chapter 20; God created me with love.

15 July 2011

Mood berubah-ubah? Bukan iklan 'perempuan' ye.

Assalammualaikum.

Sejak-sejak aku tengok Masterchef Australia kan, mood aku nak memasak berbuak-buak. Sampaikan aku nak goreng kentang, nugget & hias salad sikit pun buat hiasan macam hotel. Yang paling aku tak tahan bila takda sesapa kat rumah, nak goreng something pun macam dalam tv, konon ada orang temuramah aku bahan apa yang nak digunakan untuk masak, dan yes aku akan bercakap sorang diri.

Kahkah. Kelakar kan? Agak benggong la. Setiap kali masak masakan yang sama, dan setiap kali aku masak la aku kena bercakap. Contohnya "harini kita akan masak BLABLABLA..". Memang agak annoying, tapi itulah aku seadanya.

Macam baru-baru ni, lepas program Masterchef tu, ada pulak DC Cupcakes. Dan nafsu serakah aku nak sangat buat cupcakes. Mama cakap nak beli dah oven (actually dah bertahun telinga ni dengar pasal nak beli oven, sampai sekarang pun tak beli-beli). Tapi aku rasa memang mama nak beli dah kot. Lupakan pasal oven. Ya, aku teringin gila nak buat cupcakes yang comel-comel gitew, nak bagi orang lain rasa, bila dapat pujian tu laaa kemungkinan seluar dalam aku aku rabak sikit-sikit.

Tapi satu benda yang takkan berubah, dan masih menebal dalam diri aku, iaitu kamera.

Oh cupcakes cumil!

No comments: