chapter 20; God created me with love.

23 October 2011

Minta maaf semua!

Assalammualaikum.

Aku rasa sejak kebelakangan ni aku cepat marah. Emosi aku seriously tak terkawal. Kadang-kadang takda angin, takda hujan, takda duit mahupun nasi, aku asyik nak melenting. Hormon ka? Hormon aku kenapa? Gila? Nak mampos? Geram lah!

See, nak marah lagi.

Sampaikan satu tahap aku marah, rasa macam nak nangis. I don't know what's wrong! Bila tiba satu saat aku tak boleh control emosi aku, aku akan bacakan al-fatihah kat diri sendiri supaya bertenang. Seriously aku menyampah dengan persekitaran macam ni.

Hormon, cubalah berbaik dengan aku. Grrr.

Kepada kawan-kawan aku, aku nak minta maaf kalau tiba satu masa aku jadi girang macam kepalang, tapi bila satu masa tiba aku bertukar jadi serious, nak marah korang semua. Ketahuilah aku tak mintak pun semua tu. Aku mintak maaf sangat-sangat.

Aku tau ramai yang terasa dengan aku hari Khamis haritu, waktu cikgu Math tak datang. Aku tau korang semua nak bergelak dengan aku, tapi aku buat taktau aku terus blah dok library buat Math. Serious aku macam bosan dengan korang semua waktu tu. Tapi sebenarnya dalam hati aku, aku sayang sorang-sorang tahap tenuk.

Bodoh gila bila fikir balik tindakan aku waktu tu. Aku tak boleh tengok muka korang masa tu, dan aku pun taktau sebab apa! Sedih sangat sebab kecewakan orang-orang yang sayangkan aku. I'm sorry guys.

Aku tau masing-masing ada kesabaran tersendiri. Dan aku pun tau korang bukan kuat sangat nak tahan kesabaran dengan aku. Tapi aku minta sesuatu, tolong jangan ignore aku lepas kemarahan gila aku ni hilang. Tolonglah..

Aku pun taktau apa kena dengan aku sekarang. Hormon? Mungkin.

xoxo, Atyn.

No comments: