chapter 20; God created me with love.

28 June 2012

Meeting new peoples

Assalammualaikum.

Semenjak aku belajar sambil kerja sikit dekat kedai tu, aku rasa hidup aku complete. Nothing else yg berkurangan? No. Masa-masa kosong ada jugak yang ter-isi dengan benda berfaedah. Alhamdulilah.

Now aku sedang jahit kain langsir. It's really cool okay? Like seriously dia boleh ajar kita macam mana nak kawal kaki tekan paddle mesin jahit tu. Ingat senang? Susah okay.

Takda kerja yang senang dalam dunia ni. Serious.

Rutin aku pepagi pergi kedai tu jahit kain langsir or doing something yg berfaedah. Bila sampai tengah hari, kami lunch sesama. Yang ada kat kedai hanyalah aku, Kak Eda (cikgu yg ajar aku), Mak Tam (Mak Kak Eda) & Kak Fatheen (Kawan karib kak Eda, she's doctor, now studying at Ireland).

Cool kan? Dorang memang humble gila. Feeling so lucky siot dapat kenal & duduk dengan depa semua. Awh. Lepas tu ada Aunty Sayang (her nickname), dekat kedai sebelah. Aunty tu memang caring & sweet gila. Selalu pi kedai dia tengok baju & barang vintage. Memang memaksa aku beli siot. Tahan je nafsu ni. Hahahaha.

Lepas tu depan kedai kami ada Abang E yang jual minyak petrol utk orang kampung yang tak keluaq ke bandar. So, the villagers takyah susah ke bandar nak isi minyak, just pi beli kat dia. Abang E femes dikalangan kami dengan radio dia. Hahaha dia suka sangat buka Klasik fm, Kedah fm, semua channel yang boring. Aku dengan kak Eda selalu pi tukaq channel radio dia, tukaq ke Suria fm. Hehehehe.

Mak Tam pulak jaga kedai beras sebelah kedai kami. So memang tak boring lah. Mak Tam masak sedap. Aku selalu gak rasa lauk yang dia masak. She love to cooks & we love to eat hahahaha.

Kak Fatheen lak cuti 2 bulan. Dia selalu ke kedai gak sebab belajar menjahit sambil study utk next exam dia. She's so sweet & humble. Even though dia doktor, dia tak pernah bangga diri. Tak macam orang lain kan? Rindu gila moment karaoke dengan Kak Eda & dia haritu. Seronok gila. Lagi satu, dia tak kedekut. Itu yg aku suka. Hahahaha.

----

Memandangkan ramai dah yg aku kenal & orang kenal aku area situ memang aku tak rasa awkward duduk situ. Aku anak En Roslan yg dikenali ramai. Hehehehe serious talk. Sampai ada orang tanya abah aku "Anak bang Lan ka yg duduk kat kedai tu?", padahal aku tak pernah bagitau sesapa. Dia tau sendiri. Aku syak Abang E yang bagitau ni. Hahahaha. So aku bersyukur ada abah yg orang kenal dlm keadaan baik. You know what I mean? Hehehe.

So, itu jela aku nak update. Tempahan sekarang dah ditutup. Dah terlebih dah tempahan. Takut tak sempat siap untuk raya nanti. Hehehehe alhamdulilah rezeki.

Bye. Take care. Salam.


















25 June 2012

Un-well

Assalammualaikum.

Ke-ting-ting-ting! Lol

Hari Khamis tu semuanya indah-indah belaka. Aku yang tersibuk kan diri buat baju kurung untuk diri sendiri pun rasa yakin akan pakai baju tu untuk hari Sabtu utk majlis kenduri kahwin abang kepada Abg Amzar.

Petang Khamis tu mama ambik aku dekat kelas, lepas tu terus pergi beli makanan petang. Aku beli goreng pisang & milo ais. Balik tu aku makan la sampai tak hengat dunia sambil tengok Karoot Komedia. Gelak kemain sakan, goreng pisang tu pulak sedap kemain dia. Milo ais tu pun kawwww sesungguh hati. Memang perasaan girang tak terkata la waktu tu.

Bila tibanya malam, abah nak keluaq beli makanan malam, aku cakap aku takmo makan sebab dah kenyang makan goreng pisang petang tadi. Keadaan berlanjutan kegirangan sampai pukul 9pm gitu, aku mula rasa tak sedap badan. Tapi sempat lagi I tau nyah sembat baju kurung. Semangat nak pi Langkawi tak pernah pudar. Sigh.

Agak pukul 12am macam tu, semua orang dah nak tidur, aku pun nak tidur gak ah kan. Memang segala tuiter aku tinggalkan sebab mual. Rasa nak muntah tahap 8. Tahap 8? Tahap apa tu? Tahap asdfghjkl gosh aku pun tak tawu -__-

Waktu tidur tu memang rasa lain, aku cepat-cepat ke tandas & tawu tak apa yang terjadi kat aku? Aku m-u-n-t-a-h lah. Benda yang paling aku tak suka dalam hidup. Muntah. You knowwwwwwwwwwww?! Ha???? *pegang collar baju* Okay annoying -__-



Perkara ni berlanjutan sampai pukul 5am. Aku minum, aku muntah beberapa minit kemudian. Sampaikan aku boleh rasa diaphragm aku menangis wa cakap lu. Last-last konklusionnya, jangan minum atau makan, so aku tak muntah. Tapi aku lapar. Memang lapar. Bayangkan, perut aku kosong sebab muntah. Takleh makan sebab takda selera & takut muntah. Kesian aku kan? Huuuu.

Memang badan lemah gila. Pagi Jumaat tu abah bawak aku pi klinik. Satu benda aku nak komplen pasal Jitra, KFC boleh pulak buka 24jam, klinik payah gila. Pukul 9 tak buka lagi. Dah buka, tunggu doktor datang 9.30am. Amboih melampau. Aku ni separa mati dah. Hahaha. Dekat klinik pun aku muntah lagi. Memang teruk la muntah tu. Dah jumpa doktor, doktor cakap usus problem kut. Ntahlah, tak cukup apa taktau.

Balik tu, aku suruh abah singgah beli epal sebab aku teringin makan epal. Ni semua gara-gara poster kelebihan bayi minum susu ibu tu lah. Ada gambar perempuan makan epal. Hahaha teringin siut. Balik tu ja makan ubat muntah doktor bagi tu, terus lena. Bila bangun & makan epal tu semua, aku dah tak muntah. Alhamdulilah.

gambar hiasan. takda kena mengena dan bajet jadi kreatif kahkahkah

Petang tu mama balik ambik half day sebab nak jaga aku. Leganyaaaaaaa. Aku memang perlukan orang yg jaga aku pun. Abah takda pergi mengail. Cari rezeki hehehehehew. Malam tu along balik. Memang sedih ah buat keputusan takleh pi Langkawi. So, mama & along ja pi. Abah jaga aku. Sedih kan? Yeah i know. Dah plan lama dah tapi takda rezeki nak pi. Never mind *sambil buat tangan macam nak tampar gittew* 

Sedih. So conclusion-nya, jangan excited sangat nak rancang something tu, sedih nak mampus kalau tak jadi. Btw, saya dah sihat! Alhamdulilah~~~ 

sekadar kongsian
Ok bye :)


14 June 2012

A quick update!!

Assalammualaikum. Its already 2am and I'm still awake. I know its kinda late and i know this habit was not good for my health, never mind. Keep writing. Lulz~

As you guys know, aku sekarang mengikuti kelas menjahit & it really cool broh. Yes. No stress at all. Tapi ada jugak stress nya sebab owner kedai tu kurang prihatin bab kebersihan. It really annoys me, a lot. 

Yesterday i got a letter from Mara. Interview. For sure i won't miss this chance. So i decide to go for that interview and for God sake, i'm really nervous. Lol. Wish me luck guys. I'll go with my abah of course. Mama is busy. Sigh. Never mind, aku harap sangat interview tu berjalan lancar. Amin.

 Btw, i should sleep now. Esok ada farewell kat kedai jahit tu. My friend, Syafikah is going to Kelantan because she's got a job as a tailor. Yippi! Good luck babe. I'll miss you. Okay, i need to sleep.

Memang susah update on phone. See you soon. Take care sweethearts! Ttyl!

 via iPhone

06 June 2012

New life begins

Assalammualaikum.

Orang lain sibuk kejar sana kejar sini pergi masuk universiti sambung cita-cita masing-masing. Aku? Form 6? Tak dah weh. Aku dah stop form 6. Biar orang nak cakap apa pun, "tak pi belajar masa depan tak cerah lah, at least ada sijil cukuplah.."

Memang aku tak nafikan sijil tu penting. Baguslah kalau ada, jangan lupa sebut alhamdulilah ye? Aku tak pi universiti sebab aku rasanya aku dah tak boleh belajar. You know what I mean? Belajar tu boleh tapi kalau nak belajar sedalam-dalamnya rasanya memang susah kot.

Aku ikut kemampuan. Aku tengok diri aku sendiri. Tak payah ikut orang lah. Ikut orang, punahlah hang. Berpegangkan prinsip "Dia dah masuk kolej/universiti, aku tak masuk apa lagi, takleh jadi ni, kena cepat-cepat daftar!". No, i'm not a type like that. Tak suka ikut orang, aku jadi diri sendiri. Ukur baju badan sendiri kan? Okay, ayat aku kemain skema sejak bergaul dengan orang-orang kat sawah tu. Lulz~

Pukul 2pm dari sekarang bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar fashion & design, aicewah ayat kemain (ʃƪ´⌣` )

Walaupun tak berdaftar dengan mana-mana universiti tapi aku tetap maintain cun. Okay apahal? Hahaha takda kena mengena langsung (⌣́_⌣̀) Maksud aku, aku tetap as a student bidang fashion & design kan? Yeap aku yg rasmikan sendiri. Bhahahaha.

Dulu cita-cita aku memang nak jadi fashion designer pun. Tak caya cuba tanya mama, tak caya jugak cuba tanya Nad. Oh ya, cerita pasal Nad, dia tengah study kat Uitm Perak sekarang. Kejar pelangi dia. Aku pun tengah kejar pelangi aku, sama-sama kejar pelangi kami sampai ke hujung dunia. Aku rindu dia. Dan kawan-kawan yg lain.

Sambung balik cerita tadi, dari tingkatan 1 atau 2 memang cita-cita aku nak jd designer ni tinggi tahap 58925689 juta kali. Tapi semua tu terbantut seketika bila aku masuk tingkatan 3 dan waktu tu takda subjek Kemahiran Hidup. KH kan ajaq kita macam mana nak buat baju. Hihihihi so aku lebih tumpukan kat PMR dan lupakan hasrat aku nak jd designer.

Aku pernah cakap dekat mama yg aku nak buka butik utk semua golongan saiz. Dari XS sampai ke XxxxxxxxxL. Aku kesian tengok orang yg berbadan besaq tak sempat nak pakai baju yg cantik-cantik. So don't worries girls, your dream will comes. InshaAllah if Allah wills. Dulu waktu tengah angau dengan butik sendiri, aku ada reka nama untuk baju keluaran aku, namanya Butik Effa. Hahahahahaha macam bangang punya nama. Publisiti murahan sangat.

So doakan kejayaan aku. Aku juga doakan yg terbaik buat sahabat-sahabat aku. Jangan peduli orang kata, yg penting, apa yg kita rasa.

Waittttttttttttttttt. Layan dulu gambaq selapis dua. Bhahahahaha.

Belajaq jahit zigzag. Sapa cakap senang dia hitam. 

Muka nak kusyuk saja. Thank shapikah, me loves this  (ʃƪ´⌣` )   

Download dr myspace haritu. Miss this sho much. x

Otw balik dari kenduri haritu. Me looks so damn tembam, argh stress tetiba  xp

I just love this - How I Met Your Mother (Y) 

Thank you sebab baca, kata-kata terakhir ialah


"Don't worry about money and fame, if you love what you're doing and work hard, it'll come"
by Ryan Nigahiga


Bye guys. See ya next time. InshaAllah. 
s