chapter 20; God created me with love.

28 June 2010

Kesian cikgu tu..

Kesian betui aku dengan ustazah aku tadi. Geng laki kelas aku memang perangai sekoq sekoq macam cilanat bila masa kena mengadap papan putih. Kena pulak masa Agama, syaitan pun memainkan peranan masing masing, suruh pi tandas la, dasar.

Muka ustazah tu memang dah berapi tadi. Tunggu masa nak sembuq ja. Sekali dia sembuq, terasa bahang sampai kat aku. Pagi tadi masa perhimpunan pun dia naik angin, kesian betui. Period kot. HAHA.

Kadang kadang cikgu lain pun kena, bila dok mengajaq kat depan, yg dok kat belakang tu ada yang buat kilang taik mata, bukak warung kopi, lepas gian lukis macam macam, mengelamun, belek belek rambut/tudung, menyanyi, blablabla. Nak habaq sampai esok pun tak habis.

(amati betui betui gambaq ni)


Kalau aku la yg jadi cikgu cikgu tu, FUH, dah lama mati dah kot kelas tu, aku taji sekoq sekoq.
Lagi satu, bila hati dah memuncak kebosanan, ayat ayat panas yang selalu dikeluarkan pelajar kpd
kawannya :

Dia : Wey, jam pukui berapa sekarang ?
Si kawan pun menjawab : Awai lagi.
Dia : Haish, lambat sungguh noh.

Saja si pelajar tu tanya kuat kuat, kalau boleh bilik guru pun dia nak bagi dengaq.Kalau cikgu tu dengaq mesti rasa kepanasan yang teramat sangat. Paham paham sendiri la..


2 comments:

Farid MOFASAD said...

hahahah....

sekarang macam2 noh..




:P

atynroslan said...

haha, nk buat cena. :D