Aku tengok ramai gila sekarang budak-budak sebaya dengan aku, yang lebih tua, yang terlalu muda, BERCINTA. Eh, aku tak buat rules aku sendiri menyatakan "tak boleh bercinta". Act, aku nak jugak wehh. HA-HA. Seronok betol bila kita mencintai, dicintai dan saling menyintai. Woof, rasa yang cukup hebat.. Gempak betul cinta ni kan ?
Ada orang cinta harta. Yang ni bahaya. Bahaya kepada si mangsa. Dan gembiranya si pisau cukur bila dah dapat apa yang dia nak. So beware okey guys, jangan bagi "semua" yang partner korang nak.
Ada orang cinta mainan. Bila dah bosan bercinta, mulalah hati suruh cari yang lain. Bila dah dapat yang baru, yang lama ditinggalkan dengan cara yang begitu menyakitkan. Lebih-lebih bila partner baru tu lebih kacak/cantik berbanding yang lama. Kamu orang cakap " You punya muka oldskool lah, shuh-shuh! " HA-HA, ada ka manusia macamni ? Tak tau lah i nyah.
Ada orang cinta kepada rupa. Haa, yang ni aku nak tegas sikit. Ada pencinta mencari sang cinta nya untuk "showing off" dekat member-member, family, strangers or ect. Saja ja bikin member panas bila ada awek/pakwe yang mukanya, FUHH, tak hengat, seratus kali lebih cantik dari Angelina Jolie dan Brat Pitt. Yang huduh-huduh ni, tambah pula yang kedut-kedan ni, ditolak rapat sampai terlenyek. Sedih betul. And guess what ? Aku lah orangnya yang ditolak tu. HA-HA.
Tapi ada manusia yang cintanya sejati. Ini part yang paling best dalam hidup bila partner kita mau hidup selama-lamanya dengan kita walaupun kita huduh, kita miskin, kita bodoh dan sebagainya. Hanya bersanding atas pelamin saja mengakhiri cinta ini. Amin~
Jadi tolak semua cinta-cinta ini dahulu. Dahulukan cinta kepada-Nya sebelum kita mencintai, dicintai, dan menyintai.
" Tidak perlu berfikir dalam cinta, cuma ada keindahan, bunga-bunga bermekaran "
No comments:
Post a Comment