chapter 20; God created me with love.

29 October 2013

wish me luck

Assalammualaikum.

supp guys! aku baru lepas makan ni. kenyang dia boleh tahan jugak tapi mulut ni terasa nak makan nasik kandaq pulak. kalau ikutkan nafsu kuda ni, semua benda aku nak telan. pastu jenuh berlari atas treadmill & penat serupa nak arwah.

hmm. wish me luck? apakah? aku masuk contest apa apa ka? aku nak kahwin ka? aku blabla jap ehem!

tadi kan waktu tengah hari terik aku lepas mandi, aku dapat satu call. number tak kenal. aku pun angkatlah. yelah takkan dapat call terus nak bersilat? dia sebut nama aku. nasib baik dia sebut secara betul. kalau salah memang aku santau melalui phone. power kan? hihi. pastu dia perkenal lah dia dari mana. dari company yang aku mintak kerja tu. dia bagitau tarikh & pukul berapa aku kena datang interview.

what? interview? yes!

maka seorang atyn roslan yang mempunyai suara pondan melompat keriangan. aku keluaq bagitau abah, abah cakap "em pi jelah". mama call. and mesej along. peh happy sia. alhamdulillah sangat. kalau dapat kerja tu memang aku akan bertahan.

kerja dekat penang. penang tu weh, tempat yang aku paling suka dalam malaysia lepas kedah & ipoh.

so, wish me luck. semoga aku dapat kerja tu. have a faith! let Allah handle the rest. woohoo!

bye semua muah
















26 October 2013

my first job

Assalammualaikum.

salam jumaat! =)

16 Oct haritu noor syafiqah noordin which is my best friend, my partner in crime & my belens got engaged. congratulations. segala persiapan okay, majlis pun berjalan lancar. alhamdulillah.

sebelum kenduri pun memang aku & dia bertungkus lumus pi cari barang hantaran. aku ingatkan aku boleh rehat dari buat kerja kahwin ni since aku tak larat dah jejakkan kaki kat butik pengantin & kedai mak andam ni dari part along kahwin haritu. now kena teman dia pulak pi cari semua barangan kenduri tu. aku ikutkan saja since aku pun bukan buat mende kat rumah ni kan.

aku pulak ditugaskan jadi photographer acara tu. first job aku bhai. dapat bayaran. alhamdulillah. dia & tunang dia puas hati sangat. depa puji aku punya gambaq cantik cantik. amboi terasa macam disyurga sangat. puas. lepas hobi dah bertukar jadi kerja pastu ada yang memuji ni pulak memang best sangat ok.

tadi dah settle bab buat frame dengan gambaq dia tu. alhamdulillah semua dah settle.

semalam ada sepupu abang amzar ((my brother in law)), dia mintak aku jadi photographer utk tunang dia bulan 12 ni & i'm agreed! yay bulan 12 kita pi langkawi! hehehehe alhamdulillah.

tak putus putus doa agar semua kerja dipermudahkan & rezeki masuk melimpah ruah. semoga Allah perkenankan. amin!

that's all. take care guys.

06 October 2013

bukan nak complaint, tegur ja.

Assalammualaikum.

hi everyone supp?

aku rasa semua yang baca ni ada/memiliki satu ((ataupun lebih untuk yang nak stalking orang, bekas kekasih, musuh dalam selimut, dll)) account facebook.

apa itu facebook? mai aku nak sekeh kepala hotak tu sekali amboih dah 2013 pun taktau apa tu facebook memang cari nahas siot. ok pehal tetiba emo.

aku ni boleh dikatakan kurang bab nak update status ni. aku rasalah. mungkin sebab aku ketandusan idea nak update menatang apa & mungkin aku dah puas update 'status' kat twitter. sampai 80k dah tuit aku dari aku pmr haritu sampai sekarang ni menganggur. okay takda kena ngena. hm.

first thing buat aku malas nak update status facebook sebab aku mungkin takda idea nak update apa. selalu post gambaq ja tu pun kalau adaaaa. selalunya gambaq yang aku ada sekarang aku simpan sendiri. buat apa nak tunjuk dekat orang? lulz.

aku respect & tabik la dekat orang orang ((mohon terasa)) yang update status sejam sekali. kalau dia berjaga ((tak tidoq)) selama 12 jam, 12 status akan ada. tu pun kalau setiap jam dia berjaga & otak dia ligat berfikir nak update apa dekat facebook. tak termasuk makanan breakfast, lunch, minum petang, makanan waktu hujan, makanan orang bagi free ((kekonon i-feel-blessed-sebab-dapat-makanan-free)), dinner, supper & apa apa jelah. semua dia akan update.

kekadang benda yang aku makan & beli ni aku jarang nak post dekat laman sosial sebab takut dianggap riak & nak menunjuk. benda yang paling jarang orang beli tu lah aku akan tunjuk. sebab apa tunjuk? sebab benda yang aku beli tu jarang orang ada. biaq orang tau tu menatang apa. ha tu tujuan aku.

next things is, aku rasa benda yang tak penting tu takyah update la. ni bosan pun nak update. cuba update benda yang berilmiah sikit? tak boleh ka? penat la. hang boring pun aku kena tau. what the tahi betoi.

kadang kadang aku tengok kebanyakkan para isteri, ibu ni suka sangat buka cerita dalam kain depa sendiri dalam facebook. no need to do that. malu lah. gaduh sikit dengan husband pun nak up status. tak perlu. simpan sendiri malu & bodoh tu. konklusi, kita sendiri buka aib kita tapi kita tak sedaq semua tu.

aku cakap ni sebab aku memerhati. aku perati ja perangai sekoq sekoq. all the ayat. all the comments. how many likes. am i a stalker? no. asyik naik kat news feed aku, aku baca jelah. tak kosserr nak jadi stalker status bangang awak tu. kihkih

konklusi, orang yang berpelajaran, akan tuit benda yang boleh buat orang lain sedar & mula berubah. orang yang memerhati pulak, akan terus perati & sampai satu tahap dia akan complaint benda tu sebab bagi dia macam "weh, benda crap camni pun nak update pergi meninggal lah" (which is me hehe) & golongan yang terakhir yg suka update/upload benda yang nonsense untuk tatapan umum, benda yang tak berfaedah utk orang lain & diri sendiri aku akan anggap mereka seperti sampah, takda guna.

sorry if i used a harsh words but that's a fact. learn to accept the fact that you're one from all the rest sampah. all your status, your gambar seksi-tak-berapa-seksi-sangat-at-least-tak-hipokrit tu. satu ucapan, reti lah malu. malu dengan orang yang 'berpelajaran' tengok awak yang totally sampah ni. malu--

berubah lah. aku taip ni pun pesan untuk diri sendiri jugak. bukan taip melulu nak cakap orang sampah la apa la cuma satu nasihat aku, terutama untuk perempuan, reti lah malu. aku yang tengok cara hang tu pun aku malu dah. tetambah orang lain? orang yang level dia lagi tinggi dari hang & aku, apa yg depa fikir?

reti lah malu. aku tekan kat sini, jaga kemaluan tu.

banyak yang hipokrit dekat facebook. sepanjang pemerhatian aku ni, fakers is everywhere. beware. dekat facebook kemain sopan santun but in real life? peh memang bersembur dia tu tak bertapis dah. kurang ajar dia tu macam tak pernah diajar. this is based on my own experience since i kenai all these faker in real life. nak gelak pun ada bila baca komen depa & rakan facebook memasing. sopan tahap pijak kuman pun kuman boleh nyanyi lagi sebab tak mati.

nak cerita bab fizikal takyah la. ahahahaha. hangpa pandai nilai sendiri.

banyak jugak aku ceramah malam ni kan? bukan ceramah, cuma nak tegur. terutama perempuan, jangan melebih. bagi limit sikit untuk diri sendiri untuk bersifat terbuka. ni hal dalam kain pun nak canang dekat orang.

satu ucapan yang terakhir, walaupun diulang banyak kali tapi aku peduli apa?

retilah malu.

tau? bye.