Lepas habes jawab exam, tiba-tiba datang satu ilham, PUISI ? Aku nak describe pun tak reti, sebab aku ambil sains sukan, bukan sastera. Aku pass bgi Nad baca, dia cakap sedih. Tak tahu lah. Komen kalau nak, aku sekadar penulis jalanan. :)
Aku mendongak ke langit
Ku lihat awan mendung, gelap.
Aku tertanya,adakah hari ini akan seperti esok?
Atau adakah langit akan cerah kembali?
Aku selalu alpa dengan kebendaan,
tinggalkan matlamat hidup aku sebenar.
Kini aku sedar siapa dan dari mana aku datang.
Bimbinglah aku ke jalan yang benar,
Terangilah aku dengan cahaya yang tenang,
Doakanlah aku supaya aku menjadi insan yang tabah,
dalam mengharungi onak kehidupan,
kerana kita milik Allah,
mungkin mereka sedang tertawa,
aku disini diselubungi ketakutan.
Adakah esok kita dikembalikan ?
atau hari dan detik ini ?
Jangan lupa asal usul kita,
tunaikanlah apa yang diperintah oleh-Nya,
Dan jangan sesekali kita melakukan apa yang dilarang-Nya.
*notakaki; kemahiran tak berguna tangga ke - 2
No comments:
Post a Comment