chapter 20; God created me with love.

10 February 2012

Bangsa aku sendiri memalukan aku.

Assalammualaikum.

Marah dengan title tu? Silakan. Sebab apa yang aku rasa dan alami lebih sakit hati. Sakit hati setai mendalam bakhang.

Harini tarikh yang aku tak dapat lupa la. Seperti yang korang semua tau aku kerja dengan Chinese. Depa tersangatlah baik kan. Okay stop cerita pasal depa dan tumpukan dekat cerita yang aku cuba sampaikan.

Petang tadi tengah sembang dengan Nad & Ira tetiba ada customer lelaki tu datang. Aku cakap kat budak kerja aku biar aku ja yang layan pakcik tu kan memandangkan takda customer. Customer lelaki tu umur dah tua dah, dah boleh fikir soal liang lahad & fikir pasal hati manusia sama kot.

Aku cuma nak suggest yang mana baik yang mana tak. Seriously tu niat aku nak tolong customer-customer aku supaya dorang tak rasa macam susah nak membeli kat kedai tu.

Aku jalan ke arah pakcik tua tu, cuba nak tolong dia beli pembalut buku. Bila aku pi kat dia

Aku : Ya pakcik boleh saya tolong?
Pakcik tu : Dah dah pi sana (sambil tangan halau aku), saya tak selesa. 

Okay. Aku terus tadah tangan berdoa kepada Allah yang Maha Esa supaya pakcik tu diberi balasan yang setimpal sebab sakitkan hati aku yang hanya niat nak membantu. Doa orang teraniya termakbul kan? Amin.

Bos terus panggil aku suruh duduk kat kaunter. Sakit hati aku tak terlalu dalam sebab dah banyak kali kena macam tu. At least tegur baik-baik. Tu tugas aku.

Aku mintak satu ja bila dia datang tanya dekat aku kat mana barang blablabla aku nak jawab satu ayat ja, "Cari sendiri la, ada mata Allah bagi kan?".

Serious aku malu. Tu kaum aku sendiri. Bukan bertindak perkauman k.

---

Tadi lepas kerja boss bawak kami pergi makan KFC sebab Ira dah kerja untuk hari terakhir sebab esok dia balik Johor dah. *sad part*

Lepas makan boss buat lawak bagai, kami pun gelak lah. Ira tu takyah cerita memang dia kuat gelak. Hilai tawa dia mampu buat Dr. Rozmey terkejut k. Hahaha 

Masa kami tengah gelak tu tetiba terdengar suara cakap Hoi menandakan kami suruh berhenti gelak la. Serious aku malu untuk kali kedua sebab yang marah kami tu pun datang dari bangsa aku, iaitu Melayu. 

---

Ira last kerja harini. Sumpah aku sedih. Lepas ni takda dah dengar hilai tawa dia yang kuat tu, takda dah tengok dia menari lagu Korea, takda dah lepas ni dia sendawa kuat-kuat, takda dah lepas ni mengkantoikan diri dia yg sedang kentut pelan-pelan tu. Sedihnya!

Setiap pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. I hate it. 

Good bye Ira. Here some photos. 

Nad first day kerja awheee!


With her favorite Chin (bulu ayam) 


I love this picture so much. 

With boss

They! 

That's all. Till we meet you again, shaGila. 

xoxo , atynroslan. 

No comments: