chapter 20; God created me with love.

28 April 2010

Dea tetap kawan aku..

Dea pelajar OKU, dea periang, dea peramah, dea baik, dea kadang2 memualkan, dea kadang2 kedekut. Manusia.. banyak kekurangan, sedikit kelebihan. Tadi aku macam nak nangis pon ada tengok dea. Kami kawan dari darjah 1. Sampai sekarang. Pi amik result PMR pon sama-sama. Dea pandai. Kira oke la result dea berbanding aku yg sempurna fizikal ni. Memalukan betol..

Tadi dea diam ja kat dalam kelas. Bila dah pi makmal sains, dea diam jugak. Dea tunduk. Aku tanya kenapa, dea cakap takdak apa-apa. Aku tak puas hati lagi, aku tanya banyak kali. Baru dea cerita. Aku taw dea ada problem, sebab time dea tunduk, buku latihan depan dea digenggam. Aku taw ada something yg tak kena. Dea mula bercerita..

Dea : Basikal aku rosak. Naseb sampai sekolah baru jadi.. ( sambil lap airmata )
Aku : Lahh, pastu satgi hang balik dengan apa ?
Dea : Payah sgt, aku jalan kaki la.
Aku : Gila jaoh kot. Tak call ayah hang ka ?
Dea : Hang kan taw ayah aku lumpuh.
Aku : Ohh betol gak noh. Tak call kak hang ?
Dea : Dea keja. Kat kilang *.
Aku : Lahh, mintak balek sat ja pi amik hang, pastu pi sambong keja balek.
Dea : Payah, hang bukan taktaw kak aku macamna.
Aku : Aku nak tumpangkan hang pon satgi ayah aku naik motor.
Dea : Aku taw.. Takpa2.

Sedih sgt.. And apa yg lagi buat aku rasa menyesal, tadi abah amik aku naik kereta. Ya Allah... Aku tak sempat nak cari dea, aku tataw pon abah mai amik naik keta harini. Alangkah bagusnya kalau aku ada teropong masa depan..

Then balik cerita kat abah. Aku kena marah. Abah cakap awat tak habaq kat dea awal2. Kalau naik motor pon abah usaha gak hantaq dea balik. Ya Allah..... Sesal aku tadak guna. Tadi abah ada cakap dengan aku :

Abah : Awat adik buat macamtu ? Dea tu orang istimewa.
Aku : Aku ingat abah mai naik motor.
Abah : Kalau abah naik motor pon , abah retiaq aih hantaq dea balik.
- then mama cakap : Tu pun adik tamaw kawan dengan dea.
Aku: Bila plak ?
Mama : Haritu kan adik cakap,
Aku : Time tu dea memualkan la, bukan adik tamaw kawan. Haishh.
Abah : Awat tamaw kawan dgn dea ? Abah penampaq adik satgi kot , kawan nahh.
Aku : Hala halaaaaaa :)

Sedih sgt. Lepas ni aku tamaw dah buad macam tak peduli kat dea. Dea baik dengan aku. Aku kawan yg terok noh ? Ish laaa.
Atyn, hang ni bodo laaa, dapat kawan macamtu hang buad tak peduli. Bodo pianggg. 

Aku tak kisah dah lepas ni apa orang nak cakap pasal dea, terima kasih abah sedaqkan adik. Aku suka kawan dengan orang2 macam dea. Susah. Berpijak atas kaki sendiri. Tadak nak gantung kat makbapak ja. Duet nak kluaq pon mintak kat parents. Dea ? Selalu menabung duet.. Aku byk taw cerita pasal dea, tapi biaqlah aku yg taw.. Hidup ni kadang2 kena gak noh ada privacy.

Lepas ni biaq lah orang nak kata apa.. Dea tetap kawan aku..

2 comments:

Q. M. said...

huwaaa..
mek atynn (kecek kelate)

terharu nye bace citer nih..sedih pon ade.

dea mmg sgt kuat n tabah..
xpe, Allah tu adil.
dea mesti dapat balasan baek punye kat akhirat nanti..huk!

nnt kem salam kat Dea okehh??

Atyn Roslan said...

insyaallah kakak :) nti atyn kim salam :P

yupyup, dea mmg tabah. harini atyn g sekolah, sedangkan dea xpi pon, mybe beskal xrepair lagi kooott :/