chapter 20; God created me with love.

06 May 2011

Baca

Assalammualaikum.

Ketika sedang menyiapkan entry kali ni, dah masuk 40minit aku biarkan new post ni tanpa ada sebarang huruf . Cari idea punya pasal.

Facebook tempat untuk luahkan status. Yeah, jadi diri sendiri lebih baik kan. Jadi kita tak perlu rasa segan untuk update status kita sendiri. Yang masalahnya, ia melibatkan orang sekeliling. Status kita bergenre nak maki orang lain, tapi orang lain yang terasa. Sama-sama buat 'double meaning'. Ini boleh mendatangkan pelbagai akibat yang buruk.

Niat aku tulis entry ni bukan untuk mana-mana pihak. Sedar tak aku sekarang rajin buat entry pasal persekitaran aku? Dan aku rasa entry kali ni pun juga terbabit sama.

Aku sedar yang mengupdate status facebook sangat men'realease'kan stress kita. Even aku pun kalau stres, twitter merupakan tempat kedua aku update. Rasa sangat tenang. Biarpun takda siapa yang baca. Kita rasa beban yang 100% bertukar menjadi 36%.

Tapi kalau niat hati tu update status semata-mata nak gaduh, baik tak payah. Kita bebas menyuarakan pendapat masing-masing, tapi sebolehnya jaga hati orang lain sama.

Dan pendapat aku yang terakhir, buang masa lah nak gaduh dalam dunia maya ni. Aku dah remove beberapa kawan mitual friends, sebab depa asyik gaduh. See, ia juga melibatkan orang sekeliling. Please lah weh, FB ni tempat untuk berkawan, bukan berlawan.

So tamat jugak entry aku kali ni. Mungkin yang terakhir untuk hari ni. Take care.

No comments: