Nak cerita ni. HEHE. * sambil buat muka gedik. Tadi pi makan. Macam biasa, Nas Corner. Jumpa Amet lalat. Dia habes makan dah kot. Dia dok piwitt piwut aku lah, aku pun melambai penuh kesucian dan kesopanan. HAHA.
Then orderlah makanan. Abah makan nasik lemak. So habes lah cepat. Aku dengan mama saja yang tunggu makanan. Lambat betui, sebab ramai orang. Cecehh, mamat tu ada wey! HAHA, dia yang hantaq ayaq harini. Aku pun membuat perkara sunat iaitu mengucapkan "terima kasih", dan dibalas mesra " sama sama sayang ". YA, "sayang" itu palsu semata mata.
Lepas tu mama dah cakap yang nak hujan. Aku cuak jugak la sebab makanan pun tak nampak lagi sisip tepi pinggan tu. Tengok tengok hujan dah merintik. Abah suruh aku pi bungkus ja makanan tu. Aku pun cakapla kat abang tu. Ceh, abang tu boleh buat pekak pulak. Pekak betui baru tau. HAISH.
Lepas dah dapat makanan, aku bayar. Masa tu semua tengah kalut nak cari payung untuk berteduh. Tapi malangnya payung ada satu saja. Kesian betui. Entah entah ada yang makan dalam hujan. Dramatik siot. HAHA. Aku pun kalut lah nak pi kat abah. Time aku nak lalu kat sorang budak ni, aku tarik sikit kerusi dia supaya senang aku lalu, mamat tu pun tolong tarikkan kat aku. SUWIT betui lah.
Dalam keadaan yang kalut gila tu, dia sempat senyum dan cakap terima kasih. Aku pun cakap 'sama sama'. Whoahh, memang aku tak sangka la, sebab masa kalut pun dia sempat kalih ucap TQ kat aku. Sumpah aku happy. Dalam kereta aku senyum ja.
inikah cinta ? NAHHH
No comments:
Post a Comment