chapter 20; God created me with love.

26 August 2012

Raya 2012

Assalammualaikum.

How's your raya guys? Me? Good.

19.8.2012

Orang ramaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai sangat datang ke rumah, alhamdulillah. Pukul 10am orang dah datang. Lepas tu kami satu family ada waktu rehat kira-kira 20 minit saja. Lepas asar sampai pukul 12.00am  pun masih ada orang datang. Penat saja Tuhan Maha Tahu.

Aku pakai baju raya kaler merah. And for the first time, aku di-makeup. Awkward. Rasa muka macam pontianak sakit tekak pun ada. Malu weh. Aku tak suka ber-makeup. So gambar utk raya pertama sangatlah sedikit. Sebab mood tetiba down nak ambik gambar. Luls


20.9.2012

Raya kedua raya untuk beraya ke rumah orang! Bye-bye rumah, awak jaga diri jangan main lompat dalam guni k. Luls.

First house kami pi rumah Pakcik Mat. Nothing much to eat actually. Makan kuih dan muih beraneka macam makanlah jangan hanya dipandang. Lol. 

Lepas tu ke rumah Abg Mie sebab open house & birthday si comel Batrisha. Aku make-up jugak haritu. Aku tak selesa. Kat rumah abg mie memang rasa awkward nak mampus. Aku ke tandas buang segala makeup yg ada. Dengan tak cukup tisu buang makeup, dengan tali singlet yg loose sebab terpakai singlet yg salah. Arghhhhhhhh me feel like wanna kill myself. Lol kidding. 

Gambar utk raya kedua takda sebab bosan dengan diri sendiri.

Lepas tu ke rumah Uncle Ayon di alor setar. Haa ni best ni. Ada nasik & muchhhhhhhh more. Tapi aku makan nasik jela. Lepas makan kami bersembang bagai nak rak, bagai nak roboh rumah tu luls me just kidding. 

And then lepas tu balik kampuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuung! Yayay! *nyanyi lagu Sudirman*. Hahahah kejadah motip aku ni?

Jumpa mak saudara, pak saudara, sepupu sepapat membawa berkat. Hihihi tapi sebelum tu aku terjumpa tandas rumah maknjang dulu. Peh tak tahan  nak membuang. Orang offer 2 juta utk tahan 'benda' tu pun aku tak sanggup rasanya. Wakaka

Jumpa cousins lah paling syok sekali. Serious. Rasa macam nak ulang raya tahun ni sebab depa ja meriahkan suasana. 

Bila malam menjelma, depa pulak datang ke rumah aku. Order pizza 6 keping, kami makan sampai pengsan. Luls. Gosip, gelak, makan & tengok video 5 days of MC sambil gelak sampai perut keras. Hahaha. Seronok ja waktu tu. Merapatkan silaturahim. 

21.8.2012

Raya ketiga. Raya utk jiran-jiran aku kumpulkan semua tenaga utk ber-bbq malam tu. Hehehe the best moment I guess. Rasa macam nak buat tetiap minggu. Kan seronok. 

Siang tu semua bersatu tenaga sediakan bahan-bahan nak buat bbq. Along sebagai tukang pegang duit & dia jugaklah tukang runner barang, beli itu beli ini. Abah pulak tukang kutip duit & cari alat nak bakar tu. Alhamdulillah dapat jugak. Mak Kiah sebelah rumah tukang buat gulai ikan yg sangat superbbbbbbbbb! Rasa gulai tu masih ada k. Ramai lagi la. Jenuh aku nak sebut satu satu. 

Petang tu aku & along ke supermarket beli sosej utk dibakar. Lepas tu pergi ke jeti Kuala Kedah sebab nak ambik abang ipar yg dijemput utk menyertai bbq tersebut. Jammed macam harem. Aku tak boleh la kereta sekejap jalan, sekejap berhenti ni sebab jakgi aku konfem muntah. Lepas tu dengan radio yg penuh dengan iklan ntah apa-apa. Lagu takda. Iklan 24 jam. Go die.

Aku dengaq lagu dkt mp3 abang amzar jelah sambil texting. Tengok-tengok sampai dah. Legaaaaaaa! Rasa macam nak cium tanah. Hahahaha

Bila dah sampai tu kami semua buat preparation utk membakar. Malam tu semua happy-happy. Ramai jugak kami jemput, depa datang. Yg abah pi panggil jiran-jiran lain ada yg datang ada yg tak datang. Heh. Lantak ah.





So that's all aku rasa. Macam sakit jari pulak aku taip lelama ni. Esok dah start kerja. Goodbye.

Take care. x

25 August 2012

ƪ(♥ε♥)ʃ

Assalammualaikum.


"Just because it’s not happening right now doesn’t mean it never will. God has perfect timing. He will grant whatever is intended for us at the right moment, with the right person and with the right reason.

 I have been single for almost 4 years already. There has been guys who were with me, but left me in the long run. At one point, I feel a little bit sad and discomforted by the thought of being alone. By the thought of not having someone to kiss goodbye, not having someone to hold hands with, not having someone to hug when I feel cold, not having someone to call and text to during my free time and not having someone to bring me home during late nights.

You may ask, what should I be thanking of at this point in time. The answer to that is simple. I’m saved from all the heartaches. Admit it, no matter how happy any relationship could be, there’d still be heartaches and pain at some point. The mere fact that I am a very vulnerable kind of girl makes me feel more safe and secure when I know that I’m single. I know that in time, God will give me that person who deserves me and has been waiting for me all these time - with His power and His timing. So, I just live life. Let myself be happy and enjoy what life has to offer."

From tumblr. Copy & paste.

 ‏ x

17 August 2012

Its miracle//

Assalammualaikum.

Ramadan is about to leave us & that's was the sad moment in my life, thought.

So, how's Eid preparation so far? Me? Pretty good. I'm gonna makes some cookies tonight & for a God sake, i can't wait.

*switch on to BM since when i don't know how to type in english* lolz

Kelmarin 16-8 merupakan hari paling indah, stress, penat, kelaparan, seronok, excited & sebagainya dalam hidup aku. Aku masuk tempat menjahit tu pada 3-6-2012, belajar jahit guna kertas dalam 3 hari sahaja, lepas tu belajar buat lubang leher untuk baju kurung.

Lepas 2/3 minggu (I'm not so sure) terus buat baju kurung & alhamdulilah jadi even macam teruk sikit, eh  eh first try aku okay. Hahahaha

Lepas buat baju kurung terus dapat job buat langsir untuk surau kampung seri kelubi. For the first time aku tertanya dekat diri sendiri "Mampu aku buat semua ni?". Aku yakin aku mampu. Waktu tu takda orang dah yg akan tolong aku buat, aku sorang diri. Kak Eda tu sibuk buat baju raya orang.

Tapi semuanya ada hikmah, aku buat tirai tu sebenarnya bagus jugak, melatih kaki ni pijak paddle mesin tu.

Lepas aku struggle buat sorang-sorang tirai tu, akhirnya semalam, aku siap. Tak tahu rasanya nak lahirkan rasa syukur ni. Pukul 12.30pm aku & kak eda terus ke surau untuk pasang sesiap tirai tu.

Waktu pasang tu masalah memang banyak. Ada kain tirai yg terlebih lebar. Aku terdiam sat. Memang aku macam nak tabuh sapa saja yg dok kat situ tp bila aku fikir balik bukan salah aku buat tirai tu jadi lebar. Its Kak Eda's fault. Dia yg ukur.

Aku sedih sebab aku rasa aku teraniaya buat tirai yang panjang berjela. Siap boleh 'balut' surau tu. And luckly we have Mak Tam. Dia yg terfikir gunting apabenda ntah & finally we done! No, i'm done! Lulz

So here's the picture. Aku ambil banyak gambar tp yg ni aku rasa nak upload. Jangan ingat aku buat untuk satu tingkap ni saja, aku buat untuk 10 tingkap. Aku ulang, 10.


I'm doneeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! 

Thanks for the congrats wish for those yg wish dekat twitter, i really appreciate that. 

*flip hair* 

So I guess that's all for today. Selamat menyambut kedatangan Syawal. Have a great raya okay?

Take care. x 

06 August 2012

Keep calm & read this.

Assalammualaikum.

Happy fasting & salam nuzul Quran to all muslims around the world. Alhamdulilah all praises to Allah for today.

My life being so great now. Alhamdulilah. Meeting new peoples in my life & ect omg I can't list it, I'm sorry.

Hari Jumaat malam tu along & her fiance abang amzar went home safely with their new car. Hehehehew. Esok tu aku cuti kerja sebab teman dorang ke butik pengantin (s) untuk booking sesiap along punya wedding dress.


Mosaic-kan along sbb-sbb tertentu. I'm sorry :'( 
And that's not her wedding dress excused me. Hehehehew. Tak surprise lah kan kalau tunjuk sekarang?

Lepas balik dari pi try baju pengantin apa semua ni aku balik tu terus terbongkang tidur haa sampai tak sedar dah nak berbuka. Letih sangat weh. Agak pening ah waktu nak berbuka tu tapi still control macho. Eh tetiba :p

Malam tu along pulak ajak pi bersahur. Mama & abah takmo ikut sebab letih. Sigh. Kami bertiga jela pi. At first ingatkan nak makan dekat KFC tanah merah ja tapi bila lalu ja orang kemain penuh macam baru nak berbuka even though dah pukul 12am. Sahur la kot. 

Dekat Yawata pun manusia macam semut. Pandang kiri, manusia. Pandang kanan, manusia. Pandang bawah, kaki aku sendiri. Lolz. Lawak hambar tahap semut jilat ice-cream aku. 

Kami pun terlajak kereta boleh diundur, terlajak bubuh penampar dekat muka orang, muka kita kena simbah asid. Lulz takda kena mengena. *facepalm*

So kami pun terlajak ke alor setar sebab perut masing-masing meronta nak Mcd. Tapi sayangnya Mcd sekor pun takda. Cis. Lepas dah penat pusing alor setar walaupun kami hanyalah menunggang seekor kereta, tp kepenatan tu terserlah. Kami terus decide nak makan dekat Gemilang Burger Alor Setar sahaja. Orang & nyamuk sama banyak. Masing-masing nak makan daging burger & darah manusia.


Start dari malam ni aku respect nyamuk sebab tak kacau aku langsung. Hahahaha malam tu yg selalu kena 'paku' dengan nyamuk ialah Along. Good mosquitoes. 

Pastu esok tu along & abang amzar pulang ke negeri masing-masing. Acewah. Aku pun ada event lain petang tu, berbuka puasa dengan kekawan sekolah. Excited? Mesti ah! Tapi ada rasa awkward sikit sebab tak cukup orang waktu berbuka tu. Pikah, Zahidah, Paknon & Danial takda. We used to hanging out together lah. Sedih. 

So here's the pictures. 










Thanks Aie sebab menumpangkan kitaorang yg sah-sah bising nyanyi lagu raya dalam kereta kamu. Love always. Btw gambar Nisak takda sedangkan dia pun ikut. Sibuk sangat nak makan hahahahaha

Okay that's all I guess. Jumpa lagi nanti. Jaga diri & jaga adab. Selamat berpuasa! 

*counting hari nak raya* 

Bye x