harang hahaha. Seat motor dia licin & seluaq aku pun licin, so kalau break memang aku dok dihadapan la, menghimpit Zahidah tu. Hahahaha lawak.

Jumpa depa, makan & minum, gelak. Sesi bergambaq dah takda sekarang. Bukan apa, malas. Hihihihihihi. 

Then masa nak balik tu sedih ar. Tapi aku tahankan saja. 3 bulan weh, 3 bulan. *menangis lepas tu gosok mata sampai merah*

Ah. Nak start diet & cycling balik. Lepas 3 bulan ni saya nak kuruskan badan ni. Redha jela kan em em em. 

-----

Bercakap soal twitter, yes, aku salah seorang daripada berpuluh billion pengguna twitter jadi ketagih. Malam tu terkena twitlimit untuk pertama kali dalam hidup. Rasanya cukup perit k. Dahla waktu tu waktu kemuncak tengah reply tweet orang, boleh pulak kena twitlimit. Gelojoh sangat, rasakan rasakan!! *action ala-ala sihir tu*

Kadang-kadang aku terfikir sebbaik aku tak dapat PLKN, kalau dapat bayangkan 3 bulan aku tak tweet. Rasa boleh jadi gila kot *hentak-hentak kaki*

----

Takda apa dah kot nak hapdet. Yes i know ada orang cakap "STFU, what a boring blog ever? *terus tikam diri sendiri*" Hahahaha k tak lawak.

Bye. Follow me on twitter, @atynroslan_


21 April 2012

Sombong and so on.

Assalammualaikum.

It's hard when someone says "Atyn sombong. Atyn takmau tegur saya dah. Atyn dah lupakan saya."'. Its really really hard for me to accept this word, sombong.

This word, sombong, is really annoys me. Yes, a lot.

If you think I am too sombong to you, why not you just ignore/unfriend/unfollow me? Let's make it easy, just forget me. 'Burn' me in your memories. Easy right? Huh, no? So, please stop hurting me with this word, sombong.

People sometimes being like a shit. Depa taktau apa yang aku tengah buat senang-senang nak tuduh aku ni sombong.

Aku jelak tau tak dengan perkataan sombong tu padahal aku tak sombong.

Macam conversation aku dengan sorang mamat ni dekat twitter, mula-mula sembang dengan dia memang ah rasa awesome sebab tak pernah serious, asyik HAHAHAHAHAHA 24/7, seriously aku suka orang yang sembang dengan aku happy go lucky macam ni.

But then seminggu lepas tu tetiba nak naik angin kat aku pada satu malam ni. And i don't know why. Seriously dude, i have no idea why he tweeted me such a bad word. Cakap aku blablablabla. Konon macam aku sombong, and dia kata asyik dia yang selalu mulakan conversation kami, bukan aku.

Seriously bro? Aku tak mintak nak sembang dengan hang k.

Bukan bermakna aku sombong. Kenal pun baru seminggu dah nak suruh aku pay attention lebih-lebih. Nak attention lebih-lebih masuk minang la! Hahahahaha ok tak lawak k.

Lepas tu main sindir-sindir aku pulak dekat twitter tanpa mention. Memang aku terasa la. Weh, aku punya zodiak Libra k, Libra perempuan ada instinct kuat k. Note that please.

Aku tweet pasal kawan aku pun dia tweet sindir aku, dia cakap "Yg tu pun nak riuh, ingat hang rettis ka?". Lol, seriously dude? STFU.

Then dia  DM aku cakap aku ada peluang nak kawan dengan dia sebab dia masih ada mood. Ya Allah, what's wrong with you? Ada penyakit ka? Hahahaha pardon me.

Oh ya, masa dia tweet tanpa mention tu (kononnya sarkastik), dia ada tweeted "Takpa lepas ni aku tak tegoq hang dah".

Now dia pulak yg tegoq aku bila aku tak mention dia. Bahahahahahahahaha damn, sometimes life its so funny okay!!

Oh ya, lupa nak bagitau kalau dia nak startkan 'cool conversation' dengan aku, memang dia akan cakap aku sombong, bagi aku terasa lettew.

Ceit.

Okay i know korang tak paham apa yg aku ceritakan kan? Okay pergi diam.

Blog ni semakin tak best. Sebab twitter lagi best! Wuhuuuuuuuuu~~~~


With my cute mustache, cute kan? I know i know!! Hahahaha :p

Bye fellas!

18 April 2012

Manusia dan harta

Assalammualaikum.


When I look into your eyes, it's like watching the night sky, or a beautiful sunrise. Well there's so much they hold and just like them old stars. I see that you've come so far, to be right where you are. How old is your soul?

 I won't give up on us even if the skies get rough. I'm giving you all my love, I'm still looking up.  And when you're needing your space to do some navigating I'll be here patiently waiting, to see what you find.  'Cause even the stars they burn, some even fall to the earth. We've got a lot to learn, God knows we're worth it , no I won't give up.

I don't wanna be someone who walks away so easily, I'm here to stay and make the difference that I can make. Our differences they do a lot to teach us how to use the tools and gifts. We got yeah we got a lot at stake. And in the end, you're still my friend at least we didn't tend for us to work we didn't break, we didn't burn. We had to learn, how to bend without the world caving in I had to learn what I got, and what I'm not And who I am.

---

Manusia cepat berubah. Ada harta sikit mulalah nak angkat hidung. For what biatch? Memang post ni takda kaitan dengan post diatas tapi apa aku kisah?

Kadang-kadang aku tak paham dengan manusia yang berubah dengan pencapaian harta depa. Harta yang tak seberapa. Harta yang orang lain pernah 'rasa', dan mereka merupakan diantara yang masih baru untuk harta tu & timbullah semua kesombongan diri padahal semua harta mereka tu tidaklah seberapa.

People sometimes being so damn shit. I hate it, yes, all of us hate it. 

Memang betul. Allah beri kesenangan dekat hamba-Nya memang hebat. 

"Tu pasal Allah bagi takat tu ja kat depa, kalau lebih ntah-ntah tak pandang dah orang lain"--

Terdiam sekejap.

Aku kaji setiap baris ayat tu dan sememangnya ayat itu 'power'.

Allah dah tetapkan rezeki hamba-Nya, tak perlu awak banggakan. Cuba praktikkan sikap bersyukur dan jangan riak. Allah boleh tarik semua tu dalam sekelip mata.

Hari ini awak berkereta, esok lusa tiada siapa tahu awak akan 'berkaki ayam' pulang kerja--

Siapa tahu? 

DIA. Yang sedang melihat apa yang kita kerjakan sekarang.

Bye. 


10 April 2012

Duit dan sesuatu

Assalammualaikum.

Semalam aku pi kerja balik dekat kedai buku tu. Okay jap jap jap, bukan masuk kerja balik or what, cuma pi tolong bos sebab bos call aku suruh datang tengokkan kedai dia jap sebab dia nak pi Penang. Kak ipar's mother tu nak mati dah katanya.

Aku bukan nak kurang ajar, tapi apa yg dia cakap tu la aku tulis balik dekat sini. Hahaha.

Pukul 12.30pm dia call aku, aku lak baru selesai masak sayur sawi goreng dengan telur, ikan masak kicap & ikan rebus untuk abah. Hehehehe.

Bos : Tyn ah tyn, boleh datang kedai tak harini? Sebab saya dengan bos laki nak pi Penang. Kak ipar saya nak mati dah.
Me : Oh okay. Nak tanya abah dulu sebab takut dia takleh hantar.
Bos : Takpa, kalau dia takleh hantar, saya pi bawak kamu datang sini lah.
Me : Okay nanti saya bagitau lain.
Bos : Okay bye.

Lepas tanya abah, abah lak takleh hantar sebab kaki abah sakit akibat main badminton malam tu. Haiya.

Lepas tu baru teringat si Pikah. Dia nak pi kelas menjahit pukul 2. Bolehlah suruh dia datang ambik. Dia pun setuju. Aku call bos la yg aku boleh datang tolong dia.

Lepas makan & mandi, Pikah datang menjemput. Terima kasih weh. Sayang hang sangat--

Dah sampai tu bos suruh aku photostat natang apa taktau sampai 57 set. Haiyo penat. Dahla malam tu aku tidur lambat, pukul 3.30am kot sebab tunggu Darkness Falls pukul 4.25am. Siap set alarm lagi, padahal haram tak bagun pun sebab mengantuk sangat.

Okay, back to the story. Lepas tu pukul 5.30pm tu bos cakap dia tak jadi pi Penang lak sebab mak dia tak bagi pi takut yg tengah nazak tu sedih nanti. Okay fine okay fine, aku yang mengantuk tahap super girl ni siapa nak jawab? Haaa? Haaa? Kau hado? (tetiba) Hahaha.

Pukul 7.10pm tu bos cakap dia nak pi Penang lak. Adoi mana satu ni? Kenfiuzzzzzz i. Hihihi. Then conclusion dia, bos perempuan ja pi Penang, bos laki stay dengan kami. Heh, ponat ja den datang kedai tu.

Masa nak balik bos laki boleh lupa bagi gaji dekat aku. Aku ingatkan dia lupa terus. Takkan aku nak mintak, malu leww den. Hehehehe.

Pukul 11pm macam tu bos perempuan hantar mesej "Sorry tyn, tadi bos laki lupa bagi sama kamu gaji~"

Oyeah bebeh, peluang dapat gaji tu corah (cerah). Nanti nak pi kedai tu buat-buat ungkit pasal gaji lew. Konfem dapat.

Hahahaha.

Gelak part atas tu makna kata aku takda apa nak ceghita dah. Hehehehe.

Weh sesapa ada twitter, maghi ler follow awok, @atynroslan_

Bye sayang sebab sudi baca!

Dengan along. Kayuh gerek sehhh :p 

04 April 2012

Bercinta lepas kahwin lagi syok k

Assalammualaikum.

I am single person. I just live my life with my family, friends & cats and I wish someday I'll meet someone special in my life, InshaAllah. Someone that I can act my silly with, someone who treats me very well & love being with me than anything. I wish I could meet him as soon as possible.

Okay, switch on to Bahasa Malaysia.

Ia mudah dipahami k.

Kadang-kadang aku tengok couple or pasangan yang dah tunang, asyik contact each other tak berhenti sat and aku rasa macam

"Annoying gila wei, nanti lepas kahwin awak akan hidup selama-lamanya dengan dia. Awak akan habiskan masa awak dengan dia. Setiap saat awak akan tengok muka dia. Selama-lamanya!"

Kalau jodoh panjang la.

Manusia takda yang lahir dengan perasaan yang sempurna. Macam mana satu hari nanti awak (rujuk : yang berkepit sepanjang masa tak kira secara mesej, call & jumpa) tiba-tiba terasa bosan dengan pasangan masing-masing? Sebab sebelum kahwin dah spent time together macam gam & kertas, now rasa boring.

Okay, bab perasaan ni memang tak boleh tolak tepi.

Aku pun takut jugak nanti nak decide yang mana betul-betul bakal suami aku (cakap bab suami pada usia 18 tahun ni agak freak jugak eh?). Tapi jangan risau, sebab Allah dah tentukan siapa jodoh kita masa kita dalam perut ibu ketika berusia 4 bulan. Sangat pantas kan?

Tapi something really awesome akan terjadi bila kita bercinta lepas kahwin, iaitu masa untuk kita kenali pasangan kita amat panjang, sampai ke akhir nafas. Sweet kan? Tak payah gaduh soal cepat bosan dengan pasangan kita.

Bagi aku la kan, kalau nak couple tapi dah pasang niat nak jadikan partner kita tu betul-betul halal dalam hubungan memang senang, iaitu jarang contact dengan sidia. Serious aku tak suka jenis kena mesej sepanjang masa, dalam 1 jam kena call tanya 'buat apa tu?'.

No need bro/sis.

Macam tadi la kan, aku terbaca status dekat FB yang si boyfriend baru putus sebab si girlfriend asyik marah sebab si bf dok kalut main game DOTA dan tak sempat reply mesej, terus putus.

See that? Perempuan macam tu mengada teruk. Aku tak suka. Tolong jangan desak partner awak.

Ini balas mesej lambat 2 atau 3 minit mulalah 'karang' ayat mintak putus. Pergi meninggal.

So sesapa nanti yang 'ter'jadi pasangan saya, jangan risau, awak nak main game sampai lebam pun takpa, saya tak kisah. Sebab saya tau perasaan orang main game tetiba kena kacau sebab saya pun suka main game. Ahahahaha.


Dan saya tak harap pun yang kita perlu mesej sepanjang masa. Cukup awak bagitau benda yg sebenarnya awak nak buat dah cukup. Keluar lah dengan kawan-kawan lelaki atau perempuan pun dan saya takkan kisah sebab saya pun ada kawan lelaki dan harap awak pun tak ambil kisah kalau saya nak keluar dengan depa semua. 


Deal sayang?

Okay awkward, sebab note ni semua untuk BAKAL BOYFRIEND saya.

Forever alone. Damn. FUUUUU