chapter 20; God created me with love.

28 July 2011

Bahagia adalah milik setiap insan

Assalammualaikum.

Aku sedar yang cerita aku semakin lama semakin boring. Macam persahabatan palsu, kau kawan dengan aku sebab masa tu aku masa bergaya, aku masih mampu tersenyum indah, aku masih buat lawak jenaka yang kau takkan terduga, tapi lepas semua tu hilang, kau akan pergi sayup-sayup tinggalkan aku. Okay stop bermadah lah Atyn, orang lain perlukan hiburan!

Tadi sebelum balik dari sekolah, ramai yang berpeluk antara satu sama lain. Kemain masing-masing mengucapkan perkataan "Selamat berpuasa". Ada pula yang meminta maaf sekiranya sidia ada berbuat dosa dengan aku. Aku pelik juga, minta maaf untuk berpuasa kah? Okay fine, minta maaf tak perlu tunggu raya Aidilfitri ataupun hari raya Kurban.

Ya, aku maafkan saja. Takda sapa dalam dunia ni perfect.

Malas nak cerita pasal perfect-perfect ni, padahal diri kau sendiri pun dah tahu apa tu maknanya perfect. So tak payah buat muka seposen yang kau tak tahu apa itu PERFECT. What i'm talking about, bitch?

Aku nak cakap pasal bahagia. Aku sangat bahagia bila kawan aku masing-masing happy, takda masalah boifren yang tak dijamin masa depannya tu. Tadi aku bahagia. Masing-masing wish selamat berpuasa tu dengan niat yang sangat 'neutral'.

Masa tu ada si Syafikah, orang yang paling teruja agaknya nak wish untuk aku. Lepas dia wish, dia buat something yang aku dah duga dia akan buat, iaitu peluk aku. Peluk aku macam takmau lepas. Tapi aku gagahkan juga tolak dia ke belakang, bila badan kami sudah renggang, dia katakan,

'suka lah peluk Atyn ni, macam bantal'.

Shit sangat. Jangan puji aku dengan cara 'halus' macam tu lah weh! Tunggu puasa ni aku kurus keding!

*payah benar nak buat ending sekarang ni.*

No comments: