Assalammualaikum.
Khamis haritu aku sertai kem motivasi diri dan kerohanian katanya. First tu memang excited gila la kan. Sebab ingat kem yang ni best. Masa dok bergelak sakan tu, ada 3 facilitator perempuan dengan berjubah, tudung labuh dan yang paling tak boleh diterima ialah garang macam singa kelaparan perut unta.
3 perempuan tu bagi syarat kat kami ni macam-macam. Aku memang rasa nak call abah suruh mai ambik dah. Aku penat, aku stres, aku tension (bukan sama kah?) hahaha (okay tak lawak pun).
Tapi kebaikkan kem ni cukup banyak. Aku boleh betulkan apa yang salah dalam sembahyang, cara baca doa yang betul, cara urus masa dengan betul, semangat berpasukan, berdikari. Nampak sangat macam karangan BM kan? (semakin hari penulisan sangat nerd)
Malam first tidur pukul 11.30pm, tapi memandangkan banyak makanan perlu dikunyah, kami tidur pukul 1.30am kot. Nak kena bangun pukul 3.00am weh. Aku pulak tidur-tidur ayam ja. Sebab tempat tidur lain kan. Yang si Nad tidur sebelah aku, tulang rusuk ni lah jadi tempat dia tendang, sakit jugak, aku rasa macam nak pekup muka dia dengan bantal, baru boleh tidur dengan aman.
Malam kedua tu best sikit, sebab ada motivasi diri, ala, malam-malam yang kena nangis-nangis tu. Semua facilitators perempuan + lelaki kemain tutup lampu, siap buat marah-marah lagi. Mata aku terbuka. Bodoh apa suruh pejam mata dalam gelap.
Yang kakak-kakak tu nak marah-marah aku. Dia panggil orang yang bercouple, pakat bangun dok sebaris. Aku pun terlibat jugak, sebab masalah disiplin dalam surau kot. Haram benor sebab letak aku dalam geng couple. Malu weh. Abang tu tanya macam-macam pasal couple. Orang yang ada couple tu teriak macam nak gila, aku nak rasa apa? Sebab aku single. Benggong!
Lepas tu semalam baru terbongkar yang kakak-kakak tu sebenarnya berlakon ja, bukan niat nak jadi pemarah. Sebenarnya depa tu sangatlah gila. Tapi aku masih tak lupa sebab aku diletakkan dalam group couple! Benggang tak habis lagi ni!
Tapi yang bestnya sebab aku terpilih jadi peserta terbaik kem tu. Weh terkejut mak tau nyah~ First dengan last dapat hadiah macam tu. Korang ado? Heee. Abang tu cakap sebab aku banyak senyum/gelak dapat kem tu. Happy lah kononnya~ Tehehehe.
TARAAAAAAAAA!
So yang tu jelah nak cerita kan. Lama jugak tak hupdate yang terlatest no. Okay. See you soon guys.
Lot of loves.