entry ni memang panjang. so kepada sesiapa yang sudi baca aku ucapkan bermillion terima kasih kerana menghabiskan masa baca entry yg mungkin akan membuka mata sesetengah pihak. mungkin entry kali ni ada yang cakap aku jahil, ada yang cakap aku cepat menilai, tapi sebenarnya tidak.
mama aku dulu seorang peniaga kedai minuman kat tempat yang agak terkenal area jitra. sepanjang kami berniaga, banyak sangat dah kejadian aneh berlaku. orang tak nampak kedai lah. kalau duk dalam kedai asyik nak marah marah. bila pi kedai, beras kunyit bertaburan atas lantai. kadang kadang kami jumpa duit syiling 5sen kaler koko tu, banyak kali dah aih. sampai tak larat nak ambik buang duit tu sebab lepa buat guna duit syiling. sampai ada yang tanam 'benda' belakang kedai.
aku tau mungkin ada setengah pihak cakap 'hang ni kolot la, benda benda lagutu takpayah dok percaya'. tapi kenyataan kena percaya. kami satu keluarga hanya bersabar dan beriktiar cara islam. alhamdulilah sekarang dah okey. kami kenal orang yang kenakan kami tu. dia yang cadangkan kami bukak kedai kat situ. bila dah bukak, dia pulak buat hal. manusia kan.. bila kita lebih dari dia sikit, mulalah perdajalkan kita balik.
tadi aku pi kedai aku. ada kedai keropok baru dibukak. aku dengan mama pi la beli keropok kat situ. sedap gila kot keropok dengan nasik lemak dia. owner tu pun ramah. baik sangat, siap bagi 2bungkus nasik lemak free lagi kat aku. masa aku tunggu nak ambik balance tadi, aku terpandang bawah, aku nampak duit syiling 5sen ada bawah meja. aku dah tau, mesti si iblis tu dah buat dajal.
jangan terkejut bila aku cakap orang yang buat dajal tu sebenarnya sudah bergelar HAJI. jangan terkejut tau.
No comments:
Post a Comment