chapter 20; God created me with love.

14 January 2011

Tak kenang budi dan terima kasih

Assalammualaikum.

Okay, malam ni saya selaku naib presiden orang-orang teraniaya ingin membuat satu ucapan mengenai jenis-jenis manusia tak kenang budi dan kesan terhadap alam sekitar. Hahaha. Sejak-sejak belajar buat rumusan/ucapan dengan cikgu BM ni, aku nak test sikit lah keberkesanannya.

Petikan membincangkan tentang jenis manusia yang mudah lupa, atau lebih kepada bahasa agak kasar iaitu tak kenang budi semakin bercambah dalam kehidupan seharian kita di Malaysia. Justeru itu, bagi mengurangkan pencemaran sifat keji ini, kita perlu menyuntik satu suntikan maut ke tubuh manusia ini supaya mereka cepat meninggal dunia.

Amboii tulisan tak nak kalah okay? Hahahaha. Sudah-sudah. Straight to the point. Aku sangat tak suka orang yang tak kenang budi ni. Yela, sapa suka kan? Setiap manusia mesti pernah rasa, termasuk aku. Kesannya cukup mendalam. Kalau nak padam guna liquid paper belum tentu hilang. Kena koyak, kena bakar, biar kesan tu terus takda, lenyap. Tapi nak bakar tu yang agak susah. Nak buang sayang, dok simpan makin geram. Iye dok?

Takpa lah, memang adat manusia kot. Aku pernah kena sekali, even family aku pun asyik kena. Tolong orang, tapi orang tak kenang balik jasa kita. Aku tak mintak dia cakap terima kasih 500juta kali kat muka aku. But, AT LEAST ingat apa yang aku buat dekat dia. Melayu mudah lupa. Macam tu dah.

Rasa geram kan bila fikir-fikir balik? Rasa macam "kenapa aku tolong dia ah?!", kan? Its okay bro, aku pernah rasa. Rasa menyesal teramat sangat. Tapi takpa, tak perlu mempersoalkannya. Macam tadi, ada budak junior kot mintak tolong aku buat Sos Topup Maxis kat dia. Okay fine, aku buat. Budak tu pakai henset tak nak kalah, sony ericsson slide okay? Tapi sedih part, sos topup tak reti buat. Aku yang henset buat lesung batu pun tau macam mana nak buat. Aku pun tolong la dia, lepas aku cakap 'siap', budak tu blah buat tak tau ja. Ohh baru aku ingat, mungkin budak tu makbapak tak pernah ajar perkataan 'Terima kasih" kot. Atau dia lupa macam mana perkataan "Terima Kasih" tu berfungsi? Biarkan... Biarkan dia terjun bersama hensetnya..

So please lah, jangan berat mulut nak cakap Terima Kasih. 2 perkataan saja pun. Bukan banyak. Then, please la, tolong lah jadi pengkenang-pengkenang budi terbaik sedunia. Jangan mudah lupa apa yang orang tu pernah buat dekat kita. Even baik atau buruk. At least, hormat dia. Ingat, sekali kamu hormat pada diri kamu dan seseorang, 10 orang lain akan hormat pada kamu. Tak kisah lah dia lebih muda dari kita. Dia pun ada perasaan. Binatang pun ada perasaan. Takkan kita lebih teruk daripada binatang kot takda perasaan? Takkan kot?!

Okay bye!

4 comments:

keahkeah said...

sukaa :) terima kasih

Atyn Roslan said...

terima kasih keah sebab ngomen ;)

mie said...

sos topup??
heheheee

Atyn Roslan said...

mie ; terdesak sama kot. tu yg sos topup. naseb xda kicap topup wahahaha