chapter 20; God created me with love.

07 December 2011

Hey kids.

Assalammualaikum.

Okay alhamdulilah lepas dah satu lagi matapelajaran merbahaya, its geography. Malas nak cerita. Nak tau susah ke senang, tunggu ja aku tunjuk result nanti #flip rambut#


Semalam aku rileks punya rileks, aku boleh twitted sampai lewat-lewat. Orang tu suruh aku baca buku, orang tu suruh aku pergi tidur, orang tu suruh aku seterika baju, orang tu suruh aku menyanyi dekat dia lagu Percayalah dari Siti Nurhaliza sebab dikatakan suara aku dengan Datuk Ct hampir sama. Bukan setakat hampir, tapi memang serupa. Ada peminat Datuk Ct haritu datang bergambar dengan aku sebab suara Ct dengan aku memang sama. Sebijik. Aku pun tumpang terharu dianugerahkan mempunyai suara sama jenis dengan Datuk Ct walaupun ada yang buat surat pengakuan bahawa suara aku sebenarnya lebih enak dari Ct. Tapi aku menolak dan mengoyak surat tersebut sebab aku kasihankan Datuk Ct, nanti takda job pula.

Hmmmmmmmm (ambil nafas..)

Aku rileks sebab aku berfikiran yang harini paper 1. Alahhh, bulat-bulat ja. Tak payah fikir nak susun ayat macam mana.

Kejadian masih belum terasa celakanya apabila pagi tadi aku check balik jadual exam sebab nak tengok aku balik pukul berapa. Alangkah hibanya dan terkedunya aku ketika mana aku melihat yang bukan kertas 1 lah exam woi, kertas 1 esok! So makna kata exam harini kertas 2.

Dengan masa yang hanya berbaki 2 jam lagi, aku pun study hard sampai naik lingkaran panda dah bawah mata. Takpa, ia menunjukkan aku kuat study. Kau ada? Hiks.

Nasib baik aku sempat juga baca sepintas lalu esei kertas 2 semalam. So takdalah nak gelabah unta sangat kan. Ermmmmmmmmmmmmmmmmmm. v_v

Esok last dah exam dengan budak kelas B. Lepas ni nak tengok muka sorang-sorang kemain susah la. Nak jumpa balik pun hari ambil result. Ambil result? Perasaan aku? Jangan tanya bhai kalau tak mau kaki aku hinggap atas kepala hang. Okayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy? vn_n Tenenenenenew

Lapar roti nan dengan tandoori pulaks.

Nak tidur japs. Malam ni baru nak berkayuhan sebab esok kertas 1. x_x

Note to myself : Lepas ni kena hati-hati and fokus betul-betul bila tengok jadual. 

No comments: