chapter 20; God created me with love.

16 December 2011

School is over

Assalammualaikum.

How are you guys? Aku selsema, batuk tak habis lagi. Semalam pergi ambil ubat dekat klinik area Jitra dengan mama. Lepas tu aku terpandang KFC and cakap dekat mama yang aku teringin nak makan KFC sebab agak lama tak ratah ayam puas-puas kan. Mama pun belanja aku KFC. Siap tanya nak krushers tak, tu yang buat aku agak nak kebah sikit demam ni. Muehehehehehe. Tapi krushers blueberry sedap weh. Buah tu ermmmmmm sedap gila. Walaupun mulut aku tak dapat rasa perisa makanan sekarang sebab demam tapi bila aku kunyah buah blueberry tu memang nikmat Allah saja yang tahu.

Okay stop dah cerita pasal KFC, aku nak cerita pasal klinik. Aku macam pelik kenapa kebanyakkan klinik kat sini semuanya muram? Suasana macam baru melangkah masuk ke alam lain. Silent. Dah tu lampu malap-malap. Kenapa tak buat suasana clubbing ja? Agak bertuah lah pesakit boleh menari-nari sambil menunggu untuk berjumpa dengan doktor. Erm. Ayat kali ni aku rasa tak cekang langsung sebab aku baru ja makan ubat batuk. Erm.

14.11.2011 aku dah merdeka dah. Alhamdulilah semua paper aku jawab. Pasal result nanti la nak dekat tarikh pergi ambil result aku cerita. Nak cerita bab result sekarang memang panas la kan. Paper last haritu paper Sains Sukan. Tak payah tanya susah ke senang? Memang susah. Hmm. Paper 2 tu sepatutnya habis pukul 12.45pm tapi memandangkan kami dah siap awal, pengawas peperiksaan lepaskan kami awal. Around 12.15pm. Hahahaha. Masa keluar tu masing-masing muka excited.

Lepas tu kami ambil gambar la kan sempena last day dah kat sekolah tu. Haish, awat aku taip macam budak baru ada blog ja ni? Jilaka sungguh.

Lepas dah habis ambil gambaq, kami semua berangkat pergi ke rumah Aliff sebab ada jamuan/kenduri. Lepas makan kami lepak kat rumah Aliff sampai pukul 3. Lepas tu baru balik rumah lepak dengan Nad & Nisak. Then Nisak kena balik sebab ada hal, Pikah pulak yang datang sebab dah janji dah nak try makeup aku. Hihihihihi.

Nak tengok tak gambar makeup tu? Sorry eh I takkan bubuh! Hahahahaha. Bajet hot gila kauuuu!

Dahla taktau nak tulis apa benda dah. Layan gambar ni okay? Wihoooo








So that's all I guess. xoxo

No comments: