So yeah, alhamdulillah majlis kahwin along & abang amzar berjalan sangat lancaq. Terima kasih bebanyak kat semua yg terlibat tetambah jejirans saya yg awesome gila babi bakhang. Jiran hang pun tak macam jiran aku, bersatu dia bukan main. LOL
Start hari Rabu tu kami dah kalut. Lari sana lari sini. Pi ambik baju pengantin, pi bayaq itu pi bayaq ini. Macam biasa, kami tak berdua, bertiga. Pikachu pun ikut sekali. Malam tu dia tidoq rumah aku. Malam tu jugak aa sibuk buat doorgift. Phew rumah aku sesak dengan jejirans, bebudak, kotak, makanan sini sana.
Malam yg paling busy nak mampus, Khamis aa. Malam Jumaat. Malam tu malam berinai & malam masukkan bahulu & muffins dalam doorgift. Orang dari serata pelusuk dunia datang tolong (tipu). Phew penat. Aku bukan penat buat apa pun, penat buat ayaq jamu depa ja. Baru letak pungkoq dengaq mama suruh buat ayaq kopi. Baru nak mesrakan pungkoq dengan kerusi abah suruh itu suruh ini. Tawakal ja. Nasib baik petang tu aku dah install kesabaran. LOL. Malam tu gak bf Pikah sampai dari Kelantan. Bf dia cool, okay aa. Baik ja, siap bawak limau sekotak. Baik kan kan kan? Baik lah sangat..... HAHAHAHAHAHA. Tapi serious dia baik. Laa apahal dari tadi duk cakap dia baik ni? Penampaq hang mau atyn?
Hari Jumaat tu pinggang aku nyaris nyaris tercabut, alhamdulillah tak tercabut pun. Bangun pepagi sesiap pakai baju cecantik sebab orang duk datang kan, aku masukkan 1k bahulu dalam doorgift & susun dalam kotak elok elok sebab nak bawak pi dewan. Ya know, bawak natang doorgift tu pun kena angkut dengan lorry. Gila betei.
Hari Jumaat tu paling teruk. Yg paling teruk jejirans aku aa. Depa bangun pukui 5am & kami sefamily tengah sedap dok lena lagi waktu tu. Depa mangkit (baca:bangun) sebab nak pi pasaq borong kat aloq setaq tu. Hari Jumaat kan along akad nikah, so depa aa volunteer & at the same time kena paksa dengan mama kena masak utk hari tu. Memula depa masak utk lunch & start petang sikit baru masak utk tetamu lepas balik dari masjid utk makan malam.
Depa masak macam memang best aaa. Lauk kampungan tahap tahun 1988, lulz. Tengah hari tu buat ikan bakaq, sayur kobis (my favorite), kepah masak lemak, ulam, sambal belacan mak kiah yg superb & ikan masak sayoq. Phew terangkat akuuuuuuuuuuu weh, terangkat dia punya cerita sampai rasa nak terbang, lol. Menu utk malam pulak gulai udang + kacang buncis, ikan temenung goreng, ulam, sambal belacan mak kiah yg superb awesome nakharei fucking awesome gila babi weh, tembikai & hatimu masak hatiku menjadi satu cinta ku rasa hatimu menyempurnakan aku~~~ tapi cinta bukan milik kita~~ lalala. LOL. Ya, hati goreng. Kisah pulak aku bye.
Eh tak bye lagi tau uols. Nak cerita pasal malam akad nikah tu. Kami pi masjid pukui 8.30pm. Along akad nikah lepas isyak sebab abang amzar exam petang tu so tak sempat buat lepas maghrib. Rumah kami tinggalkan dekat jejirans sebab ada marhaban & tahlil doa selamat. Abang kemain nervous. Nak tergelak pun ada. 2 kali lafaz terus along sah jadi milik dia. Ingatkan nak goal sekali tapi ter-dua pulak hahahaha nak buat gena kan?
Orang kemain ramai datang. Siap pak imam masjid tu kata nasib baik buat dekat tingkat bawah, kalau atas memang sempit sebab orang ramai. Sobs sobs terharu.
Dah selesai semua, balik rumah semua pi serang nasik. Amboi gelojoh uols. Lapaq lettew. Lepas marhaban, depa (geng2 perempuan) masuk buat bunga telur & bunga rampai dipalu palu hati longlang jadi penghibur (lirik menipu cam harem). Waktu tu gak si Nado sampai dari iPoh. Man pi ambik dia dekat stesen bas sebab makpak Nad pi KL. Dia tidoq rumah aku siap pinjam kebaya aku lagi tu. Nasib baik aku dah install kemurahan hati, kalau tidak memang aku nak sewakan ja baju tu. Rm20.00 sejam. Kaya makcik kaya!
Kami semua kepenatan. Tidoq luaq semua malam tu. Sekali dengan pengantin tidoq luaq sampai sakit belakang. Malam tu kami tak pi dewan pun tengok persediaan pelamin sebab semua dah penat tahap gila. Kami percaya kat wedding planner tu. So esok jela kami pi tengok camna.
THE WEDDING DAY!
Sesampai sana tengok katering kalut susun atur kerusi meja & lauk pauk. Yg live band duk test test lagu. Seronok gak ada kugiran ni. Meriah. Tak sama macam guna PA system. Aku cadangkan kenduri nanti nak guna live band jugak aa.
Pukui 12pm orang mula mai dah. Aku ni tak makan apa pun sebab tak lalu sebab ramai sangat orang datang. Kiranya aku tak sempat nak rasa bihun sup, bubur kacang hitam pun. Ramai puji bihun sup memang terbaik, sayangnya aku tak sempat merasa. Makan nasik pun pukui 3.30pm tu pun tak lalu sangat nak makan. Kejadahnya..
Pukui 1 lebih kot along datang. Waktu tu orang memang sendat ah. Ramai nak mampuih macam datang ke pesta muda mudi tok hang. Orang yg aku jemput alhamdulillah datang even ada yg tak datang nak buat camna kan. Baju along cantik sangat, tengok ah sapa pilih kalu bukan aku! Ni tidak, nak pilih baju pengantin macam orang nak ke bendang makan lunch sefamily. Taste apabenda lah? Wakaka. Baju belah Langkawi pun aku pilihkan. Ni tidak nak pakai baju bebunga dah macam kedai bunga berjalan pun ada. The heck weh.
Live band terus mainkan peranan sampai pukul 4pm. Lepas live band, mama buat pertandingan karaoke antara sepupu sepupu. Memang layan habis. Yg lawak (even tak lawak pun sebab aku taktau nak buh apa dah bagi ayat dia sedap sikit), orang luaq pun join sekaki. Siap dapat top 3. Wahahaha.
Alhamdulillah, setakat ni takda dengaq komen negatif. Semuanya positif. Along dapat hadiah banyak gila. Penat buka tau uols. Duit orang sedekah pun kemain beriban dapatnya. Alhamdulillah. Rezeki.
With Fazwan & Pikah. |
Baru suku ni |
ehem ehem! |
ignore me |
Fuh penat siak aku berhempas pulas selama 4 hari siapkan entry ni. Faking. Nanti cerita pasal bertandang rumah mertua along, aku up nanti ye? Penat jari dah ni oi. Till then. xoxo